Monday, October 24, 2022

Nak sangat PM, ini pancing Anwar..

 


1. Mungkinkah Anwar tawar kerusi PM kepada Zahid selepas PRU-15, jika PH tak boleh berkuasa?

UMNO dan PKR mungkin membentuk jajaran baharu politik bagi menubuhkan Kerajaan Pusat sekiranya tiada parti yang memperoleh majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Perkara itu tidak boleh ditolak apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri, enggan bekerjasama dengan PAS – salah satu parti komponen Perikatan Nasional (PN) – jika mereka gagal menubuhkan kerajaan.

Sebelum ini, beberapa penganalisis serta pemimpin veteran UMNO sendiri berpendapat tidak ada parti yang mendapat majoriti menubuhkan kerajaan selepas PRU-15 ini, sekali gus memaksa jajaran baharu politik dilakukan.

Mengulas perkara itu, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Zahid mungkin membawa UMNO berunding dengan Anwar yang menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH), yang turut disertai DAP dan AMANAH.

“Zahid Hamidi kata selepas PRU dia tak mahu berunding dengan parti yang dia labelkan sebagai “Parti Pak Lebai”. Maksudnya Zahid Hamidi tak mahu berunding dengan PAS dan PN.

“Saya berpandangan bahawa Zahid menolak PAS dan PN kerana Zahid mahu bekerjasama dengan Anwar Ibrahim. Kalau tidak dia tak akan sanggup begitu sombong dengan PAS dan PN.

“Saya pernah sebut bahawa saya dimaklumkan Zahid dan Anwar telah mengadakan beberapa siri perbincangan sulit yang tidak diketahui oleh parti mereka sendiri. Jika rundingan ini betul, Zahid dan Anwar perlu dedahkan kandungan perbincangan sekarang!

“Adakah Anwar tawarkan Zahid menjadi Perdana Menteri sehingga Zahid begitu takabur hingga sanggup melabelkan PAS dan PN dengan label sebegitu?,” kata Wan Saiful dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu Wan Saiful berkata beliau yakin sebaik sahaja pilihan raya selesai, UMNO akan bergolak apabila Naib Presiden parti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berusaha bertanding merebut jawatan presiden daripada Zahid.

Katanya Zahid mendakwa hanya UMNO dan BN sahaja yang mampu membawa kestabilan, tetapi bagaimana negara akan stabil sekiranya di dalam parti itu sendiri berlaku perebutan dan ketidakstabilan.

“Habis saja pilihan raya umum, parti UMNO akan bergolak… sebab akan berlaku perebutan kuasa siapa nak jadi presiden parti tersebut. Mana nak bawa kestabilannya?

“Sejak masa Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, saya sendiri dipanggil dijemput untuk hadir beberapa siri perbincangan dengan beberapa menteri Kabinet UMNO yang mana dalam perbincangan tersebut antara perkara yang ditimbulkan ialah bila Ismail Sabri nak mulakan langkah mencabar Zahid untuk jadi presiden.

“Daripada hari pertama jadi Perdana Menteri dah mula plan (rancang) nak mencabar kedudukan presiden. Presiden pula dok plan macam mana aku nak jadi Perdana Menteri. Mana mungkin parti yang sebegini boleh menawarkan kestabilan,” kata Wan Saiful lagi. (
1Media.My)


2. Cadangan 3 TPM kekal jika PH terajui kerajaan, kata Anwar 


SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM) diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Pengerusinya Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah, di sini, hari ini.

Pada 4 Sept tahun lepas, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM tersebut mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat persekutuan.

Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PH di Sabah, Anwar yang juga presiden PKR, berkata perkara itu telah selesai dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di Jelajah PH Sabah di Tawau hari ini, Anwar berkata PKR yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Tawau, Ranau dan Putatan di Sabah yang dimenanginya pada PRU14 pada 2018 berdasarkan sokongan dan kesedaran rakyat serta kerja keras jentera parti di negeri itu.

“Ahli Parlimen (calon) yang diangkat adalah berani berucap tegas, memperjuangkan nasib rakyat Sabah, dan syarat lain, mesti memiliki rekod integriti bersih, tidak mengambil kepentingan (untuk diri sendiri) termasuk balak serta kontrak dari negeri Sabah,” katanya.

Anwar berkata Sabah memerlukan dasar yang boleh membantu rakyat termasuk berkaitan peluang pekerjaan, isu harga barang, mutu pendidikan, kemudahan asas, kesihatan serta penjanaan ekonomi.

Pada PRU14, PKR menang di Parlimen Tawau, Ranau serta Putatan, namun penyandang kerusi Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu. (1Media.My)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nak sangat PM, ini pancing Anwar.. 

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Sunday, October 23, 2022

Sebab takut Zahid Hamidi? – Muhyiddin. & Tolak PH, komunis..

 


1. Ismail Sabri tak tunai janji sebab takutkan Zahid Hamidi – Muhyiddin

SOKONGAN kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada awalnya diharapkan dapat menstabilkan keadaan politik negara dan menguruskan negara baik, malangnya beliau gagal menggalas tanggungjawab tersebut.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Ismail Sabri sebagai lemah apabila terpaksa tunduk kepada kehendak Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga tidak menunaikan perjanjian yang dibuat dengan parti yang menyokongnya.

“Saya panggil dia ke rumah dan beritahu Mail (Ismail Sabri) engkau jadi Perdana Menteri. Tuan-tuan fikir macam mana agaknya? Dia Naib Presiden UMNO.

“Dalam sejarah politik UMNO ni kalau tak dia Presiden, tak pun Timbalan Presiden, tak pernah langsung Naib Presiden UMNO jadi Perdana Menteri. Saya buat macam itu untuk stabilkan politik negara dan supaya gabungan dalam Perikatan Nasional yang ada itu bersama dengan UMNO dapat kita pertahankan sampailah baru ini dibubarkan Parlimen.

“Tujuan apa niat kita ialah nak menjaga nak jaga kebajikan rakyat. Itu kita buat begitu, bukan sebab itu satu keputusan yang terbaik. Tapi dalam situasi keadaan luar biasa terpaksa kita buat.

“Tapi malang sekali. Datuk Ismail Sabri lemah tak pandai menguruskan ekonomi negara, masalah-masalah lain tidak terurus, malahan bila kita kata Ismail kau jadi Perdana Menteri kita ikat satu perjanjian,” katanya semasa Jelajah Prihatin di Masjid Tanah, Melaka malam tadi.

Muhyiddin mendedahkan berhubung kandungan dalam perjanjian yang dibuat dengan Ismail Sabri tersebut, antaranya melibatkan lantikan Jemaah Menteri, kuota-kuota jawatan Senator dan termasuk semua parti komponen dalam kerajaan perlu berbincang terlebih dahulu sebelum dibubarkan Parlimen.

Namun, Muhyiddin berkata disebabkan takut kepada Zahid, semua perjanjian tersebut tidak ditunaikan dan dihormati Ismail Sabri hanya semata-mata bimbang akan dipersoalkan ketua partinya itu.

“Ikatan itu untuk memastikan walaupun dia (Ismail Sabri) ada di situ dia kena hormatlah kita Perikatan Nasional, Pas ada kat situ, kita Bersatu dekat situ, Gerakan.

“Supaya apa-apa yang sewajarnya mereka laksanakan sebagai kerajaan dapat dikekalkan, satu jawatan menteri kalau ada kekosongan mesti diisi, jawatan Senatornya patut diisi ikut kuota-kuata.

“Jawatan menteri yang keluar parti itu perlu diganti, kemudian itu jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebahagian peruntukan-peruntukan kalau nak ada pilihan raya duduklah bincang bersama-sama… Tak ada satu pun, tak ada satu pun dalam perjanjian itu dilaksanakan.

“Patutnya hormat. Saya nak cerita ni bukan pasal apa, dia tak laksanakan kerana dia takut dengan Zahid Hamidi,” katanya lagi.
.....
https://wartarakyat.com.my


2. Tolak PH, jauhi ideologi Komunis dalam negara  

DEWAN Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda bersama-sama PAS dalam gabungan Perikatan Nasional yang turut melibatkan parti majmuk pelbagai kaum yang sederhana dan tidak ekstrem bagi membina negara Malaysia Sejahtera.

Pengalaman ngeri 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan mesti diingati dan dipastikan tidak akan berulang setelah menyaksikan sering muncul isu perkauman sehingga ada penduduk bukan-Islam berani mempertikaikan mengenai agama Islam, orang Melayu dan raja-raja.

Malah beberapa peristiwa dilihat seolah-olah ada usaha menyuburkan kembali fahaman komunisme yang menolak kepercayaan kepada Tuhan. Adakah kita ingin membiarkan masa depan anak cucu bangsa kita diserap ideologi pengganas Komunis secara terang-terangan atau tersembunyi tanpa sedar? 

Komunis tidak membawa bala tentera seperti negara Barat yang menjajah, tetapi fahaman mereka menjajah pemikiran rakyat pelbagai kaum untuk direkrut sebagai bala tentera mereka yang sudah tentu besar bahayanya kerana fahaman komunisme itu membunuh aqidah secara ekstrem.

Justeru, DPPN Perak dengan tegas dan istiqamah untuk terus mempertahan kemakmuran negara serta akan terus menolak PH, agar dapat menjauhi ideologi Komunis dihidupkan kembali dalam negara.

“Pemuda Generasi Sejahtera”
“Demi Ummah”

Sekian, terima kasih

ZULFAHMI RAMLI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 23/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebab takut Zahid Hamidi? – Muhyiddin. 

Sebelum itu blog ini memberi komen mengenai Statut Rom. Siapa pemimpin antiIslam? -Bongkar Presiden PAS

Apa yang dibongkar?

(i) Parti terbabit terus menolak usaha Kelantan untuk memartabatkan perundangan Islam.

(ii) Statut Rom yang mahu dikaji kerajaan PH pada 2019 antara lain mewujudkan Mahkamah Khas bagi membicarakan Raja-Raja Melayu.

(iii) Selain itu melibatkan penghapusan hak istimewa Islam, Melayu, Bumiputera dan sama rata agama melalui cadangan ratifikasi ICERD.

(iv) Abdul Hadi berunding dengan Muhyiddin, runding juga dengan Umno. Umno setuju muncul kerajaan Perikatan Nasional (PN). PN bukan kerajaan tebuk atap atau pintu belakang. Ini kerana pelantikan Muhyiddin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

(v) Selepas Umno mendapat jawatan perdana menteri menggantikan Muhyiddin, parti itu mahu PAS putuskan hubungan dengan Bersatu. Umno memberi kata dua sebagai syarat bagi meneruskan hubungan Muafakat Nasional (MN) bersama Umno. 

(vi) Di sinikah bermulanya titik hitam perpecahan antara antara UMNO dengan PAS yang bakal menggagalkan atau mencarik perpaduan ummah seperti yang dituntut oleh Islam?

(vii) Cuba siasat dan analisa betul-betul siapa memula dan dalang sebenarnya? Bagaimana solusinya?

Kita ikuti perkembangan selanjutnya!

Sekian dulu.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Campur tangan dalam kehakiman, M/Peguam enggan..

 


1. Campur tangan sistem kehakiman dibimbangi berulang

KOTA BHARU: Pengakuan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ramai pemimpin Umno bakal dihadap ke mahkamah sekiranya gabungan itu kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) seakan memberi bayangan apa yang akan berlaku selepas ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kenyataan itu menyebabkan timbul persoalan dalam minda rakyat mengenai masalah yang dihadapi pemimpin tertinggi BN.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara seorang pemimpin sebuah parti mengeluarkan perkataan sedemikian.

“Ni tidak sempat pilihan raya sudah bagi tahu apa yang akan berlaku selepas BN tewas. Kita daripada tidak tahu, jadi tahu..,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV sempena sambutan 32 Tahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI) hari ini. (Foto atas)

Turut hadir Mudir Pondok Baitul Qurro Wal Fuqoha Melaka Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Ketika berucap di Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini Pengerusi BN Dato’ Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor mengingatkan pemimpin BN perlu menang besar dalam PRU15 bagi mengelakkan ditimpa nasib lebih buruk seperti pendakwaan politik seperti dihadapinya ketika ini.

Bagaimanapun Presiden Umno terbabit mendakwa kenyataannya disalah tafsir pihak lawan.

Ahmad Marzuk yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, imej Umno kini tercalar dengan beberapa siri salah laku.

Kata beliau sekiranya rakyat sekali lagi memberi mandat kepada BN tiga teras pentadbiran negara iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman bakal celaru sebagaimana sebelum 2018.

“Sejarah mencatatkan Tun Salleh Abbas pernah digugurkan dari jawatan Ketua Hakim Negara kerana penghakimannya secara adil dan tidak menepati kehendak pemimpin negara ketika itu,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2022


2. Siasatan: Tommy Thomas, Majlis Peguam enggan beri kerjasama 

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan Majlis Peguam enggan memberi kerjasama dalam siasatan terhadap dakwaan kandungan buku memoir My Story: Justice In the Wilderness, demikian menurut laporan dokumen rahsia yang telah diubah statusnya, baru-baru ini.

Laporan yang disediakan Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat 19 dakwaan yang terkandung dalam memoir itu turut mendedahkan bahawa Thomas menerusi surat bertarikh 5 Jan lepas yang dihantar kepada Pengerusi PPK menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan memberi kerjasama atau mengambil bahagian dalam prosiding pasukan tersebut.

PPK memaklumkan Thomas turut mempersoalkan mengenai penubuhan dan kesahihan pasukan berkenaan.

“Surat beliau adalah berdasarkan tanggapan sendiri bahawa PPK dibentuk untuk menyiasat tindakan beliau menggunakan budi bicaranya sebagai Pendakwa Raya, di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan prosiding yang bersifat jenayah,” menurut PPK dalam laporan itu.

Buku yang diterbitkan pada atau sekitar 30 Jan lepas telah menimbulkan kekecohan pelbagai pihak mengakibatkan kira-kira 244 laporan dibuat oleh individu mahupun kumpulan terhadap Thomas dan buku itu.

PPK ditubuhkan sebagai badan siasatan pencarian fakta untuk menjalankan semakan dan analisis mendalam terhadap keseluruhan kandungan buku dan telah mengadakan tidak kurang 37 sesi perbincangan, antara lain untuk meneliti sama ada penerbitan buku itu telah menyalahi atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai kepada pejabat Peguam Negara (AG).

Pasukan itu juga akan menentukan sama ada buku tersebut telah mendedahkan potensi penyalahgunaan kuasa oleh pengarang, pelanggaran etika profesional, atau kelakuan oleh pengarang.

Menjelaskan lanjut, PPK berkata pandangan Thomas adalah tidak berasas dan beliau nampaknya telah salah faham tentang peranan dan tugas PPK.

“Pertama sekali, dalam apa jua keadaan sekalipun, PPK akan bertindak sebagai pengganti kepada penyiasatan jenayah yang sewajarnya oleh polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kuasa siasatan telah dan akan sentiasa terletak di bawah agensi penguatkuasaan mengikut undang-undang yang berkaitan. Agensi penguatkuasaan mungkin merujuk kepada laporan kami sebagai asas untuk memulakan arahan khusus dalam penyiasatan mereka namun mereka sepenuhnya boleh bertindak atas budi bicara mereka.

“Kedua, kami tidak menyiasat TSTT (Tan Sri Tommy Thomas). Kami sedang menyiasat kandungan buku seperti yang didedahkan oleh beliau dan menyiasat sama ada pendedahan beliau itu telah membuktikan prima facie atau sebarang pelanggaran undang-undang,” menurut laporan itu.

Mengenai Majlis Peguam, PPK menyatakan bahawa badan bebas itu dijemput untuk memberikan perspektif mereka tentang beberapa perkara yang didedahkan dalam buku itu, khususnya berkaitan pelantikan hakim, dakwaan ketidakcekapan undang-undang komersial di Mahkamah Rayuan, dan profesional etika.

“Bagaimanapun, kami kesal kerana Majlis Peguam Malaysia, melalui setiausahanya, menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mengambil bahagian, kerana mereka tidak dapat mengesahkan atau mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh TSTT dalam buku itu,” katanya.

Perkara ini merupakan antara butiran dalam dalam laporan setebal lebih 200 muka surat itu.

Penerbitan laporan yang kini boleh diakses di laman web Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri itu disiapkan kira-kira seminggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengarahkan ia didedahkan kepada umum.

Sebelum ini, Ismail Sabri juga dilaporkan meminta agar bekas Peguam Negara itu disiasat atas kesalahan menghasut dan pelbagai kesalahan lain seperti yang disyorkan dalam laporan PPK. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Campur tangan dalam kehakiman, Majlis Peguam enggan beri kerjasama..

Ini sangat penting, perlu diatasi segera.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Politik Machiavelli 'matlamat halal cara'..

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

5 comment:

1 Anonymous said...

Penganut tulen politik "matlamat menghalalkan cara", Machiavellisme.

Beliau tidak peduli perasaan orang lain, apa yang penting maksud dan cita-cita tercapai.

Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa sekiranya tiada persefahaman dalam kalangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Semasa saya bertemu dengan Anwar di mahkamah, perkara utama yang ada dalam fikiran saya ialah bagaimana cara untuk menyekat Najib dan kerajaan Umno BN pimpinannya dari terus berkuasa.

Link ratib najib.. najib..najib alahai..

https://youtu.be/4qGDAq5BLWA

Kerana itu saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya. Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan. Dasar tak tahu malu yang penting kuasa dan pijak kepala orang lain.

Tun tidak akan pedulikan kepada nesta, cacian dan marah kepada perbuatan dan tindakannya, apa yang penting matlamatnya dicapai.

Siapa terfikir setelah beliau berulang kali merendah-rendahkan pemimpin lain, meremeh dan mengkhianati serta menafikan pemimpin lain daripada menjadi perdana menteri, tiba-tiba beliau boleh memaling dan terhegeh-hegeh kembali. Semalam beliau dengan nada insaf mengajak pemimlin yang di lekeh bekerjasama.

Sikap Mahathir itu sebenarnya tidak mudah untuk difahami umum. Seni politiknya tak tinggi tidak gampang terjangkau oleh pemain yang cetek akal politiknya. Tipu bohong dan fitnah itu seni politik Tun.

Kehebatan Mahathir Mohamad yang perangainya tidak tahu malu. Mahathir bukan seorang penganuti falsafah, atau penilai teori tetapi seorang praktikal dan sanggup untuk mengulangi semua sejarah walaupun kotor dan jijik.

Prinsip dan menggadaikan air mukanya berjumpa dengan Anwar untuk berkolaborasi bagi menjatuhkan Najib Razak. Pulau pun Tun sanggup pada anak Lee Kwan Yew asal mahu kuasa.

Beliau membina naratif untuk menumbangkan regim kleptokrat pimpinan Najib. Beliau bercerita akan kejahatan dan kemungkaran Najib selama jadi perdana menteri tanpa sekuman pun menceritakan kejahatan dan kemungkarannya.

Orang nak kata Tun tak tahu malu atau jilat ludah semula tidak memberi kesan kepadanya. Yang penting matlamat untuk menyekat kemaraan orang yang merosakkan negara tercapai dah kejatuhan Najib dan yang lain.

Membuat naratif yang sama, menzahirkan kebimbangan jika tidak bersama, regim Najib akan kembali berkuasa semua. Negara akan diperintah oleh pengkhianat. Lantaran itu katanya pembangkang perlu bersatu. Naritif lapuk dan kuno.

Kalau semua pengkhianat seperti Azmin, Mahiaddin, Zuraida dan Hamzah ingin dilawan serta dijauhi, kenapa Tun Mahathir yang merupakan bapa segala pengkhianat ingin didekati dan mahu dibuat kawan?

Jangan mudah terpedaya dengan sandiwara Dr Mahathir ini. Goreng Mamak dah tak laku tekak rakyat dah kembang meluat muntah hijau.

Lingkup kan boboi melingkup lah legasi tak guna ini.

2 Anonymous said...

Jangan lupa isu icerd. Jangan lupa isu statut rom. Jangan lupa raja raja nak dibicara di mahkamah. Jangan lupa isu arak. Jangan lupa isu mabok. Jom pilih pas dan pn.

3 Anonymous said...

Dengar cerita Zahid Pekembar dah berkirakira dengan Anwar adil/psrm untuk bergabung selepas pru15,,
betul ke cerita nih?

4 Anonymous said...

kalau betul maka itu adalah jawapan kpd penyebab yg zahid eksen sangat dgn Pas,, yelah sebab dah ada rencana untuk bersama dgn Ph..
aritu pun katanya dia okey je kalau untuk bekerjasama dengan dap..

PRU15: Sabtu 19 November hari mengundi, 5 November penamaan calon

 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh (kanan) mempengerusikan Mesyuarat Khas Urusan PRU15 dan PRK DUN Bugaya, Sabah di Menara SPR, hari ini.

PRU15: Sabtu 19 November hari mengundi, 5 November penamaan calon

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala hari pengundian awal ialah pada 15 November ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media di Menara SPR, dekat sini, sebentar tadi.

Abdul Ghani berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula 5 November bagi semua calon dan parti politik bertanding hingga jam 11.59 malam, 18 November.

Katanya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi terbabit.

"Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU15 dan PRK DUN Bugaya, Sabah adalah daftar pemilih terkini hingga daftar pemilih tambahan pada Ogos 2022 yang dikemaskini hingga 9 Oktober 2022 membabitkan 21,173,638 pemilih.

"Ia membabitkan 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 anggota tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan termasuk anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang pengundi tidak hadir luar negara," katanya.

Pada masa sama, Abdul Ghani berkata, PRU15 diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Parlimen, serta 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi DUN Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak.

Abdul Ghani berkata, urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara sudah dibuka bermula daripada 10 Oktober lalu untuk PRU15 dan daripada 13 Oktober bagi PRK DUN Bugaya, Sabah.

Tarikh tutup permohonan adalah 2 November bagi kategori 1A membabitkan petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis dan tentera serta petugas media.

"23 Oktober pula adalah tarikh tutup bagi kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan 26 Oktober membabitkan kategori 1C iaitu agensi dan organisasi," katanya.

Abdul Ghani berkata, seramai 363,515 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU15 dan PRK DUN Bugaya Sabah.

Sebanyak 8,958 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 38,348 tempat mengundi atau saluran dan 578 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 970 tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan.

"Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 9,536 buah dengan 39,318 tempat mengundi atau saluran.

"PRU-15 dan PRK DUN Sabah ini dianggarkan memerlukan peruntukan RM1.01 bilion," katanya.

Terdahulu, Abdul Ghani berkata, SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung pengisytiharan pembubaran Parlimen penggal ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Oktober lalu.

Beliau berkata, SPR juga menerima surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-14 bagi tiga negeri iaitu Pahang dan Perlis bertarikh 14 Oktober serta Perak pada 17 Oktober lalu oleh Yang Dipertua DUN masing-masing.

"Seterusnya pemakluman rasmi juga telah diterima daripada Yang Dipertua DUN Sabah setelah Proklamasi Darurat (No.3) dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.3) dibatalkan, mengenai kekosongan bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri Bugaya, pada 12 Oktober lalu," katanya

Tiga negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan serta tiga lagi negeri ditadbir PAS, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu sebelum ini memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN masing-masing tahun depan.

Enam negeri berkenaan menyumbang keseluruhan 245 kerusi DUN.

Bagi 239 lagi kerusi DUN di Sabah, Sarawak, Johor dan Melaka pula, semuanya tidak akan dipertandingkan memandangkan negeri itu baru selesai mengadakan PRN.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menerusi siaran televisyen dan media dalam talian pada jam 3 petang.

Pembubaran kira-kira sembilan bulan sebelum penggal Parlimen Ke-14 berakhir pada 15 Julai 2023, sekali gus menjawab segala teka-teki serta spekulasi berlegar sejak beberapa minggu lalu mengenai PRU15.

Ismail Sabri memaklumkan, beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari 9 Oktober bagi menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat bagi tiga kawasan pilihan raya, iaitu Parlimen Grik di Perak, Batu Sapi di Sabah serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya juga di Sabah.

Pembatalan itu membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sepatutnya diadakan pada 2020, tetapi ditangguhkan bagi mengekang penularan COVID-19, dilaksanakan serentak dengan PRU kali ini.

Seiring peningkatan jumlah daftar pemilih SPR bagi PRU15 susulan pengenalan Undi 18 dan daftar pemilih automatik, tempoh mengundi rasmi juga dilanjutkan sehingga jam 6 petang, berbanding 5 petang pada pilihan raya sebelum ini. 

...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails