DHAKA – Umat Islam Bangladesh kembali menganjurkan tunjuk perasaan secara besar-besaran menuntut patung dewi Yunani di hadapan bangunan Mahkamah Agung di sini segera dirobohkan.
Ribuan penyokong kumpulan gerakan Islam terkenal Bangladesh, Hefazat-e-Islam, turun ke jalan raya selepas solat Jumaat bagi desak kerajaan membuang patung berkenaan daripada pekarangan kompleks mahkamah tersebut.
Patung yang diadaptasi daripada watak Themis – dewi keadilan dalam sejarah Greek kuno dengan gaya lazim iaitu mata ditutup kain itu – mengundang banyak kontroversi panas sejak dirasmikan pada Disember tahun lalu.
Peserta penunjuk perasaan berpendapat meskipun patung tersebut diubah suai dengan mengenakan pakaian tradisional sari, namun pada dasarnya ia merupakan patung dari susuk idola, yang bertentangan ajaran Islam.
Demonstrasi bantahan juga dilihat sebagai salah satu cerminan ketegangan antara kalangan Islam konservatif dan kelompok sederhana di Bangladesh, dengan umat Islam meliputi 92 peratus daripada 170 juta penduduknya.
Pada pertengahan Februari lalu, para penentang patung itu sudah menyampaikan memorandum protes kepada Perdana Menteri, Shaikh Hasina Wazed serta Menteri Kehakiman dan Hal Ehwal Undang-undang, Anisul Huq.
Mereka menegaskan patung dewi legenda purba tersebut seumpama sebuah berhala yang bertentangan dengan ajaran Islam dan merancang akan terus mengadakan tunjuk perasaan sehingga tuntutan mereka dipenuhi.
Para pegawai kehakiman Bangladesh bagaimanapun menjelaskan bahawa patung tersebut hanya merupakan lambang lazim proses keadilan, yang juga banyak digunakan oleh pihak badan perundangan di seluruh dunia.
Sejak beberapa tahun kebelakangan, Bangladesh menghadapi peningkatan serangan kekerasan oleh umat Islam radikal, termasuk serangan berdarah di sebuah kafe di sini awal Julai tahun lalu yang mengorbankan 22 orang.
Sebelumnya, seorang pekerja kuil Hindu dan aktivis homoseksual tempatan turut dibunuh. Dianggarkan lebih 40 orang maut dalam siri serangan dilakukan militan Islam sejak Februari 2013. – Agensi
HULU SELANGOR - Polis menahan seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di belakang kediamannya di Bandar Utama, Batang Kali, awal pagi semalam, lapor Bernama.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, pada awalnya remaja berkenaan mendakwa menemui bayi lelaki yang masih bertali pusat dibalut dengan kain hitam itu tergantung pada jeriji tingkap biliknya selepas mendengar tangisan bayi itu pada jam 7.30 pagi.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati remaja berkenaan yang merupakan anak perempuan kepada pemilik rumah berada dalam keadaan yang mencurigakan dan lemah menyebabkan polis menahannya untuk membantu siasatan.
"Ketika disoal-siasat, remaja itu akhirnya mengakui melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada jam 6.45 pagi. Kelahiran itu hasil hubungan dengan teman lelaki.
"Remaja itu menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia menemui bayi itu pada jeriji tingkap di belakang rumahnya," katanya.
Susulan pengakuan mangsa, polis turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun, teman lelaki remaja berkenaan untuk membantu siasatan. Remaja perempuan itu turut ditahan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. - The Reporter.
Buang Bayi, Apa Kata Nik Aziz
August 19, 2010 19:55 PM
Hukum Hudud Dilihat Jalan Penyelesaian Untuk Jenayah, Buang Bayi
KOTA BAHARU, 19 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.
Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang yang sedia di negara ini dilihat gagal menangani sebarang bentuk gejala jenayah dan sosial kerana ia tidak disertakan dengan didikan agama.
Katanya undang-undang bukanlah jawapan sebenar ke arah penyelesaian kepada jenayah dan gejala sosial, seperti kes rasuah, pembuangan bayi yang sedang melanda negara sekarang.
"Polis dan menggari pesalah adalah perkara kedua, yang penting dan utama ialah didikan agama supaya dapat ditanam roh takwa di kalangan umat manusia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Hududullah dan Seminar Hukuman Sebat Syariah di Kompleks Balai Islam, di sini, pada Khamis.
Tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu, iaitu "Hukuman Sebat Daripada Perspektif Islam" oleh Felo Kanan Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd Saleh Ahmad; "Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan" oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah" oleh Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.
Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Antara percanggahan itu termasuk pelaksanaan terhadap prosedur, kesalahan dan hukuman jenayah termasuk mencuri dan membunuh yang telah mempunyai peruntukan undang-undang Persekutuan di negara ini.
Nik Abdul Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup mengawal manusia tanpa disertai didikan dan tarbiyah syariat Islam dari peringkat ibu bapa, guru hingga pentadbir kerajaan negeri dan pusat.
Justeru itu, katanya, kerajaan negeri tetap berusaha untuk melaksanakan hukum hudud yang tidak harus dilihat sebagai suatu hukuman potong tangan terhadap pencuri semata-mata.
Hukum itu sendiri bertindak untuk mengajar umat manusia supaya tidak melanggar perkara yang dilarang tuhan kerana kelak ia akan membawa satu penyakit kanser moral kepada manusia, yang akhirnya menjatuhkan ketamadunan manusia sendiri, katanya.
"Hudud adalah garis sempadan yang ditentukan Allah menghadkan sesuatu yang termasuk dalam apa yang dilarang dan diperintah dan bukan semata-mata hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," tegas beliau. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buang bayi, mengapa hingga kini tiada kaedah penyelesaian? Sebenarnya bukan tiada kaedah, tetapi pemimpin-pemimpin negara ini masih 'tuli' dan 'telinga kuali' dari segala sesuatu yang datangnya dari agama. Apa lagi bila melihat Islam sebagai kaedah penyelesaian kepada penyakit-penyakit sosial masa kini.. puak-puak jahiliah itu bagaikan kelawar di siang hari!
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
Para pengundi yang hadir menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi.- Foto Bernama
SHAH ALAM – Kerajaan boleh mengambil pendekatan dengan membuat pendaftaran mengundi secara automatik terhadap setiap remaja yang menginjak usia 21 tahun.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, Malaysia sudah ada kemampuan untuk ke arah itu dan mengikut jejak beberapa negara yang sudah melakukannya.
Menurutnya, dengan cara ini ia dapat mengurangkan angka golongan muda yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh merealisasikan perkara ini.
“Kita tahu, mengundi adalah tanggungjawab semua, namun jika kita hanya menunggu, dikhuatiri akan lebih ramai tidak mahu mendaftar memandangkan ada beberapa faktor yang saya kira mengapa golongan muda ini tidak mahu mendaftar,” katanya kepada Sinar Online.
Beliau berkata, sungguhpun ia mungkin dianggap satu perubahan drastik, namun ia boleh dijadikan percubaan untuk ke arah lebih baik.
“Sudah pasti akan ada pro dan kontranya. Tetapi, jika kita tidak mulakan dari sekarang, bila lagi?
“Jumlah 4.1 juta yang masih belum berdaftar dan majoriti adalah golongan muda, ia tidak boleh dipandang ringan.
“Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak mahu mendaftar adalah kurang sikap ingin mengambil tahu kepentingan mengundi serta tiada pendedahan khusus mengenai tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.
Katanya lagi, ada juga segelintir golongan muda ini merasakan, mendaftar atau tidak, ia tidak akan membawa apa-apa perubahan terhadap sistem yang ada sekarang.
“Pandangan itu silap. Dengan kefahaman yang betul, jumlah ini akan dapat dikurangkan dan lebih ramai golongan muda akan mula mendaftar.
“Tetapi, tugas untuk memberi kefahaman bukan terletak kepada SPR dan parti politik sahaja. Ia perlu dilakukan oleh semua pihak termasuk keluarga sendiri,” katanya.
Jelasnya, keengganan golongan muda mendaftar sebagai pengundi memberi kebimbangan kerana merekalah nadi masa depan negara.
Lebih banyak pendedahan perlu dilakukan untuk menyuntik semula semangat dan mengembalikan keyakinan kepada golongan ini untuk mendaftar.
Lapor Sinar Harian.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya mengapa Malaysia dalam hal ini tidak canggih? Mengapa Malaysia masih takut-takut? Elok juga dibuat kajian, apa kesannya kepada pemerintah Barisan Nasional yang ada sekarang, boleh jatuhkah?
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
BUTTERWORTH: Kira-kira 50 masyarakat Islam mengadakan bantahan singkat selepas solat Jumaat bagi mendesak kerajaan Pulau Pinang berhenti campur tangan dalam hal ehwal Islam, khasnya berhubung fatwa.
Mereka berkumpul di Masjid Jamiul Al-Badawi di Kepala Batas, bagi menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan pemimpin DAP lain berhenti campur tangan dalam pengeluaran fatwa dengan serta-merta.
Mereka turut memegang kain rentang tertera gambar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dengan perkataan “Musuh Islam dan Musuh PAS” serta “Jangan kurang ajar dengan Melayu Penang”.
Protes itu berlangsung selama 10 minit sebelum peserta bersurai secara aman.
Jurucakap masyarakat Islam Kawasan Kepala Batas, Azmi Man berkata, ahli parti dan umat Islam sangat terganggu dengan kerajaan negeri yang didakwa campur tangan dalam hal ehwal Islam.
“Kami merasakan perkara Islam hanya perlu dibincangkan umat Islam, terutamanya perkara berkaitan fatwa,” katanya kepada wartawan petang tadi.
Isu campur tangan fatwa negeri itu julung kali dibangkitkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mendakwa semua fatwa di Pulau Pinang terpaksa mendapat kelulusan mesyuarat exco yang dipengerusikan Lim.
Afnan berkata, semua fatwa hanya memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan negeri tiada hak dalam pewartaan fatwa. Dakwaan Afnan itu kemudiannya disokong seorang ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
Kerajaan negeri dan Lim bagaimanapun menafikan sebarang bentuk campur tangan.
Dalam perkembangan lain, Azmi berkata, PAS Pulau Pinang akan menyokong seruan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak berhubung dengan DAP dan PAN. (TKO)
BEBERAPA keping gambar memaparkan seorang lelaki Thailand ditahan polis dalam keadaan bogel selepas menjalinkan hubungan seks dengan lembu kini tular di laman sosial.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, perbuatan lelaki berusia 40 tahun itu kantoi selepas beberapa penduduk kampung di daerah Lampang itu terlihat kelakukan anehnya mencium seekor lembu kira-kira jam 9.30 pagi, sebelum memaklumkan kepada penternak haiwan itu.
Bagaimanapun, ketika membuat pemeriksaan, penternak lembu berkenaan terkejut besar apabila menyaksikan haiwan miliknya itu sedang dirogol lelaki berkenaan.
Lelaki itu yang menyedari perbuatannya terbongkar lantas menyembunyikan diri di sebuah tandas berdekatan ladang lembu itu sebelum berjaya ditahan polis.
Ketika ditahan polis, lelaki tersebut dilihat tersenyum dan ketawa besar mungkin kerana menyedari perbuatan memalukan yang dilakukannya.
Semasa disoal siasat, lelaki itu akui mempunyai ‘perasaan tarikan sangat kuat’ terhadap lembu itu ketika haiwan itu sedang meragut rumput.
Sementara itu, pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada lelaki berkenaan mempunyai masalah mental atau sedang khayal.
Hasil pemeriksaan pada lembu mendapat terdapat kesan air mani pada haiwan itu.
Hukum Menyetubuhi Binatang
Termasuk dari kotornya fitrah, terbalik, dan terjungkirnya (fitrah) ke belakang, yaitu seorang manusia menyalurkan syahwatnya pada binatang, makhluk yang tidak dapat berbicara. Engkau akan melihat sifat kemanusiaannya terjungkir ke belakang dikarenakan ia turun pada derajat yang rendah. Maka ia akan mendapatkan dirinya terbelit seks (syahwat) baik dengan keledai, kera, atau apa pun dari semua binatang yang sesuai dengan tabiat dan keinginannya. Maka dia bersetubuh dan melampiaskan syahwat dengan binatang-binatang itu. Sungguh Nabi Shallallaahu ’alaihi wasallam telah bersabda dalam apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallaahu ‘anhu,
“Tidak diragukan lagi bahwa (penentangan) batin akan perbuatan menyetubuhi binatang lebih kuat dari penentangan batin akan perbuatan gay.“ [2]
Tidak diragukan lagi, orang yang melakukan perbuatan ini tidaklah menjauh dari semua perbuatan yang keji, bahkan ia berada pada posisi yang lebih besar karena ia tidaklah menyetubuhi binatang, kecuali ketidaksanggupannya untuk bersetubuh dengan binatang, dalam berzina, gay, atau ia dalam keadaan sedang mengigau sehingga tidaklah ia menemui satu perbuatan keji, kecuali melakukannya.
“Adapun mereka yang berpendapat agar dibunuh, berdalil dengan hadits Ibnu Abbas Radhiallaahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Nabi Shallallaahu ’alaihi wasallam :
“Siapa saja yang mendatangi binatang maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya bersamanya.“ [3]
Mereka berpendapat karena perbuatan ini tidak diperbolehkan dalam keadaan bagaimanapun maka dia dibunuh sebagaimana hukuman bagi pelaku gay. Adapun kelompok yang berpendapat tidak adanya hukuman, mereka berkata,
“Hadits (di atas) tidak shahih, jika hadits ini shahih sungguh kami akan berpendapat dengannya dan tidak halal bagi kami untuk menyelisihinya.” [4]
Al-Imam Al-Auza’i Rahimahullah berpendapat ada hukuman bagi pelakunya dan yang selainnya berpendapat agar dita’zir. [5] Al-Imam Asy-Syaukani Rahimahullah memberikan catatan terhadap hadits Ibnu Abbas Radhiallaahu ‘anhu, beliau berkata, “Dalam hadits itu terdapat dalil agar binatangnya dibunuh. Adapun alasannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud Rahimahullah dan Al-Imam An-Nasai Rahimahullah, dikatakan kepada Ibnu Abbas Radhiallaahu ‘anhu:
“Aku tidak tahu kalau Rasulullah Shallallaahu ’alaihi wasallam berkata seperti itu (yakni dibunuh). Hanya saja dagingnya makruh untuk dimakan karena hewan tersebut telah disetubuhi.”
Adapun alasan pendapat untuk hewan yang disetubuhi ini telah berlalu begini dan begitu … -sampai ucapan beliau: disebutkan dalam Al-Bahr bahwa binatang tersebut disembelih, walaupun dagingnya tidak dimakan agar tidak terlahir keturunan yang jelek, sebagaimana diriwayatkan bahwa ada seorang penggembala yang menyetubuhi hewan, lalu hewan itu melahirkan keturunan yang jelek.” [6] Selesai ucapan Ibnul Qayyim.
Yang tampak dari perkataan Ibnul Qayyim Rahimahullah bahwasanya beliau menguatkan pendapat agar orang yang menyetubuhi binatang dibunuh.
Hal tersebut dimaksudkan dalam kitabnya Al-Jawaab Al-Kaafi, hlm. 128.
[1] Hadits ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, ia berkata, “Sanadnya shahih.”
[2] Al-Jawaab Al-Kaafii, hlm. 201.
[3] Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (2420), Abu Dawud (4464), At-Tirmidzi (1454), Al-Hakim (4/355) dan Al-Baihaqi (8/233-234) dari Ibnu Abbas dan sanadnya hasan. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2565) dari Ibnu Abbas juga dengan lafal: “Siapa saja yang menyetubuhi mahramnya, maka bunuhlah ia, dan siapa saja yang menyetubuhi binatang, maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya”, di dalam sanadnya ada kelemahan, tetapi sanad hadits ini lebih shahih, lihat Zaadul Ma’aad, Jilid 5, hlm. 41 yang ditahqiq oleh Al-Arnauth.
[4] Al-Jawaab Al-Kaafii.
[5] Ahkaamul Qur’aan karya Al-Jashshaash, Jilid 5, hlm. 105.
[6] Fiqhus Sunnah, Jilid 2, hlm. 370.
(IH)
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
PADA 24hb Ogos 2016, Penang Institute, sebuah badan pendidikan di bawah kelolaan kerajaan negeri DAP Pulau-Pinang telah mengadakan sebuah forum bertajuk “ISLAM NUSANTARA – WHAT’s IN A NAME ? Jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu ia bermakna – ISLAM NUSANTARA-ADA APA DENGAN NAMA ? Apa yang menjadi janggal dalam forum ini adalah, tidak ada ahli-ahli panel MUSLIM yang dijemput untuk hadir memberikan pandangan dalam forum yang membincangkan tentang ISLAM dan keganasan.
Apakah tujuan di sebalik pengelolaan forum ini yang diadakan di Pulau Pinang yang dahulunya antara pusat penyebaran ISLAM tersohor di Nusantara ?
Tidakkah perbuatan seumpama ini bertujuan menghina MUSLIM di Pulau-Pinang apabila ajaran ISLAM dikupas dan dibincangkan oleh BUKAN ISLAM. Apakah tauliah yang diperlukan bagi bercakap tentang Islam tidak relevan di Pulau-Pinang dan tidak dikuatkuasakan oleh Majlis Agama Islam Pulau-Pinang?
Forum yang dianjurkan Penang Institute ini dengan menggunakan tajuk ISLAM NUSANTARA ini sebenarnya menghina Majlis Agama Islam Pulau-Pinang kerana tidak menetapi syarat tauliah yang tertera jelas dalam ENAKMEN PENTADBIRAN ISLAM PULAU-PINANG.
ISLAM adalah sebuah agama berlandaskan ilmu yang perlu dipelajari dan mempunyai asas-asas bagi mendalami dan memahami takrifan-takrifan dalam bahasa ARAB KLASIKAL yang merupakan kunci kepada memahami ISLAM.
Seorang sarjana ISLAM perlu mahir dalam setiap aspek asas-asas ilmu ISLAM sebelum boleh dibenarkan menjadi jurucakap bagi membincangkan di khalayak ramai tentang ISLAM.
Islam telah diHINA di Pulau-Pinang melalui Penang Institute pada malam 24hb Ogos 2016 apabila kebebasan diberikan kepada golongan BUKAN ISLAM mengupas dan membuat rumusan tentang tajuk ISLAM NUSANTARA-ADA APA DENGAN NAMA.
Tidakkah Penang Institute mempunyai sedikit rasa hormat kepada umat Islam di Pulau Pinang apabila mengadakan forum tentang ISLAM, tidakkah ada sarjana Islam dari pihak Majlis Agama Islam Pulau-Pinang atau badan-badan pertubuhan ISLAM dijemput bagi berkongsi platform yang membincangkan tentang ISLAM ?
Rakyat Pulau-Pinang sedar tentang agenda sebenar Penang Institute yang mempelopori agenda ISLAM LIBERAL. Banyak forum-forum yang dianjurkan oleh Penang Institute sebenarnya bertujuan mengajak masyarakat ISLAM Malaysia untuk mempersoalkan ajaran Islam bagi meruntuhkan keyakinan mereka terhadap Islam terutama sekali golongan muda. Perancangan ini dilaksanakan dengan begitu halus dalam forum-forum ilmiah tetapi agenda mempersoalkan Islam dilapik di latarbelakang forum ini.
Penang Institute cenderung kepada fahaman Islam Liberal yang berasaskan ajaran songsang oleh orientalis barat yang telah diberikan nafas baru oleh golongan anti hadith yang antara lain di pelopori oleh pertubuhan seperti Sisters in Islam.
Antara lain peguam bukan Islam – Andrew Khoo (juga figura utama dalam gerakan COMANGO, pertubuhan yang terkenal antara lain memperjuangkan isu homoseksual dan LGBT) dijemput membentangkan kertas kerja dalam sebuah forum Penang Institute pada 7hb Disember 2014 di Nottingham University, Level 2, Chulan Tower, Kuala Lumpur membincangkan tajuk ” IS ISLAM THE RELIGION OF PEACE” ?
Andrew Khoo yang dengan terang dan jelas menyebut bahawa beliau adalah seorang pengamal dan sarjana agama Kristian kemudian menyarankan agar ISLAM – DITAFSIRKAN DAN DIREFORMASIKAN SEMULA !
Beliau menyarankan juga agar semua orang bebas mentafsirkan AL-QURAN dan tidak perlu kepada rujukan kepada sarjana-sarjana Islam di dalam persoalan tafsiran agama Islam. Siapa yang memberi hak dan tauliah kepada Andrew Khoo untuk mengajak umat Islam memberi tafsiran baru kepada ajaran Islam supaya ia menjadi lebih relevan kepada kehidupan zaman moden ini?
Kita kesal kerana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak menghalang forum yang dikelolakan oleh Penang Institute di Kuala Lumpur pada 7hb Disember 2014 yang terang-terang melanggar ENAKMEN PENTADBIRAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN dengan membenarkan individu yang tidak mempunyai pengkhususan kesarjanaan ilmu ISLAM berhujah dan memberi pandangan tentang ISLAM.
Ini satu penghinaan kepada sarjana-sarjana Islam serta institusi pendidikan ISLAM di Malaysia yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh Penang Institute.
Terbaru seorang pemimpin boneka Melayu DAP, Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Pengarah Eksekutif Penang Institute Zairil Khir Johari yang dikenali di Pulau-Pinang sebagai seorang yang sudah tidak mengamalkan ajaran Islam malah cenderung kepada fahaman atheist telah mempersoalkan kewajaran status agama ditulis dalam MYKAD.
Di dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA telah tertera AGAMA ISLAM sebagai agama RASMI Malaysia. Secara tidak langsung ia memperuntukkan bahawa masyarakat ISLAM dikenalpasti dan sekiranya seseorang itu bertindak untuk keluar ISLAM perkara tersebut perlu dibawa ke mahkamah Syariah sebagai satu proses kawalan supaya tindakan meninggalkan ISLAM tidak berlaku sewenang-wenangnya.
Ini bagi mencerminkan kerajaan yang dipilih rakyat sebagai penjaga (custodian) kepada agama Islam yang telah diwartakan dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA sebagai AGAMA RASMI.
Ini juga penting kepada penganut-penganut agama lain dikenalpasti agama mereka di dalam MYKAD sebagai satu cara mengenal pasti anutan masing-masing jika berlaku kematian, pendaftaran kelahiran, kemalangan dan lain-lain hal yang memerlukan pengesahan anutan bagi tujuan pengurusan individu tersebut.
Niat jahat di sebalik saranan Zairil Khir Johari tidak lain dan tidak bukan bagi menimbulkan kemarahan masyarakat Islam seluruh Malaysia dengan memperkecilkan status Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan secara langsung bagi menunjuk-nunjuk kepada orang-orang Cina yang menyokong DAP bahawa seorang bangsa Melayu dengan beraninya memperlekehkan agama saudara-saudara sebangsanya.
Betapa bangsatnya bangsa Melayu di bawah pimpinan DAP sehingga dipergunakan secukupnya untuk menghina ISLAM !
Saya dengan rasminya mencabar PENGARAH EKSEKUTIF – Penang Institute ZAIRIL KHIR JOHARI untuk berdebat atas tajuk – ISLAM DAN LIBERALISMA – SATU PEMBOHONGAN! pada bila-bila masa dan di mana sahaja bagi mendedahkan dakyah Penang Institute yang berselindung di sebalik forum ilmiah tetapi hakikatnya mempunyai agenda menghina dan menghancurkan ISLAM secara halus.
Noor Mohamed B. Mohd Yousof Setiausaha Agung Nasional PAP
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
Atas: Sabrina Boing Boing seorang penari Samba dari sekolah Samba Tautape memegang poster yang bertulis "Juara" sambil keliling Jalan Paulista di Sao Paulo, Brazil (2/3). Bawah: Aksi Sabrina ini untuk meraikan sekolahnya Samba Tautape yang memperoleh kemenangan dalam perarakan karnival Samba di Sao Paulo, Brazil (2/3).
RAYAKAN kemenangan, penari samba ini bogel keliling Bandar Sao Paulo. Tindakan nekad yang dilakukan Sabrina Boing Boing untuk merayakan kemenangan sekolah Samba Tautape ini sehingga mengganggu konsentrasi pejalan kaki dan penunggang di jalanan Bandar Sao Paulo. Agak-agak di Malaysia ada tak puak-puak yang menyambut kemenangan dengan majlis tari-menari campur jantan betina, minum air kencing syaitan, jamah benda yang haram yang ditegah Allah SWT? Tak kiralah, parti politik atau depan menteri sekali pun. Mereka pun perlu didakwah dan di'islah' juga! Sampaikan walaupun satu ayat, itu tugas orang Islam. (IH)
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.