Thursday, July 02, 2015

Ni.. K'jaan U/Islam M'sia Belum Mampu Islamkan Pakaian Atletnya..

SUKAN
Nicol Terus Unggul Sebagai Pemain No.1 Dunia Selama 108 Bulan
KUALA LUMPUR: Ratu squasy Malaysia Datuk Nicol David mengekalkan kedudukannya sebagai pemain wanita nombor satu dunia untuk tempoh mengagumkan selama 108 bulan berdasarkan ranking terbaru Women's International Squasy Player Association (Wispa) bagi Julai, yang dikeluarkan Rabu.
Pencapaian itu menyaksikan pemain berusia 31 tahun dari Pulau Pinang itu menyambut penguasaan berterusannya sebagai pemain nombor satu sejak Januari 2006, dengan aneka gelaran berprofil tinggi termasuk lapan Kejohanan Dunia.
Beliau berada di kedudukan teratas dari Januari hingga Mac 2006 sebelum Vanessa Atkinson dari Netherlands mengambil alih tempat selama empat bulan hingga Julai, sebelum Nicol merampas kembali mahkota dari Ogos 2006 hingga sekarang.
Nicol, yang mengumpul sejumlah 3,241 mata berdasarkan ranking terbaru, berkata beliau merasa begitu disanjung berada di kemuncak selama sembilan tahun berturut-turut.
Di laman web squasy, www.squasyinfo.com. Nicol menarik perhatian bahawa tahun ini merupakan tahun menyeronokkan dengan setiap pemain berusaha keras dalam pertandingan, tetapi katanya, beliau sedang menunggu-nunggu cabaran itu.
Pesaingnya, pemain Mesir Raneem El Weleily telah merapatkan jurang hanya 43 mata, dengan mengumpul 3,198 mata, berikutan kejayaannya merangkul kejuaraan Antarabangsa Alexandria di tempatnya sendiri pada Jun.
Johan Terbuka British 2015 Camille Serme dari Perancis juga mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga dengan 1,668 mata. -- Bernama

Aduhai, Malaysia tanah airku.. tempat puasaku, tempat solat ku, tempat ibadatku, bahkan hidupku dan matiku kerana Allah yang menguasai alam semesta!
... Ada kena mengena dengan kerajaan umat Islam Malaysia yang masih belum mampu mengIslamkan pakaian atletnya..
(IH)

Siasat Pengguna Facebook Hina Nabi Muhammad..

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mahu pihak polis mengambil tindakan terhadap seorang pengguna Facebook yang menghina Nabi Muhammad dan menyinggung perasaan umat Islam.

Presiden Persatuan Pelancongan dan Warisan Melayu Pulau Pinang Syed Kamalrul Sufian Kadiron Mustafa berkata, pengguna yang menggunakan nama profil 'Desmond Yongkor' itu perlu disiasat kerana posting beliau mungkin boleh menyebabkan ketegangan dan konflik antara kaum dan agama yang berbeza.

Desmond Yongkor semalam memuatnaik gambar syaitan di Facebooknya dan menulis begitu rupa Nabi Muhammad. Beliau juga menulis, mereka yang enggan memeluk Islam akan dibunuh, seperti apa yang kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) laksanakan berlandaskan Quran.

Jawatan itu masih boleh dilihat di Facebooknya pada kira-kira jam 11:45 pagi ini. Menurut maklumat pada profil beliau, Desmond Yongkor ialah seorang jurutera dari Kimanis, Sabah. - 2 Julai, 2015. (TMI)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Gadis Kontroversi Gambar Bogel Tasha Shilla Sudah Berhijab..

 HALAMAN HIBURAN
SELEPAS diselubungi kontroversi penyebaran gambar bogel yang didakwa miliknya, Tasha Shilla dilihat kini mengenakan hijab sepenuhnya. Menerusi laman Instagramnya, dia banyak berkongsi gambar-gambar memakai tudung atau selendang.
 
Bagaimanapun ada yang mendakwa Tasha memakai tudung sebagai mempromosikan hijab tersebut. Namun melihatkan kepada komen-komen yang ditinggalkan di gambar-gambar yang dimuatnaik Tasha, ramai yang menyokong dan memberi galakan kepadanya untuk berubah, apatah lagi ketika umat Islam sedang menyambut Ramadhan.
 
Moga-moga terbuka hatinya untuk berhijrah menuju pencerahan. (IH)


Bogel, Di Gunung Irau, Cameron Highland Pula!

 
TERBARU! Berlegar di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan kelibat seorang lelaki telah mengambil gambar bogel di atas Gunung Irau yang terletak di Cameron Highland tetapi tidak dapat dipastikan samaada rakyat Malaysia sendiri atau pelancong asing.
 
Di dalam gambar tersebut (tidak dapat dipastikan bila berlaku) menunjukkan seorang lelaki berkacamata  telah mengambil beberapa keping gambarnya berlatar belakangkan papan tanda yang tertulis Brinchang 2.35KM bersama bendera Malaysia dibelakang.

Dia menggayakan pelbagai aksi antaranya menutup bahgian sulitnya dengan papan tanda yang tertulis Gunung Irau. Perbuatan seperti ini amatlah biadap dan tidak boleh dibiarkan terus berlaku,.
 
Perlukah tindakan keras diambil terhadap lelaki ini dan mana-mana individu yang melakukan aksi seperti ini supaya tidak berleluasa di negara kita.?
 
Selepas bogel di atas Gunung Kinabalu, kini  di Gunung Irau pula, adakah berbogel di tempat yang dilawati sudah menjadi trend di kalangan pelancong dalam atau luar negara?
(Sumber Siakapkeli.my)

Wednesday, July 01, 2015

Ini Pohon 'tertua' Di Dunia, Era Nabi Nuh?

Pohon tertua di dunia asal Sweden.

BEBERAPA hari belakangan, muncul meme di jejaring sosial yang menyatakan bahawa pokok tertua di dunia ini berada di Sweden.

Ujian radiokarbon menganggarkan usia pokok jenis spruce ini mencapai 9.550 tahun. Meme sindiran itu lalu mendakwa pokok ini walaupun jauh lebih tua dari ramalan saintis Injil yang menyatakan banjir besar masa Nabi Nuh terjadi pada 1.656 SM.

Persoalannya, apakah pohon itu benar-benar ada? Majalah National Geographic memastikan pokok itu memang tumbuh di Wilayah Dalarna, tepatnya di wilayah dataran tinggi tempatan.

Universiti Umea menyatakan pokok setinggi empat meter ini batangnya baru berusia puluhan tahun. Tapi akarnya dipastikan terus hidup di tempat yang sama sejak hampir 10 ribu tahun lalu.

"Apabila ada bahagian akar yang mati, sudah ada rangkaian baru dari akar yang sama," kata Leif Kullman, guru besar ekologi dan persekitaran Universiti Umea.

Walaupun begitu, saintis sedunia belum sepakat bahawa pokok spruce yang biasanya ditebang untuk hiasan natal di Sweden itu sebagai tumbuhan tertua sejagat.

Setakat ini, para pakar pokok baru bersepakat menobatkan pain di California sebagai yang tertua di dunia. Pohon jenis Bristlecone di AS itu secara ilmiah dipastikan berusia 5 ribu tahun lebih. (IH)

Mereka Masuk Islam Semasa Ramadhan


Alexandra gadis Inggeris masuk Islam.

SEJAK peristiwa serangan ke Bangunan World Trade Center di New York, Amerika Syarikat, pada 11 September 2001, peta dunia seolah berubah. Selepas kejadian tragis itu warga Barat mula ingin tahu seperti apa agama Islam yang sebenarnya.

Mereka yang tadinya sama sekali tidak peduli atau tidak tertarik dengan Islam, menjadi penasaran dan mencari maklumat soal Islam. Di dunia Barat, sebelum kejadian 11 September itu, Islam masih dianggap sangat asing bagi majoriti rakyat yang beragama Kristian. Namun secara perlahan kini dunia lebih mengenal Islam dan seperti apa ajarannya.

Sebahagian dari mereka tertarik mempelajari Islam hingga akhirnya mendapat pencerahan alias petunjuk atau hidayah untuk memeluk Islam. Mereka memutuskan mengucapkan syahadat pada bulan suci umat Islam, yakni Ramadan. Siapa saja mereka yang akhirnya masuk Islam ketika di bulan Ramadan? Simak kisahnya berikut ini.

Satu: Gadis Inggeris masuk Islam ketika Ramadan 
Menurut sejumlah penelitian di Inggeris baru-baru ini, jumlah warga muslim di UK atau Negara Tiga Singa itu meningkat sebanyak 37 peratus dalam enam tahun terakhir. Sedangkan jumlah masjid sudah mencapai 1,500.

Kerajaan Inggeris baru-baru ini membenarkan jumlah tahanan yang menjadi muslim terus meningkat saban hari. Dalam liputan Aljazeera.net ke pelbagai penjara dan pusat pengajian Islam di Inggeris, terungkap mereka yang menjadi Islam kebanyakan berasal dari Brazil, Luxembourg, Panama, dan Sweden.

Pada kesempatan itu Aljazeera juga menemubual Alexandra, puteri dari Lauren Booth, kakak ipar dari mantan Perdana Menteri Inggeris Tony Blair. Alexandra mengaku masuk Islam pada bulan Ramadan tahun lalu. Ketika itu dia berusia 12 tahun.

"Terima kasih kepada ibu saya yang sering mengajak ke mesyuarat, saya jadi tahu soal Islam. Menjadi muslim telah membuat saya lebih damai dan lega," kata dia, seperti yang dilaporkan oleh aljazeera.net.

Alexandra mengatakan Islam telah mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.
Dia juga mengingat saat-saat ketika mengucapkan kalimat syahadat dia merasa jiwanya terangkat dan di dalam hati dia mengucap

"Saya berjaya."

Setelah memakai hijab dia juga mengaku merasa lebih terhormat daripada sebelumnya.

Dua: Berkat mendengar alunan Al-Quran, keluarga Norway masuk Islam


Sebuah keluarga Kristian asal Bandar Mugla, Norway..

Sebuah keluarga Kristian asal Bandar Mugla, Norway, sedang bercuti ke Turki, rombongan pelancongan mereka sampai ke Masjid Raya di Marmaris. Saat itulah Linda Nyman, 34 tahun, dan suaminya Froda Sigvartsen, 31 tahun, serta ketiga anak mereka mendengar lantunan ayat suci Al-Quran.

"Kami sedang berada di dalam masjid ketika itu dan mendengar ayat suci Al-Quran selama 20 minit. Kemudian kami mula berlinang air mata. Saya berasa sangat ringan dan damai. Saya merasa amat bebas. Saya senang memilih Islam sebagai agama kami," kata Nyman, seperti dilansir yesmorocco.com, Julai 2013.

Mereka kemudian meminta imam yang membacakan Al-Quran itu memberitahu mereka soal Islam. Selepas itu mereka akhirnya mengucapkan kalimat syahadat pada hari pertama Ramadan.

Tiga: 20 Pekerja Filipina jadi masuk Islam di Riyadh
Sebanyak 20 warga Filipina di Ibu Kota Riyadh

Sebanyak 20 warga Filipina di Ibu Kota Riyadh, Arab Saudi, menyatakan masuk Islam awal minggu ini. Mereka menjadi mualaf di bulan suci Ramadan tahun ini.

Ke-20 pekerja asal Filipina itu mengucapkan dua kalimah syahadah selepas solat Tarawih di sebuah masjid di kawasan Dubhat.

"Kami bangga terhadap kamu dan semua orang senang menyambut kamu sebagai saudara," ujar imam masjid bernama Turky Qelawy, kepada Arab News, Khamis (25/6).

Kebanyakan warga asing asal Filipina itu bekerja di Hospital Universiti Raja Abdulaziz di Riyadh.

Empat: Duta besar Itali masuk Islam di Saudi

Torquato Cardilli 

Duta besar Itali buat Arab Saudi Torquato Cardilli memutuskan masuk Islam pada 16 November 2001, saat malam Ramadan hari pertama.

Cardilli lahir pada 1942 dan sudah mempunyai dua anak. Dia ditugaskan di pejabat Kementerian Luar Negeri Itali pada 1967. Dia sudah bekerja menjadi diplomat di Sudan, Syria, Iraq, Libya, Albania, dan Tanzania.

"Saya benar-benar meyakini kebenaran Islam setelah secara rutin membaca wahyu Allah, kitab suci Al-Quran," kata beliau suatu kali, seperti yang dilaporkan oleh ifoundislam.net.

Kerana bertugas di Timur Tengah, Cardilli sudah cukup fasih berbahasa Arab.

Al-hamdulillah. Allah Maha Besar, lain semua kecil berbanding kebesaran Allah itu.
(IH)
 


Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

Kawal Harga Ayam, Kegagalan Tradisi Kerajaan M'sia Sejak Dulu.

PENGGUNA
 
PUTRAJAYA – Kawal harga ayam di musim perayaan Islam, adalah kegagalan tradisional kerajaan Malaysia setiap tahun sejak dulu hingga sekarang.
 
Hal ini terbukti lagi, bila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini telah memulakan siasatan berhubung dakwaan kenaikan harga ayam di pasaran kini..
 
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya menjalankan siasatan itu melibatkan golongan penternak, pemborong dan peruncit bagi mengetahui kebenaran tentang kenaikan harga tersebut.
 
Beliau berkata, pada masa ini, harga bagi sekilogram ayam standard sepatutnya RM7.60 kerana harga pada peringkat ladang berada antara RM4.70 hingga RM4.90 bagi berat yang sama. Siasat, tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menetapkan harga barang. (IH).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails