Thursday, April 19, 2012

Penghuni Jambatan Siapa Bertanggung Jawab?

TIDUR...dua orang gelandangan tidur  di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.
TIDUR...dua orang gelandangan tidur di bawah jambatan berhampiran Jalan Bangsar.

KL 19 Apr 12: Lihat berita ini, “Dulu nampak seorang saja yang tinggal di bawah jambatan itu, kini selepas sebulan berlalu ada dua orang berada di tempat sama,” kata pemandu bas henti-henti, Sulaiman Razak, 35, apabila ditanya mengenai gelandangan yang menjadikan jambatan berdekatan Jalan Bangsar, di sini, sebagai rumah mereka.

Foto

Foto

"Bukan di Jalan Bangsar saja, di persekitaran dekat Puduraya pun ada. Boleh lihat lebih ramai lagi tiap-tiap malam. " Kata saudara Jamaludin 38, seorang pemandu teksi, memberi komen ke atas berita di atas.

"Soalnya sekarang, siapa bertanggung jawab? Di situlah perlunya Kerajaan kebajikan, untuk menjaga kebajikan rakyat miskin!" jelas beiu lagi. (IH/myMetro)

Jenayah Seksual Naik 36% -M/Dalam Negeri


KL 19 Apr 11: Jumlah kes jenayah seksual termasuk rogol membabitkan mangsa berumur di bawah 16 tahun meningkat sebanyak 36.1 peratus atau 642 kes pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) berkata, statistik polis mendapati sebanyak 1,777 kes jenayah seksual terhadap remaja dilaporkan sepanjang 2010 sebelum naik kepada 2,419 kes pada tahun lalu.

“Sebanyak 924 kes telah dilaporkan pada 2005, 1,301 kes (2006), 1,653 kes (2007), 1,871 kes (2008) dan 2,049 kes (2009),” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau memberitahu, banyak kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa penjenayah sewaktu mereka bersendirian di dalam atau di luar rumah.

“Antara faktor kes jenayah seksual ini meningkat ialah disebabkan kurang pendidikan dan agama, masalah dalam institusi kekeluargaan, pengaruh media massa dan media alternatif serta mangsa dan suspek melakukannya secara suka sama suka,” katanya. (IH)

Undang ‘Fatwa’ Kedah Tidak Ikut Islam -Mufti Perlis


Azizan berkata fungsi institusi mufti berbeza daripada badan perhakiman.

KL, 19 April 12: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata enakmen terbaru digubal kerajaan negeri Kedah yang akan menghalang cabaran mahkamah terhadap aspek keagamaan (fatwa) adalah bertentangan dengan prinsip Islam.

Juanda bertanya sama ada pentadbiran negeri pimpinan PAS Kedah mahu menjadi sebuah kerajaan teokrasi atau konsep negara berkebajikan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

“Enakmen fatwa baru menunjukkan mereka sebenarnya menuju ke arah teokrasi dan bertujuan untuk memaksa penerimaan (orang ramai),” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Ini bertentangan dengan Islam,” katanya.

Beliau berkata Islam menerima dan menghormati perbezaan pandangan dari agama-agama lain.

Juanda berkata demikian sebagai respons mengenai Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 yang akan menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10), bagi memperjelas keahlian jawatankuasa fatwa serta menjadikan fatwa diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa sebagai muktamad.

Pindaan itu diluluskan sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam.

Menurut pindaan itu, “Fatwa yang diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.”

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mengikut Seksyen 22A yang baru, fatwa tidak boleh dicabar walaupun dengan undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan.

“Fatwa mufti melibatkan ibadah dan hukum syarak, sekiranya berlaku kekeliruan perlu dirujuk kepada jawatankuasa fatwa,” katanya.

Beliau berkata, institusi kehakiman dengan institusi mufti dua perkara yang berbeza kerana mufti lebih kepada jawatankuasa pelaksana, pandangannya diwartakan kecuali hal-hal remeh melibatkan kepentingan awam.

PKR dan DAP masih belum memberikan respons terhadap langkah terbaru PAS yang mengetuai kerajaan negeri Kedah di bawah kesepakatan Pakatan Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam, Syahredzan Johan berkata enakmen itu tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan menentang prinsip asas demokrasi, yang menggariskan pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman negara.

“Terdapat satu individu yang membuat undang-undang, satu individu lain yang melakukannya, dan satu lagi individu yang melaksanakannya. Sebagai prinsip umum, apa-apa sahaja di bawah bidang kuasa awam dan mahkamah syariah bertentangan dengan enakmen ini serta prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya.

Beliau menambah DUN tidak mempunyai kuasa untuk menggugurkan bidang kuasa mahkamah seperti yang ditekankan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan mengatakan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan hal-hal seperti yang disediakan undang-undang persekutuan.

“Bermakna, hanya undang-undang persekutuan (dan bukan kerajaan negeri) boleh mengambil alih bidang kuasa mahkamah sivil. Jadi hanya Parlimen boleh melakukannya,” katanya.

Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya iaitu Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, serta mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan.

Mahkamah-mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah bawahan itu hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan.

Artikel itu telah dipinda pada 1988 sewaktu era pemerintaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dengan meletakkan kuasa Parlimen sebagai penentu kepada kuasa kehakiman negara.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau meragui komitmen Pakatan Rakyat pada demokrasi, khususnya di Kedah yang memperkenal undang-undang baru bagi menghalang fatwa negeri dicabar di mahkamah.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja "tidak demokratik", malah "mematikan intelektualisme" kerana menyamakan fatwa seperti nas dalam al-Quran dan Sunnah yang tidak boleh dipertikai.

Sedangkan, fatwa itu hanyalah panduan yang dibuat manusia dan hanya menjadi panduan kepada rakyat, katanya kepada Malaysiakini pula. (IH)

Serangan Di D/Merdeka: Polis Nafi Tak Bertindak.


Polis: Kami tiba ke Dataran dalam 6 minit


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, dua anggota polis berpakaian biasa sudah berada ketika kejadian 2.40 pagi tadi dan 10 anggota berpakaian seragam tiba enam minit kemudian.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur, beliau juga menafikan pasukan penguatkuasa hanya sekadar memerhatikan insiden itu tanpa mengambil sebarang tindakan. Katanya, jika polis tidak bertindak, sudah pasti keadaan bertambah teruk.

Malah, kata Mohamad, seorang detektif turut tercedera di bahagian belakang dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, reaksi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung insiden serangan ke atas sekumpulan siswa di Dataran Merdeka hari ini menerima kecaman daripada pemimpin pelajar terbabit.

Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dalam satu sidang media berkata, Mohamed Khaled tidak sepatutnya bertindak "angkuh" dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Mohamed Khaled dalam reaksinya ke atas insiden tersebut menulis di Twitter: "Tiada siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa-apa perkara, jangan tagih simpati." Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami ekoran serangan pada awal pagi ini. (IH/MK)

Sg Terah Bina Kilang Sawit RM42 J

GUA MUSANG, 19 April 12: Selepas membayar bonus 11 bulan gaji kepada kakitangannya, Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd (SLST) maju setapak lagi merancang membina kilang sawit dan penempatan di Jeli tidak lama lagi.

Anak syarikat kerajaan negeri itu akan membina kemudahan tersebut di kawasan seluas 22 ekar membabitkan pelaburan keseluruhan sebanyak RM45 juta. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perladangan PKINK Bhd, Zazali Japar berkata, pembinaan kilang berkenaan dianggar membabitkan kos RM43 juta.

“Kumpulan Perladangan juga akan membina jalan tar masuk ke tapak kilang sejauh 4 km melibatkan kos RM9 juta dan bayaran pampasan kepada penduduk RM1 juta.

“Di kawasan kilang juga akan dibina kompleks perumahan dan pejabat pentadbiran Ladang Tapis Sdn Bhd.

“Sehubungan itu satu majlis menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat dari Kuala Lumpur bagi membina kilang akan diadakan di sebuah hotel di Kota Bharu pada Mei depan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Beliau yang juga Pengurus Besar SLST berkata, pembinaan kilang sawit terbabit dijangka siap pada awal 2014 dan apabila beroperasi kelak berupaya memproses sawit 30 tan sejam. Selepas itu akan dipertingkatkan keupayaan memproses kepada 45 tan sejam.

Kumpulan Perladangan PKINK mempunyai tiga ladang di Jeli iaitu Ladang Tapis seluas 1,889 hektar, Ladang Rakyat Lubuk Bongor 1 (1,955 hektar) dan Ladang Rakyat Lubuk Bongor II (1,476 hektar). Selain itu di Jeli juga terdapat Ladang Kuala Balah seluas 2,101 hektar.

Manakala di Gua Musang Kumpulan Perladangan PKINK mempunyai Ladang Kelasa seluas 2,665 hektar, Ladang Subong (2,993 hektar) dan Ladang Nenggiri (4048 hektar). SLST juga mempunyai kilang memproses susu getah iaitu LST Latex Concentrate yang terletak kira-kira 3 km daripada pejabat operasi di Sungai Terah.

Zazali juga berkata, Kumpulan Perladangan ditubuh pada 2010 merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

“Tumpuan aktivitinya perladangan sawit dan getah. Visinya menjadi peneraju utama dalam bidang perladangan dan industri hiliran di Kelantan yang mampu berdaya saing di peringkat nasional,” katanya.

Menurutnya juga SLST menganugerahkan lot rumah kepada kakitangan yang berkhidmat lebih 10 tahun, di mana setiap satu bernilai kira-kira RM20,000. Katanya, syarikat turut menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM50,000 bagi membolehkan kakitangan yang mendapat lot membina kediaman mereka.

Ketika tinjauan di kawasan perumahan terbabit didapati suasana seperti perkampungan baru, di mana banyak terdapat banglow milik kakitangan SLST. Kawasan perumahan tersebut juga dilengkapi dengan sebuah kelas asuhan kanak-kanak dan masjid. (Hrkh)

‘Rahib’ Bogel Depan PM Itali, Sama Spt M'sia?


SAKSI perbicaraan bekas Perdana Menteri Itali, Imane Fadil, tiba di mahkamah di Milan, semalam. Gambar kecil, Berlusconi dakwa partinya  untuk bermesra.
SAKSI perbicaraan bekas Perdana Menteri Itali, Imane Fadil, tiba di mahkamah di Milan, semalam. Gambar kecil, Berlusconi dakwa partinya untuk bermesra.

ROME: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, didakwa menyaksikan bagaimana sekumpulan wanita berpakaian seperti rahib membuka satu demi satu pakaian mereka sambil menari di tiang.

Mahkamah diberitahu, Berlusconi juga seronok melihat wanita mengenakan jersi pasukan bola sepaknya, AC Milan, membuka pakaian sehingga hanya tinggal seluar dalam kecil.

Saksi, Imane Fadil, berkata dia terkejut melihat telatah tetamu di parti “bunga-bunga” anjuran Berlusconi di tingkat bawah vila bilionair itu pada Februari 2010. Vila itu terletak di Arcore di daerah Lombardy.

Imane, 27, berkata dia hadir ke parti itu kerana ditawarkan menjadi penyampai di satu daripada saluran televisyen milik Berlusconi.

“Saya nampak Nicole Minetti dan Barbara Fagioli (tetamu Berlusconi) mengenakan jubah hitam, penutup kepala putih dan membawa salib.

“Mereka kemudian menanggalkan pakaian sehingga hanya tinggal seluar dalam,” katanya.

Model itu memberi keterangan dalam perbicaraan salah laku Berlusconi, 75, dalam majlis yang digambarkannya sebagai “makan malam untuk beramah mesra dengan hidangan wain, makanan serta nyanyian.”

Berpuluh-puluh wanita muda dijadual turut memberi keterangan, selain selebriti terkemuka - termasuk George Clooney dan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo - dalam perbicaraan berkenaan. Difahamkan, wanita penghibur yang datang ke parti itu dilatih ahli majlis kerajaan tempatan, Nicole Minetti, 26, yang juga ahli parti Berlusconi.

Kata Imane, pada waktu lain, beberapa wanita muda berpakaian seperti pemain AC Milan dan menari sambil menanggalkan pakaian. “Penari itu turut membenarkan Berlusconi menyentuh mereka,” katanya.

Menurut Imane, setiap kali pergi ke parti “bunga-bunga” Berlusconi, pasti ada tetamu yang menanggalkan pakaian mereka. Katanya, dia pernah diberi sampul berisi wang tetapi tidak pernah bermalam di vila berkenaan walaupun ada wanita lain sangat bersedia tidur di situ. - DM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Itali.. begitulah bila pemimpin politik menguasai agama. Poitik lebih tinggi dari agama. Dasar politik tidak bertunjangkan agama, menguasai Bahagian Agama Islam kalau di Malaysia. Mahkamah sivil lebih tinggi dari Mahkamah Syariah seperti di Malaysia.

Itu sebabnya perlu parti Islam yang meletakkan agama di atas segala kuasa politik. Kerana dasar parti adalah dasar Islam. Islam lebih tinggi dari segala-galanya.

Di Malaysia ada contoh pemimpin-pemimpin begini yang politiknya ditinggikan dari agama. Satu contoh kecil, lihat gambar di bawah ini.. Dedah aurat melalui tarian lucah ini haram dari sudut agama, mengapa jabatan agama tidak boleh bertindak? Kerana BN lebih berkuasa ke atas agama!


Lihat Bogel Unt Seni (Italy)=1/2 Bogel Unt P'raya (M'sia...

Sebelum ini..
Thumbnail 6:27

zina senang, kahwin susah!! siri 1.wmv

by ibnuhasyimchannel 1 day ago 0 views

Thumbnail 4:32

Wednesday, April 18, 2012

President PAS Lawat Bob Kuman, Bantulah...

PETALING JAYA, 18 April 12: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampungnya di Negeri Sembilan. Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya. (Gambar atas)

“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.

Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman. Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu. Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047) (Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails