Thursday, July 13, 2023

A/Saudi kreatif: The Line, Piala Dunia. & K'tan juga


Putera Mahkota e Mohammed bin Salman (FOTO: Arab News)

Putera Mohammed dedahkan idea awal The Line

RIYADH: Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah membincangkan beberapa idea terawal mengenai reka bentuk The Line, kemegahan masa depan Arab Saudi, dan maksud projek mega itu kepada kerajaan Saudi dan dunia secara amnya.

Bandar raya moden dan pintar yang bercita-cita tinggi itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan utama NEOM Arab Saudi, yang terletak di utara Saudi, dan beliau membayangkan semula bagaimana kehidupan bandar sepatutnya pada abad ke-2

“Kerajaan  Saudi bermatlamat mahu mencipta tamadun baharu untuk masa depan dan telah menggesa negara untuk bertindak sama demi membina planet yang lebih baik,” katanya  itu dalam wawancara dengan Discovery Channel mengenai The Line yang disiarkan pada hari Isnin (26 Jun), waktu tempatan.

Beluiu bercakap dalam dokumentari tentang bagaimana idea reka bentuk di sebalik terhasil dan apa yang akhirnya ia menjadi sesuatu yang sangat bermakna untuk Saudi, lapor Arab News.

“Memandangkan negara ini  mempunyai tempat kosong, dan kita mahu mempunyai tempat untuk 10 juta orang populasi, maka marilah kita berfikir dari awal,” kata putera mahkota itu. 

Pembinaan The Line sejauh 170 kilometer merupakan sebahagian daripada projek bandar raya futuristik, Neom di Arab Saudi. (FOTO Neom.com)

“Kami bercakap tentang banyak idea, ‘mengapa kami tidak boleh membina bulatan?’” kongsinya sambil mengimbau langkah pertama dalam proses reka bentuk bandar itu. 

“Kami boleh menghubungkannya dengan mobiliti dan membinanya secara perlahan-lahan sehingga ia siap untuk 10 juta penduduk,” tegas Putera Mahkota itu.

Selepas sumbang saran dan pertandingan untuk pereka terbaik untuk idea tentang penampilan bandar itu, satu pilihan reka bentuk menonjol telah dipilih.

“Mereka (pereka-pereka yang bertanding) memberikan kami bandar berdasarkan kaedah sedia ada tetapi dengan penyelesaian yang lebih baik… kecuali seorang, yang berkata: ‘Mari kita ubahnya daripada bulatan kepada garisan’,” tambahnya.

Dari situ, Putera Mahkota mencadangkan akan mewujudkan rupa ikonik yang akhirnya dikenali sebagai The Line itu. 

Ilustrasi struktur Mirror Line di hujung The Line yang menghadap lautan luas. (FOTO news.18.com)

“Idea infrastruktur bagus, tetapi apabila anda masuk ke dalamnya, dengan lebar 2 kilometer, anda tidak merasakannya sebagai sejauh itu. 

“Saya memberitahu pasukan perancang The Line, ‘bagaimana pula jika kita mengambil 2km itu dan membeleknya (supaya ia menjadi) dua menara (merentasi) keseluruhan barisan, adakah ia akan berfungsi atau adakah ia terlalu besar?’

“Hasilnya ialah fenomena reka bentuk bandar sepanjang 170km, 200 meter lebar yang akan dijalankan pada 100 peratus tenaga boleh diperbaharui, dengan 95 peratus tanah dipelihara untuk alam semula jadi – dan ia akan bebas aliran trafik kereta,” ujarnya lagi.

Beliau berkata reka bentuk itu akan menjelaskan struktur dalaman bandar berbilang lapisan itu dan menangani masalah bandar rata rata dan mendatar.

Ilustrasi struktur penempatan penduduk di bangunan Mirror Line yang terletak di The Line, di tengah bandar raya pintar futuristik Neom, di Arab Saudi pada ketinggian 500 meter di atas paras laut. (FOTO Constructionweekonline)

Putera mahkota berkata, penduduk Arab Saudi pada 2030 dijangka mencecah antara 50 dan 55 juta, meningkat dengan ketara daripada 33 juta sekarang. 

“Pada 2030, kami akan mencapai kapasiti penuh infrastruktur sedia ada di Arab Saudi,” katanya, yang menekankan akan keperluan pembinaan bandar raya baharu, The Line itu.

“The Line akan menangani cabaran yang dihadapi manusia dalam kehidupan bandar hari ini dan akan menyinari cara alternatif untuk hidup,” 

“Kita tidak boleh mengabaikan kebolehdiaman dan krisis alam sekitar yang dihadapi oleh bandar-bandar lain di dunia yang kita diami ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2023   


Komen Weblog Ibnu Hasyim: A/Saudi kreatif: The Line, Piala Dunia. & K'tan juga   

Lihat juga ini..

(i) Jeddah tuan rumah Piala Dunia Kelab 2023 

Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, antara gelanggang bola sepak terbaik Arab Saudi

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, semalam, mengumumkan Piala Dunia Kelab 2023 akan berlangsung di Jeddah, Arab Saudi.

Keputusan itu dibuat selepas lawatan delegasi FIFA ke bandar itu, minggu lalu untuk menilai persiapan yang dijalankan bagi kejohanan itu.

“Kami gembira kerana Jeddah dengan kemudahan terkini dan reputasi menganjurkan acara sukan antarabangsa utama, dipilih sebagai bandar tuan rumah untuk Piala Dunia Kelab FIFA,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Al Misehal.

Kejohanan itu yang akan berlangsung mulai 12 hingga 22 Disember akan diadakan di Arab Saudi buat kali pertama seperti yang diumumkan sebelum ini pada Februari lalu.

Piala Dunia Kelab edisi 2023 akan menjadi yang terakhir dijalankan mengikut format semasa — pertandingan tahunan dengan tujuh pasukan — yang akan dihentikan sebelum diperluaskan kepada 32 pasukan yang kali pertama diadakan di Amerika Syarikat pada 2025. – REUTERS

(ii) Israel lawan nukiear Saudi, sama DAP PP, PH-BN S'gor.. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Israel Katz dalam sesi khas untuk mengundi kerajaan baharu di Knesset, Baitulmaqdis pada 13 Jun 2021 (FOTO FAIL: AFP)



(iii) Kretifnya Kelantan terus lalui banyak perubahan biarpun ditekan dan ditindas kerajaan pusat.

KOTA BHARU: Kelantan telah mengalami banyak pembaharuan, pembangunan dan kemajuan serta pencapaian berbanding 30 tahun dahulu walaupun berdepan tekanan politik sejak tahun 1990. 

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pengalaman suka duka itu dilalui dengan kemampuan sendiri berkat dasar ‘Membangun Bersama Islam’ pentadbiran kerajaan negeri.

Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menurutnya, telah memperkenalkan dasar yang mantap itu di mana bijak mengemudi negeri dengan sokongan para pegawai tadbir dan ahli-ahli politik.

“Dulu bila kita menang orang ingat PAS ni antipembangunan dan PAS ni tidak boleh mentadbir negeri dan tidak ada perancangan,” ujarnya pada program Sembang Santai sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Beliau memberikan petunjuk di mana dahulunya pendapatan negeri banyak bergantung kepada pembalakan, tetapi pentadbiran yang semakin cekap telah merubah perolehan hasil daripada sumber lain.

Menurut ADUN Panchor itu, balak kini berada di kedudukan ketiga, sebaliknya pendapatan utama Kerajaan Negeri Kelantan diperolehi daripada hasil tanah dan perkhidmatan.

“Makna pergantungan utama kita (kepada balak) ni sudah turun. Dulu orang ingat Kelantan ni kalau tak ada balak tak dak duit. Tapi dengan penyusunan kita, perancangan kita, kita berjaya mengurangkan pergantungan kita kepada balak. 

“Dalam masa yang sama kita boleh bangunkan negeri ini, sebab ada income perkapital kita, pertumbuhan ekonomi kita semakin semakin meningkat,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Rangsangan juga nyata beliau, ditunjukkan menerusi pencapaian agensi-agensi kerajaan negeri termasuk dalam aspek kesejahteraan rakyat seperti pemberian geran tanah dan meningkatkan lagi sektor pendidikan. – HARAKAHDAILY 23/6/2023

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

Wednesday, July 12, 2023

Hutang peneroka FELDA: Siapa hapuskan? Anwar pemangsa & liwat.

 


Siapa hapus hutang peneroka FELDA RM8.3 bilion

SAYA terpinga-pinga sekejap apabila Perdana Menteri kata Tan Sri Muhyiddin tak pernah melupuskan hutang peneroka FELDA. Dia kata yang melupuskan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion adalah dia. Kononnya dia baru saja tandatangan satu dokumen untuk melupuskan hutang peneroka pada bulan Jun 2023. Eh, apa hal ini?  Saya diberitahu ramai pegawai FELDA dan peneroka yang hadir dalam majlis itu pun terpinga-pinga tak percaya. Sebab hutang mereka dah lama dilupuskan semasa Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri.

Saya pun tertanya juga. Betul ke? Manalah tahu takut ada silap di mana-mana. Saya semak balik jawapan-jawapan Parlimen oleh Menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal FELDA. Semua kata hutang peneroka telah dilupuskan pada tahun 2021. Takkan Menteri berbohong di Parlimen. Di mana silapnya? 

Kemudian ada kawan forward kepada saya satu lagi video Perdana Menteri. Dia kata kalau betul Kerajaan PN dah lupus hutang peneroka FELDA, kenapa dalam Bajet 2021 dan 2022 tidak ada peruntukan untuk melupuskan hutang FELDA.

Oh, serta merta saya faham sebenarnya ada masalah dalam kenyataan Perdana Menteri.

Pelupusan hutang peneroka FELDA tidak memerlukan peruntukan dana kerajaan ketika ia dilupuskan kerana itulah ia tidak ada di dalam Bajet. Hutang-hutang itu ibarat ‘bad debt’ atau hutang lapuk yang tak boleh dikutip oleh FELDA. Bila hutang-hutang itu dihapus kira, ia tidak lagi dikira sebagai sebahagian daripada aset FELDA. Itu saja.

Jadi apa pula nak dikaitkan dengan Bajet pada masa itu? Takkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tak faham perkara ini? 

Pada masa yang sama, pada tahun 2021, Kerajaan PN juga telah bersetuju FELDA menerbitkan sukuk berjaminan kerajaan bernilai RM9.9 bilion untuk membiayai pembelian saham FGV berjumlah RM3.9 bilion dan mengurangkan hutang FELDA kepada Maybank dan KWSP berjumlah RM6 bilion.

Sukuk ini boleh diterbitkan secara berperingkat. Maka pada 24 Mac 2021, ketika Tan Sri Muhyiddin adalah Perdana Menteri, FELDA telah melaksanakan penerbitan pertama sukuk jaminan kerajaan berjumlah RM2.005 bilion bagi melaksanakan penyelesaian pinjaman dengan Maybank.

Seterusnya pada 16 dan 18 November 2021, iaitu ketika Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, FELDA telah melaksanakan penerbitan kedua dan ketiga sukuk sebanyak RM365 juta dan RM350 juta bagi melaksanakan penyelesaian pinjaman dengan Maybank. 

Keseluruhan sukuk yang diterbitkan sehingga bulan November 2021 berjumlah RM2.72 bilion. Jadi ada lagilah baki sukuk yang diterbitkan oleh FELDA selepas itu. 

Ini sukuk. Sebahagiannya bertujuan untuk menyelesaikan hutang FELDA kepada bank, bukan hutang peneroka FELDA kepada FELDA. 

Jadi dokumen apa yang Perdana Menteri tandatangan? Tak mungkin ia dokumen berkaitan dengan pelupusan hutang peneroka FELDA kerana jawapan-jawapan Parlimen, dan juga kenyataan mantan Pengerusi FELDA, mengesahkan bahawa pelupusan hutang peneroka FELDA telah selesai pada tahun 2021. 

Jawapan Parlimen ini tak boleh main-main. Kalau salah, Menteri yang bertanggungjawab boleh dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat.

Saya tak fikir Menteri tersilap kerana jawapan Parlimen yang disediakan oleh pegawai telah melalui beberapa tahap semakan dan tapisan di jabatan dan Kementerian yang berkaitan sebelum sampai ke Parlimen.

Kerana tuduhan ke atas Tan Sri Muhyiddin adalah berat, eloklah Perdana Menteri tunjuk dokumen apa yang dia tandatangan?

MARZUKI MOHAMAD – HARAKAHDAILY 10/7/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hutang peneroka FELDA: Siapa hapuskan? Anwar pemangsa & liwat. 

Ya, memng peneroka FELDA cuba dijadikan mangsa politik Anwar. Lihat apa kata NARAZA MUDA Aktivis Pejuang Isu FELDA -HARAKAHDAILY 10/7/2023


(i) Peneroka FELDA cuba dijadikan mangsa politik Anwar

TIBA-tiba warga Peneroka FELDA menjadi keliru dengan perkembangan terkini selepas sambutan Hari Peneroka FELDA 2023 di MAEPS baru-baru ini selepas Perdana Menteri menyentuh berkaitan hutang peneroka.

Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan penghapusan  hutang peneroka FELDA dilakukan olehnya walaupun peneroka FELDA sebelum ini sudah tahu hutang mereka telah dihapuskan kira oleh Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengambil alih pentadbiran daripada Pakatan Harapan.

(ii) Semakan kehakiman kes liwat: Ini masa yang sesuai -AHMAD FADHLI SHAARI KP PAS & KP PN

Saya membaca kenyataan YAB Perdana Menteri yang memuji Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat (yang pernah dimohon oleh Datuk Seri Najib Razak agar menarik diri dari mengadili kesnya) yang disifatkan berani dalam mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman. 

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan bahawa terdapat hakim-hakim yang sebelum ini membuat keputusan yang menyimpang dari unsur-unsur keadilan.

“Pelanggaran prinsip pengasingan kuasa secara terang-terangan oleh mereka yang memegang tampuk kuasa tidak lama dahulu, telah menyaksikan serangan yang kejam terhadap badan kehakiman. Ia memuncak dengan kemerosotan proses kehakiman itu sendiri, terutamanya kes melibatkan ahli politik yang telah menimbulkan ancaman serius kepada kuasa yang ada. 

Akibatnya, ada hakim-hakim tertentu membuat keputusan kehakiman yang benar-benar menyimpang daripada unsur-unsur keadilan dan cetusan hati nurani yang baik,” katanya.

Ini merupakan petikan kata-kata AHMAD FADHLI SHAARI seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian di pautan:  https://www.sinarharian.com.my/article/267504/berita/nasional/anwar-puji-tengku-maimun

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita.
 
Mereka cuba menfitnahkan hutang peneroka FELDA. Mengelirukan siapa yng menghapuskan..

Kepada rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Tuesday, July 11, 2023

Ini, patung Buddha di K'tan.. Tapi DAP ekstrem.

 


Guan Eng dipelawa lawat patung Buddha di Kelantan

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sedia menanggung kos pelancongan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng ke Kelantan bagi melihat sendiri bagaimana keharmonian kaum serta pelaksanaan amalan agama selain Islam di negeri itu.

Timbalan Ketua Pemuda DPPM, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, Kelantan yang diterajui PAS sejak 33 tahun lalu tidak pernah menganggu mahupun mengacau tempat ibadah orang bukan Islam termasuk agama Buddha.

Malah kata beliau tindakan parti yang membangkitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum perlu dihentikan pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi untuk memastikan masalah tersebut tidak lagi kedengaran pada masa depan.

“Tiba-tiba hari ini Guan Eng membuat ugutan kepada rakyat Pulau Pinang, kononnya kalau Perikatan Nasional (PN) mentadbir negeri itu, semua tokong Buddha akan dirobohkan oleh PN.

“Guan Eng, mu tu sedar atau pun tidak atau baru keluar gua ke.. cuba mu mari Kelantan tengok tokong Buddha di Kelantan macam mana, jumpa penganut agama Buddha,” katanya pada Pentas Solidariti Anak Muda sempena Solidariti Anak Muda Solid 2023 di Padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK-PI) di sini semalam.

Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata lagi, keharmonian kaum dan amalan agama di negeri yang ditadbir oleh PAS tidak pernah diganggu meski pun PAS merupakan sebuah parti yang menjadi Islam sebagai teras perjuangannya.

Semalam sebuah portal berita tempatan memetik laporan bahasa Mandarin melaporkan Ahli Parlimen Bagan itu memberi amaran kepada pengundi di Pulau Pinang mengenai bahaya jika ‘gelombang hijau’ tidak disekat.

Beliau dilapor mendakwa jika tampuk pemerintahan negeri itu diambil PN akan mengakibatkan tokong Buddha akan dimusnahkan dan penganut agama tersebut akan berhadapan dengan pelbagai sekatan untuk mengamalkan agama.

Bagaimanapun pemimpin DAP terbabit hari ini menganggap laporan media tersebut sebagai silap petik.

Afnan juga berkata, Islam mengajarnya penganutnya supaya tidak menganggu ritual keagamaan yang diamalkan oleh agama selain Islam dan perkara itu sudah dibuktikan di Kelantan di bawah pemerintah PAS.

Menurutnya di Kelantan khususnya di jajahan Tumpat mempunyai tokong pelbagai bentuk duduk berdiri termasuk berbaring yang merupakan kedua terbesar di dunia selepas patung Buddha di Myanmar.

“Cuba tengok tokong Buddha di Tumpat Kelantan dan pergi jumpa orang bukan islam di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Kita tidak langsung mengusik amalan agama dan tuhan mereka daripada dahulu lagi.

“Inilah ucapan yang paling rasis yang digunakn untuk memecah-belahkan kesatuan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia, tindakan 3R seperti itu perlu dihentikan dan tolak parti terbabit,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/7/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, patung Buddha di K'tan.. Tapi DAP ekstrem.

Mengapa DAP yang ekstrem?

(i) Menurut Sinar Harian 25 Oktober 2019, 3 Bukti DAP wajar diharamkan. 


1. Tuan Ibrahim (PAS) mengemukakan bukti ucapan Steven Sim Chee Keong (DAP) dalam forum Naratif Malaysia Baru yang diadakan pada 14 September di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor.

2. Beberapa pemimpin DAP didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE, susulan penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.

3. Perintah larangan terhadap penerbitan buku komik bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' yang ditulis oleh aktivis DAP, Hew Kuan Yau dan pengantarnya ditulis oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng.

Senarai '15 hujah DAP anti-Islam' 

Ketua Pemuda PAS (waktu itu), Muhammad Khalil Abdul Hadi

DAP sudah cukup terkenal dengan kelantangan celupar dan biadab, memperlekeh, mempertikai, memprovokasi serta campur tangan terhadap hal-ehwal, institusi dan tokoh Islam.

1. Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang. 

2. Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 matlamat-matlamat DAP ialah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.

3. Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.

4. Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 menulis: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.

5. Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dengan pelbagai alasan. 

6. DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada raja-raja Melayu. 

7. Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan Jakim sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng, pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajiban wanita Muslim menutup aurat. 

8. Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Quran, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 Sept 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara.

9. Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam Facebook beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor.

10. Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. 

11. Dalam isu aurat, Nga Kor Ming menyindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. 

12. Dalam isu murtad, Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam.

13. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Jan 1995, Barisan Alternatif pada Sept 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.

14. Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang”.

15. Kuat menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Mereka cuba bongkar kes patung Buddha di Kelantan ingin menuduh PAS ekstrem, rupanya terdedah, sebenarnya DAPlah yang ekstrem totok.

Rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Sunday, July 09, 2023

Gantung tugas Menteri terobos KLIA -Ahmad Fadhli Shaari

 


PM sepatutnya gantung tugas Menteri terobos KLIA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menggantungkan tugas Menteri yang menerobos masuk ke ruang keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga siasatan selesai.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, terjahan ke ruang kerja Jabatan Imigresen bukan kerja seorang Menteri apatah lagi melabelkan pegawai bertugas sebagai menerima rasuah.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga menegaskan, sekiranya terdapat bukti dakwaan rasuah tersebut, ia patut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan semua agensi di bawah kerajaan untuk mengadakan siasatan dan pendakwaan.

“Bukannya terjah tak hormat pegawai seperti itu. Namun, PM tak akan lakukan tindakan terhadap Menteri seperti itu. Apa yang PM akan lakukan?

“(PM akan kata) “..kita serahkan kepada pihak berkuasa, hormat tatakelola, hormat wewenang bla bla bla…,” sambil buat lawatan dan selfie manakala Menteri pun bebas seperti tiada apa-apa yang salah. 

“Kenapa PM tidak akan bertindak kepada Menteri? Macam mana PM nak bertindak, jika (orang) yang sudah didakwa dan sedang dibicarakan pun dilantik menjadi ‘orang kanan’. 

“Ini bukan tatakelola, ini ‘tata ke laut’. Lihat sahaja isu Menteri di Kementerian Sumber Manusia, begitulah kaedah pentadbiran ‘kerajaan sembang’ hari ini,” tempelak beliau. – HARAKAHDAILY 3/7/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gantung tugas Menteri terobos KLIA -Ahmad Fadhli Shaari

Lagi DAP tungang PMX..
(i) Menteri jadi angkuh dengan kuasa jawatan dipegang. 

Menteri-menteri Kerajaan Pusat diketuai Pakatan Harapan sedang menunjukkan perangai politik yang hanya akan mempercepatkan lagi tempoh masa untuk mereka jatuh dari kedudukan itu -Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad.

(ii) Apa Ahli Parlimen Marang buat bantu orang miskin? 

RAFIZI tanya, apa yang Haji Hadi buat untuk bantu orang miskin di Marang?

Ambe imbas sikit, Mei 2018 ketika mula masuk pejabat Exco Pertanian, Ayah Chik panggil ambe ke rumahnya di Rusila. Banyak perkara kami bincang untuk bantu rakyat miskin khususnya nelayan pantai.
 
Cuba renung gambar di bawah (atas) dan lihat bagaimana ceria dan bersemangat riak wajah Ayah Chik bila boleh turun ke laut dalam program untuk tolong rakyat.

Sekarang siapa yang mampu nafikan keberkesanan program labuh unjam dalam membantu rakyat warga nelayan.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 6/7/2023

(iii) Peguam terkejut ada menteri cuba ‘runtuh’ kuasa PBT 

Bagi bukan beragama Islam hendaklah memastikan dirinya dan pekerja memakai pakaian sopan dan pekerja beragama Islam memakai pakaian menutup aurat.

Bagaimanapun Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilapor mempertikaikan tindakan tersebut dan meminta MPKB-BRI menarik balik kompaun berkenaan

(iv) Ringgit jatuh: Kartel ambil kesempatan tindas petani 


Syarikat-syarikat kartel dikhuatiri telah mengambil kesempatan dengan kejatuhan mata wang ringgit Malaysia (RM) untuk menindas golongan-golongan petani di negara ini.

Pensyarah Pengurusan Rantaian Makanan di Fakulti Bisnes dan Ekonomi, Universiti Malaya, Prof Dr. Suhaiza Hanim Mohamad Zailani berkata, kejatuhan nilai mata wang ringgit telah memberikan kesan yang buruk kepada ekonomi negara ini secara langsung.

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Sekiranya terdapat bukti dakwaan rasuah tersebut, ia patut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan semua agensi di bawah kerajaan untuk mengadakan siasatan dan pendakwaan.

Rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails