Sunday, November 21, 2021

L.G.Eng salahkan jentera kempen PH lemah. Termasuk 'barua'nya?

 

Jentera kempen PH lemah, antara punca kekalahan di Melaka

SANDAKAN: Kelemahan jentera kempen Pakatan Harapan (PH), antara punca pakatan itu gagal memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara berkenaan diakui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan berkata, kelemahan jentera kempen itu harus diperbaiki.

Katanya, peratusan keluar mengundi yang rendah turut menjadi faktor kekalahan PH semalam.

"Dari segi jentera, kita lemah dan itu adalah sesuatu yang harus kita perbaiki.

"Faktor yang penting ialah peratusan keluar undi kali ini sudah turun sebanyak 20 peratus daripada 85 peratus kepada 65 peratus.

"Perkara inipun mempengaruhi keputusan kerana sekiranya peratusan undi dapat ditingkatkan 15 hingga 20 peratus ia sudah cukup membolehkan kita menang," katanya pada sidang media dalam Konvensyen Biasa DAP Sabah, di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, persempadanan pilihan raya turut menjadi faktor kekalahan mereka.

"Persempadanan pilihan raya yang tidak adil memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) sungguhpun mereka hanya menang undi popular 38 peratus.

"Selain itu, larangan berceramah dan bertemu pengundi seperti kebiasaan turut menjadi faktor kekalahan PH," katanya.

Beliau berkata, pihaknya melihat empat kerusi dimenangi DAP sesuatu yang sangat ikonik.

"Jumlah majoriti kemenangan di empat kerusi berkenaan sangat besar dan kekalahan di empat kerusi yang ditandingi pula sangat rendah majoritinya.

"Sekurang-kurangnya 6,000 hingga 11,000 majoriti di empat kerusi yang kita menang.

"Empat kerusi yang kita kalah pula majoriti agak tipis iaitu di antara yang paling kecil 131 hingga 1,000 lebih," katanya.

PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi yang ditandingi dalam PRN Melaka, semalam.

Prestasi PH dilihat jatuh merudum kerana pada pilihan raya sebelum ini PH memenangi 15 kerusi di negeri berkenaan.

Mengenai PRN Sarawak yang bakal berlangsung pula, Guang Eng berkata, ia pasti sesuatu yang mencabar kepada PH.

"Itupun akan jadi cabaran yang amat keraslah, kerana kalau kita lihat apa yang berlaku dekat Melaka tentu mereka akan berusaha untuk hadkan calon bersemuka dengan pemilih, dengan pengundi.

"Lagi teruk kerana banyak rumah panjang di kawasan pedalaman kita langsung tak dapat pergi dan capaian internet pun kurang. Saya rasa panjat pokok pun tak boleh dapat," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah, kalau berjaya, itu kepintaran bos, kalau gagal 'kesalahan jentera' termasuk baruanya. Ya, nama pun barua pecacai upahan, dibayar.. mana boleh lebih dari bos!

Kesian pembelot Islam, di dunia pun sudah bangsat dihina, apa lagi di akhirat. Kembalilah...

Sila lihat..

Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.

Thai model ganja perubatan. Afghan, Aceh boleh ikut. Peluang usaha ganja 'halal'?


Kementerian Pertanian Thailand sudah menyediakan model ladang ganja mengikut piawaian Amalan Pertanian Baik (GAP) sebagai panduan untuk petani mengusahakannya. - Foto AFP

Thailand umum model ladang ganja

BANGKOK: Tapak semaian milik Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) di Nong Yai disahkan sebagai ladang ganja pertama negara di bawah piawaian Amalan Pertanian Baik (GAP), Jabatan Pertanian Thailand.

Bangkok Post melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Pichet Wiriyaphaha, berkata pegawainya sudah melakukan pemeriksaan di ladang berkenaan untuk menjalankan penilaian.

Jelas beliau, ladang seluar 0.3 hektar itu sudah memenuhi semua kriteria, menjadikannya ladang ganja pertama di negara itu yang mendapat pensijilan terbabit.

"Lulus penilaian itu bermakna semua tumbuhan ganja yang ditanam di sini adalah selamat, boleh dipercayai dan berkualiti.

"Ia boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk produk ganja perubatan dan ia selamat untuk pengguna," katanya.

Tambah beliau, ini akan menjadi model kepada petani di seluruh negara yang ingin menanam ganja untuk tujuan perubatan.

Pemeriksaan dibuat selepas GPO meminta jabatan menentukan sama ada ladang itu akan membuat gred dari segi piawaian GAP.

Jabatan itu mempromosikan penggunaan ladang untuk tanaman ganja perubatan di bawah bimbingan Timbalan Menteri Pertanian dan Koperasi, Mananya Thaiset.

Pichet berkata, GPO menyatakan kesediaannya untuk menyokong petani ganja lain dengan penilaian GAP dengan syarat mereka juga memberi tumpuan kepada pengeluaran ganja perubatan. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Afghanistan dan Aceh, adalah negara pengeluar ganja di dunia yang penduduknya beragama Islam. Setakat ini tidak jelas bagaimana pengedarannya, samada dari segi agama atau perundangan negara masing-masing.

Kini Thailand mengumumkan model ladang ganja di tapak semaian milik Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) di Nong Yai yang disahkan sebagai ladang ganja pertama negara, di bawah piawaian GAP, Jabatan Pertanian Thai. Iaitu ladang ganja untuk tujuan perubatan.

Maka ianya memberi laluan kepada negara yang sedang berbisnes ganja secara gelap bertukar kepada berterang-terangan, mengkut peraturan. Maka disinilah peluang jadi pengusaha ganja 'halal' dari sudut agama dan perundangan antarabangsa, seperti negara Afghanistan dan Aceh Indonessia.

Kalau di Malaysia ada bisnes 'daun ketum', bolehkah diperkenalkan di peringkat antarabangsa seperti ganja?

Lihat..

Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

Dari Ayer Keroh sudah jernih, angkat sumpah KM Melaka

 

ADUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13. - Foto ihsan Facebook Wee Ka Siong

Sulaiman selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka

AYER KEROH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri, malam tadi.

Majlis angkat sumpah Ketua Menteri berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT), jam 12.58 tengah malam tadi dan dilangsungkan secara tertutup.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri jika BN menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini adalah kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri selepas pertama kali dilantik ke jawatan itu pada tahun lalu.

Sementara itu, Ka siong mengesahkan upacara itu menerusi hantaran di Facebook.

"Saya dijemput untuk menyaksikan istiadat mengangkat sumpah Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13," katanya.

ADUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13. - Foto ihsan Facebook Wee Ka Siong

KEPUTUSAN RASMI

 KERUSIPARTIYANG MENANG
 N1 Kuala LinggiBN-UMNOROSLI ABDULLAH
 N2 Tanjung BidaraBN-UMNODATUK SERI AB RAUF
 N3 Ayer LimauBN-UMNODATUK HAMEED BASHEER
 N4 LenduBN-UMNODATUK SERI SULAIMAN MD ALI
 N5 Taboh NaningBN-UMNOZULKIFLEE MOHD ZIN
 N6 RembiaBN-UMNODATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
 N7 GadekBN-MICP SHANMUGAM
 N8 Machap JayaBN-MCANGWE HEE SEM
 N9 Durian TunggalBN-UMNOZAHARI ABD KALIL
 N10 AsahanBN-UMNOFAIRUL NIZAM ROSLAN
 N11 Sungai UdangPN-BERSATUDR MOHD ALEEF YUSOF
 N12 Pantai KundorBN-UMNOTUMINAH KADI @ MOHD HASHIM
 N13 Paya RumputBN-UMNODATUK RAIS YASIN
 N14 KelebangBN-MCADATUK LIM BAN HONG
 N15 Pengkalan BatuBN-UMNODATUK KALSOM NOORDIN
 N16 Ayer KerohPH-DAPKERK CHEE YEE
 N17 Bukit KatilPH-AMANAHADLY ZAHARI
 N18 Ayer MolekBN-UMNODATUK RAHMAD MARIMAN
 N19 KesidangPH-DAPSEAH SHOO CHIN
 N20 Kota LaksamanaPH-DAPLOW CHEE LEONG
 N21 DuyongBN-UMNOMOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM
 N22 Bandar HilirPH-DAPLENG CHAU YEN
 N23 Telok MasBN-UMNODATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
 N24 BembanPN-BERSATUDR MOHD YADZIL YAAKUB
 N25 RimBN-UMNODATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
 N26 SerkamBN-UMNODATUK ZAIDI ATTAN
 N27 MerlimauBN-UMNODR MUHAMAD AKMAL SALEH
 N28 Sungai RambaiBN-UMNOSITI FAIZAH ABDUL AZIS

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA:

  • Barisan Nasional (BN) - 21 kerusi
  • Pakatan Harapan (PH) - 5 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) - 2 kerusi

Ikuti portal mini BH di https://www.bharian.com.my/prn-melaka-2021/index.html dan di https://www.myundi.com.my

Dirogol selepas diberi dadah, juga dalam kategori 'arak'..

 

Didakwa dirogol selepas diberi minuman bercampur dadah

Didakwa dirogol selepas diberi minuman bercampur dadah.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua lelaki yang didakwa merogol seorang wanita dengan memasukkan minuman mengandungi dadah ketika mereka berhibur di sebuah kelab di ibu kota, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias, berkata satu laporan polis diterima daripada mangsa pada jam 8.06 malam, kelmarin mendakwa dirogol dua lelaki tidak dikenali.

Menurut laporan itu, mangsa berusia 19 tahun mendakwa dia bersama beberapa rakan pergi ke sebuah kelab di ibu kota untuk berhibur, kira-kira jam 9 malam, Rabu lalu.

"Semasa kejadian, mangsa dikatakan mabuk dan dipercayai diberikan minuman yang disyaki mengandungi dadah.

"Mangsa kemudian dibawa oleh kedua-dua suspek ke sebuah hotel di ibu kota bersama seorang lagi rakan mangsa dan menyedari dirinya dirogol selepas dimaklumkan oleh rakan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan itu.

"Kertas siasatan sudah dibuka dan diklasifikasikan sebagai kes rogol yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan kedua-dua suspek kini sedang dilakukan untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan pihak polis serta menimbulkan kegusaran orang awam.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung dengan kejadian ini, orang ramai boleh menyalurkannya kepada pihak polis dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sementara itu, seorang individu dipercayai rakan kepada mangsa mendedahkan kronologi kejadian yang menimpa rakannya itu bersama beberapa gambar suspek di media sosial dalam usaha mengesan suspek.

Komen Weblog Ibnu HasyimMemang, arak wajar dikategorikan sebagai bahan terlarang dan berbahaya. Bahkan perlu di setaraf dengan dadah bagi memudahkan pengharaman. Dalam Islam pun dadah termasuk dalam kumpulan arak yang membahayakan.

Isu ini tidak perlu lagi dibahaskan memandangkan kajian membuktikan kesan kemudaratan arak termasuk pemandu mabuk hilang kewarasan, sehingga menjejaskan keselamatan awam sudah terbukti.

Hanya si kurang akal saja, mengizinkan penganutnya 'hilang akal' yang dianugerah Allah SWT melalui arak atau dadah, kencing syaitan. Di Malaysia, ada parti DAP jelas-jelas anti Islam, me'melayubodoh'kan pengikut-pengikut Melayu kerana jahilnya.

Wallahu 'aklam.

Lihat..

Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.


UK mahu haramkan HAMAS, kerana mereka 'barua'' pengganas.

 

Setiausaha Dalam Negeri Britain, Priti Patel. - Foto AFP

UK mahu haramkan HAMAS, dilabel 'organisasi pengganas'

LONDON: Penyokong Hamas berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun jika kerajaan Britain berjaya mengharamkan kumpulan itu yang dianggap organisasi pengganas, kata Pejabat Dalam Negeri.

Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel, akan mendesak pertukaran pembentangan di Parlimen minggu depan, menggunakan alasan bahawa sukar membezakan antara sayap politik dan ketenteraan Hamas.

Sayap tentera Briged al-Qassam, gerakan Islam yang memerintah Semenanjung Gaza telah diharamkan di Britain sejak Mac 2001.

Namun, larangan secara terang-terangan di bawah Akta Keganasan 2000 itu menjadikan negara itu bersama Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) yang mengharamkan organisasi itu.

Patel, yang kini dalam perjalanan ke Washington, berkata, langkah itu 'berdasarkan pelbagai risikan, maklumat dan juga kaitan dengan keganasan'.

"Tidak perlu dijelaskan lagi, sememang ia sudah jelas, katanya dan menggelar Hamas 'secara asasnya anti-Semitik'.

Patel menambah, larangan diperlukan untuk melindungi masyarakat Yahudi.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, memuji perkhabaran itu, menggelar Hamas 'sebuah kumpulan Islam radikal yang menyasarkan warga Israel yang tidak bersalah dan mahu memusnahkan Israel'.

"Saya mengalu-alukan hasrat United Kingdom (UK) untuk mengisytiharkan Hamas sebagai organisasi pengganas secara keseluruhan - kerana itulah sebenarnya," tulisnya di Twitter.

Menteri Luar, Yair Lapid menambah dalam satu kenyataan: "Tiada bahagian yang sah dalam organisasi pengganas, dan sebarang percubaan untuk membezakan... adalah tiruan."

Lapid berkata, langkah itu adalah hasil daripada 'usaha bersama' antara kerajaan British dan Israel.

Jika diluluskan, aktiviti mengibarkan bendera Hamas, mengatur pertemuan dengan ahlinya atau memakai pakaian menyokong kumpulan itu akan diharamkan.

Dari segi politik, ia boleh memaksa pembangkang utama Britain untuk mengambil pendirian terhadap Hamas, memandangkan sokongan kuat pro-Palestin di sebelah sayap kiri sangat kuat dari parti Buruh.

Awal bulan ini, seorang lelaki hadir ke mahkamah dengan memakai baju-T menyokong sayap tentera Hamas dan Jihad Islam Palestin, yang diharamkan di Britain pada 2005.

Pada satu acara bulan Jun, Feras Al Jayoosi, 34, memakai pakaian itu di kawasan Golders Green di utara London, yang mempunyai populasi Yahudi yang besar. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: HAMAS bukan penggnas.

"Menurut anggaran saya, di suku pertama abad ke 21, tepatnya tahun 2027 Israel akan menghilang (dari muka bumi ini), Insha Allah," kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dalam satu wawancara dengan wartawan Al-Jazeera, Ahmed Mansur beberapa tahun lalu.

HAMAS dan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin 

Mengembalikan kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW... Maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung-pendukung Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS). Atau dalam Bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah.

Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin.

Perjuangan HAMAS telah dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:

1) Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

2) HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut-penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

3) Palestin adalah tanah Islam sejak turun-temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

4) Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

5) HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

6) Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin.

Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanah air mereka.

7) HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam. Jadi HAMAS bukan pengganas, kerana penentang-penentangnya itulah yang mengganas.

Sila lihat..

Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails