Wednesday, May 06, 2020

'Menikmati kehidupan dengan pasangan' Meningkat Semasa PKP.

Kehidupan tergantung pada bagaimana anda menikmati bersama ...
Kondom, kit ujian kehamilan laku keras waktu PKP - Kajian iPrice Group

KUALA LUMPUR : Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat memberi ruang kepada kebanyakan suami untuk 'menikmati' kehidupan dengan pasangannya apabila satu kajian baru-baru ini menunjukan carian kondom dalam platform secara talian meningkat kira-kira 61 peratus dalam tempoh berkenaan. 



Selain kondom antara produk yang mencatatkan lonjakan dalam pencarian sejak PKP bermula adalah kit ujian kehamilan yang menyaksikan peningkatan sebanyak 79 peratus.

Penyedia perbandingan produk dan harga di Asia Tenggara, iPrice Group yang menjalankan kajian itu berpendapat rakyat Malaysia  berkemungkinan memenuhi kebosanan terkurung di rumah dengan  menghiburkan pasangan masing-masing


"Pun begitu adalah sesuatu yang tidak hairan ketika penularan COVID-19 apabila carian ke atas produk kategori kesihatan seperti topeng muka dan hidung meningkat hampir 648 peratus," kata kenyataan itu. 

Dalam pada itu, perubahan dalam tingkah laku belian juga mula menunjukkan rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri kepada situasi kehidupan baharu apabila carian ke atas alat menggunting rambut untuk tujuan trimming menyaksikan peningkatan sehingga 17,652 peratus pada pertengahan bulan Mac.

Sementara itu, kenyataan itu menyebut PKP juga dilihat mengalakkan aktiviti sukan di dalam rumah apabila carian ke atas yoga mat dan tali skipping  meningkat antara 1,016 peratus sehingga 5,528 peratus.

Hasil kajian juga menyaksikan peningkatan ke atas alat keperluan dapur seperti alat pembuat roti, air fryer dan ketuhar antara 1,058 peratus dan 7,587 peratus.



Bukan kondom saja..
Hasil kajian juga menyaksikan peningkatan ke atas alat keperluan dapur seperti alat pembuat roti, air fryer dan ketuhar antara 1,058 peratus dan 7,587 peratus. - 

Kajian yang dijalankan dengan mengambil hampir satu juta pengunjung iPrice Malaysia itu dijalankan pada 18 Mac hingga 17 April lalu selepas melihat lanskap pembelian secara dalam talian memperlihatkan perubahan yang ketara. (AA)

Boleh Berniaga Di Kawasan Rumah. Syabas! Melaka Bantu Golongan Terjejas.

Melaka benar penjaja, peniaga kecil berniaga di kawasan rumah
Kelonggaran itu masih tertakluk kepada syarat dan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan PBT. - Gambar fail
Melaka benar penjaja, peniaga kecil berniaga di kawasan rumah

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka memberi kebenaran kepada penjaja dan peniaga kecil untuk menjalankan perniagaan di kawasan rumah mereka dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah itu yang terjejas akibat COVID-19 khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata kelonggaran itu masih tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

"Kerajaan Negeri Melaka berharap kelonggaran kebenaran yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan peniaga dan penjaja kecil di Melaka memperoleh pendapatan untuk kegunaan pada bulan Ramadan dan persiapan menyambut Aidilfitri.

"Namun perlu ingat, kelonggaran kebenaran yang diberikan ini boleh ditarik balik serta-merta jika penjaja dan peniaga tidak mematuhi atau melanggar syarat ketat dan SOP yang ditetapkan," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.


Beliau berkata semua sektor dan subsektor ekonomi, khususnya makanan, yang dibenarkan dibuka semula dalam tempoh PKPB akan dibenarkan beroperasi sehingga 9 malam.

Katanya ia meliputi sektor makanan (perniagaan berpremis) melibatkan restoran, medan selera/medan penjaja, gerai makan tepi jalan berbumbung/kiosk dan sektor makanan (perniagaan/penjajaan tanpa premis) seperti kenderaan saji, penjaja beredar dan penjaja tepi jalan sementara.


Sulaiman bagaimanapun berkata hanya perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran dibenarkan manakala kebenaran untuk makan dalam premis adalah tidak dibenarkan.

Beliau berkata pengoperasian sektor itu juga tertakluk kepada syarat lesen perniagaan yang ditetapkan PBT di kawasan masing-masing dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
-- BERNAMA

Tersenyum Lebar Pelabur&Pedagang Saham Sepanjang April 2020 Lalu.



Sikit Tazkirah Ekonomi: 
Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2020

RASANYA ramai pelabur dan pedagang yang tersenyum lebar sepanjang bulan April yang baru lalu ni kan?
Mana taknya, kebanyakan saham-saham yang telah jatuh banyak atau ‘oversold’, mula menunjukkan tanda-tanda ‘reversal’ yang mampu memberikan pulangan yang lumayan.
Sebelum kita mula, jom kita tengok prestasi FBM KLCI bagi bulan April 2020:
Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 1 April 2020: 1,344.90 Mata
Indeks FBM KLCI 2 April 2020 Paras Terendah Bulan April: 1,316.90 Mata





Kenaikan Sebulan: +62.90 Mata atau +4.68%




Indeks FBM KLCI 20 April 2020 Paras Tertinggi Bulan April: 1,429.00 MataIndeks FBM KLCI 30 April 2020: 1,407.80 MataKenaikan Sebulan: +62.90 Mata atau +4.68%
Indeks FBM KLCI pun kelihatan seperti membuat ‘rebound’ sehingga mencatatkan peningkatan sebanyak 4.68% untuk bulan April 2020. Bila pasaran saham cantik, maka ramai juga yang memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda.
Untuk itu, jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2020 seperti berikut:
Sumber: Screener iSaham

1.Key Alliance Group (KGROUP)


2. Sinotop Holdings


3. Federal International Holdings (FIHB)

4. Plastrade Technology (PTB)


5. Ikhmas Jaya Group

6. Minda Global


7. South Malaysia Industries

8. SMTrack Berhad

9. AirAsia X

Sumber: Bursa Marketplace

10. ARB Berhad

Semuanya Saham Penny Stock

Semua dalam senarai mencatatkan kenaikan 100% dan ke atas, dan semua dalam senarai adalah merupakan saham penny stock. Kita kena faham risiko yang terlibat dengan penny stock ini, kerana sebarang perubahan harga akan menyebabkan samada kita untung besar – atau rugi besar.
Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Bagaimana Dengan Saham Atas RM1?

Ada juga saham RM1 dan ke atas yang membuat keuntungan yang besar, cuma tak banyak.
Daripada saham yang berharga sen-sen, dalam masa sebulan telah meningkat sehingga menjadi atas RM1.
Jika anda newbie dan nak belajar lagi pasal pelaburan saham di Bursa Malaysia, jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia


Covid-19: Zoo Indonesia, 'haiwan herbivor jadi 'korban' haiwan pemangsa?'

ZOO di Indonesia berdepan masalah bagi menyediakan bekalan makanan. FOTO Agensi
Haiwan terpaksa 'puasa'


Jakarta:Ketiadaan pengunjung sejak beberapa bulan lalu menyebabkan haiwan di zoo di Indonesia terpaksa 'berpuasa' ekoran kekurangan bekalan makanan.
BBC Indonesia melaporkan hampir semua zoo tidak menerima pengunjung sejak akhir Mac lalu selepas penularan Covid-19.
Ia menyebabkan pengurusan berdepan kekangan dana kerana sebahagian pendapatan disumbangkan menerusi kutipan tiket pengunjung.
Bagi mengatasi masalah itu, beberapa zoo sudah mengambil langkah mengurangkan kuantiti makanan harian haiwan selain mencari bekalan bahan makanan lebih murah.
Persatuan zoo menjangkakan jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil haiwan herbivor akan menjadi 'korban' haiwan pemangsa.
Susulan itu, kementerian berkaitan memaklumkan akan memberikan bantuan makanan kepada zoo yang terjejas.
Dalam pada itu, seorang individu tampil menyalurkan pisang, ubi, tebu, ayam dan sayur untuk haiwan di sebuah zoo di Medan.
Individu berkenaan, Hesti berkata, sumbangan diberikan adalah hasil tanaman di kebunnya dan ia bagi mengelak zoo itu ditutup.
"Semua bekalan makanan yang didermakan itu datang dari kebun sendiri, semoga dapat membantu," katanya.
Pengurus Zoo Medan, Putrama Alkhairi pula berkata, pihaknya menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan kepada 270 spesies haiwan.
"Dalam sehari kami perlu keluarkan 3 juta rupiah (kira-kira RM1,500) untuk membeli makanan haiwan dan sebelum ini perbelanjaan itu ditampung jualan tiket," katanya. (Agensi)

Harimau Malaya Positif Covid-19 di Zoo Bronx, New York 
Ini Harimau Malaya positif Coid-19 di Zoo Bronx, New York.. Masih reliks takde apa-pa.. 

Pajak Gadai Sesak, Mana Fakta Presiden PKR?

Pajak Rolex (Pawn Rolex watch 當勞力士手錶) di www.kedaipajak.com
Pajak Gadai: Pandangan Presiden PKR dipertikai.

KEMAMAN: Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditempelak kerana bercakap mengenai pajak gadai sesak ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa fakta jelas.


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, Presiden PKR itu bercakap tidak berdasarkan fakta sebenar mengenai isu pajak gadai tersebut.
Beliau mengambil contoh semua premis pajak gadai yang terdapat di negeri Terengganu, telah memberi gambaran berbeza dengan kenyataan ahli Parlimen Port Dickson itu.
“Anwar Ibrahim bercakap tidak berdasarkan fakta sebenar. Saya mengambil (contoh) negeri Terengganu. Saya sudah buat semakan di Kuala Terengganu, Kemaman, Jertih dan Dungun.
“Sebagai satu contoh Kemaman, kelmarin (4 Mei) seramai 170 orang pergi ke kedai pajak gadai 100 peratus orang bayar ‘anak’ (bunga). Hari ini (5 Mei) 150 orang hadir (pajak), hanya 50 orang sahaja buat gadaian.
“Kenapa orang ramai beratur beramai-ramai di pajak gadai? Bukan kerana mereka semua tiada duit tetapi mereka (pemajak) takut barang gadaian mereka sebelum ini luput tarikh dan akan dilelong kerana jika dua bulan mereka tidak dapat membayar kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Kebiasaannya, dua bulan buat gadaian tidak berbayar, barang kemas kita akan dilelong,” ujarnya ketika mengulas kenyataan Anwar bersiaran langsung di facebook, berhubung serbuan pemajak gadai ke premis berkenaan, hari ini.
Sehubungan itu, kata Hanafiah, beliau telah mengadakan perbincangan dengan ‘tauke’ (pemegang pajak gadai) khususnya di daerah Kemaman mengenai amalan peraturannya.
“Saya telah berbincang dengan ‘tauke’ (pemegang pajak gadai), dalam masa PKP ini, masa tempoh gadaian dua bulan PKP itu tidak dikira dan tidak dikenakan sebarang caj atau denda. Ianya balik kepada tarikh asal gadaian juga, jadi dia (pemajak) hanya kena bayar ‘anak’ sahaja.
“Anwar kata kelmarin semua orang berebut ke pajak gadai kerana orang tak ada duit. Lain kali biar ambil fakta jika hendak bercakap atau ‘respon’ isu.
Sebenarnya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai itu, ekonomi rakyat Malaysia masih stabil dan boleh diurus dengan baik.
“Mereka (rakyat) yang hilang pendapatan harian semasa PKP baru-baru ini, semuanya dapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan.
“Kerajaan negeri Terengganu juga mengeluarkan agihan barang-barang keperluan harian untuk dapur dan bantuan ‘cash’ (tunai). Sekarang buat keluar pula (peruntukan) sumbangan Ramadan,” jelasnya.
Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman bantuan khas untuk semua rakyat Malaysia melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
Anwar Ibrahim hari ini membuat kenyataan rakyat terpaksa menyerbu kedai-kedai pajak gadai sebaik sahaja kerajaan membuka semula ekonomi di bawah PKPB.
Menurutnya lagi, serbuan kepada kedai pajak gadai itu membuktikan betapa rakyat kini hidup dalam kesusahan kesan daripada pelaksanaan PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu. – HARAKAHDAILY 5/5/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!

Tuesday, May 05, 2020

Kurung, Liwat Guna Kemaluan Palsu Terhadap Isteri ...

Kurung dan liwat isteri, nelayan mengaku bersalah lakukan serangan seksual dalam tempoh PKP
Bapa tiga anak dari Seri Manjung itu didakwa melakukan semua kesalahan tersebut di sebuah rumah di Lumut antara 16 April hingga 18 April lalu. - Foto Astro AWANI
Kurung dan liwat isteri, nelayan mengaku bersalah lakukan serangan seksual dalam tempoh PKP

IPOH: Seorang nelayan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tujuh pertuduhan, termasuk melakukan serangan seksual terhadap isterinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh yang berusia 36 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.
Bapa tiga anak dari Seri Manjung itu didakwa melakukan semua kesalahan tersebut di sebuah rumah di Lumut antara 16 April hingga 18 April lalu.

Dia menghadapi masing-masing satu tuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung isterinya disamping masing-masing dua tuduhan menggunakan alat kemaluan palsu dan meliwat isterinya yang juga berusia 36 tahun.

Dia turut menghadapi satu lagi tuduhan memiliki 13 keping VCD lucah antara 1.30 petang 16 April hingga 12 tengahari 18 April lalu di tempat yang sama.

Mahkamah menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM32,500 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. (AA)

Pajak Gadai Diserbu, Realiti Kemiskinan. Beralihlah!


Orang ramai sedang beratur panjang di kedai pajak gadai selepas dibenarkan beroperasi.
Sikit Tazkirah Ekonomi: 
Terharu melihat pajak gadai diserbu – Syahir Sulaiman

RAMAI yang terkejut dan terharu melihat fenomena yang berlaku pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), apabila sebilangan rakyat beratur panjang di kedai pajak gadai di seluruh negara.


Lebih terharu apabila melihat ramai ‘orang kita’ yang beratur di kedai pajak gadai konvensional, sedangkan sistem pajak gadai Islamik (Ar-Rahnu) sudah banyak tersedia.

Situasi yang berlaku pada 4 Mei ini sebenarnya sudah boleh dijangka, dan menzahirkan realiti yang ditanggung rakyat sepanjang tempoh PKP dikuatkuasa.

Terdahulu pada 28 April, Kerajaan membuat keputusan untuk tidak membenarkan premis pajak gadai swasta beroperasi, walaupun terdapat rungutan orang ramai yang kesempitan wang hendak menggadai barang kemas untuk berbelanja menyara keluarga.
Tanpa menafikan pelbagai bantuan telah diberikan oleh Kerajaan serta kemudahan pembiayaan oleh pihak bank, instrumen pajak gadai tetap menjadi pilihan rakyat dan peniaga yang memerlukan wang dengan segera.
Realiti kemiskinan
Secara umumnya, golongan kaya tidak bertambah kaya, tetapi golongan miskin menjadi semakin miskin selepas PKP ini.
Hampir segenap lapisan masyarakat terkena tempiasnya, tanpa mengira segmen B40, M40 mahupun T20. Bezanya terletak kepada kadar simpanan dan sistem sokongan (kewangan dan sosial) untuk terus bertahan dalam tempoh kritikal ini.
Segmen yang paling terjejas pastinya golongan rentan (vulnerables) dalam kalangan B40 dan M40 di bandar yang kehilangan punca pendapatan, ada yang diberhentikan kerja, malah ramai yang dipotong gaji.
Selain kesempitan wang, mereka juga terdedah kepada risiko hutang bagi menampung keperluan tunai keluarga dan berniaga. Justeru fenomena yang berlaku pada hari pertama PKPB adalah gambaran keperitan miskin bandar (urban poverty), yang selama ini tersembunyi.
Pertimbangan kerajaan
Impak ekonomi daripada pelaksanaan PKP adalah amat drastik, ada yang tersurat, ada yang tersirat.
Tanpa menafikan keberkesanan PKP untuk mengekang penularan Covid-19, terdapat ‘kesan sampingan’ yang perlu ditangani bagi mengurangkan impak negatif PKP terhadap sosio-ekonomi negara dan rakyat.
Di pihak KKM dan MKN, terdapat 6 kriteria utama yang digariskan bagi memastikan negara bersedia untuk menamatkan pelaksanaan PKP dengan segera.
Kesemua kriteria ini menepati saranan WHO yang meletakkan syarat utama sebelum sebarang kawalan pergerakan ditamatkan adalah, penyebaran wabak dapat dikawal dengan sebaiknya.
Dengan syarat dan penguatkuasaan yang ketat, Kerajaan telah membenarkan sebahagian aktiviti ekonomi disambung kembali pada 4 Mei, bagi membolehkan negara memasuki fasa membuka semula ekonomi (restart), sebelum melangkah masuk ke fasa pemulihan (recovery), menggiatkan (revitalise) dan membuat pembaharuan (reform) terhadap ekonomi negara.
Memandangkan setiap industri mempunyai impak ekonomi dan plan pemulihan yang berbeza (contoh pelancongan, perkilangan, pembinaan), maka rakyat juga memerlukan plan pemulihan tersendiri mengikut keperluan dan tahap sosio-ekonomi yang berbeza.
Justeru pelaksanaan PKPB memerlukan kerjasama dan kepatuhan semua pihak, supaya impak negatif kepada sosio-ekonomi rakyat dapat dikurangkan, tanpa mengenepikan keutamaan Malaysia untuk mengekang penularan wabak Covid-19 secara bersama.
SYAHIR SULAIMAN, 5 Mei 2020
p/s Inilah masa untuk beralih kepada sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) yang mempunyai lebih manfaat, caj dan tempoh munasabah, serta tidak menindas. – HARAKAHDAILY 5/5/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails