Tuesday, May 02, 2023

Giliran K'jaan Islam pula naik! Bersiaplah!

 

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

1. Lebih 20 bekas pemimpin, ahli Umno akan sertai PAS

KOTA BHARU: Beberapa nama besar adalah antara lebih 20 bekas pemimpin dan ahli Umno dijangka menyertai PAS tidak lama lagi. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tokoh terbabit termasuk bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, mereka dijangka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

“Tan Sri Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk menyertai PAS. Setakat ini kita menerima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin Umno untuk sertai PERIKATAN NASIONAL (PN).

“Mereka boleh menyertai mana-mana parti dalam PN sama ada PAS atau Bersatu yang merupakan parti komponen PN,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu, di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Annuar memberitahu masih aktif dalam politik biarpun dibuang daripada Umno.

Menurutnya beliau akan lebih aktif selepas ini dengan memilih perjuangan bersama parti ‘berhaluan baik’.

Takiyuddin juga berkata, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada memberi maklum balas mengenai tawaran menyertai PN.

“Mereka yang bakal menyertai kita itu sama ada akan diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya ia bergantung pada keadaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Mengenai Muktamar Tahunan PAS ke-69, beliau berkata tidak akan berlaku sebarang perubahan besar saf kepimpinan parti.

Menurutnya, setakat ini kepimpinan yang sedia ada diterima baik dan mereka terbukti mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“PAS ada pemilihan pimpinan pada muktamar tahun ini. Mesyuarat agung di 197 kawasan di seluruh negara sudah selesai diadakan.

“Cuma di peringkat pusat belum lagi diadakan muktamar dan pemilihan pimpinan kerana ia ditangguh bagi memberi tumpuan menghadapi PRN,” katanya.

Sebelum ini, beliau mengumumkan Muktamar PAS ke-69 yang sepatutnya diadakan 3 hingga 5 Mei ini ditangguh kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penangguhan itu dilakukan untuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri termasuk Kelantan. – HARAKAHDAILY 1/5/2023


2. PN Pulau Pinang sedia tewaskan DAP 


PERTEMUAN tidak rasmi antara saya dan Pengerusi BERSATU Negeri bermula dengan topik jemputan beliau ke kenduri kahwin anak beliau minggu hadapan.

Kami berbincang banyak perkara terutamanya mengenai persediaan bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

Insya-Allah PERIKATAN NASIONAL Pulau Pinang berazam untuk merampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada DAP atau PH yang terang lagi bersuluh bersikap diktator dalam banyak perkara merampas hak rakyat untuk kepentingan mereka dan kroni mereka.

Projek-projek gajah putih mega adalah langkah rakus mereka dengan penuh beragenda menjarah tanpa belas kasihan kepada rakyat jelata.

Terbaru Ketua Menteri mengumumkan akan menambak pulau tidak lama lagi. Apa mereka peduli kepada nasib nelayan dan rakyat terhadap bekalan ikan segar berbanding agenda besar itu.

Banyak lagi isu-isu negeri ini yang sangat membimbangkan jika mereka terus berkuasa. Nasib rakyat terus diperjudikan demi agenda besar mereka. 

Bagi ahli politik, sudah tentu dapat membaca segala tipu daya, helah dan manipulasi mereka melalui pelbagai projek yang akan dibangunkan bahkan ada yang sudah menjadi tragedi yang merugikan kerajaan dan rakyat Negeri Pulau Pinang.

Kroni diutamakan,
Rakyat jadi taruhan,
Menyalak itu pembangunan,
Pemukiman ikan bakal dilenyapkan.

Ayuh! Selamatkan Pulau Pinang.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS 
Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 27/4/2023


3. PH hanya minat PSI, pinggirkan Balik Pulau 
Golongan nelayan di Pulau Pinang dilaporkan terkesan dengan prpjek penambakan Penang South Islands (PSI).
GEORGE TOWN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai kepimpinan DAP Pulau Pinang sepatutnya turut menumpukan pembangunan di kawasan Balik Pulau yang dianggap sudah lama terpinggir.

Seorang aktivis masyarakat, Mahdzir Ibrahim berkata, kawasan itu lebih kritikal dan memerlukan usaha pembangunan dilaksanakan kerajaan negeri. 

Bagaimanapun katanya, kerajaan yang mentadbir Pulau Pinang sekarang lebih berminat terhadap pembangunan di Georgetown, Bukit Mertajam dan selatan Pulau Pinang. 

“Sedangkan kawasan Balik Pulau terus terpinggir dalam arus pembangunan,” katanya dalam kenyataan di laman sosialnya

Dalam pada itu, semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dilaporkan mendakwa laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) projek Pulau Selatan Pulau Pinang telah diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) selepas sekian lama menunggu.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan akan bermula di Pulau A untuk membina Green Tech Park dengan semua 71 syarat disenaraikan JAS perlu dipatuhi. 

Sebuah perkampungan nelayan di Balik Pulau yang terletak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, pelbagai pihak membantah projek tersebut kerana akan menjejaskan ekosistem dan kesan paling besar akan ditanggung nelayan sehingga ke Perak dan Kedah. 

Sementara itu, sebuah laman berita melaporkan bahawa golongan nelayan yang bakal terkesan dengan projek penambakan Penang South Islands (PSI) melahirkan rasa kecewa kerana tidak menerima jawapan daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum kelulusan EIA dibuat.

Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Zakaria Ismail berkata pihaknya masih menunggu jawapan daripada Anwar berhubung projek terbabit.

“Susulan kelulusan tersebut, kami akan mengemukakan rayuan kepada JAS kerana nelayan akan berdepan dengan krisis sumber protein sekiranya projek itu diteruskan,” katanya sepertimana dilaporkan oleh MalaysiaNow. 

Pembangunan pesat di Pulau Pinang sebaliknya didakwa meminggirkan masa depan golongan nelayan di negeri itu.

Pada 2019, ketika Anwar mengadakan pertemuan dengan nelayan melahirkan hasrat mahu bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk mencari penyelesaian berhubung krisis yang dihadapi golongan nelayan.

Lebih 6,000 nelayan dijangka terkesan dengan projek itu yang membabitkan nelayan Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak.

Malah menurut laporan portal terbabit, Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik semasa berkempen pilihan raya umum lepas menegaskan bahawa PKR tidak menyokong usaha itu.

“PKR berusaha memujuk DAP dan kerajaan negeri untuk tidak meneruskan projek berkenaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/4/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Giliran K'jaan Islam pula naik! Bersiaplah!

Perjuangan Islam pasti menang, sama ada di dunia atau di akhirat. Seperti yang pernah berlaku dalam sejarah Islam kepada pejuang Islam Jabal Tariq. Beliau menyeru pengikutnya memilih antara dua kematian, menang atau syahid sewaktu menyeberang  Selat Gibraltar, untuk membebaskan negara tesebut.

Sekian.

INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

Islam naikkan Tabung Haji. Jom undi Islam! & Ikan seluang, Abd Hadi..

 



1. Tabung Haji umum 3.1 peratus agihan keuntungan

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar ketika mengumumkan perkara itu berkata agihan keuntungan berkenaan melibatkan jumlah sebanyak RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH.

Beliau turut mengumumkan TH mencatatkan pendapatan kasar RM3.8 bilion bagi tahun 2022 berbanding RM3.72 bilion pada tahun 2021.

“Agihan keuntungan ini adalah kompetitif mengambil kira antara lainnya kadar agihan bagi tahun 2022 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.34 peratus, dan zakat telah dilunaskan bagi pihak pendeposit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH Mustakim Mohamad.

Menurut Mohd Na’im, pengiraan agihan keuntungan tahun 2022 adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun iaitu sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini.

“Agihan ini telah ditolak zakat berjumlah RM97 juta yang dilunaskan kepada semua Majlis-majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit TH.

“Para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima. Sehingga kini, TH telah melunaskan zakat  berjumlah RM1.27 bilion,” katanya.

Beliau berkata pendeposit TH boleh memeriksa keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 12 tengah hari esok, menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

Sementara itu Mustakim berkata kadar agihan keuntungan TH tahun 2022 adalah sama dengan tahun 2021 iaitu 3.1 peratus namun ada peningkatan tujuh peratus daripada jumlah agihan keuntungan iaitu RM2.65 bilion pada tahun 2022 berbanding RM2.46 bilion pada tahun sebelumnya.

Mustakim berkata kenaikan jumlah agihan keuntungan itu adalah disebabkan peningkatan simpanan dalam akaun pendeposit TH. – BERNAMA

2. PH dan BN: Perkahwinan menuju perceraian 

DARI awal ‘perkahwinan’ hingga sekarang, perseteruan DAP-Umno ditonjolkan tanpa berselindung. 

Bayangan dan amaran yang diberikan oleh PERIKATAN NASIONAL dahulu kini menjadi realiti. Kerjasama PH-BN sememangnya tidak lebih dari sekadar kerjasama paksa untuk kuasa Anwar dan Zahid. 

Seperti yang disangka, Umno di bawah Dato’ Seri Zahid Hamidi hanya menjadi beban yang perlu disucikan. DAP sebagai ‘abang besar’ dalam kerajaan madani pula pastinya tidak akan berdiam diri.

Seorang demi seorang pemimpin DAP mula mempersoalkan peranan Umno dalam Kerajaan PH-BN. Sebagai tindak balas, pemimpin atasan Umno juga mula menyerang pemimpin PH secara terbuka.

Isu pengampunan Dato’ Sri Najib Razak, pembahagian kerusi untuk PRN dan kes mahkamah Dato’ Seri Zahid Hamidi hanya menjadi minyak dalam api yang sedia marak.

Jika Umno-DAP bukan dalam kerajaan, rakyat mungkin tidak peduli. Namun sebagai parti komponen dalam kerajaan madani, pertembungan ini secara tidak langsung telah merugikan rakyat.

Masa dan tenaga yang sewajarnya dilaburkan untuk membina negara dan menjaga kebajikan rakyat telah dibazirkan untuk urusan ‘rumah tangga’ mereka. 

Setelah 4 bulan memerintah, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi berjaya kekal sebagai Presiden Umno, DAP berjaya mendominasi kerajaan, pengikut mereka juga telah diangkat di GLC-GLC namun apa rakyat dapat? 

Rakyat perlu bersuara, rakyat perlu bangkit jika kita tidak ingin menjadi seperti kata pepatah, ‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah’. Mereka akan buat apa sahaja untuk kekal berkuasa dan kita perlu buat apa sahaja untuk menjaga negara daripada pemimpin yang zalim.

Sekian. 

USTAZ MAHFUZ ROSLAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS
Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 27/4/2023


3. Seluang yang tidak boleh dipancing 

SELUANG ialah spesies ikan kecil yang paling dibenci oleh kaki pancing, kerana ia hanya memakan umpan dan meninggalkan mata pancing sahaja kerana saiznya yang kecil, sebelum sempat dimakan oleh ikan besar yang mahu ditangkap. Menyebabkan pemancing sangat kecewa dengan sebab gangguannya yang menghabiskan umpan tanpa memperoleh sebarang hasil.

Adapun ikan besar yang rakus memakan umpan mestilah mudah ditangkap, kerana pelahap sehingga termakan mata pancing. Akhirnya, ia dimasak atau dijual untuk dimasak menjadi makanan.

Al-Quran pula membawa cerita dalam surah al-Naml yang bermakna semut, iaitu sejenis serangga kecil yang hidup secara berkumpulan dengan jumlah yang banyak. Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan mukjizat mampu menguasai bahasa haiwan. Firman Allah SWT:

﴿حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوۡاْ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمۡلِ قَالَتۡ نَمۡلَةٞ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمۡلُ ٱدۡخُلُواْ مَسَٰكِنَكُمۡ لَا يَحۡطِمَنَّكُمۡ سُلَيۡمَٰنُ وَجُنُودُهُۥ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ١٨ فَتَبَسَّمَ ضَاحِكٗا مِّن قَوۡلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِي بِرَحۡمَتِكَ فِي عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ١٩﴾

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, ‘Wahai sekalian semut! Masuklah ke dalam sarang-sarang kamu masing-masing, agar kamu tidak binasa dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedarinya.’ (18) Maka, dia (Sulaiman AS) tersenyum dengan tertawa mendengar kata-kata semut itu. Lalu berdoa dengan berkata, ‘Wahai Tuhanku! Berikanlah kepadaku ilham untuk tetap mensyukuri ni‘mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku, dan supaya aku dapat mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.’ (19)” (Surah al-Naml: 18-19)

Demikian itu, menunjukkan bahawa kebijaksanaan binatang semut boleh menyelamatkan kaumnya, supaya tidak rakus mengejar makanan yang tumpah sehingga boleh menyebabkan mereka dipijak. Hal ini disebabkan kedatangan Nabi Sulaiman AS dan bala tenteranya dengan jumlah yang ramai itu serta banyak serpihan makanannya.

Para ulama’ tafsir meriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman AS bertanyakan raja semut:

‌لِمَ ‌حَذَّرْتِ ‌النَّمْلَ؟ هَلْ سَمِعْتُمْ إِنِّي ظَالِمٌ؟ أَمَا عَلِمْتُمْ أَنِّي نَبِيٌّ عَدْلٌ؟ فَلِمَ قُلْتِ: لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمانُ وَجُنُودُهُ.

“Mengapa kamu memberikan amaran kepada rakyatmu? Adakah kamu pernah mendengar bahawa aku ialah seorang yang zalim? Adakah kamu tidak tahu bahawa aku adalah Nabi (yang diutuskan oleh Allah) yang wajib bersifat dengan adil? Dan kenapa kamu mengatakan (kepada semut yang lain) agar tidak dibiarkan Sulaiman dan tenteranya memijak dan membinasakan kamu?”

Raja semut menjawab:

يَا نَبِيَّ اللهِ أَمَا سَمِعْتَ قَوْلِي”وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ”.

“Wahai Nabi Allah! Adakah kamu tidak mendengar ucapanku, ‘Mereka tidak menyedari kedatanganmu (tidak sengaja terpijak).’” (Abu Ishaq al-Tsa‘labi, Qasas al-Anbiya’, ms. 325-326)

Inilah perkara yang sepatutnya menjadi iktibar kepada seluruh hamba Allah SWT supaya sentiasa berwaspada dalam kehidupan di dunia ini, dan tidak didorong oleh nafsu yang rakus sehingga merosakkan diri sendiri.

Keadaan ini berlaku apabila nafsu diri seperti nafsu makan menjadi tujuan utama, bukannya makan hanya sekadar untuk keperluan jasad bagi melaksanakan tugas lain yang lebih besar mentadbir makhluk bumi dengan amanah Allah SWT kepada manusia. Hal ini dijelaskan sebagaimana firman-Nya:

﴿إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا٧٢﴾

“Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya; dan amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Surah al-Ahzab: 72)

Amanah itu ialah mentadbir bumi dengan petunjuk Allah SWT daripada Kitab-Nya, Rasul-Nya dan ilmu yang bermanfaat. Sepatutnya manusia yang berakal lebih mampu mengawal nafsunya, supaya terselamat dalam kehidupan di dunia dan akhirat dengan mengerjakan amal soleh mengikut petunjuk Allah SWT. Harta, makanan dan lain-lain hanya sekadar menjadi keperluan jasad dengan beriman dan beramal di alam dunia yang menjadi jambatan ke akhirat.

Allah SWT mendedahkan ada dalam kalangan manusia yang tidak menggunakan kelebihan akal dan pancaindera yang diberikan oleh-Nya kepada mereka supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُولَـٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ  أُولَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ١٧٩﴾

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka) Jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi mahu memahami (ayat-ayat Allah); dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah); dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu laksana binatang ternak (yang menjadikan makan tujuan utama), bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A‘raf: 179)

Selain itu, Allah SWT juga mendedahkan dalam al-Quran perangai bangsa Yahudi Bani Isra’il yang paling dimurkai-Nya, antaranya apabila mereka menjadikan kebendaan sebagai prinsip hidupnya, sehingga membelakangkan Kitab Allah, akal dan ilmu. Termasuk dalam urusan memilih pemimpin negara untuk mengendalikan satu tugas yang sangat penting dan merupakan amanah yang paling besar. Firman Allah SWT:

﴿أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ مِنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ مِنۢ بَعۡدِ مُوسَىٰٓ إِذۡ قَالُواْ لِنَبِيّٖ لَّهُمُ ٱبۡعَثۡ لَنَا مَلِكٗا نُّقَٰتِلۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ قَالَ هَلۡ عَسَيۡتُمۡ إِن كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ أَلَّا تُقَٰتِلُواْۖ قَالُواْ وَمَا لَنَآ أَلَّا نُقَٰتِلَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَقَدۡ أُخۡرِجۡنَا مِن دِيَٰرِنَا وَأَبۡنَآئِنَاۖ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقِتَالُ تَوَلَّوۡاْ إِلَّا قَلِيلٗا مِّنۡهُمۡۚ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلظَّٰلِمِينَ٢٤٦ وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ٢٤٧﴾

“Apakah kamu tidak memperhatikan para pemimpin Bani Isra’il sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, ‘Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) pada jalan Allah.’ Nabi mereka menjawab, ‘Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang.’ Mereka menjawab, ‘Mengapa kami tidak mahu berperang pada jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari kampung dan rumah-rumah dan anak-anak kami?’ Maka, tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali beberapa orang sahaja antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim. (246) Nabi mereka mengatakan kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Allah telah mengangkat Talut menjadi raja kamu.’ Mereka menjawab, ‘Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberikan kekayaan yang cukup banyak?’ Nabi (mereka) berkata, ‘Sesungguhnya, Allah telah memilih raja kamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.’ Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. (247)” (Surah al-Baqarah: 246-247)

Bangsa Yahudi ditimpa bencana selepas tanah airnya (Tanah Suci Palestin) ditakluki oleh musuh. Perkara ini berlaku apabila mereka meninggalkan petunjuk dalam Kitab Allah dan menderhaka nabi-nabi dan para ulama’ yang soleh, tersebarnya kemungkaran maksiat, kezaliman dan lain-lain. Sehinggakan, mereka bertindak melampau yang disebutkan secara berulang kali oleh Allah dalam al-Quran seperti meninggalkan perjuangan, antaranya firman Allah SWT:

﴿…وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ٦١﴾

Lalu ditimpakanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” (Surah al-Baqarah: 61)

Firman Allah SWT:

﴿إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ وَيَقْتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ٢١ أُولَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّٰصِرِينَ٢٢﴾

“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih. (21) Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong. (22)” (Surah Ali ‘Imran: 21-22)

Mereka juga meninggalkan kewajipan amar ma‘ruf dan nahi munkar. Firman Allah SWT:

﴿لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۢ بَنِيٓ إِسْرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ٧٨ كَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنكَرٖ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ٧٩﴾

“Orang-orang kafir daripada kalangan Bani Isra’il telah dilaknat melalui lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. (78) Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya, amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu. (79)” (Surah al-Ma’idah: 78-79)

Walaupun ada dalam kalangan mereka sebahagiannya yang insaf dan sedar, sehingga mahu berjihad membebaskan tanah air dan bangsanya yang dijajah. Akan tetapi, masih ramai dalam kalangan mereka dipengaruhi oleh kebendaan.

Hal ini termasuk perjuangannya mencari pemimpin atau raja yang ditunjuki oleh Allah SWT kepada nabinya yang diutuskan pada masa itu, tetapi mereka dipengaruhi politik harta lalu menolak Talut yang dipilih melalui wahyu kerana ilmu dan gagah perkasanya. Sebaliknya, mereka mahukan seorang raja yang kaya berharta, walaupun jahil dan tidak bermoral, iaitu seseorang yang difikirkan boleh memberikan kesenangan sahaja.

Mereka tidak menyedari bahawa bersama ilmu dan akal yang sihat dapat menguruskan harta dengan cara yang baik. Adapun memiliki harta tanpa ilmu atau ilmu tanpa akal yang sihat pasti akan merosakkan dan menghabiskan harta tersebut.

Mereka menerima Talut menjadi raja apabila Allah SWT menunjukan mukjizat nabinya. Firman Allah SWT:

﴿وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ءَايَةَ مُلۡكِهِۦٓ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلتَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَبَقِيَّةٞ مِّمَّا تَرَكَ ءَالُ مُوسَىٰ وَءَالُ هَٰرُونَ تَحۡمِلُهُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لَّكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ٢٤٨﴾

“Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka, ‘Sesungguhnya, tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut (keranda) kepada kamu, di dalamnya terdapat ketenangan daripada Tuhanmu dan sisa daripada peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.’” (Surah al-Baqarah: 248)

Seterusnya mereka ditarbiah dengan diberikan satu ujian yang menyingkirkan mereka yang berprinsipkan perjuangan kepada kepentingan kebendaan semata-mata demi mengisi perut, bukannya bercirikan nilai keimanan dan kesabaran. Firman Allah SWT:

﴿فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِٱلۡجُنُودِ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ مُبۡتَلِيكُم بِنَهَرٖ فَمَن شَرِبَ مِنۡهُ فَلَيۡسَ مِنِّي وَمَن لَّمۡ يَطۡعَمۡهُ فَإِنَّهُۥ مِنِّيٓ إِلَّا مَنِ ٱغۡتَرَفَ غُرۡفَةَۢ بِيَدِهِۦۚ فَشَرِبُواْ مِنۡهُ إِلَّا قَلِيلٗا مِّنۡهُمۡۚ فَلَمَّا جَاوَزَهُۥ هُوَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ قَالُواْ لَا طَاقَةَ لَنَا ٱلۡيَوۡمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِۦۚ قَالَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَٰقُواْ ٱللَّهِ كَم مِّن فِئَةٖ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةٗ كَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ٢٤٩﴾

“Maka, tatkala Talut keluar membawa tenteranya, dia berkata, ‘Sesungguhnya, Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka, siapa  antara kamu meminum airnya; bukanlah dia daripada kalangan pengikutku. Dan sesiapa tidak meminumnya, kecuali mencedok secedok tangan, maka dia adalah pengikutku.’ Kemudian, mereka meminumnya kecuali beberapa orang antara mereka. Maka, tatkala Talut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata, ‘Tiada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya.’ Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah, berkata, ‘Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.’” (Surah al-Baqarah: 249)

Mereka meredah padang pasir sehingga kehabisan bekalan, lalu diuji supaya tidak terlalu rakus mengisi perut. Malangnya, ramai yang berfikir untuk mengisi perut. Bahkan, hanya segelintir sahaja yang mengikuti arahan rajanya.

Kini, orang orang Yahudi berusaha mencari semula keranda keramat yang dianggap akan memberikan kemenangan kepada mereka dengan kefahaman yang sesat dan salah.

Malah, kini kita juga menyaksikan kebendaan yang sedang merosakkan pemimpin dan rakyat. Menyebabkan merebaknya penyakit rasuah bermula dalam soal pentadbiran sehinggalah ke dalam parti politik yang memerintah negara yang dipengaruhi politik wang.

Sehinggakan, negara ditadbir secara rasuah, memilih pemimpin dengan membeli mereka dan membeli sokongan rakyat oleh kalangan penyumbang rasuah yang kaya-raya dengan amalan rasuah juga. Termasuklah kerajaan Pakatan Harapan terkini yang dibentuk oleh penyumbang rasuah bersama perpaduan dengan kalangan mereka yang berpenyakit rasuah.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Mursyid ‘Am telah mendidik  rakyat Kelantan dengan kata-katanya yang terkenal:

“Bagi gula kacau, bagi kain pakai, bagi duit ambil, namun tetap undi bulan (PAS).”

Laksana seluang yang memakan umpan, lalu meninggalkan mata pancing yang kosong.  

Termasuk golongan perantauan yang pulang menggunakan kenderaan dan tiket yang diumpan, sehingga terpaksa memasang bendera parti lawan yang menyumbang duitnya, tetap tidak boleh dipancing undinya.

Bersama slogan ini PAS berjaya menawan Kelantan dan mempertahankannya sehingga berjaya menawan Terengganu dan Kedah, serta akhirnya Perlis. PAS berjaya menegakkan sebuah kerajaan yang bersih daripada penyakit rasuah, walaupun terbatas kewangannya namun tetap teguh memerintah.

Tidak lama lagi Pilihan Raya Negeri akan diadakan yang menjadi ujian keinsafan sebagaimana yang telah dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu. Sekalipun, anak muda yang dianggap mentah belum sempurna pelajarannya, tetapi meletakkan akalnya dijunjung di kepala menegakkan maruah agama, umat dan negara mengikut acuan Allah dengan meletakkan harga diri manusia berpandukan akal dan kebijaksanaannya tidak boleh dibeli dan ditipu dengan mudah.

Dalam pada itu, ada kalangan mereka yang berilmu dan berijazah berjela-jela panjangnya dan banyak senarai gelarannya, tetapi meletakkan akal ke dalam perutnya. Sifat yang tidak sepatutnya berada pada orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT:

﴿إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يَتَمَتَّعُونَ وَيَأۡكُلُونَ كَمَا تَأۡكُلُ ٱلۡأَنۡعَٰمُ وَٱلنَّارُ مَثۡوٗى لَّهُمۡ١٢﴾

“Sesungguhnya, Allah memasukkan orang-orang Mukmin dan beramal soleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang. Dan Jahanam adalah tempat tinggal mereka.” (Surah Muhammad: 12)

Ambillah teladan Abu Zar al-Ghifari RA yang ditegur oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

إِنَّكَ ‌امْرُؤٌ ‌فِيكَ ‌جَاهِلِيَّةٌ.

“Sesungguhnya, kamu ini (wahai Abu Zar) ialah seorang yang masih mempunyai perangai jahiliah.” (Riwayat al-Bukhari, no. 30)

Abu Zar terus merebahkan dirinya supaya dipijak dan bertaubat. Beliau menerima nasihat yang membetulkan kesilapannya apabila beliau menghina seorang sahabat. Sesungguhnya, kesilapan politik akan merosakkan agama, umat dan negara yang pasti lebih besar akibatnya.

Sesungguhnya, adalah sangat memalukan apabila dibandingkan manusia yang tidak menggunakan akal dan ilmunya dengan betul bersama binatang yang tidak berakal.  

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 6 Syawwal 1444 / 27 April 2023 – HARAKAHDAILY 27/4/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam naikkan Tabung Haji. Jom undi Islam!  & Ikan seluang, Abd Hadi..

Islam membawa penganutnya ke arah kemajuan, pembangunan dari dunia hingga ke akhirat. Sila lihat sejarah kegemilangan Islam. Jom undi PAS/PN..

Al-hamdulillah, insya Allah!

INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  


Bersambung..

Little Napoleon PM.. & serang Sanusi!

 


1. ‘Saya nampak Little Napoleon ada dalam pentadbiran PM’

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar memastikan ‘Little Napoleon’ tidak diberi tempat dalam pentadbiran dan pemerintahannya. 

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun tindakan serta niat ‘Little Napoleon’ itu untuk ‘kebaikan bosnya’ namun caranya boleh mencetus perkara tidak diingini.

“Saya nampak ‘Little Napoleon’ ini ada dalam pentadbiran PM. Minta maaflah kalau tak betul. Tetapi mereka inilah yang menimbulkan perpecahan dan merancang perbalahan.

“Contohnya isu berkaitan penafian MB Kedah dalam program LIMA 2023, Majlis Kewangan Negara, majlis hari raya dan lain-lain, semua ini kerja ‘Little Napoleon’,” tegas beliau pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar di Seri Mentaloon, hari ini.

Kata Sanusi lagi, mereka juga memainkan peranan mencipta kawan mahupun lawan walhal beliau tidak mempunyai apa-apa isu atau kes bersama Perdana Menteri.

“Kalau ada isu pun berkaitan kempen di medan politik ketika pilihan raya tetapi apabila beliau (Anwar) menjadi PM dan saya sebagai MB, semua urusan adalah antara G to G (goverment to goverment),” tambahnya.

Justeru beliau sentiasa memantau kakitangan di pejabatnya dan memastikan sebarang tindakan yang dilakukan perlu persetujuan pihaknya terlebih dahulu untuk mengelak wujudnya ‘Little Napoleon’.

“Saya harap PM mendengar suara dan pandangan saya ini. Kalau tidak sesuai, tukar sahaja mereka itu dengan pegawai lain,” kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 27/4/2023


2. Tiga sebab kenapa Sanusi menjadi diserang segenap penjuru 


Sebulan dua ini, semua muncung senjata dihalakan kepada satu susuk tubuh di utara Semenanjung. 

Bukan satu atau dua senjata, tapi semua senjata yang ada di atas muka bumi. Saya ulanggg. Ya! Semuanya!!!

Daripada jarum peniti yang halus, sampailah kepada peluru berpandu yang hebat dan dahsyat. Daripada askar prebet, sampailah kepada Jeneral yang tertinggi. Semuanya ditugaskan untuk menyerang seorang manusia. Pagi petang siang malam, 'with what ever cost'. 

Seolah-olah ada arahan daripada Sang Jeneral, pastikan manusia bernama Sanusi itu 'mati' dengan apa jua senjata dan cara. Beritahu sahaja berapa banyak yang diperlukan, semua kos itu akan ditanggung. Yang penting, Sanusi itu mesti 'dimatikan' dari politik. 

Maka digunakan semua saluran secara rasmi atau tidak rasmi, dalam mesyuarat dan luar mesyuarat, bertulis dan tidak bertulis, termasuk cuba menggunakan 'pagar kuning' untuk 'membunuh' Dato' Seri (DS) Sanusi. 

Persoalannya, kenapa DS Sanusi? Kenapa tidak yang lain? 

Ada 3 andaian jawapan. 

PERTAMA

Kerana DS Sanusi dianggap titik penghalang yang menyekat kemaraan mereka untuk mencapai cita-cita politik luar tabii yang makin menggila. 

Kepimpinannya sebagai Panglima Perang yang mengemudi pasukan telah berjaya mencetuskan gelombang sokongan yang amat-amat hebat dan dahsyat. Gelombang itu pula diterjemahkan dengan jumlah puluhan ribu majoriti undi di negeri yang dikepalainya. 

Sokongan masyarakat khususnya anak muda yang bertali arus tak pernah sedikitpun berkurangan. Bahkan ada lawan yang kini menjadi kawan dan mempertahankan beliau dan perjuangan beliau di dalam lapangan maya. 

Pergilah ke mana sahaja, kehadirannya pasti akan mendapat minat dan perhatian anak muda. Daripada yang pakai seluar pendek, sampailah yang berserban. Daripada yang 'free hair', sampailah kepada yang bertudung litup berpurdah. Daripada acara sukan atas padang bola, padang ragbi, gelanggang badminton, sampailah kepada acara-acara rasmi bersama para pegawai dan kakitangan kerajaan, semuanya memberikan sokongan dan minat yang amat-amat hebat dan dahsyat! 

Sebelum ini, pihak lawan tak pernah sangka manusia bernama Sanusi ini akan jadi fenomena. Maklumlah, kononnya budak kampung, pak lebai, tak reti apa. 

Tapi bila dilantik menjadi MB, rupa-rupanya andaian lawan itu semua meleset. Keupayaan DS Sanusi mengemudi sebuah Kerajaan Negeri dan memimpin pasukan tentera, diakui semua pihak. 

Sehinggakan banyak komen-komen di dalam media maya minta supaya MB di negeri mereka juga kena jadi macam DS Sanusi. Bahkan, kalau boleh, mereka mahu DS Sanusi itu dilantik jadi PM! Sampai tara tu! 

Ertinya, kalau mereka mahu kekal berkuasa, terus menjadi PM, menang dalam PRN akan datang, titik penghalang ini mesti dimatikan. Jika tidak, kesemua impian politik luar tabii mereka itu akan musnah berkecai menjadi debu yang berterbangan. 

KEDUA:

Kerana DS Sanusi mempunyai 'political will' yang tinggi untuk membangunkan empayar ekonomi baru dan menjadikan Kedah sebagai negeri tempat pemusatan kuasa ekonomi tanah Semenanjung. 

Kesemua projek-projek mega yang dirancang sebelum ini, diteruskan oleh DS Sanusi. Bahkan, diusahakannya bersungguh-sungguh sampai dapat. Buat sampai jadi. Lawan sampai menang. Itu prinsip hidup DS Sanusi. 

Dengan kedudukan Kedah yang amat strategik di utara Semenanjung, berada di sempadan Malaysia-Thailand, mempunyai gunung dan laut, ada hutan tadahan hujan yang besar, ada 3 empangan utama, memiliki tanah yang kaya dengan hasil mahsul bumi (termasuk REE), semua ini menjadikan Kedah sebagai satu negeri yang amat berpotensi dari sudut sosio ekonomi dan geopolitik. 

Selain daripada projek Kedah Rubber City (KRC), projek Kedah Science And Technology Park (KSTP) di Bukit Kayu Hitam, Projek KXP atau nama barunya Kedah Aerotropolis, merupakan projek mega yang dikenali sebagai 'Economic Game Changer' bagi Negeri Kedah. 

Difahamkan, Kedah Aerotropolis mengandungi 4 komponen utama; Lapangan Terbang, Sidam Logistic dan Manufacturing Hub (SLAM), Nother Corridor Highway (NCH) - lebuh raya baru dari Bandar Bharu ke lapangan terbang ke Sungai Petani, dan landasan keretapi baru yang menghubungkan Tasek Gelugor ke lapangan terbang, dan lapangan terbang ke Sungai Petani. 

Sebelum ini, hasil mahsul dari Negeri Kedah diambil dan dihantar ke tempat lain. Kemudian, ianya dijual kembali kepada Kedah dengan harga yang tinggi. Sedangkan punca asalnya dari tanah Negeri Kedah, tetapi nikmatnya disedut oleh pihak lain kerana kekurangan kemudahan dan peralatan. 

Kita letih tanam benih, tapi orang lain menuai dan menikmati hasil. Keadaan ini menjadikan Kedah sebagai negeri yang berada pada kedudukan kedua paling rendah dalam ukuran KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar). 

Dengan terlaksananya semua projek yang disebut sebelum ini, maka banyak hasil mahsul Negeri Kedah dapat diproses dan dijual kepada pihak lain. Pendapatan negeri akan meningkat. Rakyat Kedah akan banyak dapat bekerja dalam negeri sendiri. Kepakaran-keparan luar akan mengalir masuk ke dalam Kedah. Limpahan ekonomi dan pelaburan juga akan turut memberi manfaat kepada Kedah. Pelaburan yang tertinggi di Malaysia pada tahun 2021 dan 2022 adalah bukti minat dan keyakinan pelabur terhadap potensi Negeri Kedah. 

Kedah akan melonjak naik ke atas melebihi negeri-negeri di Lembah Klang. Rakyat Kedah yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu Muslim sudah tentu akan menjadi orang yang paling bertuah ketika itu, dengan nikmat hasil mahsul tanah Negeri Kedah yang Allah anugerahkan. 

Inilah gagasan 'The Greater Of Kedah' yang disebut DS Sanusi sebelum ini. Tidak mustahil Kedah akan kembali gemilang seperti mana empayar Kerajaan Kedah Tua yang pernah wujud sebelum ini sebelum ianya dilenyapkan oleh penjajah yang jahat luar tabii. 

Musuh amat-amat tidak senang hati dengan semua perancangan ini. Mereka mula rasa terancam. Mereka tidak senang melihat orang-orang Kedah merancang untuk menguasai ekonomi. 

Menguasai ekonomi, ertinya membuka ruang untuk menguasai politik. Mempunyai kuasa ekonomi sahaja tidak cukup tanpa ada kuasa politik. Memiliki kedua-duanya iaitu kuasa ekonomi dan kuasa politik akan menjadikan sesebuah pemerintahan itu kuat, gagah dan tidak mudah digugat. 

Kedah telah memiliki kuasa politik. Keputusan PRU15 telah melonjakkan kuasa politik Kedah yang didominasi oleh pengundi Melayu. Dengan mengekalkan momentum yang ada, Kedah hanya memerlukan kuasa ekonomi. Projek-projek mega yang disebutkan tadi adalah 'catalyst' atau pemangkin kepada kuasa ekonomi Kedah. 

Kuasa ekonomi politik yang Kedah miliki ini sebenarnya akan menjadi pelengkap kepada kuasa ekonomi politik Malaysia. Kedah bukanlah pesaing yang mesti dihapuskan. Sebaliknya Kedah adalah pelengkap yang mesti diberi ruang seluas-luasnya untuk mempersiap diri menjadi anak sulung bagi berdepan dengan cabaran besar yang mendatang. 

Selama ini pun Kedah telah menjadi abang yang memberi makan kepada adik-adiknya. Kedah menjadi negeri pembekal beras yang paling besar dalam negara. Kedah juga menjadi negeri pembekal air mentah kepada Perlis dan Pulau Pinang. Walaupun adiknya berlagak sombong luar tabii, namun abang tetap bagi adik minum. Tak sanggup tengok darah daging sendiri merana walaupun diberi susu dibalas tuba. 

Maka, hanya kerana nafsu serakah luar tabii dalam ekonomi dan politik, projek Kedah Aerotropolis itu cuba untuk digagalkan. Mereka melihat Kedah sebagai ancaman, bukan sebagai pelengkap. 

Melihat dengan mata lalat, bukan dengan mata lebah. Lalat cari sampah yang busuk dan jijik. Lebah cari bunga untuk hasilkan madu memberi manfaat kepada manusia. 

KETIGA

Kerana nak menjayakan strategi 'divide and rule' dalam kalangan negeri-negeri PN. 

Layanan yang diberikan kepada pimpinan negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu, dilihat jauh berbeza dengan Negeri Kedah. 

Kesemua MB di tiga negeri itu telah diberi peluang bertemu PM, tetapi tidak bagi MB Kedah. Walaupun sudah 2 kali surat diutuskan kepada PM, namun difahamkan masih tiada maklum balas diberikan untuk MB Kedah bertemu dengan PM, atas kedudukan sebagai Ketua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. 

Tidak cukup dengan itu, ada usaha untuk menyingkirkan MB Kedah daripada Majlis Kewangan Negara, satu platform yang berautoriti untuk membincangkan hal ehwal kewangan negara dan negeri. Tuntutan-tuntutan pajakan Kedah-P.Pinang dan hal-hal berkaitan, dibuat di dalam Majlis Kewangan Negara. 

Bahkan, apa jua acara dan majlis rasmi Persekutuan di Kedah, langsung tidak melibatkan MB Kedah. Walhal, ADUN Pembangkang di Kedah kerap dijemput hadir melibatkan diri di dalam acara-acara rasmi Kerajaan Negeri, termasuk majlis rasmi di Seri Mentaloon, kediaman rasmi YAB MB Kedah. 

Apa tujuan tindakan boikot ini? Supaya MB Kedah yang bernama DS Sanusi itu dilihat menjadi liabiliti. Itulah ungkapan-ungkapan yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin parti lawan dalam banyak majlis parti mereka di Kedah. 

"Sanusi ni kerja duk berkelahi dengan orang. Hangpa kena tukaq Sanusi ni. Kita tak mau orang yang kerja duk berkelahi ni jadi ketua. Jadi JKK pun tak layak, apatah lagi nak jadi MB". Itu antara isi ucapan yang sempat didengari, keluar dari mulut pemimpin parti lawan, dalam video yang dipaparkan di media sosial. 

Ketika di Parlimen tempoh hari, ada seorang pemimpin parti lawan berkata, "It is not about the goverment, it is about the person". 

'The person' yang dimaksudkan itu ialah DS Sanusi. 

Ni nak habaq bagi, "the problem is, the person is the goverment! The person is somebody who related to the goverment dan lead the goverment right now!"

Naratif menjadikan DS Sanusi sebagai liabiliti ini cuba ditanam dalam pemikiran rakyat dan pemikiran ahli-ahli parti khususnya PAS. 

Kalau boleh, mereka mahu semua pihak menasihati DS Sanusi supaya berhenti 'berlawan'. Jika tidak, mereka akan buatkan supaya semua pihak meminggirkan DS Sanusi termasuk dari dalam parti DS Sanusi sendiri. 

Ya. Itu yang sedang mereka lakukan sekarang. Caranya amat halus. Tak ramai yang sedar. Ataupun, ada yang sedar, tapi ambil langkah selamat. Politik 'play safe'. Biaq hang sorang ja bemeloih, aku nak wangi ja. 

Soalannya, tang mana yang tak kena? Apa yang dibuat oleh DS Sanusi yang tak selari dengan kehendak politik? Apa yang tak kena dengan dasar Kerajaan Negeri? 

Adakah mempertahankan Kedah Aerotropolis, memperbetulkan bilangan Tanah Rizab Melayu, mempertahankan proses tadbir urus di dalam Majlis Kewangan Negara, memberikan hak kepada rakyat Kedah yang memohon tanah, memperjuangkan prinsip federalisme, mempertahankan kedaulatan Negeri Kedah dari mulut lawan-lawan politik yang suka menyondol sesuka hati, adakah semua itu dianggap jahat? 

Adakah berkempen ketika pilihan raya, menceritakan keadaan parti lawan, mempromosi parti sendiri, dianggap jahat? 

Semua itu dilakukan oleh DS Sanusi kerana beliau berada di tempat yang memerlukan beliau bertindak seperti itu! Bertindak sebagai seorang Ketua Kerajaan, bertindak sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya parti, bukan atas kapasiti peribadi! Tidak sama sekali.

Jadi ketua memang kena tegas, kena berani, kena pertahan prinsip. Bahkan terbukti, pendirian dan prinsip seperti inilah yang menjadi kekuatan utama dalam memenangi PRU15 baru-baru ini. 

Dalam situasi seperti ini, semua pihak samada dari luar ataupun dalam, perlu bersatu hati dan membulatkan tindakan bagi menghadapi lawan. Lagunya mesti sedendang rentaknya mesti seirama. 

Terima kasih kepada semua pihak terutamanya para 'influencer' media sosial yang siang malam pagi petang tak kenal penat lelah mempertahankan DS Sanusi, Kedah dan PN. 

Walaupun hangpa kena panggil soal siasat berjam-jam, hand phone kena rampas, tapi hangpa tetap kental mempertahankan prinsip dan kebenaran. 

Kita akan lawan sampai depa tertiarap, sampai kita menang! 

Kalau nak wangi, wangi sama-sama. 
Kalau nak belemoih, belemoih sama-sama! 

Afnan Hamimi
Loq Staq
16 April 2023 / 25 Ramadhan 1444H


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Little Napoleon PM.. 
& serang Sanusi!

Itulah perjuangan menegakkan negara Islam di Malaysia.

INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails