Sunday, April 21, 2019

Letupan Di Gereja &Hotel Sri Lanka 100 Terkoban (Terkini 138 Maut), 400 cedera..

Tragedi Sri Lanka: Angka kematian meningkat kepada 100
Beberapa letupan telah berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka pada Ahad ketika sambutan Hari Easter.

COLOMBO: Angka kematian akibat letupan di gereja dan hotel di Colombo, Sri Lanka meningkat kepada 100 (Terkini 138 maut), manakala jumlah mangsa yang cedera pula meningkat kepada 400.

Beberapa letupan telah berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka pada Ahad ketika sambutan Hari Easter.



Hotel dan salah sebuah gereja tersebut berada di Colombo, manakala sebuah lagi gereja terletak di Negombo, utara bandar berkenaan.
Tragedi Sri Lanka: 138 maut, Malaysia kemas kini perincian mangsa
Setakat ini, sekurang-kurangnya 138 terkorban sementara lebih 400 lagi cedera dalam siri serangan bom di tiga buah gereja dan tiga buah hotel di Colombo. - Foto REUTERS

Sumber polis memaklumkan, salah satu letupan tersebut berlaku di Gereja St Anthony di Kochcikade.

Angka tersebut dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa selepas pihak berkuasa mengemaskini jumlah terkini mereka yang terlibat. (AA)

Gambar kenangan Ibnu Hasyim di Sri Lanka..
Lihat sebelum ini..

5 Jam Pujuk Gajah, Terungkaplah Rahsia Yang Maha Agung.Subhanallah!


Ambil masa 5 jam untuk memujuk gajah ini..

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung


JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan mengambil masa lima jam untuk memindahkan dua gajah liar di Kampung Kalai di Jeli, hari ini.
Pengarahnya, Ady Ermanty Haniff Mohamed Haniff berkata, dua gajah jantan itu berjaya ditangkap pada Rabu lalu.
Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima aduan penduduk setempat selepas haiwan itu memusnahkan pelbagai tanaman seperti kelapa, pisang dan pokok getah sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM15,000.
“Susulan aduan yang dibuat, kakitangan Pejabat PERHILITAN Jeli membuat pemantauan di lokasi kejadian pada 3 April lalu dan dianggarkan 10 gajah yang menimbulkan konflik di kawasan itu.

“Pada 17 April, kami terima satu lagi aduan sama sebelum lima anggota PERHILITAN bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, operasi terus dijalankan.

“Pada 12 tengah hari, gajah jantan berjaya ditangkap di kawasan kebun Kampung Kalai, manakala seekor lagi ditangkap tiga jam kemudian,” katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.
 ANGGOTA PERHILITAN Kelantan dan PKGK bergambar bersama dua gajah liar yang ditangkap di Kampung Kalai, Jeli. FOTO Ihsan PERHILITAN Kelantan
Ady Ermanty Haniff berkata, hari ini, operasi pemindahan dijalankan membabitkan sembilan anggota PERHILITAN Kelantan dan lapan anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang.
“Bagi memudahkan proses pemindahan, kami menggunakan dua gajah denak betina iaitu Rambai dan Abot dari PKGK. Operasi bermula 8 pagi dan berakhir 1 tengah hari.
“Seekor daripada gajah liar ini akan dipasang dengan alat pengesan (Satelite Collar) bertujuan mengesan pergerakannya selepas dilepaskan di Taman Negara,” katanya. (HMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tentera bergajah yang mengikut cerita sejarah pernah menyerang Kaabah pimpinan Abrahah, rupanya mampu dipujuk oleh anggota perhilitan Kelantan dan Pahang, walaupun seekor gajah liar. Subhanallah! Ungkap Rahsia Yang Maha Agung..

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

XPDC Mahabah Briged, Ameerah &Puteri. Remaja Dampingilah PAS!


LUMUT: Briged Muslimat dan Ameerah PAS Kawasan serta Puteri Umno Bahagian Lumut telah bekerjasama menganjurkan XPDC Mahabah yang diadakan di Pusat Ekologi Vale, Teluk Batik, di sini semalam.
Aktiviti tersebut bertujuan merapatkan ukhuwah antara sesama anggota dari dua parti besar umat Melayu Islam itu dan telah menerima 42 peserta yang berusia antara 9 hingga 59 tahun.
Ianya turut dijayakan dengan bantuan daripada Jabatan Amal Malaysia Lumut dan Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Lumut selaku pemandu arah dan keselamatan peserta.
Pihak PAS dipimpin Ketua Ameerah Lumut, Syahirah Abdullah, manakala Umno oleh Ketua Puteri, Mazwinteh Abd Rahman, dengan pelepasan dan doa dibacakan Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin.
Pendakian tersebut sememangnya mencabar bagi para peserta terhadap aspek stamina diri, namun dikawal menerusi rehat pada'check point' yang ditetapkan sepanjang rentas sejauh 1,400 meter itu.
Pergerakan tersebut juga memberi pengalaman dan pendedahan ilmu kepada peserta khususnya mengenai pertolongan cemas yang sempat diterapkan kepada mereka sepanjang ekspedisi.
Ianya sekali gus menyemai nilai murni dan positif, terutama setiakawan yang direalisasikan selain aspek Islami seperti sahsiah diri, aurat dan maruah selaku muslimah solehah disebalik aktiviti lasak.
Seusai menuruni laluan khazanah alam semulajadi itu, peserta telah disegarkan dengan hidangan kudapan dan tazkirah oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Lumut, Putiah Shaarani. - HARAKAHDAILY 21/4/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS bukan parti politik semata-mata, bahkan memperkenalkan gaya hidup Islam dalam kehidupan harian.. dengan XPDC Mahabah Briged, Ameerah dan Puteri. Para remaja, dampingilah PAS, jom!
IMG 20190421 WA0001
IMG 20190421 WA0003

Sambungan Rompakan Maut Kedai Emas. Hukum Mencuri Dalam Islam.

Hasil carian imej untuk Rompakan Maut Kedai Emas.
Sambungn Rompakan Kedai Emas..

Hukum Mencuri Dalam Islam Dan Dalilnya.


Mencuri berarti mengambil sesuatu yang bukan haknya secara sembunyi-sembunyi tanpa sepengetahuan pemiliknya. Secara hukum, mencuri adalah perbuatan yang dilarang oleh negara. Begitupun dalam pandangan islam. Mencuri merupakan dosa dan tidak sesuai rukun iman, rukun Islam dan fungsi agama.

Allah Ta’ala berfirman dalam Al-Quran yang ertinya:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, Padahal kamu mengetahui.” (QS.al-Baqarah: 188).

Mencuri Menurut Ajaran Islam

Dari Amr bin Al Ash bahwasahnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang buah yang tergantung diatas pohon, lalu beliau bersabda: 
“Barangsiapa yang mengambil barang orang lain karena terpaksa untuk menghilangkan lapar dan tidak terus- menerus, maka tidak dijatuhkan hukuman kepadanya. Dan barangsiapa mengambil sesuatu barang, sedang ia tidak membutuhkannya dan tidak untuk menghilangkan lapar, maka wajib atasnya mengganti barang tersebut dengan yang serupa dan diberikan hukuman ta’zir. Dan barangsiapa mengambil sesuatu barang sedangkan ia tidak dalam keadaan membutuhkan, dengan sembunyi-sembunyi setelah diletaknya di tempat penyimpanannya atau dijaga oleh penjaga, kemudian nilainya  seharga perisai maka wajib atasnya dihukum potong tangan.” (HR. Abu Daud).

Dari hadist diatas kita dapat mengambil kesimpulan bahawa terdapat 3 hukuman yang boleh diperlakukan bagi pencuri. Diantaranya:

1. Dimaafkan

Ini berlaku apabila pencuri berada dalam kondisi terpaksa (misal kelaparan) dan tidak dilakukan secara terus-menerus. Dalam hadist dijelaskan: “Tangguhkan  hudud (hukuman) terhadap orang-orang islam sesuai dengan kemampuanmu. Jika ada jalan keluar maka biarkanlah mereka menempuh jalan itu. Sesungguhnya penguasa tersalah dalam memaafkan, lebih baik dari tersalah dalam pelaksanaan hukuman.” (HR. Al- Tirmidzi)

Serta dalam Al-Quran:
  • “Dan sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kalian apa yang Dia haramkan, kecuali yang terpaksa kalian makan.”(QS. Al-An’am: 119)
  • “Siapa yang dalam kondisi terpaksa memakannya sedangkan ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka ia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.”(QS.Al-Baqarah: 173)
  • Siapa yang terpaksa mengonsumsi makanan yang diharamkan karena lapar, bukan karena ingin berbuat dosa, maka sungguh Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Al-Ma’idah: 3).
2. Ta’zir (dipenjara)

Hukuman ini berlaku bagi seseorang yang mencuri benda namun nilainya tidak terlalu tinggi. Misalnya menemukan benda di jalan atau mengambil buah di pohon tepi jalan, maka ia wajib mengembalikan benda tersebut atau dipenjara.

3. Dipotong tangan

Hukuman ini diberlakukan pada seorang pencuri yang mengambil barang dari penyimpanan atau penjagaan, barang tersebut bernilai jual tinggi dan ia memang memiliki niat mencuri tanpa ada paksaan.

Dalil-Dalil Hukum Potong Tangan Kepada Pencuri.

Pada dasanya hukum mencuri adalah dosa. Tidak dianjurkan dan dilarang secara agama. Sebab perbuatan mencuri ini merugikan pihak lain. Bahkan dapat menyebabkan pertumpahan darah. Maka itu, untuk memberikan efek jera maka islam memberikan hukuman pada seorang pencuri berupa potong tangan. Tentu saja hukuman ini tidak serta-merta dibuat begitu saja. Namun mengacu ayat Al-Quran yang ertinya:

“Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri,potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah.Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri,maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Maidah: 38-39).

Selain itu juga diperkuat dengan hadist-hadist shahih yang menjelaskan bahwa pada zaman terdahulu, Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam menjatuhi hukuman potong tangan kepada seorang pencuri.

“Diceritakan bahwa di zaman Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, seorang wanita dari Bani Makhzum dituduh mencuri. Ketika terbukti bahwa ia telah melakukan pencurian, Rasulullah SAW memerintahkan agar ia segera dihukum potong tangan. Orang-orang Bani Makhzum terkejut mendengar berita memalukan yang akan menimpa salah seorang wanita keturunan terhormat mereka kerana pasti akan dipotong tangannya. 

Lalu mereka menghubungi sahabat Utsamah ibnu Zaid yang menjadi kesayangan Nabi, agar ia mau memintakan grasi dari Rasulullah terhadap wanita kabilahnya. Kemudian Utsamah memohon grasi untuk wanita tersebut, dan ternyata jawaban beliau: 

“Apakah kamu meminta grasi terhadap salah satu hukuman had Allah?”. Kemudian Nabi memanggil semua kaum muslimin lalu beliau berpidato : “Wahai umat manusia, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah hancur, kerana mereka menerapkan hukuman had terhadap orang yang lemah, sedangkan yang mulia, mereka biarkan saja. Demi Dzat yang diriku berada dalam kekuasaan-Nya, seandainya Fathimah (anak Nabi) mencuri, maka pasti akan kupotong tangannya.” (HR. Bukhari).

Hadits lain iaitu:

“Dari Aisyah radhiyaallahu ‘anha, sesungguhnya Usamah meminta pengampunan kepada Rasulullah SAW tentang seseorang yang mencuri, lalu Rasulullah bersabda; bahwasanya binasa orang-orang sebelum kamu disebabkan mereka melaksanakan hukuman hanya kepada orang-orang yang hina dan mereka tidak melaksanakannya kepada orang-orang bangsawan. Demi yang jiwaku dalam kekuasaanNya, jika seandainya Fatimah yang melakukannya, pasti aku potong tangannya.” (HR. Bukhari).

Syarat-Syarat Hukum Potong Tangan

Dalam menerapkan hukum potong tangan kepada pencuri tentu tidak boleh dilakukan begitu saja. Terlebih lagi jika menghakimi sendiri lalu menganiayanya. Hal ini tentu tidak benar. Terdapat syarat-syarat yang harus dipenuhi untuk mempraktikkan hukum potong tangan. Diantaranya iaitu:

1. Pencuri cukup umur (Baligh)

Syarat pertama seseorang dikatakan mencuri dan wajib dikenai hukum potong tangan adalah usianya harus sudah baligh. Enggak mungkin jika balita mencuri lalu dipotong tangannya. Sebab balita masih belum mengerti apa-apa.

2. Tidak dipaksa atau terpaksa


Hukum potong tangan berlaku apabila seseorang mencuri atas kesedarannya sendiri. Tanpa ada paksaan dari pihak lain dan tidak sedang berada dalam kondisi terpaksa.
“Sesungguhnya Allah memaafkan umatku kerana aku (apa yang mereka lakukan) tanpa ada kesengajaan, lupa dan apa yang mereka dipaksa untuk melakukannya.”(HR. Ibnu Majah dan Al Baihaqi).

3. Sehat dan berakal

Syarat ketiga adalah si pencuri berakal sehat. Jadi tidak sedang gila. Seseorang yang kehilangan akal maka tidak berhak dijatuhi hukuman.

4. Pencuri memahami hukum islam

Pencuri yang tidak memahami tentang hukum islam, misalnya saja non muslim yang baru masuk islam (Muallaf) dan belum mempelajari islam secara menyeluruh maka ia tidak wajib dikenai hukum potong tangan.

“Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu.” (QS. Al Ahzab: 5).

5. Barang yang dicuri berada dalam penyimpanan

Seseorang dikatakan mencuri jika ia mengambil barang yang berada dalam penyimpanan. Misalnya mengambil barang orang lain yang disimpan di dompet, almari, atau tempat-tempat lainnya.

6. Barang yang dicuri berada dalam penjagaan

Misalnya barang yang berada di samping orang sholat, kebun yang dibatasi dengan tembok, atau barang-barang lain yang dijaga pemiliknya. Sedangkan menemukan barang di jalanan atau mengambil buah di pohon yang tidak ada pembatasnya, maka hukum potong tangan tidak berlaku. Sebaliknya si pencuri hanya diwajibkan mengembalikan barangnya. Jika tidak ada, maka harus membayar ganti rugi. Dan hukumannya adalah dipenjara (Ta’zir) dengan didasarkan pada peraturan undang-undang.

7. Nilai barang yang dicuri mencapai jumlah nisab

Syarat berikutnya untuk memberlakukan hukum potong tangan adalah jumlah barang yang dicuri harus mencapai nisab. Menurut majoriti ulama jumlahnya sebesar 3 dirham atau ¼ dinar. Hal ini didasari oleh hadist shahih:

“Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memotong tangan seorang yang mencuri perisai yang nilainya sebesar 3 dirham.” (Hadist Muttafaqun ‘Alaihi)

Dari Aisyah radhiyaallahu ‘anha bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda “Jangan memotong tangan seorang pencuri kecuali mencapai ¼ dinar keatas”. (HR. Muslim).

Perlu diketahui bahwa 1 dinar = emas 24 karat sebesar 4.25 gram. Jadi bila ¼ dinar berarti= ¼ x 4.25 : 1.0625 gram. Apabila nilai barang curiannya kurang dari ukuran tersebut maka hukum potong tangan tidak boleh dilakukan. Pencuri cukup diadili secara hukum. Misal dipenjara, membayar ganti rugi atau mengadakan persetujuan bersama.

8. Barang curian mutlak bukan miliknya

Maksudnya antara pencuri dengan pemilik barang yang dicuri tidak ada hubungan darah ataupun ikatan keluarga. Misalnya orang tua mencuri harta anaknya atau sebaliknya, isteri mencuri harta suaminya, maka ini tidak boleh lakukan hukum potong tangan. Sebab seorang keluarga masih memiliki hak terhadap keluarganya yang lain. 

Namun demikian bukan berarti pencurian dalam keluarga diperbolehkan. Pencurinya tetap diadili.  Dan hukumannya bergantung pada dekatnya hubungan, kerelaan orang yang dicuri, undang-undang negara dan ajaran hukum fiqih islam.

9. Barang curian adalah barang yang berharga

Syarat Berikutnya adalah barang yang dicuri mestilah barang yang berharga. Dalam ertinya layak secara syarak. Benda yang bernilai jual cukup tinggi. Bukan benda-benda bekas yang tak terpakai, bangkai atau sejenisnya.

Sebelum melakukan hukuman potong tangan, seorang hakim perlu perhatikan syarat-syarat diatas. Kemudian melihat kondisi si pencuri, apakah ia orang yang masih gagah perkasa ataukah orang yang tak berdaya. Seseorang yang mencuri kerana terpaksa akibat rasa lapar, dan aktiviti mencuri ini tidak dilakukan secara terus-menerus maka ia berhak mendapatkan keringanan. 

Hukum potong tangan tidak berlaku kepada seorang pencuri yang mencuri sedikit makanan kerana kelaparan. Apabila si pencuri mahu meminta maaf dan bertaubat maka tidak ada dosa yang tak terampun oleh Allah Ta’ala.
Demikian penjelasan tentang hukum mencuri dalam islam. . Semoga bermanfaat.

Allah Maha Mengetahui..

4 Beranak Tinggal Dalam Reban Ayam, Lepas Bercerai. Ditangani..


IBU tunggal bersama tiga anaknya di hadapan reban ayam yang dijadikan tempat berteduh di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - UTUSAN ONLINE


PASIR PUTEH 20 April - Kemiskinan memaksa seorang wanita tinggal dalam reban ayam yang diubahsuai di belakang rumah ibunya di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal, di sini bersama tiga anaknya yang masih kecil tanpa sebarang kemudahan.
Rabiatuladawiyah Ayub, 32, yang berpisah dengan suaminya sejak enam bulan lalu memilih reban ayam yang dibaiki dengan dinding zink terbuang sebagai kediaman mereka empat beranak kerana enggan membebankan ibunya yang juga hidup susah.
Reban tersebut tidak mempunyai dapur dan bilik tidur, selain hanya diterangi sebiji mentol yang disambung dari rumah ibunya. Reban itu tidak mempunyai lantai dan setiap malam, mereka berempat tidur beralas tikar.
“Saya juga mendapat bekalan air dari rumah ibu dan tidak dapat memasak kerana tiada dapur.
“Ibu saya juga pernah menjadi seorang ibu tunggal dan baru sahaja berkahwin semula. dua bulan lalu. Rumah dia yang kecil dan hanya ada satu bilik sahaja sememangnya tidak sesuai untuk kami tinggal di situ.
Rabiatuladawiyah berkata, kerana tidak mampu membeli beras dan barang dapur, anak-anaknya iaitu Wan Nurdhia Irdina Wan Rubuan, 7; Wan Mohd. Aniq Anaqi, 6, dan Wan Mohd Firas Irfan, 1, hanya makan nasi sekali sehari.
 Keadaan ruang dalam rumah Rabiatuladawiyah Ayub yang memilih reban ayam sebagai tempat tinggal di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan.
“Saya tidak mampu memberi wang saku kepada Wan Nurdhia Irdina untuk dia belanja di sekolah. Sekarang saya guna wang sumbangan jiran untuk beli nasi sekali sehari untuk mengalas perut,” katanya.
Kisah keluarga ini mendapat perhatian gabungan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Mohd. Asri Abdullah dan tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Mohd. Asri gabungan NGO tersebut bertekad untuk melaksanakan pelbagai pendekatan bagi membela nasib ibu tunggal berkenaan termasuk berusaha mendapatkan dana untuk membina rumah sempurna bagi menggantikan reban ayam terbabit
Sementara itu, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Abd. Pattah Hasbullah berkata, kisah keluarga berkenaan juga mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah menghulurkan bantuan segera bagi meringankan beban mereka.
 Mohd. Asri Abdullah menghulurkan sumbangan kepada ibu tunggal miskin di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan.
“Kita sedang mengurus bantuan bulanan untuk anaknya sebanyak RM300 sebulan. Buat masa ini siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pemimpin penduduk di kawasan tersebut,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita lihat dalam sejarah Islam, bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab dan prihatinnya pada rakyat miskin.
Khalifah Umar Al-Khattab yang prihatin pada rakyat miskin. 

-Umar r.a adalah Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar r.a.  Umar r.a menjadi Khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari.
- Mula-mula Umar r.a jadi khalifah dia buat undang-undang yang berbunyi "dari mana kamu dapat harta ini?"  Kerana dia tidak mahu rakyatnya, terutamanya gabenor-gabenor (menteri) memperolehi harta dari sumber yang haram.




Dia tidak mahu gabenor-gabenor yang dilantik mengumpulkan kekayaan. Sebagai contoh, jika seorang gabenor itu masa dilantik mempunyai 2 helai pakaian, maka setelah berhenti jawatan gabenor nanti pun mesti mempunyai 2 helai pakaian itu juga dan tidak lebih. Dan lebih baik lagi jika ada sehelai saja sewaktu berhenti (bermakna lebih kurang harta lebih bagus).  


- Ramai para sahabat , terutamanya yang menjadi gabenor seperti Abu Hurairah, Saad bin Abi Waqas, Muadz bin Jabal, Amru bin Al-As dan sebagainya, kena 'tarik harta' di zaman Umar memerintah ini. Harta-harta mereka digunakan untuk Islam dan membantu rakyat-rakyat yang miskin.

- Khalifah Umar Al-Khattab r.a tidak akan makan daging sehingga semua rakyat miskin di bawah pemerintahannya makan terlebih dahulu.  Ini baru namanya 'pemimpin mendahulukan rakyat' 

- Umar r.a yang mula memberikan duit kepada bayi yang baru lahir.

- Umar r.a tiada istana atau rumah besar seperti layaknya seorang pemimpin zaman sekarang. Beliau tidak kisah hanya tidur di bawah pokok kurma di siang hari untuk berehat, tanpa perlu katil-katil yang nyenyak.


- Beliau merupakan orang pertama yang menetapkan kalendar Hijriyyah / Hijrah.



- Beliau yang mula-mula perintahkan agar masjid-masjid di bulan Ramadhan, waktu malamnya semua buka lampu, agar orang ramai dapat qiamullail di masjid.

- Cukai hanya dikenakan kepada rakyat yang kaya dan mewah, dan tidak dikenakan kepada mereka-mereka yang miskin.

- Memberikan sumbangan kepada orang-orang yang hafaz AlQuran.

- Sayyidina Umar r.a membuat pembangunan juga, tetapi pembangunannya bukan untuk kepentingan diri dan kroni, tetapi semata-mata untuk kemaslahatan rakyat.  

- Antara yang dibina oleh Umar r.a ialah taliair, jalanraya, empangan, mengadakan matawang sendiri yang dibuat dari logam, mewujudkan sistem pos, menyusun Undang-undang tanah negara, menubuhkan pasukan polis (untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, serta membantu rakyat yang miskin termasuk mereka yang bukan Islam) dan tentera laut dan sebagainya.

-Umar r.a tidak membahagikan harta Ghanimah (rampasan perang) kepada tentera seperti yang dilakukan dalam zaman Rasulullah S.a.w. Ini kerana Umar r.a lebih mementingkan maslahah untuk umum, bukan untuk puak atau kroni tertentu.  Lagi pun tentera-tentera Umar r.a sudah pun diberikan gaji yang tetap. Ia berbeza dengan keadaan di zaman Rasulullah S.a.w kerana waktu itu, keadaan orang Muhajirin yang rata-ratanya miskin kerana dihalau sebelum itu, perlu diperbaiki.

-Krisis itu masih melanda Madinah. Korban sudah banyak berjatuhan. Jumlah orang-orang miskin terus bertambah. Khalifah Umar Bin Al-Khattab yang merasa paling bertanggung jawab terhadap musibah itu, memerintahkan menyembelih haiwan ternakan untuk dibahagi-bahagikan kepada penduduk.

-Ketika tiba waktu makan, para petugas memilih untuk Umar bahagian yang menjadi kegemarannya, iaitu bonggol dan hati unta. Ini merupakan kegemaran Umar sebelum masuk islam. "Dari mana ini?"  Tanya Umar.
"Dari haiwan yang baru disembelih hari ini," jawab mereka.
"Tidak! Tidak!" Kata Umar seraya menjauhkan hidangan lazat itu dari hadapannya. "Saya akan menjadi pemimpin paling buruk seandainya saya memakan daging lazat ini dan meninggalkan tulang-tulangnya untuk rakyat."

-Kemudian Umar menyuruh salah seorang sahabatnya, "Angkatlah makanan ini, dan ambilkan saya roti dan minyak biasa!" Beberapa ketika kemudian, Umar menyantap yang dimintanya. [Petikan dari buku Ar-Rijal Haula Ar-Rasul oleh Khalid Muhammad Khalid]

-Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata,  "barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas." [Al-Wilayah ‘ala al-Buldan, 2/128]

-Pakaian Umar r.a tidak pernah berubah dari sebelum menjadi Khalifah hingga menjadi Khalifah dan sehingga wafat. Beliau hanya memakai pakaian dari kain yang kasar dan bertampal-tampal pada tempat yang koyak sehingga berbelas tampalan kesemuanya.

Keprihatinan Umar r.a terhadap rakyat miskin inilah yang diulangi dan digemilangkan kembali oleh Khalifah Umar bin A al-Aziz. Masya Allah ....... 

Sekian, secara ringkas.

Masjid Cina Dekatkan Hubungan Dengan Masyarakat Setempat.

MASJID Muhammadiah atau Masjid Cina yang terletak di Tasek, Ipoh.
MASJID Muhammadiah atau Masjid Cina yang terletak di Tasek, Ipoh. - UTUSAN ONLINE

IPOH 20 April - Masjid boleh memainkan fungsinya sebagai tempat bagi mengeratkan perpaduan kaum menerusi penganjuran program kemasyarakatan yang boleh dihadiri kejiranan setempat.

Ini yang dilakukan oleh pihak pengurusan Masjid Muhammadiah atau dikenali sebagai Masjid Cina yang terletak di Tasek dekat sini.
Masjid Cina kedua di negara ini itu dibina dengan dana sebanyak RM4 juta dan diurus tadbir oleh jawatankuasa Masjid Muhammadiah dan Persatuan Cina Muslim (Macma) Cawangan Ipoh.
Pengerusinya, Datuk Dr. Fadzli Cheah Abdullah berkata, kehadiran masyarakat pelbagai kaum ke majlis keramaian
kelolaan masjid boleh memberi kefahamam kepada mereka tentang agama Islam.
Menurut beliau, secara tidak langsung ia mengukuhkan lagi hubungan antara kaum apabila mereka melihat fungsi masjid bukanlah sebagai tempat beribadat semata-mata.
"Masjid Cina misalnya bukan sekadar tempat untuk tujuan berdakwah tetapi juga sebagai pusat pendidikan dan
pelancongan yang dilawati pelbagai kaum.
"Kita mahu masjid ini dilihat bukan untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua golongan melibatkan ibadah, majlis ilmu dan apa sahaja yang disuruh oleh Allah," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Karnival Kebudayaan dan Makanan 2019 anjuran Jabatan Agama Islam Perak dan Macma di pekarangan Masjid Muhammadiah di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan India Muslim Perak, Mohamed Arib Aliah.
Seramai 300 orang hadir memeriahkan sambutan karnival selama dua hari itu yang objektifnya bagi memupuk perpaduan antara pihak masjid dan masyarakat setempat.
Pelbagai acara diadakan antaranya sukan rakyat seperti pertandingan bermain congkak, dam ular, batu seremban dan sukaneka kanak-kanak.
Turut diadakan ialah acara memanah dan pertandingan catur. - UTUSAN ONLINE
Hasil carian imej untuk masjid cina di kelantan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China. 

Jangan Musuhi Penjawat Awam. -Presiden PAS



KONSEP demokrasi di Malaysia adalah pemisahan kuasa di antara legislatif dan eksekutif, laksana pemisahan di antara badan kereta, enjin dan pemandunya.
Seringkali betapa baiknya kereta dan enjin, tetapi kalau pemandunya tidak cekap memandu dan mengurus sama ada tidak berlesen atau mendapat lesen terbang, maka perjalanannya juga tidak akan selesa dan selamat.
Begitu juga kalau pemandunya tidak kenal arah hala tuju atau tidak tahu membaca peta perjalanan (road map) yang bercelaru adalah lebih malang, mungkin tidak sampai ke destinasi yang dituju atau terlalu lambat sehingga menghilangkan waktu dan membazirkan minyak. Apatah lagi kalau pemandunya tidak tahu membezakan di antara petrol dan diesel, kalau tersilap minyak yang digunakan boleh merosakkan enjin, lagilah malangnya datang tidak berbau.
Saya sangat menghormati YAB Perdana Menteri yang sangat berpengalaman memimpin negara beberapa penggal sehingga menaikkan nama negara kita di persada antarabangsa.
Saya tetap mengakuinya walaupun sepanjang masa menjadi pembangkang. Malangnya sekarang beliau dibantu oleh Jemaah Menteri yang tidak boleh menolongnya, lebih malang kalau ada yang seperti mahu menolak imam sebelum habis sembahyang yang bukan boleh dibatalkan begitu sahaja, lebih parah lagi kalau terjadi seperti menebuk kapal dalam perjalanan.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
إِذَا أرَادَ اللَّه بالأمِيرِ خَيْراً، جَعَلَ لَهُ وزيرَ صِدقٍ، إنْ نَسي ذكَّرهُ، وَإن ذَكَرَ أعَانَهُ، وَإذا أَرَاد بهِ غَيرَ ذَلِكَ جعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ، إنْ نسي لَمْ يُذَكِّره، وَإن ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ". رواه أَبُو داود بإسنادٍ جيدٍ عَلَى شرط مسلم. رياض الصالحين ط الرسالة (ص: 227).
"Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang pemimpin itu, nescaya diadakan bersamanya menteri yang benar (baik), kalau pemimpin itu lupa diperingatkannya, kalau pemimpin itu sudah ingat (tidak lupa) nescaya ditolongnya. (Sebaliknya) kalau Allah menghendaki bagi seseorang pemimpin itu keburukan, nescaya diadakan bersamanya menteri yang tidak baik, kalau pemimpin itu lupa nescaya tidak diperingatkannya, dan kalau pemimpin itu sudah baik nescaya tidak ditolongnya". (Riwayat Abu Daud)
Dalam urusan berkaitan hal ehwal agama Islam, sekiranya tidak diurus dengan baik, maka tidak mendapat petunjuk ke jalan yang betul mengikut petunjuk agama yang betul, seperti semua perkara agama digunakan akal semata-mata tanpa hidayah dan ilmunya berkenaan Al-Din atau tidak mempedulikan ciri-ciri rohaninya.
Contohnya, sekolah-sekolah agama Islam dan Tabung Haji diserahkan atau dicampur urusannya oleh anasir bukan Islam yang tidak sepatutnya dari segi roh dan moral atau kalangan yang jahil berkenaan Islam, maka tujuannya tidak tercapai walaupun niatnya baik dan ikhlas, kesudahannya menjadi lebai malang.
Begitu juga dalam urusan kewangan sama ada banyak duit dalam simpanan atau berhutang sebanyak-banyaknya, kalau salah urusnya jadilah boros seperti mencurah garam ke dalam laut yang sudah masin, atau jadilah bakhil seperti garam yang sedikit tidak sepadan makanan yang hendak dicukupkan masinnya.
Sama malangnya kalau tukang masak yang kemahirannya menggunakan senduk dan sudu ditugaskan dalam perkara senjata canggih mempertahankan negara, kerani yang pandai menulis sahaja disuruh menanam padi, dan penghulu kampung ditugaskan menjaga bandar raya.
Sebenarnya kita mempunyai penjawat awam yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman dalam kerjayanya. Maka janganlah disalahkan mereka, sekali pun berlaku banyak perkara yang tidak menyenangkan rakyat. Apabila rakyat yang memilih kerajaan melalui pilihan raya, maka jangan menyalahkan penjawat awam yang menjadi jentera kerajaan.
Dalam negara demokrasi, rakyat laksana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang meluluskan lesen memandu, kalau silap mengundi maka laksana meluluskan lesen terbang kepada pemandu.
Rakyat juga boleh diumpamakan seperti penumpang yang memilih kenderaan untuk ke destinasi. Kalau mahu pergi ke Utara Semenanjung, janganlah menaiki bas ekspres yang menghala ke Singapura atau sebaliknya, hanya merugikan masa dan duit sahaja. Maka jangan disalahkan jentera yang menjalankan kenderaan itu. Marah kepada diri sendiri atau tegur pemandu itu baik-baik, pasti semuanya selamat.
Kita dapati di negara maju rakyatnya berilmu, menjadikan pilihan raya satu perkara yang sangat diberi perhatian, maka mereka tidak sewenang-wenangnya memilih kerajaan dan pemimpinnya, sehingga boleh diatur dengan bijak bagi menyelamatkan rakyat dan negara.
Para pemimpinnya pula bermaruah, sehingga ada menteri yang meletakkan jawatan kalau dirinya sendiri merasa bersalah. Bahkan dilakukan islah di tengah perjalanan tanpa menyusahkan rakyat dan merosakkan negara.
Rasulullah S.A.W. menyuruh umatnya sangat berhemat memilih pemimpin dan jangan terlalu bernafsu mahu jadi pemimpin. Sabdanya:
نا والله لا نولِّي هذا العمل أحداً سأله، أو أحداً حرص عليه (متفق عليه)
"Sesungguhnya Demi Allah! Kami tidak melantik seorang yang meminta-minta jawatan atau terlalu rakus kepada jawatan"
Pendirian politik pilihan raya tidak seharusnya dipandang remeh seperti tertarik kepada syarahan penjual ubat yang petah bersyarah tanpa ilmu perubatan dan penyakitnya, sehingga memilih apa sahaja dan siapa sahaja yang sedap didengar dan dipandang. Akhirnya terpilihlah meraka yang sesat ideologinya atau tersasul memilih yang bercampur aduk pemikirannya atau tunggul kayu yang tidak berfungsi.
"Islam Memimpin"
ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
Bertarikh: 13 Syaaban 1440 / 19 April 2019 - HARAKAHDAILY 19/4/2019



Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails