Saturday, October 03, 2020

Tiada asas wakil PAS dalam DUN Sabah - PBS

 

 Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menyifatkan tiada asas untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempertimbangkan pelantikan wakil PAS dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kabinet Sabah.

Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata ini kerana PAS tidak bertanding dan tidak memenangi sebarang kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Beliau berkata, pandangan parti itu sudah disuarakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, baru-baru ini.

Tegasnya, kerajaan perlu mengambil berat kebimbangan masyarakat Sabah, sekali gus mempertimbangkan implikasi dari segi perundangan serta politik akibat cadangan itu.

"Walaupun PBS adalah rakan kongsi dalam GRS, kami tidak terbabit dalam apa-apa perbincangan berkenaan peranan PAS dalam kerjasama politik, sama ada dalam kerajaan atau sebaliknya.

"Perbincangan itu adalah di luar kawalan PBS, dan diadakan di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Barisan Nasional (BN).

"Walaupun bagaimanapun, PBS juga mengikuti perkembangan mengenai kemungkinan PAS akan menyertai pentadbiran politik negeri," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu menyifatkan pandangan mengenai perkara berkenaan sebagai sebuah spekulasi berikutan belum ada sebarang pengesahan mengenai keputusan kedudukan PAS dalam pentadbiran Sabah dari Ketua Menteri atau GRS.

"Sebagai negara demokrasi, sesiapa sahaja boleh membentuk parti politik dan mendaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).

"Mana-mana parti yang berdaftar, atau rakyat Malaysia yang berkelayakan, boleh bertanding dalam pilihan raya, sama ada pilihan raya persekutuan atau negeri.

"Di bawah undang-undang Malaysia, tidak ada seorang pun, sama ada individu atau persatuan, yang dapat menghalang mana-mana parti politik atau individu daripada bertanding dalam pilihan raya selagi mereka layak untuk melakukannya," katanya.

Maximus berkata tiada yang dapat menghalang penyertaan mana-mana parti jika mereka adalah rakan sekutu, komponen dalam kerjasama atau gabungan politik yang diwujudkan untuk tujuan memenangi pilihan raya sehingga membentuk kerajaan.

"Namun memandangkan PAS tidak bertanding dan tidak memenangi apa-apa kerusi DUN dalam PRN, kami berpendapat tiada asas bagi GRS untuk mempertimbangkan perlantikan ADUN dari parti berkenaan.

"Saya yakin Ketua Menteri akan mempertimbangkan semua perkara ini, termasuk mengambil kira kebimbangan dan perkara sensitif dari pelbagai sudut agama di Sabah.

"Bagi PBS, pandangan kami adalah mudah iaitu patuhi undang-undang selain mengamalkan prinsip menghormati kepercayaan masing-masing, menggalakkan keamanan dan perpaduan di antara rakyat pelbagai kaum walaupun mempunyai perbezaan kepercayaan agama, budaya, serta fahaman politik" katanya. (BH)

Hibur Hibur Sikit

Hizbut Tahrir: Boleh cium wanita X muhrim, tonton video lucah &.. ??

 

Polis pantau Hizbut Tahrir, guna SOSMA jika perlu

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang memantau pergerakan pengikut Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) yang boleh ditahan menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) jika mereka didapati mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian masyarakat di negeri itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat namun pihaknya telah menerima 17 laporan polis berhubung gerakan itu.

Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, di sini semalam.

Katanya HTM juga berada di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

“Ideologi fahaman Hizbut Tahrir melalui HTM (dilihat) menolak demokrasi dan melabelkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan kufur, kafir dan sebagainya yang wajib diguling menggunakan kekerasan tetapi setakat ini belum ada aksi atau tindakan ke arah seperti saya sebutkan tadi (kekerasan),” katanya.
 
Jelasnya kumpulan itu dipercayai bergerak aktif sejak 2005 dan mempunyai kira-kira 80 pengikut di Johor.

Kumpulan itu juga dipercayai merekrut ahli daripada golongan berpendidikan termasuk profesional serta menjadikan markas mereka di Skudai sebagai pusat penyebaran fahaman.

Semalam, MAINJ dilaporkan sebagai menolak sebarang bentuk perbincangan dan pertemuan dengan mana-mana kumpulan yang berkait dengan fahaman Hizbut Tahrir, selaras dengan fatwa yang diwartakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Oktober tahun lepas. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Antara tuduhan terhadap Hizbut Tahrir yang disebutkan..

(i). Menurut sumber di atas, “Ideologi fahaman Hizbut Tahrir melalui HTM (dilihat) menolak demokrasi dan melabelkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan kufur, kafir dan sebagainya yang wajib diguling menggunakan kekerasan tetapi setakat ini belum ada aksi atau tindakan ke arah seperti saya sebutkan tadi (kekerasan),” 

(ii). Menurut sumber lain pula, 

"Pada Rabu, Jabatan Agama Islam Johor bersama Jabatan Mufti Johor memaklumkan pihak mereka menolak sekeras-kerasnya fahaman Hizbut Tahrir yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Antara fahaman golongan itu termasuk harus mencium wanita bukan mahram tanpa maksud zina serta menonton video lucah."
Begitu kira-kira.
Hibur Hibur Sikit

Friday, October 02, 2020

Pelajar lelaki 17, perempuan 13, rakam klip x senonoh...

 

 gambar hiasan..

Ipoh: Polis menyiasat rakaman klip video memaparkan perlakuan tidak senonoh dua pelajar sekolah menengah di rumah ketika berpakaian seragam yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, satu laporan polis diterima berhubung perkara itu pada jam 7 malam semalam.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 September jam kira-kira 6.30 pagi di mana pelajar perempuan berusia 13 tahun berkenaan mengajak teman lelakinya berusia 17 tahun yang juga pelajar sekolah masuk ke rumah dan membuat satu rakaman klip video berdurasi 1 minit 9 saat memaparkan mereka melakukan perbuatan tidak senonoh ketika berpakaian seragam.

"Rakaman terbabit dipercayai dibuat oleh kedua-dua pelajar berkenaan tanpa membabitkan orang ketiga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasron Nazri berkata, hasil siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan itu berkongsi rakaman klip video dengan beberapa rakan sekelas melalui aplikasi Whatsapp.

"Akibat daripada itu, klip video berkenaan menjadi tular di media sosial dan dalam kalangan pelajar sekolah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 serta Seksyen 377B Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, susulan itu satu tangkapan di lakukan ke atas seorang remaja pada jam 11.30 malam untuk siasatan lanjut berkaitan kes ini.

"Ekoran daripada klip video yang tular, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak memiliki, menyebar atau berkongsi klip video berkenaan.

"Ini kerana tindakan ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 8 AKKSTKK 2017 yang mana sekiranya terdapat dan terbukti berlakunya penyebaran mereka boleh disiasat dan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan," katanya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cegah maksiat adakah kewajipan utama kerajaan?


1. Isu pencegahan ke atas maksiat peribadi termasuklah khalwat tersembunyi bukan urusan kerajaan adalah jelas tidak memahami konsep amar makruf dan nahi munkar. 

Sedangkan pencegahan yang berstatuskan penguatkuasaan adalah tertakluk pada kuasa yang dimiliki dan sudah pasti pihak kerajaan yang memiliki kuasa tersebut.

2. Hal ini dapat difahami menerusi maksud mencegah kemungkaran dengan tangan ialah merujuk kepada kuasa sebagaimana hadith yang dibahaskan oleh para ulamak seperti berikut:

«مَن رَأى مِنكُم مُنكَرَاً فَليُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَانِ»

Maksdunya: “Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia cegah dengan tangannya (kuasa), jika dia tidak berkemampuan maka cegahlah dengan lisan, jika tidak juga berkemampuan maka cegahlah dengan hatinya, dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim]

3. Pihak yang berautoriti dan memiliki kuasa bertanggungjawab mencegah maksiat yang wujud serta khalwat yang dilaporkan. Ia samada kuasa bersifat khusus seperti seorang bapa ke atas anaknya atau juga kuasa bersifat umum seperti kerajaan ke atas rakyat. Kemungkaran wajib dicegah apabila ianya:

i. Benar-benar berlaku,
ii. Sedang dilakukan,
iii. Disepakati kemungkarannya,
iv. Pencegahan bukan bersifat tajassus(mengintai mencari kesalahan).

4. Dalam konteks penguatkuasaan pencegahan, sememangnya yang diamalkan adalah berasaskan laporan yang diterima aduan dan disahkan penelitiannya. Bermakna ia bukanlah bermaksud redahan semberono tanpa sebarang aduan dan hujah. Ini kerana asas dalam aduan ialah wujudnya bukti.

Sabdaan Baginda SAW dalam sebuah hadith daripada riwayat Ibnu Abbas R.A:

«لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدعوَاهُمْ لادَّعَى رِجَالٌ أَمْوَال قَومٍ وَدِمَاءهُمْ، وَلَكِنِ البَينَةُ عَلَى المُدَّعِي، وَاليَمينُ عَلَى مَن أَنكَر»

Maksudnya: “Sekiranya diberikan (kebenaran) atas manusia semata-mata dakwaan mereka, nescaya akan mendakwa seseorang akan (tuntutan) harta dan darah sesuatu kaum, akan tetapi bukti dikenakan ke atas pendakwa manakala sumpah atas mereka yang menafikan (dakwaan atasnya).” [Riwayat al-Baihaqi]

5. Lantaran itu, ia bukanlah menceroboh hak peribadi manusia tetapi penguatkuasaan pencegahan tersebut termasuk mencegah kemungkaran yang telah dimaklumi berasaskan aduan yang diterima dan disahkan penelitian sekalipun kes maksiat tersebut berlaku dalam kediaman peribadi dan pada waktu tengah malam. 

Jadi, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengambil langkah pencegahan sepantas mungkin bagi menyekat jalan maksiat yang lebih besar atau Saddu al-Zari’ah.

6. Pihak Menteri Agama berkenaan sepatutnya membezakan antara maksiat yang dirahsiakan tanpa diketahui dengan maksiat yang dimaklumi. Sekiranya yang dimaklumi seperti kes khalwat di lokasi tertutup dan premis peribadi sekalipun, maka ianya wajib dicegah jika aduan dibuat, jika tidak, dibimbangi termasuk dalam golongan yang dilaknat oleh Allah kerana membiarkan kemungkaran yang diketahui berleluasa. Firman Allah SWT:

{لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ}

Maksudnya: “Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lisan Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka tidak melarang daripada perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.” [al-Maidah: 78-79]

7. Menteri Agama sepatutnya memberikan fokus dalam kerja-kerja penambahbaikan teknikal untuk lebih efisyen dalam menghalang sebarang kemungkaran dan bukannya terus menerus memberikan pandangan yang menimbulkan polemik negatif kepada tuntutan Islam dan institusi agama Islam. Kepada yang terlanjur, ingatlah:

الرجوع إلى الحق خير من التمادي في الباطل

“Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.”

Sekian.

Pesta Tanglung DHPP, PAS rampas budaya orang Cina?

 


Pesta Tanglung DHPP pupuk keharmonian kaum

BAYAN BARU: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program Perpaduan Kaum sempena Pesta Tanglung yang dilangsungkan di Sungai Ara Waterfront, di sini semalam.

Aktiviti ini diadakan sebagai inisiatif untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum pelbagai bangsa dan agama di negeri ini di samping memperkenalkan DHPP kepada kalangan masyarakat bukan-Islam.

Turut meraikan majlis ini adalah Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim bersama lebih kurang 150 penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum menceriakan suasana disebalik gelap malam.


Majlis juga diserikan dengan jamuan makan malam dengan live band, selain kaunter kreatif membuat kuih bulan sambil bersembang santai bersama penduduk menjadi aktiviti pada malam tersebut.

”Program yang julung kali dianjur oleh DHPP ini mendapat sambutan yang luar biasa. DHPP Pulau Pinang sebagai jambatan yang menghubungkan non-Muslim akan terus berusaha menyampaikan mesej yang berunsurkan perpaduan kaum.

“Ini selaras dengan tema ucapan dasar Tuan Guru Presiden ‘Islam Memperkukuh Perpaduan’ dan juga selaras dengan misi Lajnah Perpaduan Nasional’,’ kata Timbalan Pengerusi DHPP Pulau Pinang, Steven Koh. – HARAKAHDAILY 2/10/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim‘Islam Memperkukuh Perpaduan’, itulah tema yang dibawa oleh Presiden PAS. Maka lahirlah kegiatan seperti Pesta Tanglung DHPP, asal dari budaya orang Cina yang digunakan untuk perpaduan manusia. Tahniah Steven Koh, bukan PAS merampas budaya orang Cina. Bukan..

Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...

Jika AP UMNO Sokong Anwar.. Siapa Bahaya?

 

 Mohd Izani Mohd Zain (kiri) and Kamarul Zaman Yusoff.

Bahaya besar menanti DAP, Amanah sekiranya ahli Parlimen Umno sokong Anwar, kata penganalisis

PETALING JAYA: Amanah dan DAP akan terkesan teruk sekiranya Presiden PKR, Anwar Ibrahim, membentuk kerajaan dengan sokongan ahli Parlimen Umno, menurut penganalisis.  

Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia dan Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia percaya penyokong masing-masing akan menjauhi kedua-dua parti itu sekiranya dilihat bekerjasama dengan Umno, parti yang dimomok-momokkan.  

“Umno dan DAP seperti air dan minyak; mereka tak bercampur,” kata Kamarul, yang melihat tidak akan ada perbezaan sekalipun ahli Parlimen Umno yang menyokong Anwar tidak termasuk mereka yang menghadapi perbicaraan.  

Minggu lalu, Anwar mengumumkan mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan baharu, tetapi belum mendedahkan nama ahli Parlimen yang menyokongnya.  

Presiden Umno, Zahid Hamidi, seolah-olah mengesahkan dakwaan Anwar apabila beliau berkata banyak ahli Parlimen partinya menyokong presiden PKR itu menjadi perdana menteri.  Veteren DAP, Lim Kit Siang pula berkata, Anwar meyakinkan beliau tidak akan ada perjanjian dibuat dengan watak-watak kontroversi dalam Umno.  

Kamarul bagaimanapun berkata tiada perbezaan sama ada perjanjian dibuat atau pun tidak dengan watak-watak kontroversi itu, kerana sebarang bentuk hubungan kerja dengan Umno boleh menyebabkan DAP dan Amanah hilang sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya akan datang.  

Tambahnya, PKR mungkin akan dapat meraih sokongan pengundi Melayu sekiranya rancangan Anwar menjadi, tetapi ia boleh hilang sokongan pengundi yang percaya akan rancangan parti itu untuk membersihkan negara daripada kleptokrat.  Izani percaya PKR, DAP, dan Amanah akan diserang sekiranya bekerjasama dengan watak-watak Umno walaupun hakikatnya PKR perlukan sokongan orang Melayu untuk berjaya.  

“Mereka akan berdepan isu sokongan pada pilihan raya umum ke-15,” katanya. 
“Amanah akhirnya akan jadi parti yang paling lemah. Parti itu akan tidak lagi relevan sekiranya Anwar dapat sokongan orang Melayu melalui Umno.”  

Namun, James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berbeza pendapat, mengatakan Pakatan Harapan masih boleh mendapat sokongan orang bukan Melayu memandangkan satu-satunya alternatif adalah Perikatan Nasional, yang bertumpuan Melayu. 
 
“Sudah tentu, PKR akan raih (sokongan) paling banyak kerana Anwar akan menjadi perdana menteri,” katanya kepada FMT.  

Chin berkata DAP kemungkinan tidak akan diberi banyak jawatan menteri kerana Anwar memberikan petunjuk kerajaan baharu itu akan menjadi kerajaan majoriti Melayu.  

“Tapi saya rasa DAP akan ikut rancangan Anwar sebab parti itu mahu kembali bersama kerajaan dan berusaha membawa perubahan,” katanya.  

Beliau menambah Amanah juga akan dapat manfaat daripada akses ke sumber kerajaan dan kemungkinan masih mendapat undi daripada golongan yang dikatakan progresif.
(http://gigitankerengga.blogspot.com)

Ibnu Hasyim Bersetuju, Wakil PAS Di Sabah..

 

Kenapa tidak wakil PAS di Sabah?

SETIAUSAHA Agung BN, Tan Sri Anuar Musa dan Pengerusi BERSATU Terengganu, Razali Idris semalam mencadangkan agar Kerajaan Negeri GRS Sabah pertimbangkan untuk mengambil calon dari PAS Sabah sebagai ADUN yang dilantik dan mungkin diangkat masuk ke dalam kabinet negeri.

Sabah satu-satunya negeri di Malaysia yang Perlembagaan Negerinya membenarkan kerajaan negeri melantik 6 ADUN tambahan sebagai penyokong kerajaan.

Jika cadangan ini diterima, sejarah akan tercipta bila mana PAS buat pertama kali duduk dalam arus perdana pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah.

Hak melantik ini terletak atas kerajaan negeri. Kerajaan Negeri Sabah yang baru dibentuk adalah kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah yang menggabungkan Barisan Nasional Sabah, Perikatan Nasional Sabah dan Parti Bersatu Sabah (PBS). PAS menganggotai PN Sabah. Lantas jika pun wakil PAS dilantik sebagai ADUN tambahan ianya bukanlah luarbiasa memandangkan PAS merupakan komponan GRS dan terlibat aktif dalam memenangkan calon-calon GRS dalam Pilihan Raya Negeri baru-baru ini.

PAS kini sebahagian dari Kerajaan Persekutuan dengan 3 wakilnya bertaraf Menteri dan 5 Timbalan Menteri, selain itu PAS menerajui Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, duduk dalam kabinet negeri Perak dan menjadi mesra kerajaan di Pahang, Perlis, Johor dan Melaka.

Suka tidak suka itulah realitinya dan rakyat Sabah berhak menerima wakil PAS dalam kerajaan untuk dinilai dan dikenali.

Yang akan gusar dan menolak kehadiran PAS sudah pastilah musuhnya yang juga musuh GRS iaitu WARISAN Plus. Pelbagai alasan akan dipetik untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah terhadap parti yang berusia lebih 60 tahun ini.

Seorang ADUN DAP Sabah, Jannie Lasimbang contohnya dipetik sebagai berkata:

“PAS selalu mengambil pandangan melampau yang didakwa akan memudaratkan semua agama, termasuk Islam, Kristian, Buddha, Tao, Hindu atau kepercayaan orang asal.”

“PAS adalah parti ultra-Melayu yang tidak menegakkan atau menghormati pluraliti budaya.”

Cuba tanya masyarakat bukan-Islam di Kelantan, Terengganu dan Kedah adakah kehidupan mereka terancam di negeri-negeri yang dikuasai PAS? Benarkah PAS tidak menghormati pluraliti budaya sebagaimana dituduh ADUN DAP ini?

Di Kelantan umpamanya terdapat sebuah Wat Buddha yang dibina patung Buddha yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan masyarakat Buddha khasnya berketurunan Siam bebas mengamalkan agama mereka, begitu juga penganut Krisitian dan Hindu. Kenapa agama-agama ini bebas di Kelantan jika benar PAS pelampau dan memudaratkan agama lain?

Menteri Besar Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing melantik seorang Pegawai Khas bukan Melayu duduk di Pejabat Menteri Besar, jika benar fitnah ADUN DAP ini mungkinkah mereka ini dilantik?

PAS Sabah diterajui oleh anak-anak negeri Sabah yang terdiri dari pelbagai latarbelakang termasuklah ulamak dan profesional, sudah pasti mereka lebih mengenali adat dan budaya Sabah kerana mereka anak-anak tempatan.

DAP sendiri parti berasal dari Semenanjung Malaysia, sejauh manakah DAP di Semenanjung toleran terhadap orang-orang Melayu dan umat Islam di negeri-negeri yang mereka perintah?

Politik fitnah dan adu-domba adalah politik longkang yang kononnya turut diselar Pakatan Harapan dan DAP, malangnya mereka juga sebenarnya penganut dan pengamalnya.

Biarlah rakyat Sabah melihat dan menilai sendiri kemampuan dan prestasi PAS di negeri mereka. DAP duduklah sebagai pembangkang yang konstruktif, jangan menjadi penjaja fitnah dan penghasut.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 1/10/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, insya Allah!

Erdoğan Tegas, "Kami Berpihak Kepada Azerbaijan..."

 

Erdoğan:''Kami Berpihak Kepada Azerbaijan dalam Perjuangannya Memerangi Penjajahan Armenia''

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa mereka berpihak kepada Azerbaijan yang memerangi penjajahan Armenia.

Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki (TBMM/Parlimen) hari ini meneruskan kerja mereka setelah bercuti selama dua bulan.

Presiden Erdoğan menyampaikan ucapannya kepada Majlis Umum TBMM untuk pembukaan Tahun Perundangan ke-4 penggal ke-27.

"Majlis kami, yang menyokong saudara-saudara kami di mana sahaja dari Cyprus dan Azerbaijan Turki sehingga ke Balkan dan Afrika Utara, telah menunjukkan bahawa ia merupakan sumber harapan bagi bangsa kami dan juga seluruh rakan-rakan kami." Kata Presiden Erdoğan.

''Turki akan terus menyokong saudara-saudara Azerbaijan kami, yang kami anggap sebagai ''satu bangsa, dua negara'', dengan segenap hati kami.'' Katanya.

"Jalan menuju perdamaian kekal di wilayah ini adalah dengan mundurnya orang Armenia dari setiap inci tanah Azerbaijan yang mereka duduki." Tambah dia.

"Pentadbiran Armenia, yang meninggalkan segalanya dan berusaha untuk memfitnah Turki, juga tidak akan dapat menyelamatkannya.'' Kata Erdoğan. 

"Saya memberi amaran kepada mereka yang menyokong negara nakal ini (Armenia) bahawa mereka akan diminta pertanggungjawabannya di hadapan hati nurani manusia." Katanya.

"Kami tidak akan bertanya kepada Pashinyan apa yang harus dilakukan. Kami membuat keputusan itu sendiri." Kata Presiden Erdoğan mengenai seruan Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan, yang meminta masyarakat antarabangsa untuk memastikan Turki tidak terlibat dalam konflik Armenia-Azerbaijan di Nagorno-Karabakh.

Merujuk kepada memerangi keganasan dalam ucapannya, Presiden Erdoğan menekankan bahawa operasi akan berterusan sehingga sarang pengganas di sempadan Iraq habis sepenuhnya.

Presiden Erdoğan menggariskan bahawa Turki tidak menginginkan konflik, ketegangan dan pelanggaran hukum di Mediterranean.

“Kami menjaga hak kami. Menyelesaikan perselisihan mengenai perkongsian potensi politik dan ekonomi di Mediterranean secara adil adalah pilihan utama kami." Katanya.

Presiden Erdoğan menekankan bahawa Kesatuan Eropah (EU) telah berubah menjadi struktur cetek yang tidak berkesan, tanpa cakrawala, sebagai tahanan dari kemerosotan Yunani dan pihak Cyprus Yunani,

"Tidak ada satu pun masalah yang muncul di wilayah kami yang telah diselesaikan dengan inisiatif EU. Sebaliknya, setiap krisis di mana Kesatuan telah terlibat telah berkembang dengan memperoleh dimensi baru.'' Katanya.

"Di bandar ini, yang harus kita tinggalkan dengan penuh tangisan selama Perang Dunia Pertama, masih mungkin ada jejak penentangan Uthmaniyyah. Jadi Yerusalem adalah bandar kami, itu adalah kota dari kami. "Kami menganggapnya sebagai penghormatan bagi pihak negara dan bangsa kami untuk menyatakan hak rakyat Palestin yang tertindas di setiap platform." Tambah Presiden Erdoğan. (IH)

Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails