Monday, July 19, 2021

Waspada penipuan, iklan jawatan kosong

 

Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon, pesanan teks atau e-mel berunsur penipuan termasuk iklan jawatan kosong palsu yang menggunakan nama Pos Malaysia.

Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini, berkata penipuan menjadi semakin tersebar dengan tujuan memperdaya orang ramai dan mendapatkan maklumat seperti butiran kad kredit, kata laluan, maklumat akaun atau data peribadi lain.

"Kami menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat berkenaan dengan tidak membalas apa-apa permintaan melalui telefon atau khidmat pesanan teks (SMS/WhatsApp), e-mel atau kaedah lain. Paling penting, jangan klik pautan yang dihantar bersama mesej penipuan itu.

"Tidak berkongsi atau memasukkan maklumat sensitif di laman web/portal yang tidak dimiliki Pos Malaysia," kata kenyataan itu.

Pos Malaysia berkata, wujud penipuan melalui e-mel dengan menggunakan nama dan logo Pos Malaysia tanpa kebenaran dan dihantar untuk menuntut pembayaran duti atau cukai Kastam untuk pelepasan bungkusan.

Katanya, e-mel seperti itu harus diabaikan atau dipadam dengan segera.

Selain itu, ia juga meminta orang ramai berwaspada dengan iklan jawatan kosong palsu yang menawarkan kerjaya di Pos Malaysia serta disaran mengesahkan maklumat dengan sumber yang sah.

Menurutnya kekosongan jawatan hanya diiklankan di laman web pekerjaan yang bereputasi dan sah seperti JobStreet atau di platform media sosial rasmi Pos Malaysia.

"Pos Malaysia sentiasa melindungi pelanggan dan komited dalam memastikan semua maklumat peribadi dan transaksi kekal dan terjamin," kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai keselamatan dalam talian, jenis penipuan dan saluran pelaporan dengan melayari https://www.pos.com.my/news-info/online-security-fraud-and-scams.html. – BERNAMA

Awas, Melayu/Bumiputra/Islam jangan ditipu lagi..

Berikut ialah senarai 15 hujah dan bukti bahawa DAP sememangnya menentang Islam dan kedudukan istimewa Melayu-bumiputera, juga kepentingan berkaitan bahasa Melayu dan raja-raja Melayu yang menjadi tunggak utama Perlembagaan Malaysia.

Malah, DAP sudah cukup terkenal dengan kelantangan celupar dan biadab, memperlekeh, mempertikai, memprovokasi serta campur tangan terhadap hal-ehwal, institusi dan tokoh Islam.

1. Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang menyebut mengenai campur tangan DAP terhadap hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. Malah, tokoh DAP, Karpal Singh, cukup terkenal dengan kata-katanya, “an Islamic state over my dead body”.

2. Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 matlamat-matlamat DAP ialah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.

3. Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.

4. Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 menulis: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.

5. Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.

6. DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada raja-raja Melayu. Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai Menteri Besar pada 2008. DAP juga mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.

7. Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan Jakim sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng, pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajiban wanita Muslim menutup aurat. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy, pula pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

8. Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Quran, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 Sept 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh. Antara disebut beliau, “bahkan juga 1,500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

9. Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam Facebook beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

10. Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.

11. Dalam isu aurat, Nga Kor Ming menyindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu otak cacat".

12. Dalam isu murtad, Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.

13. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Jan 1995, Barisan Alternatif pada Sept 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.

14. Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang”.

15. Kuat menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.

Ini merupakan sebahagian daripada banyaknya lagi hujah dan fakta serta senarai panjang mengenai DAP dalam isu ini. 
(IH)

Sunday, July 18, 2021

Kit Siang dimarahi pengikutnya, isu kematian Teoh Beng Hock.

 

Lim Kit Siang kena marah bangkitkan keadilan untuk Beng Hock

PEMIMPIN kanan DAP Lim Kit Siang dimarah oleh pengikut Facebooknya selepas membangkitkan semua isu kematian Teoh Beng Hock. 

Menurut mereka Kit Siang tidak mempunyai kredibiliti untuk menegakkan keadilan terhadap kematian Beng Hong kerana mengabaikan isu itu ketika DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan selama 22 bulan.

Tegas mereka, Kit Siang dan DAP mempunyai banyak kelebihan untuk menyiasat kematian Beng Hock ketika berkuasa kerana Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Peguam Negara dilihat sebagai mesra kepada pentabiran Pakatan Harapan ketika itu.

“Semasa pemerintahaan PH selama 22 bulan. Apa yang telah anda semua lakukan untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan dan sekarang anda mahu membawa kes itu sebagai sebahagian daripada agenda politik anda lagi,” sindir Steve Tung Lee.

Lim Kit Siang kena marah

“Anda mempunyai 22 bulan, anak lelaki anda adalah salah seorang individu yang paling berpengaruh dan berkuasa dalam kerajaan Malaysia waktu itu, Peguam Negara juga rapat dengan DAP, bolehkah saya bertanya apa yang telah anda lakukan?” persoal Yiip Shaun.
“Wah, 22 bulan dengan bos SPRM dan AG, anda tidak boleh membuka kes itu? Berhenti menggunakan namanya kerana kamu tidak melakukan apa-apa untuk dia ketika berkuasa. Berhenti mengguna namanya untuk kepentingan politik ini menjijikkan,” tegas Justin Tan.
“Saya berasa sedih dengan Beng Hock. Saya merasa sedih kerana anda terus menggunakan beliau untuk menghasut orang. Apa yang telah anda lakukan semasa PH diberi kuasa? Memalukan,” sindir Marvin Lee.
“Apa yang anda lakukan semasa mengambil alih pemerintahan? Menyerahkan TNG 30? Seharusnya anda dapatkan keadilan ketika itu,” kata Sravanan Chingambaram.
“Kit Siang saya menghormati awak sebelum ini… tapi kadang-kadang lebih baik tutup mulut. Apa yang PH buat selama ini? Jangan kata 22 bulan tidak cukup untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan lebih dari 60 tahun! Yang benar adalah tidak ada apa telah anda lakukan kecuali memperjuangkan kedudukan dan pertengkaran antara parti. Jadi diam. Rasa begitu muak,” luah Timothy Tws.

Dalam hantaran kira-kira 12 jam lalu, Kit Siang dengan tanda pagar ‘kerajaangagal180’ menulis, ‘Selagi keadilan tidak ditegakkan dalam kes Teoh Beng Hock, Malaysia belum menjadi negara normal. Artikel tersebut dimuatkan di blognya.

Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama. SM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cakap berdegar-degar, ekor bergelumang dengan tahi.. Itulah PH/DAP.

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

DAP Lagi? ADUN Teratai Ditangkap Masuk Hutan...

 

ADUN Teratai Ditangkap Masuk Hutan Simpan Tanpa Kebenaran

SUNGAI KOYAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai di Selangor, YB Tuan Bryan Lai Wai Chong ditangkap kerana memasuki di kawasan Hutan Simpan Kekal, Ulu Jelai, berhampiran Pos Lenjang, Kuala Lipis,  tanpa kebenaran pihak berkuasa pada malam semalam.

Beliau dan rombongan seramai 29 orang kini di Balai Polis Sungai Koyan untuk diambil keterangan atas kesalahan memasuki Hutan Simpan tanpa kebenaran dan kesalahan merentas negeri.

Pasukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Polis malam semalam berjaya menemui  rombongan yang terdiri daripada 29 orang menaiki beberapa buah kenderaan 4×4 telah memasuki kawasan hutan Simpan Kekal Ulu Jelai, di Kuala Lipis.

Selain siasatan, kesemua mereka yang ditangkap akan dilakukan ujian swab test Covid-19. Dan kesemua 11 kenderaan pacuan empat roda telah disita.
Terdahulu, Bryan Lai Wai Chong pada April lepas mengumumkan keluar daripada DAP dan bergerak sebagai wakil rakyat bebas yang menyokong Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang mempersoalkan kebenaran yang diperolehi untuk melakukan aktiviti perkhemahan bersama rombongan melibat bekas Adun DAP yang menyokong Pakatan Harapan dari Selangor di kawasan Hutan Simpan Kekal, Ulu Jelai, berhampiran Pos Lenjang, Kuala Lipis.

Ketuanya, Farid Nor, berkata beliau dimaklumkan satu rombongan yang terdiri daripada 29 orang menaiki beberapa buah kenderaan 4×4 telah memasuki kawasan hutan Simpan Kekal Ulu Jelai, malam tadi.

Siapa yang memberi kebenaran untuk mereka merentas negeri, daerah dan masuk ke kawasan hutan simpan kekal tersebut yang mana kami sendiripun perlu memohon kebenaran walaupun bagi tujuan menyalurkan bantuan serta program berkaitan pendaftaran vaksin, soal beliau.

Apa tujuan mereka memasuki kawasan hutan simpan di waktu seperti ini merupakan suatu tanda tanya.- SuaraTV

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa lagi yang tak ada pada DAP? Dituduh rasuah, rogol, pengganas, pencipta fitnah, bohong manifesto, busuk babi dan masuk hutan pula. 

Kesian balacinya, si Melayu babi tunggang jadi mangsa pengkhianat agama. Dapat duit pancing mata kail tak seberapa. Sanggup ikut pemimpin (imam Lim nya) hingga ke neraka?

Kalau orang kafir yang berbai'ah dengan Islam, nyawa mereka pun dijamin keselamatannya oleh kerajaan Islam, itulah hebatnya Islam.. Tetapi, amat berbeza hukumnya dengan pengkhianat-pengkhianat murtad keluar dari Islam, jadi musuh dalam selimut, sepatutnya dipancung?

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Bunian: Tenang, tapi awas, buayanya..

 

CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM

Asal Usul Bangsa Bunian


MEMANG dikatakan kemunculan Bangsa Bunian sedikit banyak memberi perasaan takut dalam diri manusia. Meski mereka sebenarnya tidak mengganggu. Kemunculannya kerap membuat bulu tengkuk merinding. 

Maklum, perbedaan alam mereka telah membuat semacam jurang pemisah. Padahal, bila ditelusuri, asal usul kaum Bunian ini adalah manusia juga. Kata orang, keberadaan mereka sangat erat hubungannya dengan kerabat Keraton Sambas. Siapakah sebenarnya kaum Bunian ini? 

Tahun 1757 M, Kerajaan Islam Sambas berada di puncak kejayaan. Raden Djamak yang bergelar Sultan Oemar Aqqamaddin (II), naik tahta. Ia mengantikan ayahanda Sulta Abubakar Kamaluddin, keturunan Sultan Hasan Ibnu Syaiful Rizal. Keraton Sambas kerap pula disebut istana Alwaat Zik Hubbillah. 



Sambas-Borneo - Catatan sejarah adalah cermin dan gambaran bahawa negeri negeri Melayu di Pulau Borneo mempunyai hubungan dan Silsilah ...


Hasan

Menurut Hasan (65), kuncen Keraton Sambas, yang juga masih keturunan Pangeran Bendahara, putra Sultan Moehammad Tsafiuddin II, menolak jika ghaibnya sang pangeran kerana diambil untuk dijadikan raja di Kerajaan Bunian. 

“Itu tidak benar. Tidak ada orang Bunian yang mengambil Raden Sandi. Beliau ghaib kerana kehendak Allah semata,” tuturnya. 

Raden Sandi Braja, kata Hasan, adalah salah satu putera raja Sambas Sultan Moehammad Tsafioeddin II. Ia termasuk sosok yang genius dan mampu menyelesaikan sekolah sekolah sebelum waktunya. Tanggal 8 Desember 1890, ia melanjutkan sekolah ke tanah Jawa diantar Menteri Pangeran Tjakranegara Pandji Anom. Keberangkatannya bersamaan dengan diasingkannya sang ayahanda ke tempat pembuagnan oleh Penjajah Belanda.

Raden Sandi dan saudaranya Raden Mohammad diserahkan kepada Tuan Bestantjesdijk, direktur Opleideing School di Bandung. Dan, lima tahun kemudian keduanya kembali setelah berhasil menyeelsaikan pelajarannya dengan baik. Seusai itu ia langsung diangkat menjadi putera mahkota, namun belum sempat menduduki tahta, beliau meninggal dunia.

Ada beberapa versi soal kematian Raden Sandi Braja. Konon, sang pangeran muda jatuh cinta pada seorang gadis dalam lingkungan istana. Sayangnya, hubungan itu tidak direstui Datu Sultan. Maklum, sang gadis ternyata masih saudara sendiri. Ini sangat dipantangkan di keraton.

Sebenarnya, sang pangeran muda itu telah dijodohkan dengan gadis yagn berasal dari Negeri Titis Sepancuran, Brunai Darussalam. Kerana memang begitulah pesan leluhur memerintahkan. Tapi ia tetap saja menolak, sampai akhirnya mengambil jalan tengah. Dengan lapang dada ia menerima saran dari ibundanya. Sarannay, jika tetap menolak untuk dijodohkan dengna puteri dari Brunai, maka ia dibolehkan mencari puteri dari negeri lain, asalkan bukan dengan saudara sepupu sendiri. 

Maka berangkatlah Raden Sandi ke negeri Johor. Tapi, baru beberapa bulan di sana, ia mendapat khabar bahawa kekasihnya telah dinikahkan dengan seorang lelaki asal negeri Siak. Mendengar khabar tidak sedap itu, Raden Sandi langsung membatalkan perantauannya. Ia pulang ke Sambas untuk membuktikan kebenaran khabar itu. Dan, kenyataannya telah membuatnya sakit hati. 


Ia tak menyangka ayahandanya sampai hati memutuskan hubungan mereka. Maka tanpa pikir panjang lagi, Raden Sandi melampiaskan amarahnya. Ia mengamuk dan tak seorang pun mampu menahan kehebatannya. Usai melampiaskan kemarahannya, ia bersumpah tak akan menduduki tahta kerajaan dan akan meninggalkan Sambas selama-lamanya. Agaknya, takdir berkehendak lain. 


Belum sempat Raden Sandi meninggalkan istana Sambas, ia terserang penyakit yang tak ada obatnya. Penyakit itu akhirnya merenggut jiwanya. Namun sebuah keajaiban terjadi. Sesaat setelah mengembuskan nafas, tubuh Raden Sandi hilang entah ke mana. Yang tinggal hanyalah batang pisang. Raden Sandi hilang secara misterius. Menurut sebagian kawula istana, jenazah putera mahkota itu lenyap misterius dan diganti batang pisang. 


Tapi banyak pula yagn mengatakan bila ia mati diambil oleh orang Bunian di Paloh. Konon, itu sebagai tebusan atas nyawa burung peliharaan Puteri Kibanaran (Orang Bunian) yang tewas saat Raden Sandi berburu di hutan Paloh. Orang pintar dari keraton menyatakan bahawa Raden Sandi Braja telah menjadi raja di Negeri Kibanaran.

Belakangan, ada beberapa sumber yang menyebut bahawa dulu pernah ada pengusaha dari Singapura yang pergi ke Bandar Paloh dan berjumpa dengan Raden Sandi. Dengan mata kepala sendiri ia menyaksikan betapa suasana di Bandar Paloh sangat ramai dan sibuk, laksana pelabuhan laut sebuah negara besar. Transaksi dagang dengan Raden Sandi pun berlangsung. Tapi apa yang terjadi. 

Saat sang pengusaha yang bernama Taib bin Djasman membuka map transaksi di depan rekannya dari Jakarta, kertas berharga itu hanyalah selembar daun sirih yang sudah layu. Dengan penasaran sang pengusaha itu kembali ke Bandar Paloh. Tapi, yang didapat di sana berbeda. Yang dia lihat sekarang hanyalah sebuah desa dan pasar kecil di pinggir sungai kecil. Sebagian kawasan masih ditumbuhi hutan lebat. 

Kesultanan Sambas
220px
Lokasi ibu kota terakhir Kesultanan Sambas, Kalimantan Barat
Berdiri1675-1944
Didahului olehKerajaan Sambas
Digantikan olehKabupaten Sambas
Ibu negeriSambas
BahasaSambas
AgamaIslam Sunah Waljamaah mazhab Syafii (rasmi)
Pemerintahan
-Sultan pertama
-Sultan terakhir
Sultan -
Sejarah
-Didirikan
-Zaman kejayaan
-Krisis pengganti


-


Keraton Sambas Dari Sudut Lain..

Masa keemasan Kerajaan Sambas telah berakhir. Namun sisa-sisa kebesarannya masih bisa disaksikan hingga kini. Salah satunya adalah keberadaan Keraton Sambas yang masih berdiri kokoh di sisi muara dari tiga cabang anak sungai di Sambas. Rasa hormat masyarakat pun masih tinggi terhadap keluarga keraton. Uniknya, banyak kisah-kisah kisah seputar keraton yang sulit diterima logika. 


Sulit rasanya mencari keterangan lengkap asal mula nama Sambas. Namun, cerita rakyat, menyebut bahawa nama Sambas berasal dari dua orang sahabat yakni Samsudin dan Abas. Samsudin berasal dari Suku Dayak dan Abas suku Melayu. Di antara mereka ada seorang tokoh keturunan Tionghoa. Dalam bahasa Cina, persahabatan mereka disebut 'Sam' yang ertinya tiga. Maka orang-orang Tionghoa di sana menyebut mereka Sambas. 


Menurut satu versi, asal mula Sambas berasal dari Paloh, pusat kerajaan urang Kibanaran atau kaum Bunian. Dan orang yang kali pertama kahwin dengan kaum Bunian adalah Samsudin. Sejak perkawinannya dengan kaum Bunian di Paloh, Samsudin tidak pernah memperlihatkan dirinya lagi. 


Dikhabarkan bila Samsudin telah menjelma menjadi bangsa Kibanaran atau kaum Bunian. Wujudnya menghilang dan tak nampak lagi oleh pandangan mata. Namun meski berbeda alam, Samsudin masih mengikuti kedua sahabatnya. Ke manapun mereka pergi, Sam selalu ikut. Begitu pula sebaliknya. Persahabatan mereka kekal dan dikenal sejarah hingga kini. 

Sampai suatu ketika, ketiga sahabat ini meneguhkan perjanjian untuk tidak saling menyakiti sampai akhir hayat. Sejak itu seakan tercetus ikrar antara suku Dayak yang disebut orang darat dan suku Melayu yang disebut orang Laut. Sebagai tanda ikrar, diambillah sebongkah batu bekas reruntuhan Gunung Sibatu. 

Terucaplah ikrar keramat mereka, "jika batu itu timbul, maka akan perang orang darat melawan orang laut." Diserta merta dengan ikrar, dibuanglah batu di persimpangan Sungai Tibarrau dan Sungai Subah. 

Tiba-tiba air tempat jatuhnya batu itu berputar, seperti hendak memberikan peringatan bahawa janji yang dibuat tak boleh dilanggar. Sampai saat ini, masih bisa disaksikan air di sekitar tempat itu masih berputar. Orang-orang Sambas menyebutnya Muara Ulakkan, kerana air mengulak atau berputar. Akhirnya tercetuslah nama Sambas yang berasal dari Samsudin dan Abas. 

Daerah itupun dikenal banyak buayanya. Salah satunya terdapat seekor buaya kuning. Oleh penduduk di sana, raja air itu dinamakan Nek Goro atau Nek Agou. Bila cuaca hujan rintik yang dibarengi sinar matahari (hujan panas), buaya ini akan menampakkan diri. Ia berenang hilir mudik dengan tenangnya, tanpa berkocak permukaan airnya. 

Ingat kata pepatah Melayu, mungkin pepatah Bunian juga.. "Air tenang jangan disangka tiada buaya!"


Bersambung, insya Allah.

Covid 19: Kaji balik umur persaraan wajib pekerja..

Parlimen Rakyat:

"Kesan Pendemik Covid 19 kesemua sektor ekonomi terjejas teruk. Pengangguran bertambah, peluang kerja terjejas terutama golongan muda, ekonomi menguncup dan pendapatan negara terjejas teruk."

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan digesa kaji balik umur persaraan wajib pekerja akibat Pendemik Covid 19.

Kesan Pendemik Covid 19 kesemua sektor ekonomi terjejas teruk. Pengangguran bertambah, peluang kerja terjejas terutama golongan muda, ekonomi menguncup dan pendapatan negara terjejas teruk.

Ini lah masa kerajaan mengkaji semula tempoh persaraan wajib dari 60 tahun ke 55 tahun. Memberi peluang pada tenaga muda yg lebih inovatif untuk mengisi jawatan terutama sektor awam.

Tahap kesihatan rakyat semakin merudum dan rakyat terdedah dengan tekanan dan stres menjadi faktor utama golongan muda pun maut akibat serangan jantung apa lagi golongan sudah berumur.

Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.

Dalam masa yang sama golongan muda adalah golongan celik IT. Golongan muda terdedah pada ilmu teknologi maklumat dan gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna celik IT.

Golongan muda ini boleh meneroka idea idea baru, kreatif, berbakat dan mencipta banyak ruang ilmu baru dalam dunia IT kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya.

Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen dan tenaga muda ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat pada golongan muda celik IT ini.

Bagi golongan vateran dan sudah berusia sekitar 50 hingga 55 golongan dibiarkan bertugas dengan keadaan tidak sihat, tahap kesihatan menurun dan bertambah teruk kerana mereka tidak selesa dan ini akan menjejaskan produktiviti perkhidmatan awam.

Kita tengok ada keluarga terpaksa hantar kakitangan awam yang sudah berusia ini dari jauh, ada yang naik kerusi roda datang pejabat, muka dalam keadaan tertekan dan stress.

Ini lah masa golongan muda celik IT ini mengisi kekosongan dalam era ledakan teknologi maklumat masa kini. Mereka kreatif dan boleh menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Situasi 'work from home' banyak kelebihan pada golongan muda dalam era global IT.

Era Teknologi Maklumat dan komunikasi digital ini membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat.

Dari data KKM Seramai 45,684 orang daripada 32.4 juta rakyat negara ini menderita penyakit jantung koronari sehingga kini rakyat negara ini turut mencatat menghidap penyakit kardiovaskular pada usia yang jauh lebih muda.

Bayangkan bagi golongan yang sudah berusia lebih 55 ke atas masih melakukan beban kerja dipejabat dalam keadan kesihatan yamg tidak memuaskan.

Lebih membimbangkan, bilangan kematian akibat penyakit berkenaan meningkat hampir 100 peratus iaitu 18,267 kes direkodkan tahun lalu berbanding 9,371 pada 2010.

Perlu diketahui bahawa penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, hiperkolesterolemia tanpa kawalan dan gaya hidup yang tidak sihat adalah penyumbang utama peningkatan penyakit kardiovaskular.

Teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam era IT yang berbentuk digital boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Oleh itu adalah lebih baik umur persaraan di kaji balik sehingga 55 tahun oleh kerajaan semasa pembentangan bajet tahun 2021 nanti. Pada golongan umur 50 ke atas masa untuk buat pengorbanan.

Individu curi 2 tomato &halia. Wahai kapitalis Melayu/M'sia, jenguklah!

 

Bekas-bekas PM..
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat Covid-19 anjuran Persatuan Masjid India Business Association (MIBA) dan IPD Dang Wangi di pekarangan IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 JULAI 2021.

Ada individu curi tomato, halia di Mydin kerana lapar – Ameer

KUALA LUMPUR – Kehidupan rakyat di negara ini semakin tenat akibat pandemik Covid-19 sehingga ada individu sanggup mencuri dua biji tomato dan halia kerana kelaparan.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkongsi satu insiden menjentik hatinya yang berlaku di salah sebuah rangkaian pasar raya miliknya.

“Sebelum ini biasanya kita nampak di Mydin orang curi barang elektrik seperti televisyan atau benda mahal tapi sebab mereka itu memang seorang pencuri. Mereka mencuri sebab mahu jual semula barang tersebut.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 JULAI 2021.

“Tapi dalam situasi sekarang pun masih ada orang yang mencuri tapi dia ambil makanan dan bukanlah benda mahal, dia ambil sayur.

“Saya lihat dia ambil dua biji tomato dan sedikit halia, saya tanya pada orang itu kenapa ambil tomato? Dia kata untuk masak dan memang dia sangat malu ketika saya bertanya.

“Jadi orang seperti ini sebenarnya dia sedang kelaparan, sebab itu saya rasa kita perlu buat sesuatu untuk bantu rakyat yang sedang dalam kesusahan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu beliau yang mewakili Persatuan Perniagaan Masjid India (MIBA) bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada penerima yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di ibu kota.

Dalam sesi tersebut, sebanyak 200 bakul makanan diagihkan kepada penerima yang menetap di sekitar Dang Wangi serta kawasan-kawasan berhampiran.

Orang awam mengambil sumbangan akibat terkesan berikutan Covid-19 daripada Masjid India Business Association (MIBA) dan IPD Dang Wangi di pekarangan IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 JULAI 2021.

Mengulas lanjut, Ameer Ali berkata, tidak semua individu yang susah mahu tampil secara sukarela bagi meminta bantuan kerana dalam sesetengah situasi mungkin mereka berasa malu.

Jadi beliau berkata, tidak mustahil ada dalam kalangan rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan yang disalurkan kerajaan.

“Kita tidak nafikan memang kerajaan salur jutaan malah berbilion ringgit tapi mungkin tak semuanya akan sampai kepada rakyat di seluruh pelosok, mungkin ada yang terlepas pandang walau seberapa daya pun mereka cuba,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ameer Ali yang juga Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera memohon kerajaan memberi kelonggaran terhadap sektor-sektor perniagaan yang masih belum dibenarkan untuk beroperasi ketika tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Marilah kita tengok apa yang boleh dibuka dan ikut prosedur operasi standard (SOP). Jangan kita hanya cakap itu keperluan (essential services) dan ini bukan keperluan. Contohnya tempat cuci kereta, kenapa mereka tidak boleh beroperasi? Ia hanya untuk cuci kereta, mungkin ia bukan keperluan?

“Sekarang kita lihat kedai pajak boleh dibuka tetapi kedai emas pula terpaksa tutup operasi. Kedai pajak boleh ikut SOP, kenapa tidak kedai emas?

“MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), janganlah terus menyusahkan peniaga-peniaga ini, mereka semua ingin mencari rezeki yang halal.

“Biar kami usaha sendiri, bukannya mengharap bantuan dari kerajaan, kami tidak mahu duit, cuma mahu cari rezeki sendiri. Kita akan ikut SOP, kalau tidak samanlah kita, tutuplah kedai kita,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wahai kapitalis Malaysia atau teman-teman mereka dari luar negara yang mengaut keuntungan di sini.. Samada yang pernah meminpin kerajaan atau tidak, termasuk bekas PM Malaysia.. Jenguklah ke atas kemiskinan rakyat, yang semakin mengcengkam ini. 

Bukan asyik mengutuk konon 'malas' rakyat, sedangkan mereka mengaut rakus peluang untuk rakyat ke poket mereka dengan durjana dan biadap!  Semoga akan terbongkar terus, kalau mereka yang beragama Islam, kemana harta hak rakyat yang ada dalam harta mereka, mereka agihkan?

Wahai saudaraku Se 'Melayu-Islam' dalam DAP, Ini peringatan..

 

Berikut ialah senarai 15 hujah dan bukti bahawa DAP sememangnya menentang Islam dan kedudukan istimewa Melayu-bumiputera, juga kepentingan berkaitan bahasa Melayu dan raja-raja Melayu yang menjadi tunggak utama Perlembagaan Malaysia.

Malah, DAP sudah cukup terkenal dengan kelantangan celupar dan biadab, memperlekeh, mempertikai, memprovokasi serta campur tangan terhadap hal-ehwal, institusi dan tokoh Islam.

1. Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang menyebut mengenai campur tangan DAP terhadap hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. Malah, tokoh DAP, Karpal Singh, cukup terkenal dengan kata-katanya, “an Islamic state over my dead body”.

2. Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 matlamat-matlamat DAP ialah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.

3. Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.

4. Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 menulis: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.

5. Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.

6. DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada raja-raja Melayu. Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai Menteri Besar pada 2008. DAP juga mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.

7. Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan Jakim sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng, pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajiban wanita Muslim menutup aurat. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy, pula pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

8. Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Quran, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 Sept 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh. Antara disebut beliau, “bahkan juga 1,500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

9. Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam Facebook beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

10. Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.

11. Dalam isu aurat, Nga Kor Ming menyindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu otak cacat".

12. Dalam isu murtad, Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.

13. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Jan 1995, Barisan Alternatif pada Sept 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.

14. Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang”.

15. Kuat menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.

Ini merupakan sebahagian daripada banyaknya lagi hujah dan fakta serta senarai panjang mengenai DAP dalam isu ini.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails