Tuesday, January 14, 2020

Nelayan: PH, Sila Tangani Masalah Ini..


Hasil nelayan kurang akibat kemarau
Oleh NOOR SARA MASHITOH
KUALA PERLIS: Musim kemarau yang melanda utara semenanjung sejak beberapa minggu lalu turut memberi kesan hasil tangkapan nelayan di negeri ini.
Sebahagian nelayan yang ditemui memberitahu hasil tangkapan turun dengan mendadak berbanding sebelum ini.
Malah ketika tinjauan di pelantar ikan di Kuala Perlis menyaksikan bot-bot nelayan tersadai di muara sungai kerana mereka tidak dapat turun ke laut kerana perairan cetek.
Seorang nelayan di Kurung Tengar Alias Harun berkata, mereka hanya boleh turun ke laut selepas air sungai naik sekitar jam 10 hingga 11 pagi sahaja.
“Kadang-kadang jam 6 pagi, kami dah bersiap nak turun ke laut tetapi bot tidak dapat bergerak kerana air sungai yang cetek.
“Jadi kami berharap kerajaan dapat mendalamkan sungai bagi memastikan nelayan dapat bergerak ke laut mencari rezeki seawal pagi,” katanya di sini. –HARAKAHDAILY 14/1/2020

Hibur Hibur Sikit

OST Sumpah Wanita 1960 - Ikan Kekek


El Surayya - Nelayan

Ini, Pemikiran Rosak Aqidah, Sedang Dipromosikan. -Dr Mohd Khairuddin.



G25 sedang promosi pemikiran sesat, keliru
KUMPULAN bekas penjawat awam kanan, G25 adalah satu kumpulan yang sedang bergerak mempromosi pemikiran yang merosakkan aqidah, syariat dan akhlak umat Islam meskipun anggotanya terdiri di kalangan orang yang mengaku Islam.

Pendirian mereka yang menolak tindakan dan hukuman dikenakan kepada pesalah yang melanggar hukum agama Islam adalah jelas sesat dan tersasar. Ia lahir dari keyakinan yang salah dan songsang terhadap hakikat sebenar agama Islam yang menjadi agama bagi negara Malaysia menurut Perlembagaan.

Agama Islam bukan hanya agama yang mengandungi hukum-hakam dan peraturan yang melibatkan pahala dan dosa yang dihukum di Akhirat tetapi ia adalah agama yang mencakupi undang-undang melibatkan kehidupan manusia yang dikenakan tindakan dan hukuman di dunia.

Islam menetapkan bahawa mengambil tindakan dan hukuman atas kesalahan berlandaskan hukum agama itu adalah kewajipan dan tanggungjawab mereka yang berkuasa dalam sesebuah negara dan negeri bagi menjamin dan memelihara keselamatan agama, nyawa, jasad, harta, maruah dan akal rakyat.
Persetubuhan luar nikah dan minum arak sebagai contoh adalah kesalahan agama dan jenayah yang mesti dikenakan hukuman di dunia bukan hanya di Akhirat bagi menjamin kesucian nasab dan kesejahteraan akal manusia.
Jenayah membunuh, mencederakan, mencuri dan merompak adalah kesalahan agama yang mesti dikenakan hukuman di dunia bagi menjamin keselamatan nyawa, jasad dan harta manusia.

Pemikiran G25 secara keseluruhan bertujuan membuang agama daripada kehidupan manusia dan membuang agama daripada pengurusan bernegara. Ia pemikiran yang bahaya dan sesat bagi umat Islam.

Sebaran pemikiran mereka juga bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Ia juga bercanggah dengan undang-undang negeri-negeri dalam Malaysia yang memperuntukkan hak dan kuasa kepada kerajaan untuk mengenakan hukuman dunia terhadap pesalah-pesalah agama.

Kerajaan Persekutuan dan juga negeri di mana pemikiran mereka disebar dan diwacanakan perlu segera bertindak terhadap kumpulan ini yang dilihat semakin berani mempromosi pemikiran songsang mereka.
Sekian.

Oleh:
DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN  AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ahad 12 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 12/1/2020

Bimbang Gadis Orang Asli Jadi Buruan Perkahwinan. Wajarkah?


IBU bapa Orang Asli mendakwa sukar mengawal anak gadis mereka apabila kerap dibawa lari lelaki pendatang asing 
Gadis Orang Asli 'diintai' Pati


IBU bapa Orang Asli suku kaum Temiar di beberapa kampung sekitar Lojing, Gua Musang, bimbang apabila anak gadis mereka menjadi buruan lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk berkahwin.
Malah, mereka mendakwa, ramai anak gadis kaum itu yang sudah berumah tangga dengan lelaki warga asing hidung belang bertukar menjadi janda apabila mereka pulang ke negara asal.
Antara kampung Orang Asli menjadi tumpuan warga asing untuk memikat anak gadis Orang Asli termasuk di Kampung Sendrop, Seng Sang, Sang Wai, Jek Jok dan Kampung Brooke.
Penghulu Orang Asli Kampung Sendrop, Andol Busu Jamin berkata, masalah berlaku sejak beberapa tahun lalu itu amat sukar disekat keluarga yang memiliki anak gadis.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan lelaki Pati yang bekerja di ladang sayur berhampiran kampung kaum itu ada hubungan sulit dengan anak gadis mereka tanpa diketahui ibu bapa.
Menurutnya, ramai Pati yang bekerja di ladang sayur itu membabitkan warga Bangladesh, Indonesia dan Pakistan.

KAMPUNG Sendrop, Lojing, Gua Musang kerap menjadi tumpuan warga asing. (Gambar kecil) Andol Busu Jamin. FOTO Ramli Ibrahim.


“Kadang-kala anak gadis Orang Asli hilang dari rumah dibawa keluar lelaki Pati itu dan apabila pulang semula dua atau tiga hari kemudian, mereka menyatakan sudah bernikah.
“Keluarga tidak tahu mereka bernikah di mana dan tidak mendapat restui ibu bapa hingga menimbulkan masalah besar kepada kaum ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sendrop, hari ini.
Penghulu Orang Asli Kampung Brooke Lama, Rian Bujang berkata, kini ramai anak perempuan kaum itu berstatus janda akibat ditinggalkan suami warga asing yang pulang ke negara asal.
Katanya, anak hasil perkongsian hidup mereka yang ditinggalkan ‘gantung tak bertali’ itu dijaga ibu bapa sehingga membebankan perbelanjaan mereka.
“Lebih menghairankan, ada perempuan anak Orang Asli boleh bertukar suami dengan lelaki rakan warga asing sama apabila suami asalnya pulang ke negara asal.
“Sehubungan itu, saya bersama semua penghulu Orang Asli sedang meneliti perkara itu dan mungkin sepakat untuk membuat laporan polis.
“Memang sudah ada janda Orang Asli serik berumah tangga dengan lelaki pendatang asing yang hanya sekadar untuk hidup menumpang sahaja, tetapi tidak bertanggungjawab," katanya.
Dia mendakwa, pendatang asing berkahwin dengan gadis Orang Asli semata-mata untuk mencari tempat perlindungan bagi mengelak diburu pihak berkuasa. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah dibimbangi anak gadis orang asli jadi buruan perkahwinan dari dibiarkan bebas atau curi-curi berzina?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..


Hibur Hibur Sikit
Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan Semai yang membawa genre lagu balada. Meraka aktif pada akhir 1990-an dan telah menghasilkan 2 album. iaitu Asli (1999) dan Emas Permata (2000).

Kumpulan Jelmol terdiri daripada 5 anggota

  1. Jelmol - Kumpulan Lagu Terbaik

    • 1 year ago
    •      
    • 105,108 views
    Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan ...


  2. Jelmol - Halijah

    • 11 years ago
    •      
    • 121,449 views
    Layan lagu versi org Iban ker apa tah.. huhu.. best nih.


Monday, January 13, 2020

Sekularism VS Islam -Imam Sa’id Hawwa:

2376767916
SEKULARISM
(1)     Imam Said Hawa R.A di dalam bukunya yang bertajuk al-Islam menghuraikan Islam dengan cukup luas yang dipetik daripada dalil al-Quran dan hadis.

Kita tahu bahawa Imam Said Hawa dan golongan yang sama generasi dengannya, termasuk generasi Imam Hasan al-Banna, masing-masing berhadapan dengan ketebalan Sekularisme.

(2)     Sekularisme mula menyegar di era kejatuhan Uthmaniah. Apabila dilihat dari segi catatan sejarah, mendapati bahawa Uthmaniah sendiri yang mengimport pemikiran sesat ini.

Uthmaniah dilihat mengimport masuk idealogi sesat ini daripada Barat setelah mana menyaksikan ketamadunan Barat yang hebat antaranya Revolusi Industri.

(3)     Ketika itu masing-masing melihat bahawa Sekular adalah satu pendekatan yang bagus, iaitu apabila agama tidak lagi mengganggu perkembangan dan kemodenan.

Akhirnya kemodenan palsu tersebut menyebabkan runtuhnya Uthmaniah yang didirikan selama 600 tahun. Runtuh disebabkan penyakit Umat Islam sendiri.

(4)     Muncul tokoh-tokoh gerakan Islam di saat ke goyangan tersebut dengan strugglenya menentang idealogi Sekular yang dilihat menjadi punca kepada kepincangan kefahaman masyarakat.

Lalu sistem dan idealogi Islam (Fikrah Islamiah) mula digali semula dan disusun secara teratur dan bersistem oleh para tokoh gerakan Islam.

Pasca kejatuhan Uthmaniah
(1)     Pasca kejatuhan Uthmaniah 1924 menyaksikan bagaimana tokoh-tokoh pemikir Islam mula memperhebatkan penulisan-penulisan yang menyanggah idealogi Sekularisme.

Bukan sahaja di peringkat global bahkan di tanah Melayu juga sudah ada usaha tersebut. Antaranya PASPAM yang ditubuhkan pada 1934, manakala di Timur Tengah masyhur dengan Al Mannar
(2)     Setelah berlalunya beberapa generasi, penulisan menyanggah Sekularism masih lagi diteruskan sepanjang zaman antaranya penulisan-penulisan Imam Said Hawa R.A.

Penulisan Imam Said Hawwa yang bertajuk al-Islam menggambarkan betapa rumitnya kerosakan yang dibuat oleh idealogi Sekularisme dalam menterjemahkan erti sebenar Islam.

(3)     Sepertimana yang diketahui, Sekularism cuba memisahkan antara agama dan politik. Justeru mereka melabelkan Islam itu dengan takrifan ‘religion‘ sepertimana agama-agama yang lain.

Islam digambarkan oleh Sekularism hanya sekadar anutan, pegangan dan kepercayaan kepada mitos-mitos. Sekularisme juga menggambarkan bahawa kepercayaan ini perlu diasingkan daripada pemerintahan negara.

(4)     Hujah mereka berdasarkan pemerintahan teokrasi yang diamalkan di Eropah ketika zaman kegelapan. Agama ketika itu adalah Kristian yang telah jauh tersesat daripada ajaran Nabi Isa A.S.

Seolah-olah mereka sudah fobia dengan kegelapan zaman itu sehingga mencetuskan Sekularism. Hal ini telah saya ceritakan banyak di dalam artikel-artikel sebelum ini.

Islam menurut Sa’id Hawwa
(1)     Di dalam buku al-Islam karangan Imam Said Hawa, setelah mana beliau mendatangkan banyak nas al-Quran dan Hadis akhirnya beliau menyimpulkan tentang takrifan Islam iaitu;

a-     Aqidah yang digambarkan oleh dua kalimah Syahadah dan rukun iman.

b-     Ibadah yang tercermin dalam bentuk solat, zakat, puasa dan haji yang juga disebut sebagai rukun Islam.

c-     Satu binaan yang ditegakkan di atas rukun-rukun tersebut dan terpancar dalam seluruh sistem hidup Islam yang mencakupi sistem politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan, ketenteraan, akhlak dan yang seumpamanya.

d-     Tiang-tiang penegak Islam, dalam erti kata lain amalan-amalan yang memperkukuhkan Islam seperti jihad amar makruf dan nahi mungkar.

Kesemua amalan ini bersifat kemanusiaan (basyari) dan bukan Rabbani, seperti takdir Ilahi serta balasan syurga dan neraka di akhirat.

(2)     Imam Said Hawwa menyatakan lagi bahawa lawan Islam ialah jahiliah setiap bahagian daripada Islam mempunyai lawan yang disebut jahiliah.

Hal ini diperkuatkan oleh sabda Rasulullah S.A.W kepada Abu Dzar ketika ia melakukan satu kesilapan Rasulullah S.A.W bersabda;
إنك امرؤ فيك جاهلية

“Sesungguhnya engkau seorang lelaki yang masih mempunyai ciri ciri jahiliah”.

وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِیَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ

“Dan tetaplah kamu dan janganlah kamu berhias iaitu bersolek dengan hiasan jahiliyyah terdahulu.”
(al-Ahzab: 33)
Contohnya, menutup aurat itu adalah Islam. Maka, lawannya (tidak menutup aurat) adalah jahiliyyah.

(3)     Saidina Umar pernah berkata;
إنما تنقض عرى الاسلام عروة عروة إذا نشأ في الاسلام من لا يرف الجاهلية

“Kekuatan Islam akan hancur sedikit demi sedikit apabila di kalangan Islam lahir orang yang tidak mengetahui jahiliyyah”
Islam VS Jahiliyyah
Imam Said Hawwa R.A menyatakan;

(1)     Ringkasnya lawan seluruh bahagian daripada ajaran Islam disebut jahiliyyah. Sebab seluruh bahagian ajaran Islam bersumberkan ilmu Allah Yang Maha Luas.

Sedangkan semua pemikiran atau tingkah laku yang bertentangan dengan Islam disebut jahiliyyah kerana ia bersumberkan ilmu manusia yang terbatas dan selalu dikalahkan oleh nafsu syahawatnya.

(2)     Kadang-kadang ia melihat sesuatu yang baik sebagai buruk dan yang buruk sebagai baik pula. Islam amat sempurna manakala jahiliyyah pula serba kekurangan.

Dan manusia dihadapkan untuk memilih dua jalan hidup tersebut (jahiliyyah atau Islam);
إِنَّا هَدَیۡنَـٰهُ ٱلسَّبِیلَ إِمَّا شَاكِرࣰا وَإِمَّا كَفُورًا

“Sesungguhnya Kami menunjukkannya pada jalan (kebenaran) adakalanya ia berterima kasih dan adakalanya ia kufur.”
(al-Insan: 3)
(3)     Kemungkinan akan berlaku salah faham, apabila melihat sekumpulan manusia yang menjalani cara hidup jahiliah dan dalam waktu yang sama mencampurkannya dengan beberapa juzuk daripada Islam.

Timbullah perasaan kagum terhadap sistem tersebut dengan alasan terdapat di dalamnya kesempurnaan serta wujudnya nilai-nilai yang baik, yang diambil daripada Islam.

(4)     Ini adalah kesan daripada kejahilan terhadap Islam kerana apabila seseorang memahami hakikat sebenar Islam maka akan didapatinya Islam adalah satu cara hidup yang unggul.

Bahkan tidak ada tolok bandingnya. Maka terhimpunlah segala yang baik di dalamnya. Adakalanya wujud beberapa nilai-nilai Islam dalam sistem jahiliyah.

Propaganda Sekularism
Imam Said Hawwa menyatakan lagi;

(1)     Kegagalan melaksanakan pelbagai corak yang menampakkan sistem jahiliyah, menjadikan keadaan sebaliknya berlaku, di mana sistem jahiliyyah itu sendiri dapat menyerbu dunia Islam.

Sehingga dewasa ini banyak sekali propaganda-propaganda jahiliyyah kita sendiri di bumi Islam, dan banyak pula orang-orang Islam yang terpengaruh dan menerima propaganda tersebut.

(2)     Mereka terkesan dengan propaganda Kristianisasi, Komunism, falsafah kebebasan dan parti-parti politik yang tidak berorientasikan Islam.

Begitu juga ejen-ejen kuffar yang bergerak atas nama kemajuan dan kemodenan serta mengetengahkan slogan-slogan selain daripada Allah S.W.T.

(3)     Semua ini dilancarkan dengan secara sistematik dan berencana. Akhirnya propaganda-propaganda jahiliyyah dapat mendirikan pangkalannya di seluruh negara-negara Islam.

Bukan setakat itu, propaganda-propaganda jahiliyyah semakin mempunyai pengikut dan pentaksub dari kalangan orang Islam sendiri di negara-negara tersebut.

(4)     Faktor-faktor yang menyebabkan hal demikian ialah;

a-     Kerana kejahilan kaum Muslimin terhadap Islam

b-     Kerana beralihnya kekuasaan politik kepada penjajah yang kemudiannya beralih pula ke tangan orang intelektual dan ahli-ahli politik yang setia kepada penjajah tersebut.

Ini adalah serangan sistem jahiliyyah yang semakin teratur dan ditunjangi oleh alat-alat propaganda yang serba lengkap sehingga Islam itu menjadi sangat asing di kalangan orang Islam sendiri.

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 4/1/2020

Jadi Jutawan Kerana Silap Bank, Bagaimana Kalau Dia Berakhlak Mulia?




Beliau seorang wanita yang berumur 35 tahun dan bernama Ruth Balloon, menetap di Dallas Amerika Syarikat telah memeriksa baki akaun bank beliau, dan mendapati sesuatu yang luar biasa berlaku.
Ini disebabkan apabila beliau melihat angka digit dengan jumlah melebihi $37 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Pada awalnya beliau menganggap seseorang telah menghadiahkan beliau dengan sejumlah wang tersebut, namun beliau tahu ‘it was too good to be true’, agak mustahil seseorang menghadiahkan sejumlah wang yang terlalu besar tanpa memaklumkan atau tanpa sebab yang kukuh.
Beliau ingin merujuk jumlah wang tersebut kepada pihak bank, namun ruang untuk pertanyaan kepada pihak bank telah tertutup.
Lalu beliau membuat keputusan untuk membuat rakaman skrin (screenshot), lalu menghantarnya kepada suaminya, Brian yang berumur 39 tahun dengan persoalan ‘kenapa dan bagaimana mereka mempunyai sejumlah wang yang tidak masuk akal?’.


Brian hanya memberi jawapan, mungkin ianya adalah sebuah sindiket penipuan yang cuba untuk memerangkap mereka.
Namun tidak berapa lama selepas itu, beliau telah dimaklumkan oleh Bank LegacyTexas, jumlah wang melebihi $37 juta tersebut bukanlah Christmas miracle seperti yang difikirkan, tetapi ianya adalah disebabkan kesilapan juru wang bank tersebut memasukkan jumlah wang tersebut ke dalam akaun bank yang tidak sepatutnya.
Bank LegacyTexas juga memohon maaf, di atas kesilapan yang mereka telah lakukan dan bertindak untuk mengambil semula jumlah wang tersebut.
Walaupun ianya adalah kesilapan, namun Balloon sangat berbesar hati dengan peristiwa tersebut. Kerana pada beliau ianya bukan kisah dongeng pernah bergelar jutawan tanpa disengajakan, bukti rakaman skrin yang beliau simpan boleh dibuat kenang-kenangan.

Balloon menambah, peristiwa tersebut berlalu dengan terlalu pantas, sehinggakan beliau hampir-hampir tidak dapat berfikir. Apakah yang beliau patut lakukan, sekiranya duit sebanyak itu memang hak milik beliau.


Tambah menarik apabila Balloon menyuarakan bahawa, jika sememangnya wang tersebut adalah hak milik mutlak beliau, beliau akan memperuntukkan 10% untuk menikmatinya dan menggunakan sebahagiannya untuk menderma kepada badan amal; dan selebihnya akan dijadikan pelaburan ke dalam hartanah.
Menarik bukan?
Bagaimana beliau merancang wang tersebut ke arah pelaburan untuk membina impian masa hadapan. Jika kita dapat durian runtuh seperti ini, apakah akan kita buat dengan wang tersebut?
Suka sekiranya kami berkongsi, walaupun wang tersebut terdapat di dalam akaun peribadi beliau, namun Balloon bertegas untuk tidak menggunakannya. Kerana beliau tahu bahawa wang tersebut bukanlah milik beliau, dan kejujuran mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding wang ringgit.

Bagaimana pula kalau wanita itu seorang yang berakhlak mulia atau berperibadi sebagai seorang Islam yang bertaqwa kepada Allah SWT? (IH)

AS Berang, Lagi Serangan Peluru Berpandu Terhadap Tentera AS, Di Iraq.

 Al-Balad adalah markas utama pesawat F-16 milik Iraq, yang dibeli daripada AS. - Foto Reuters

AS kutuk serangan terbaru terhadap markas udara Iraq

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo, berang dengan satu lagi serangan peluru berpandu terhadap markas udara Iraq menempatkan tentera AS.
“Berang dengan laporan satu lagi serangan roket terhadap markas udara di Iraq, pencabulan berterusan seperti ini terhadap kedaulatan Iraq oleh kumpulan yang tidak setia kepada kerajaan Iraq harus dihentikan, katanya dalam ciapan di laman Twitter beliau.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, yang mana mengikut tentera Iraq, serangan membabitkan lapan peluru berpandu itu mencederakan masing-masing dua pegawai tentera Iraq dan dua juruterbang.
AS sebelum ini menuduh serangan seumpamanya dilancarkan oleh kumpulan pejuang yang disokong Iran.
Sasaran serangan, markas udara Al-Balad, menempatkan sekumpulan kecil pasukan tentera udara AS selain kontraktor negara itu tetapi kebanyakan daripada mereka sudah dipindahkan berikutan ketegangan antara AS dan Iran semakin meruncing.
Sumber tentera memberitahu AFP, Al-Balad adalah markas utama pesawat F-16 milik Iraq, yang dibeli daripada AS.
Markas tentera menempatkan tentera AS menjadi sasaran serangan roket dan mortar sejak beberapa bulan lalu, kebanyakannya mencederakan anggota tentera Iraq tetapi seorang kontraktor AS terbunuh dalam serangan bulan lalu.
Kematian beliau mencetuskan rentetan tindakan yang dramatik, menyaksikan AS melancarkan serangan terhadap kumpulan separa tentera pro Iran di Iraq selain konvoi membawa komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani, di luar lapangan terbang the Baghdad.
Serang dron atas arahan Presiden AS, Donald Trump, membunuh Soleimani serta komander Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis, dan kumpulan pejuang pro Iran berikrar akan membalas dendam terhadap serangan itu. - AFP

ADUN Selangor Ditahan, Positif Dadah..

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.
Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 4.45 petang di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini.
Menurut sumber, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.
“Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja.
“Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif,” katanya sambil menjelaskan ADUN terbabit kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.
Sementara itu, ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan beliau ditahan polis membabitkan kes dadah di sebuah pusat hiburan semalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails