Sunday, May 31, 2020

DAP: Padan Muka Lu Tun M! -Apa Komen FB: Kamarul Yusoff



Menarik juga membaca luahan ikhlas Ahli CCC DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, yang menyalahkan dan me”madanmuka”kan Tun Dr Mahathir atas kejatuhan Kerajaan PH.
Kita tunggu apa Tun Dr Mahathir dan para penyokong beliau nak kata mengenainya.

Pandangan ronnie:
1. Jika tun m handover kpd anwar seperti janji, tiada masalah.
2. Jika tun m tidak meletakkan jawatan, tiada masalah.
3 . Jika tun m menerima nasihat ydpa, tiada masalah.
4. Jika tun tidak melucutkan seluruh kabinet, tiada masalah.
5. Jika tun m tidak mencadang utk menubuhkan sebuah kerajaan unity tanpa ph dan mana-mana parti politik, tiada masalah.
6. Akhirnya Kerajaan ph tumbang kerana rampasan kuasa oleh orang parti tun m sendiri, termasuk anak angkatnya AA dan timbalannya Moo.
7. Semua Katak-katak yg lompat drpd umno akhirnya lompat ke dalam kem Moo. Padan muka Tun M.
8. Yg membatalkan akta anti melompat parti yg sedia ada ialah tun m. Yg menolak enakmen akta anti melompat parti juga ialah tun m.
9. Jika wujudnya akta anti melompat parti, kerajaan ph di peringkat pusat dan negeri termasuk johor melaka perak dan Kedah tidak akan terjatuh.
10. Tun m lah yg menyebabkan kejatuhan kerajaan ph dan beliau belum lagi mengaku kesilapanyan dan belum meminta maaf kpd rakyat.
(Visited 2,572 times, 1,292 visits today

Willie Mongin, AP Puncak Borneo Bongkar Penipuan PH. Ini..


Penipuan Pakatan Harapan Terbongkar Lagi

KALAU pendedahan ini dilakukan oleh pemimpin UMNO atau PAS, pastinya Pakatan Harapan akan katakan ianya adalah satu pembohongan yang bermotifkan politik.

Kita menunggu respon dari Pakatan Harapan bila ianya didedahkan sendiri oleh bekas pemimpin Pakatan Harapan dan juga bekas Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang terlibat dalam penyiasatan tuduhan Lim Guan Eng terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh melenyapkan duit kutipan GST sebanyak RM19 bilion.


Kita baca pendedahan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin (dahulu PKR sekarang bersama PPBM):


Antara perkara yang menyebabkan saya tidak gembira dan bagi saya ia tidak baik untuk negara.

Sebenarnya wang tersebut (kutipan GST RM 19 billion) tidak pernah dirompak oleh UMNO atau Najib. 

Wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan dengan bukti rekod yang elok.


Saya telah memberitahu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), ketika saya menganggotai jawatankuasa tersebut, supaya bercakap benar.


Tetapi YB Wong Chen (PKR), menyuruh saya ikut saja dan berkata: 
"Biar DAP uruskan perkara ini". 
"Kita kena menyokong kerajaan yang sedang memerintah".
Saya bertegas dan beritahu anggota di PAC, bahawa apa yang diperkatakan mereka adalah tidak benar. 
Kita mempunyai tanggungjawab berkata benar.

Saya katakan kepada mereka ketika prosiding PAC: 

"Apa peranan kita di sini sekiranya apa yang kita katakan tidak benar” (boleh rujuk hansard PAC)."
2 minggu selepas itu, saya telah digugurkan dari PAC.
Saya tidak menyesal digugurkan dari PAC kerana jawatan tersebut bukan ada gaji atau imbuhan tambahan lain.

Tetapi saya paling kesal kerana kami (termasuk saya pada ketika itu) datang dari parti reformasi yang memperjuangkan keadilan, menentang kleptokrasi, bercakap tentang ketelusan dan akauntabiliti akan tetapi kita tidak amalkan apa yang kita perkatakan.


Sekarang saya boleh beritahu kepada semua kerana perkara ini tidak lagi di kenakan embargo.


Willie Mongin

Bekas Ahli Jawatankuasa PAC
Ahli Parlimen Puncak Borneo (Ex-PKR now PPBM)



Sudah jelas lagi bersuluh, penipuan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di dalam Dewan Rakyat adalah penipuan yang disengajakan dan beliau mengetahui fakta sebenar.

Tetapi Lim Guan Eng dengan angkuhnya enggan meminta maaf atas tuduhan tersebut.


Malah Speaker Dewan Rakyat, Mohd. Arif, juga bersubahat bila menolak usul merujuk Lim Guan Eng kepada Jawatankuasa Parlimen kerana menipu (BACA DI SINI).


Menipu Dewan Rakyat dan bersubahat dalam penipuan dalam Dewan Rakyat adalah satu kesalahan yang sangat serius.


Zaman pemerintahan Pakatan Harapan perkara ini telah ditutup tetapi Kerajaan Perikatan Nasional mestilah mengambil tindakan yang tegas terhadap isu ini kerana ianya telah dilakukan oleh Menteri Kewangan (ketika itu) dan Speaker Dewan Rakyat.


Integriti dan akauntibiliti Dewan Rakyat mesti dipertahankan.


Hibur Hibur Sikit

Iwan Fals - Bongkar (1989)

Bento - Iwan Fals


Perkauman AS Makin Memburuk, Merebak Ke 30 Bandar.

Protes keganasan polis Minneapolis merebak ke 30 bandar

Protes kematian lelaki kulit hitam George Floyd akibat keganasan polis di Minneapolis, Minnesota kini merebak ke 30 bandar lain. -AP
Protes keganasan polis Minneapolis merebak ke 30 bandar

MINNEAPOLIS: Protes kematian lelaki kulit hitam George Floyd akibat keganasan polis di Minneapolis, Minnesota kini merebak ke 30 bandar lain.

Beberapa bandar mengisytiharkan perintah berkurung dan pasukan pengawal negara dikerah untuk meredakan keadaan. Protes terus memuncak ketika pegawai polis yang menyebabkan kematian Floyd didakwa dengan tuduhan membunuh.

CNN melaporkan bangunan pejabatnya di Atlanta mengalami kerosakan akibat protes. Protes bertukar ganas akibat pertempuran penunjuk perasaan dengan pihak keselamatan.

Tunjuk perasaan adalah bagi menuntut keadilan di atas kematian Floyd yang meninggal dunia pada 25 Mei lalu. Milwaukee, Cincinnati dan Denver mengisytiharkan perintah berkurung susulan protes yang semakin memburuk. 

Di Texas, penunjuk perasaan menutup lebuh raya manakala di beberapa bandar lain protes berlangsung aman. (AA)

'Saya Cinta Sama Dia', Gadis Muda Serah Seks 4 Kali..

Nekat Setubuhi Gadis Muda Hingga 4 Kali, Pria 2 Anak  Terang-terangan Mengaku: Saya Cinta Sama Dia

PALEMBANG, Sumatera Selatan: Tindakan jahat itu dilakukan oleh ED (36), seorang penduduk Kabupaten Sukarami, Palembang, Sumatera Selatan.

Sebabnya, walaupun sudah mempunyai dua anak, lelaki itu bertekad untuk melakukan hubungan seks dengan seorang gadis yang merupakan jirannya sendiri dengan inisial MT (17).

Tindakan buruk itu terungkap setelah isterinya menangkap ED mengacukan mangsa di rumahnya.

Dengan rasa dikhianati, isteri pelakunya akhirnya melaporkannya kepada polis.

Ketika ditemui pemberita di Balai Polis Daerah Palembang, ED berpendapat bahawa persetubuhan dilakukan dengan mangsa atas dasar suka dan suka.

"Saya mencintainya, jadi kami melakukannya. Tetapi saya salah, melakukan kesalahan kerana keinginan mangsa untuk melihat...

Kami telah berhubungan jenis empat kali. Saya bersembunyi setelah ditangkap, setelah itu menyerah. "katanya, Rabu (27/5/2020).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wahai remaja! Ini, sekilas kisah cinta remaja dalam Islam. 

Adakah Salah Bercinta?

Inilah yang selalu menjadi punca kepada kekeliruan pada setiap remaja yang mula belajar mengenal apa itu erti cinta. Mesti ramai yang tertanya-tanya adakah bercinta itu haram? Apakah hukumnya mengurat? Apakah perbezaan antara bercinta dan “couple”? 

Di sini hendaklah ditegaskan bahawa cinta dan “couple” itu adalah berbeza sama sekali dan tidak ada yang menyamakan sifat-sifat antara dua elemen ini. Dikatakan, adalah menjadi satu kewajipan kepada setiap remaja yang bercinta dengan melalui proses mengurat, sama ada lelaki mengurat perempuan atau perempuan mengurat lelaki.

Proses ini telah menjadi sesuatu yang lazim dalam kehidupan remaja. Seakan-akan sudah sebati dengan amalan seharian. Jika kita lihat dari pelbagai sudut, ramai remaja yang menyalahertikan apa itu mengurat sehingga kita dapat lihat punca kepada rosaknya akhlak remaja bermula dari mengurat.

Salah tanggapan dan salah fahaman terhadap persoalan ini boleh menyebabkan konflik dalam diri remaja muslim. Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan cinta itu halal tetapi kebanyakan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun di kalangan ulama fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-Zahiri.

Sebenarnya mengurat adalah satu perkara yang penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Ini kerana mengurat adalah mukadimah kepada percintaan, percintaan adalah mukadimah kepada perkahwinan, perkahwinan adalah mukadimah kepada penubuhan sesebuah keluarga, dan keluarga adalah mukadimah kepada terbinanya sebuah negara. Di sini jelas menunjukkan mengurat bukanlah sesuatu yang haram.

Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Tetapi mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna jika ia membawa kepada keburukan dan menjadi punca kepada suatu penzinaan.

Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada sesebuah keluarga, bahkan menjadi mukadimah kepada lahirnya anak luar nikah atau mencampakkan anak dalam longkang dan tong sampah. Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dalam Islam.

Selain itu ingin diingatkan bahawa pada hari ini mengurat dan bercinta itu semua berpunca daripada perasaan emosi dan juga nafsu. Kebiasaannya, tindakan seseorang mengurat dan bercinta itu sebenarnya bertitik tolak dengan perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali untuk mereka melakukan perkara-perkara yang terlarang mahupun dengan kesanggupan kedua-dua belah pihak ataupun tidak.

Oleh itu, kepada sesiapa yang telah terlibat dengan anjakan perasaan dan emosi ini harus pandai menggunakan kewarasan akal agar segala batasan dapat dikawal dan tidak melanggar hukum syarak.

Bagi mengelakkan daripada perkara terkutuk ini berlaku, panduan Rasulullah SAW mesti dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan berlebihan dalam mengurat dan bercinta. Malah Baginda menyuruh mereka supaya bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad SAW membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat yang dipanggil sebagai ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Rasulullah SAW menyuruh Aisyah menghantar seorang yang pandai menyanyikan lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl.

Baginda berkata: “Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah: Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat dan ada beberapa hadis nabi ghazl bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam bahasa Arab, ghazl bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Perkataan arab, ‘Ghaz’ yang membawa maksud nyanyian yang ditujukan kepada wanita.

Dari segi bahasa pula bermaksud mainan cinta, ungkapan-ungkapan cinta dan ucapan-ucapan yang diluahkan kepada wanita atau berkata-kata dengan wanita. Ghazl juga dikenali sebagai satu bentuk puisi nasyid iaitu puisi-puisi yang memaparkan kisah percintaan penyair dengan kekasihnya.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, muslim dan lain-lain, Rasulullah mengingatkan supaya seorang penyanyi kerabat baginda bernama Anjasyah supaya tidak berlebih-lebihan dalam mendendangkan lagu-lagu yang berkaitan dengan mengurat dan cinta.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara, cinta kepada kedua ibu-bapa, cinta kepada keluarga dan cinta kepada hambaNya. Sebab itulah Rasulullah SAW menekankan soal mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta.


Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda:
“Tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca al-Quran.”

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi SAW bersabda tidak akan masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai di antara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau tidak melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, remaja mesti ada tanggungjawab. Remaja mestilah pandai membezakan antara bercinta dan ‘couple’. Seorang remaja yang bertanggungjawab haruslah mencari sesuatu yang diredhai Allah bukan dengan melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.

.. Supaya anak-anak muda kita tidak terperngkap 'Silap Jatuh Cinta', yang boleh terjadi macam-macam. Sekian.

Hibur Hibur Sikit
Ebett G Ade.    
'Menari sentuh kulit perempuandalam lagu 'Pesta' dan 'nasihat untuk gadis' dalam lagu 'Gadis Remang Remang'.

Ebiet G Ade Pesta Lirik | Galaxy Lyrics

GADIS REMANG REMANG Ebiet G Ade

Ebiet G Ade Selingkuh Lirik | Galaxy Lyrics

Sangat Gembira, Normal Baharu Di Turki, Mulai Bulan Ini..

Jemaah dengan memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial, menunaikan solat Jumaat di luar Masjid Biru, Istanbul, semalam. - FOTO AFP
Jemaah dengan memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial, menunaikan solat Jumaat di luar Masjid Biru, Istanbul, semalam. - FOTO AFP
COVID-19: Turki buka semula masjid selepas lebih dua bulan
ISTANBUL: Masjid di Turki dibuka semula untuk solat berjemaah, semalam, selepas lebih dua bulan ditutup dalam langkah kerajaan melonggarkan lagi sekatan ketat yang dilaksanakan sebelum ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Turki beralih kepada 'normal baharu', mulai bulan ini, dengan melonggarkan peraturan perintah berkurung, termasuk membenarkan pasar raya dan kedai gunting rambut beroperasi semula.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata banyak lagi tempat lain seperti restoran, kafe, perpustakaan, taman dan pantai, akan dibuka semula mulai Isnin ini.
Ratusan jemaah memakai pelitup muka dilihat menunaikan solat Jumaat di luar Masjid Biru di Istanbul untuk kali pertama selepas masjid itu ditutup pada Mac lalu.
Jemaah turut memenuhi pekarangan dan ruang solat di dalam Masjid Fatih, manakala petugas dilihat mengedarkan cecair pembasmi kuman serta sejadah pakai buang.
Seorang jemaah, Gulcek Uyanik, 55, mengaku dirinya berada sangat gembira.
"Sudah lama saya menunggu detik ini, malah tidak putus-putus berdoa. Ia umpama satu kelahiran baharu, Alhamdulillah kerana Allah SWT membawa kami kembali ke sini," katanya.
Seorang lagi jemaah, Asum Tekif, 50, pula berkata: "Sudah begitu lama... kami merindui masjid."
Turki yang mempunyai 83 juta penduduk, merekodkan 4,489 kematian dan 162,120 kes jangkitan COVID-19 yang disahkan, setakat ini. (BH)
TIP BERCUTI DI ISTANBUL, TURKI ALA BACKPACKER | Portal Berita ...

Tiada niat nak menunjuk-nunjuk - Chong Wei. T/Kasih!

Datuk Lee Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala, semalam. - Foto ihsan JAWIKL
Datuk Lee Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala, semalam. - Foto ihsan JAWIKL


KUALA LUMPUR: Tiada niat menunjuk-nunjuk dan apa yang disumbangkan ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei adalah lebih kepada usaha bantu membantu atas nama kemanusiaan apatah lagi Malaysia sedang berdepan isu pandemik COVID-19.
Mengulas mengenainya, Chong Wei berkata, niatnya ingin membantu pihak terbabit walaupun berbeza agama dan budaya itu timbul selepas bertanyakan kepada rakan Melayu mengenai bantuan yang boleh disalurkan sebelum turut mendapat galakan.

"Tiada niat apa-apa, memang saya ingin menyumbang," katanya yang sama sekali tidak menyangka hantaran di media sosial mengenai sumbangannya kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP) di sini tular.
"Tiada niat untuk sebarkan apa yang saya bantu. Sebab itu saya tidak tulis di media sosial apa yang lakukan. Saya sendiri terkejut apabila ramai yang menghubungi bertanyakan hal berkenaan selepas melihat gambar saya memberi sumbangan kepada masjid.
"Saya tidak menyangka perkara itu akan tersebar," kata bekas jaguh perseorangan negara itu walaupun hantaran yang dimuatnaik MAHSP itu rata-ratanya menerima komen positif daripada netizen.
Semalam, tular di media sosial apabila MAHSP memuat naik gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan kelengkapan kepada masjid berkenaan sebelum hantaran itu dikongsi akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wialyah Persekutuan.
Pemenang pingat perak di tiga temasya Sukan Olimpik - Beijing (2008), London (2012) dan Rio (2016) - itu turut berkata, beliau akan meneruskan usaha dilakukan bagi membantu golongan memerlukan.(BH)
Komen Weblog Ibnu HasyimTerima kasih atas usaha berkenaan! Semalam perkongsian itu dimuat naik di akaun Facebook rasmi masjid berkenaan yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid.
"Terima kasih Datuk Lee Chong Wei atas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala di kala suasana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.
"Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.
"Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin," tulis status di Facebook MAHSP. 
Status itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

30 ditahan leka berpesta, juga termasuk arak punya hal..

DIALOG RAKYAT: 17 termasuk 4 remaja bawah umur ditahan berpesta dadah
Leka berpesta -gambar hiasan
30 ditahan leka berpesta


SERAMAI 30 individu ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul dan mengadakan parti persendirian di dua lokasi sekitar Ipoh, awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam serbuan pertama, seramai 14 lelaki termasuk penganjur dan empat wanita berusia antara 17 hingga 26 tahun ditahan dalam Ops Covid-19 dan Ops Noda oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Beliau berkata, dalam serbuan pada 2 pagi di sebuah pangsapuri di Jalan Meru Impian, Ipoh, polis mendengar bunyi muzik kuat sebaik tiba di premis berkenaan.
Menurutnya, mereka bertindak memecahkan pintu apabila penghuni gagal membuka pintu selepas beberapa kali diminta berbuat demikian.
"Sebaik berjaya membuka pintu, ada penghuni cuba melarikan diri dalam keadaan muzik masih terpasang. Hasil soal siasat, mereka yang ditahan gagal memberi alasan munasabah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
A Asmadi berkata, ada antara mereka pernah ditahan atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, tetapi masih mengulanginya termasuk penganjur lelaki berusia 24 tahun.
Menurutnya, pihaknya turut merampas peralatan muzik iaitu sebuah pembesar suara, dua pembesar suara kecil serta sebuah telefon pintar.
Katanya, kesemua 18 suspek direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan Seksyen 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Sementara itu, seramai 12 lelaki berusia 22 hingga 50 tahun ditahan ketika sedang menikmati minuman keras di sebuah ruang rehat di Jalan Veerasamy, Ipoh, pada 1.30 pagi tadi.
A Asmadi berkata, mereka ditahan kerana disyaki melanggar arahan PKPB dalam serbuan Ops Covid-19 yang dijalankan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) IPD Ipoh.
"Pihak polis merampas satu salinan lesen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) jenis perniagaan kedai makan atau restoran dan satu salinan lesen MBI jenis perniagaan dewan muzik," katanya. (BERNAMA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seramai 12 lelaki berusia 22 hingga 50 tahun ditahan ketika sedang menikmati minuman keras di sebuah ruang rehat di Jalan Veerasamy, Ipoh, pada 1.30 pagi tadi. Juga kerana arak punya hal..

Sedikit Panduan: 
Semua Agama Mengharamkan Arak

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan semua agama yang mempunyai kitab petunjuk mengharamkan arak. Katanya, pengharaman tersebut merupakan sempadan bagi memelihara kemuliaan akal dan kesihatan tubuh badan.
“Semua kajian yang matang menunjukkan itulah hikmahnya. Walaupun tidak boleh menggagu penganut agama lain yang menghalalkan arak, tetapi sempadan hidup bermasyarakat hendaklah dihormati kerana boleh menimbulkan mudarat lebih besar kepada masyarakat umum.
“Menjaga kepentingan umum hendaklah diutamakan, maka wajib dilarang pesta arak supaya tidak terbabas sehingga merosakkan hubungan bermasyarakat majmuk lebih besar mudaratnya kalau dibiarkan. Syariat Islam menamakannya Feqah Muwazanat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pesta arak yang didakwa akan diadakan di Kuala Lumpur pada awal Oktober ini. Katanya, penetapan lesen arak merupakan satu kawalan bagi menetapkan sempadan kepada penggunanya sahaja mengikut agama dalam konsep kebebasan beragama.
“Ada perkara haram wajib ditutup rapat, sehingga tidak boleh dilesenkan sekali-kali yang bertepatan dengan hukum agama dan fitrah, seperti mencuri, merompak dan menyamun. Tidak ada negara dalam dunia mengeluarkan lesen mencuri, merompak dan menyamun di atas konsep kebebasan yang salah.
“Di sana banyak maksiat yang diharamkan oleh semua agama dan hukum akal, seperti berjudi, bebas berzina dan liwat. Maka kita tidak boleh mengikut dan terikut dengan negara-negara yang sudah terbabas daripada hukum semua agama, naluri serta akal sehingga melesenkannya,” katanya.

Menurutnya, manusia tidak boleh melampaui batas dalam semua perkara termasuk dalam  agama dan urusan kehidupan kerana boleh menyebabkan kemusnahan diri serta masyarakat.

“Maka tidak boleh diizinkan kalangan pelampau yang memainkan slogan di atas nama kebebasan, kerana pengertiannya salah dari segi bahasa, agama dan budaya. Tegasnya adalah kerana mereka terbabas daripada sempadan kehidupan manusia dan itu bukan kebebasan yang sebenarnya.

“Islam bukan sahaja mengharamkan pelampau individu, bahkan juga mengharamkan negara yang menggunakan senjata pemusnah terhadap manusia dan alam sekitar. Walaupun di atas nama jihad, ia di luar takrif jihad yang sebenarnya sangat murni dan mulia,” katanya. (SH)
Sekian.

Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails