Tuesday, October 06, 2020

Ada Ke Pemimpin Seperti Beliau Sekarang Ini?

 

Tangisan Umar Abdul Aziz saat diangkat menjadi pemimpin

AMIRUL Mukminin, ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz merupakan salah satu khalifah yang paling dikenal dalam sejarah Islam. Beliau dipandang sebagai sosok yang soleh dan kerap disebut sebagai Khulafaur Rasyidin kelima.

Diceritakan di dalam kitab Bidayah wan nihayah karya Ibn Katsir, bahawasanya Fathimah, isteri Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz mengatakan:

وقالت زوجته فاطمة: دخلت يوما عليه وهو جالس في مصلاه واضعا خده على يده ودموعه تسيل على خديه، فقلت: مالك؟ فقال: ويحك يا فاطمة قد وليت من أمر هذه الأمة ما وليت، فتفكرت في الفقير الجائع، والمريض الضائع، والعاري المجهود، واليتيم المكسور، والأرملة الوحيدة، والمظلوم المقهور، والغريب والأسير، والشيخ الكبير، وذي العيال الكثير، والمال القليل، وأشباههم في أقطار الأرض وأطراف البلاد، فعلمت أن ربي عز وجل سيسألني عنهم يوم القيامة، وأن خصمي دونهم محمد صلى الله عليه وسلم ، فخشيت أن لا يثبت لي حجة عند خصومته، فرحمت نفسي فبكيت.

“Suatu hari, aku masuk rumah. Aku menjumpai suamiku duduk di tempat solatnya. Dengan meletakkan tangannya ke pipi. Air matanya mengalir deras melewati kedua pipinya.

“Aku berkata: Apa yang membuatmu menangis?

“Umar berkata: Duhai Fathimah!, aku baru saja dilantik menjadi pemimpin ummat ini. Lalu aku terfikir akan orang faqir yang kelaparan, orang sakit yang tersia-siakan, orang tak punya pakaian lagi kelaparan, anak yatim yang rapuh, janda yang hidup sebatang kara, orang yang dianiaya, pengelana, tawanan, orang yang sangat tua renta, orang yang mempunyai banyak keluarga, orang yang kekurangan, dan orang-orang yang serupa dengan mereka, yang berada di tepi daerah ini.

“Aku mengetahui, bahawa sesungguhnya Tuhanku, Allah ‘Azza Wa Jalla, akan menanyakan perihal tanggungjawab itu semua kepadaku, kelak di hari kiamat. Maka aku khuatir, aku tidak boleh mempertanggungjawabkannya. Hatiku bersedih dan aku menangis.”

 (Ibnu Katsir, Kitab Bidayah wan Nihayah, juz 9, hal. 214. Cetakan Darul Kutub al-Ilmiyah)

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 6/10/2020

Guru wanita rugi RM1.1 juta. Untuk panduan Baca ini!

 

Guru wanita rugi RM1.1 juta

Kajang: Guru wanita terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya oleh sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan kejadian daripada wanita berusia 49 tahun itu semalam.

Menurutnya, mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang mengaku sebagai pegawai polis memberitahu kononnya kereta mangsa terbabit kemalangan maut dan kegiatan wang haram.

"Mangsa diarahkan membuka dua akaun bank miliknya dan memasukkan nombor telefon diberi suspek sebagai nombor telefon pemilik akaun.

"Selepas akaun simpanan dibuka, mangsa memindahkan wang simpanan miliknya ke dalam akaun diberikan suspek kononnya bagi tujuan siasatan.

"Dalam pada itu, mangsa juga diarahkan menyediakan wang jaminan menyebabkan mangsa membuat pinjaman peribadi di beberapa bank dan memasukkan wang itu ke dalam akaun diberikan suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaid berkata, selepas kejadian itu mangsa menyedari ditipu lalu membuat laporan polis.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek.

Beliau menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket terbabit dan tidak terpedaya dengan tipu helah mereka yang menyamar sebagai pegawai polis, pegawai bank, pegawai kastam dan sebagainya.

"Nombor telefon digunakan memang dari agensi berkaitan tetapi sindiket menggunakan teknik 'spoofing' untuk memperdaya mangsa," katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk hadir ke balai polis berdekatan untuk sebarang pertanyaan atau keraguan berhubung perkara itu. (MyMettro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk panduan baca ini kalau tak mahu ditipu! 


Macau Scam' dikatakan didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan. Sindiket beroperasi dengan cara menawarkan cabuan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial.


'Spoofing' ialah teknik di mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan paltform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombo yang tertera di skrin.


Modus Operandi (Cara beroperasi)


i) Cabutan bertuah (Lucky Draw) 


Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.


Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. Setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. Setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.


ii) 'Spoofing' pegawai polis / agensi kerajaan


Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.


iii) 'Spoofing' pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)


Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).


(iv). Tipu culik dan minta wang tebusan


Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. Mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. 

(Terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa. Termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).


Apa yang perlu dilakukan jika anda berdepan situasi seperti di atas:


i). Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu; 
ii) Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit; 
iii) Jangan hubungi semula nombor telefon yang anda terima. sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut; 
ivJangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali, dan;
v) Layari portal rasmi BNM untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan (financial fraud) seumpamanya.
Mangsa penipuan sebegini perlu membuat laporan polis agar tindakan lanjut dapat diambil segera. Sekian.

Perokok Tegar X Mudah Dijangkiti COVID-19?

 

Antara hisap rokok dan jangkitan COVID-19

GIGIH sungguh geng perokok pertahankan benang basah dengan sebar artikel bahawa perokok tegar beruntung kerana tidak mudah dijangkiti virus COVID-19.

Rupanya rujukan yang mereka buat itu tidak wujud pun kajian sokongan. Hanya menerang perkataan seerti dengan COVID-19 dalam Bahasa Arab. Bahkan Prof Dr Ali Bolgana yang dikatakan pakar itu pun entah wujud atau tidak?

Dakwaan mesej yang tular itu mengatakan Nikotin yang terdapat dalam rokok menghalang virus bahaya COVID-19 dari terus menyerang paru-paru. Kelakar sungguh!

Mari kita lihat beberapa kajian yang telah dikeluarkan oleh badan berautoriti dalam bab ini. Pada akhir Mac 2020 lalu WHO membuat anggaran hasil dari cerapan kes yang sedia ada, para perokok mempunyai risiko dijangkiti oleh COVID-19 sebanyak 14 kali ganda. Ini kerana kebanyakan kes yang berlaku banyak terdiri dari perokok.

Kemudian, dari kajian rebiu sistematik (Systematic Review Study) pada Jun 2020, perokok dan siapa yang pernah merokok didapati dijangkiti oleh virus COVID-19 sebanyak dua kali ganda. 

Kenapa berlaku, racun dalam asap rokok itu boleh merosakkan Silia (bulu halus salur pernafasan) dan menyebabkan dinding akan senantiasa melekit. Keadaan ini akan memudahkan lagi virus melekat dan membiak seterusnya mengganggu sistem pernafasan pesakit. Kalau fikir logik pun mekanisma tersebut boleh terjadi kepada semua perokok mahupun penghisap vape atau shisha.

Kesimpulannya, berhentilah merokok. Tak usah cari banyak alasan untuk tegakkan benang basah mengambil benda haram itu.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 5/10/2020

Pengubahan wang haram, SPRM beku 750 akaun babitkan selebriti.

 

SPRM menyita kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa suspek pengubahan wang haram. - Foto hiasan NSTP/Mohd Fadli Hamzah

SPRM beku akaun babit RM75 juta

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti pengubahan wang haram membabitkan selebriti.  Agensi itu juga turut menyita 24 kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa daripada individu yang ditahan.

Sumber SPRM berkata, mereka juga menyita kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka. "Siasatan terperinci masih dijalankan ke atas enam suspek yang masih ditahan, selepas dua daripada mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM petang tadi.

"Siasatan pada masa ini tertumpu kepada wang yang dilaburkan, selain mengesan individu lain yang turut terbabit serta dibayar untuk melindungi aktiviti berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, SPRM juga mengesan pegawai agensi keselamatan yang menerima bayaran bagi melindungi kegiatan pelaburan Macau Scam dan judi atas talian yang dijalankan oleh mereka.

BH sebelum ini melaporkan, dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan 'pelaburan' termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan.

Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan

Jumaat lalu, seorang selebriti bersama isterinya yang juga seorang artis serta seorang usahawan kosmetik dipanggil oleh SPRM membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram. (BH)

MAPIM M'sia Bertindak Balas, Azerbaijan setakat ini Membebaskan 22 Penempatan Penjajahan.

1. Pertubuhan Islam M'sia Bertindak Balas terhadap Serangan Armenia di Nagorno-Karabakh


Lembaga Penasihat Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bertindak balas terhadap serangan Armenia yang mensasarkan orang awam di wilayah Azerbaijan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan gencatan senjata di Nagorno-Karabakh.

Dalam kenyataan bertulisnya, Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid menekankan bahawa konflik antara Azerbaijan dan Armenia harus diselesaikan melalui pendamaian antarabangsa, "Kami percaya bahawa rundingan damai harus dibuat dan bukannya konflik ketenteraan yang akan membahayakan penduduk awam." menggunakan ungkapan tersebut.

Menjawab pencerobohan Armenia di Karabakh, Mohd Azmi berkata, "Pemisah Armenia yang disokong Yerevan yang menduduki tanah di mana minoriti Azerbaijan tinggal tidak boleh dibiarkan memburukkan lagi keadaan." 

"Gerakan pemisah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 30 ribu orang di wilayah itu dan pengusiran ribuan orang dari kediaman mereka." kata Mohd Azmi menekankan bahawa gencatan senjata di wilayah itu, yang dicapai sebagai hasil usaha antarabangsa pada tahun 1994, harus dibangunkan kembali.

Berharap agar kehilangan nyawa dan kerosakan material di wilayah ini tidak meningkat, Presiden MAPIM meminta pihak-pihak untuk menahan diri.

2. Azerbaijan setakat ini Membebaskan 22 Penempatan dari Penjajahan'

JaBatan Pertahanan Nasional (JPN) mengumumkan bahawa Angkatan Bersenjata Azerbaijan sejauh ini telah membebaskan 22 penempatan dari penjajahan Armenia.

JPN membuat pernyataan mengenai penempatan yang diselamatkan tentera Azerbaijan dari penjajahan.

Pernyataan berdasarkan sumber Azerbaijan yang boleh dipercayai, menyatkan bahwa

provinsi Jabrayil dan Karahanbeyli, termasuk kampung-kampung Seyitahmetli Bawah, Mahdili, Maralyan Bawah, Kuycak, KendHoradiz, Çakırlı, Büyük Mercanlı, Şeybey, Taliş, Karkulu, Şükürbeyli, Yukarı Maralyan, Cereken, Daşkesen, Horovlu, Dejan, Mahmutlu, Caferabat, Sugavuşan ve Papı, sebanyak 22 penempatan dibebaskan dari penjajahan.

Pertembungan meletus di barisan depan Armenia-Azerbaijan pada waktu pagi 27 September, ketika pasukan Armenia melepaskan tembakan ke penempatan orang awam Azerbaijan. 

Tentera Azerbaijan melancarkan serangan balas dan membebaskan beberapa penempatan dari penjajahan.

Sebaliknya, tentera Armenia meneruskan serangan ke penempatan orang awam di Azerbaijan.

Kementerian Pertahanan Azerbaijan menyatakan bahawa tentera Armenia melakukan tembakan artileri terhadap kota Beylegan, Berde dan Terter di Azerbaijan.

3. Armenia Menyerang Orang Awam

Perhatian Untuk K'jaan DAP P.Pinang...

 

Isu bekalan air kurang tuntut perhatian serius

BALIK PULAU: Kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP perlu mengkaji secara menyeluruh terhadap masalah kekurangan air yang luar biasa di negeri ini dengan tidak bersandarkan alasan kepada faktor perubahan iklim semata-mata.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, perhatian serius mesti diberi berikutan takungan air di Empangan Teluk Bahang dan Air Itam serta lokasi tadahan lain juga berada di tahap minimum dan kritikal.

Peringat beliau, sekiranya isu tersebut tidak ditangani sewajarnya menerusi Perbadanan Air Pulau Pinang (PBA), masalah itu akan memburukkan survival bekalan air di negeri ini bagi penggunaan asas kehidupan warga dan ekonomi.

Menurutnya, kejadian banjir kilat yang berlaku di merata-rata tempat dalam Pulau Pinang menunjukkan bahawa hujan turun dengan lebatnya, tetapi air mengalir dari bukit serta sungai dengan banyaknya sehingga berlaku limpahan.

“Hujan turun dengan lebat, tetapi paras air (di empangan dan kawasan takungan) tidak naik tinggi. Inilah masalah sebenar yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan PBA dalam mengatasi masalah kekurangan bekalan air di negeri ini.

“Begitu juga aktiviti-aktiviti penggondolan tanah, penebangan hutan yang tidak terkawal dalam skala besar di kawasan tersebut merupakan punca berlakunya masalah ini.

“Projek pembangunan kawasan cerun seperti penurapan simen boleh menghalang serapan air oleh tanah dan tumbuh-tumbuhan. Air hujan turun tetapi tidak disimpan oleh tanah dan tumbuh-tumbuhan.

“Sebahagian besar kuantiti dan isipadu air itu terus mengalir ke longkang, parit dan sungai,” ujar beliau mengulas margin bekalan air di negeri ini yang berada di bawah paras minimum 10 peratus ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Ustaz Fauzi memberi contoh penarahan hutan di Bukit Bendera menjadi bukti kepada sebab kurangnya air di kawasan Air Terjun Titi Kerawang yang menjadi sumber air beberapa kampung di Balik Pulau, selain kes kecurian air oleh pihak kebun.

Bekalan masa depan dan isu pencemaran

Menurut beliau juga, permintaan bekalan air bersih semakin meningkat ekoran pembangunan yang kian bertambah dan itu belum dikira jumlah permintaan air untuk ‘projek impian’ DAP iaitu Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR).

Perhatian serius turut dikemukakan beliau terhadap permasalahan pencemaran sungai yang membekalkan sumber air untuk pertanian, ternakan dan seumpamanya sebagaimana nasib terjadi kepada Sungai Kreh di Tasek Gelugor.

“Ia berpunca dari pembuangan najis babi di mana dari Sungai Kreh mengalir hingga ke Sungai Prai dan ini tentunya merugikan sebahagian besar rakyat,” kesali beliau.

Ustaz Fauzi berharap dengan penyerahan projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) menerusi Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Kerajaan Pulau Pinang akan mengatasi masalah air di negeri ini.

MDEP adalah projek Kerajaan Persekutuan dibiayai dengan geran Persekutuan yang diperolehi hasil persetujuan Pulau Pinang berhijrah ke Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Nasional (NWSRI) 2011.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Dato’ Jaseni Maidinsa, negeri ini memerlukan MDEP yang berfungsi sepenuhnya secepat mungkin kerana menghadapi risiko ketara air mentah kesan perubahan iklim.

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri juga perlu mengambil segala langkah termasuk kempen penuaian dan penyimpanan air hujan untuk kegunaan luaran sebagai tindakan segera bersifat jangka panjang. – HARAKAHDAILY 5/10/2020

SUMBEROMAR SHARIFUDDIN

Lihat sebelum ini..
 Terus gerakkan ekonomi segera, bangkit semula! Insya Allah!
Assalamualaikum good morning Bagi yang tengah down tu jom bangkit ...

Lihat sebelum ini..
Virus Corona Di Pantai Malindo, Balik Pulau, PP..

Virus Corona Di Pantai Malindo, Balik Pulau, PP..

Hibur Hibur Sikir: 

Monday, October 05, 2020

Sekali lagi S'gor &Lembah Kelang..

 

REACH cadang hukuman berat kepada pencemar sumber air

SEKALI lagi penduduk di Selangor dan Lembah Kelang terpaksa menderita akibat pencemaran sumber air mentah. Perkara yang sama telah berlaku sebelum ini dan seolah-olah rakyat tidak akan terlepas dari seksaan. Gangguan bekalan air sudah menjadi satu cara hidup di Lembah Kelang.

Dalam kejadian bulan lepas bekalan kepada 1.2 juta isi rumah telah terjejas. Dalam kejadian terkini lebih 300,000 isi rumah di 273 kawasan di daerah-daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah terjejas.

Ketika pihak berkuasa sama ada di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri tercari-cari akan penyelesaiannya, REACH melihat hukuman ke atas mereka yang bertanggungjawab tidak cukup berat untuk mencegah kejadian. Hanya hukuman-hukuman yang berat yang akan dapat memaksa mereka yang terlibat seperti pemilik-pemilik agar bertindak dengan lebih bertanggungjawab.

Justeru REACH mencadangkan selain dari denda yang tinggi, hukuman-hukuman berikut kepada mereka yang didapati bersalah,

1.) Penjara mandatori dengan tempoh minima selama 12 bulan.
2.) Sebatan
3.) Rampasan aset.

Hukuman-hukuman pula adalah untuk pengurusan tertinggi termasuk pemilik agar kakitangan-kakitangan bawahan tidak dijadikan “kambing hitam”.

Satu tindakan yang drastik perlu dilakukan agar dapat menakutkan mereka yang cuai atau tidak bertanggungjawab. Rakyat yang menanggung derita mahu melihat kerajaan bertindak tegas.

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan / Research Centre For The Advancement Of The Community And Housing (REACH) – HARAKAHDAILY 5/10/2020


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails