Sunday, January 01, 2017

2017: Tahun Beban, Harga Barang Naik -Jofri Jaraiee,



RAKYAT Malaysia menyambut tahun 2017 dengan kenaikan harga beberapa barang keperluan seperti kenaikan harga petrol, tayar, harga barangan keperluan sekolah terutama pakaian dan lain-lain barang keperluan harian.

Menurut satu laporan, jika sebelum ini ibu bapa memperuntukkan sekitar RM100 hingga RM150 bagi seorang anak, namun pada tahun ini mereka perlu menyediakan lebih RM200 untuk membeli pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis.

Kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga minyak yang dijangka pada tahun 2017 ini sudah pasti akan memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini sekiranya tiada kawalan dan pemantauan yang menyeluruh terhadap kenaikan barang keperluan ini dan sudah pasti akan membebankan rakyat yang kurang berkemampuan dan yang berpendapatan rendah.

Kesan dari kenaikan harga barang keperluan ini memang beban bagi rakyat kerana mereka terpaksa membelanja lebih daripada tahun sebelumnya. 

Pada ketika ramai yang terpaksa berhenti kerja akibat dari pembuangan pekerja dan kesan dari krisis ekonomi dunia yang merudum menyebabkan kehidupan rakyat semakin terdesak dan terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan.

GST juga perlu dimansuhkan dan subsidi petrol untuk kenderaan yang menggunakan RON95 dan diesel perlu dikembalikan semula. Pengangkutan awam seperti teksi, bas, lori yang membawa barang keperluan perlu dikawal sepenuhnya agar mereka tidak menaikkan harga tambang apabila kerajaan memberi subsidi untuk pengangkutan awam.

Kita menggesa agar pihak kerajaan dapat mengurangkan bebanan rakyat dengan memansuhkan GST dan hanya mengenakan cukai ke atas barang mewah dan subsidi dikembalikan semula untuk mengurangkan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Harap pihak kerajaan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap masalah yang membebankan rakyat ini agar kehidupan rakyat pada 2017 ini tidak seteruk seperti tahun sebelumnya. - HARAKAHDAILY 1/1/2017 

Penulis ialah Jofri Jaraiee, Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Klik.. Harga Minyak RON95, RON97, Diesel Naik.. BN, Baran...

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Banjir/Hujan Lebat, Mobilisasi Khidmat PAS Terus Gempur..



Memandangkan keadaan hujan lebat dan banjir yang telah bermula di Pantai Timur kesemua badan-badan dan agensi-agensi di bawah Pengurusan Bencana dan Kecemasan Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA) adalah diarah untuk meningkatkan tahap kesediaan mereka agar dapat digerakkan pada bila-bila masa. 

Tenaga-tenaga sukarelawan dan aset-aset hendaklah bersedia dikerahkan ke Pantai Timur. 

Arahan yang selanjutnya akan disampaikan melalui Pengarah KHIDMAT MALAYSIA negeri-negeri.

Selain dari itu, PAS negeri-negeri dan kawasan-kawasan boleh memulakan pengumpulan bahan-bahan keperluan untuk gerak kerja membantu dan menyelamat seperti bahan makanan kering dan peralatan-peralatan.

Untuk sebarang pertanyaaan diharap dapat menghubungi:

Pengarah Negeri Kelantan - YB Dr Izani 013 986 4799
Pengarah Negeri Terengganu - Dr Azman 019 942 1964
Pengarah Negeri Pahang - Haji Hasanudin 012 611 5768
Cikgu Husin 019 951 1860
Khairul Faizi 013 256 5530
Haji Zakaria 012 693 5938
Nazree 016 345 8538
Dr Rosni 019 264 4740
Nuri 016 933 8694

Datuk Iskandar Abdul Samad
Ketua Pengarah Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA)

Peperangan Al-Furqan Titik Mula Pembebasan Al-Quds -Ismail Haniyeh



Peperangan Al-Furqan atau dikenali dengan ‘peperangan pemisahan’ telah menjadi sejarah dengan menyaksikan pencerobohan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza bermula 27 Disember 2008 sehingga 18 Januari 2009.

Naib Presiden Biro Politik Gerakan Pembelaan Islam HAMAS merangkap ahli Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Sheikh Ismail Haniyeh berkata, peperangan Al-Furqan mencetuskan satu peristiwa penting ke arah pembebasan al-Quds, al-Aqsa dan Palestin.

Penegasan beliau itu disuarakan dalam ucapannya sempena ulang tahun ke-8 memperingati pencerobohan ke atas Gaza pada 2008.

Tambah beliau, pihak musuh telah gagal mencapai matlamat mereka.

Dalam ucapan sama, Haniyeh memberitahu rakyat Palestin telah berjaya menegakkan matlamat serta membuktikan ketabahan dan kekuatan dimiliki mereka.

“Kami menamakan peperangan ini sebagai peperangan ‘pemisahan’.

“Ini kerana melalui peperangan tersebut telah berlakunya pemisahan di antara dua peringkat.

“Iaitu peringkat perarakan rakyat dan peringkat penentangan secara berani,” jelasnya dipetik laman web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia-Asia.

Beliau memberitahu pencerobohan rejim zionis sama sekali tidak melunturkan semangat pejuang Gaza.

Bahkan jelasnya, mereka (pengganas) akan menanggung segala kesilapan atas kejahatan diperlakukan terhadap rakyat Gaza.

“Sesiapa yang berhenti dari memberi sokongan kepada rakyat kita, lalu menentang dengan senjata, harta dan kedudukan, serta segala bentuk sokongan sama ada harta mahupun sokongan moral, ia sebenarnya telah menambahkan lagi kekuatan rakyat kita dalam menghadapi musuh.

“Musuh membuat pertaruhan bahawa orang ramai akan tergugat dengan penentangan mereka,” katanya.

Beliau turut menyampaikan rasa cinta dan kesetiaannya kepada rakyat yang sentiasa memberi komitmen berjuang mempertahankan kebenaran dan tidak mensia-siakan amanah serta mengharapkan pertolongan Allah SWT.

Ujar beliau, pengorbanan tersebut bukti rakyat mahu melihat al-Quds kembali bebas merdeka lantaran Al-Quds dan al-Aqsa merupakan pengakhiran tujuan dan harapan semua umat Islam.

Beliau juga mengenangkan kembali detik 21 hari pertama pencerobohan Al-Furqan yang penuh dengan cerita kepahlawanan, kesabaran dan penebusan.

Walau bagaimanapun katanya, musibah besar menyaksikan ratusan syahid itu dihadapi dengan keteguhan akidah yang diterjemahkan oleh rakyat dan penentang.

Haniyeh mengakhiri ucapan sambil berdoa semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas para syuhada’ Al-Furqan iaitu al-Syahid Menteri Sai’d Siyam, al-Syahid al-A’lim Nizar Rayya, al-Syahid Taufiq Jabbar, al-Syahid Ismail Ja’bari, dan seluruh para syuhada’ rakyat lain dalam peperangan ‘pemisahan’ itu. (ulamasedunia.org)


Siapa Kit Siang Mengenai Islam, Bersama PKR, PAN?


Hasil carian imej untuk kit siang

Perkasa Hubungan Agama, Bukan Mahkamah Syariah!


KUALA LUMPUR – DAP mendesak kerajaan mengabaikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah baru-baru ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS itu harus dibiarkan kekal di atas kertas sahaja di Parlimen supaya ia tidak diteruskan di Malaysia.
“Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa Parlimen untuk memperkasakan hubungan antara agama di negara ini berdasarkan Perlembagaan Negara, Perjanjian Malaysia 1963 dan Rukun Negara.
“Kerajaan Malaysia perlu menilai semua cadangan membabitkan agama di negara ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Abdul Hadi pada 24 Novewmber lalu membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tetapi penerangan lanjut mengenai usul tersebut ditangguhkan ke sesi akan datang.
Rang undang-undang itu antara lain bertujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
Bagaimanapun, usaha PAS itu mendapat bantahan hebat Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP dan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN).
DAP menyifatkan rang undang-undang itu strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di negara ini yang disifatkan lapuk dan bakal mengundang bias kepada kaum wanita.
PKR dan PAN pula menyelar rang undang-undang itu kerana dianggap sebagai mengelirukan dan menimbulkan kebimbangan bukan Islam di negara ini. – mynewshub.cc
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa Kit Siang mengenai Islam bersama PKR dan PAN? Sama saja dengan PPBM dan UMNO? Namun perjuangan Islam tetap akan berjalan terus, tidak memperdulikan gangguan suara-suara sumbang yang bersahut-sahutan di kiri kanan jalan!
Ihdinas Sirathal Mustaqim...

Jom, Jengok Sebuah Kampung Global Sequl, Korea Selatan..



CATATAN SANTAI IBNU  HASYIM
ITAEWON merupakan sebuah kawasan permukiman dan perbelanjaan di tengah kota Seoul yang dihuni oleh aneka macam bangsa, sehingga dikenal sebagai Kampung Global.

Kawasan ini menawarkan sensasi keanekaragaman budaya hampir dari seluruh dunia. Kalau kamu berasal dari Indonesia, tentu kamu dapat merasakan budaya Indonesia di tempat ini. Untuk menuju kawasan ini, kamu boleh menumpang subway, kereta cepat, jalur 6 melalui Seoul Subway dan turun di stasyen Itaweon pintu keluar nomor 3.

Turun dari stasyen, kita akan jumpa fire station Itaewon, belok ke kanan. Sampai di persimpangan, belok kiri dan berjalanlah sekitar 200 meter. Di sini, terdapat banyak restoran dari berbagai negara, hotel, toko-toko yang menjual bermacam barang, tak ketinggalan para pedagang kaki lima.

Sebagai gambaran, mungkin Itaewon mirip dengan kawasan Malioboro di Jogja. Kalau di Malaysia macam bandar Melaka le. Tetapi yang di Korea ini lebih luas dan panjang lagi jalannya. Kawasan ini sangat bersahabat dengan pelancong. Kerana bahasa yang digunakan baik pemilik toko, layanan jasa, tulisan menu, keterangan, nama toko, tidak hanya berbahasa Korea atau bertulis dengan huruf Hangul saja.




Tetapi juga memakai tulisan dan bahasa Jepun, Mandarin, serta Inggeris. Belum nampak lagi bahasa Melayu. Di sebuah trotoar, ada berbagai bahasa ucapan selamat datang dari segala penjuru dunia, termasuk Melayu/ Indonesia.

Pihak kerajaan ada menyediakan pemandu pelancong pecuma. Pemandu ini biasanya berjalan keliling berdua dengan rakan kerjanya dengan mengenakan pakaian seragam merah dan bertopi, serta di lehernya tergantung tanda pengenal yang tertulis “Pemandu Pelancong Percuma” dalam bahasa Inggeris, China, Jepun dan lainnya. 

 







Di sepanjang jalan di Itaewon, kita akan melihat toko-toko aneka suvenir. Namun, kerana ia merupakan kampung toris harga barang di situ lebih mahal dari pasar lain di Seoul dan Korea.  Di sini juga disediakan Itaewon Night Market yang terletak di dekat kawasan Seoul Central Mosque atau Masid Sentral. 

Pasar yang dibuka pada malam hari itu menyediakan berbagai barang, seperti baju dan aksesoris seperti kaus kaki, anting-anting, gelang, kalung dan beberapa fashion item lainnya. Jika encik ingin menikmati aneka kuliner halal, di sinilah tempatnya.  Encik boleh makan di Ashoka yang merupakan restoran India pertama di Korea. Ada juga  restoran Moghul yang mengimport langsung bahan-bahan makanannya dari Pakistan.  


Dan, tepat di dekat Seoul Central Mosque ada restoran Wazwan yang memiliki menu andalan tandoori chicken. Sementara itu, Evergreen Halal Food Restaurant boleh menjadi alternatif. Keunikan kedai ini adalah kerana mereka menyajikan makanan dengan cara prasmanan.  Restoran halal lain yang banyak direkomendasikan adalah Murree Korea Muslim Food. 


Di sini, ada aneka menu khas Korea yang dapat dipilih dan terjamin halal. Di antaranya adalah kimchi bokumbab, bukgogi dukbaegi, bibimbap, dan juga dak do ri tang.

Hasil carian imej untuk masjid di korea selatan Terpesona Dengan Masjid Sentral.

Ini yang jadi penarik dari kampung global Itaewon, satu-satunya masjid yang berada di situ. Masjid ini diberi nama dalam bahasa Arab, Si’ul Al Markaz. Namun, petunjuk jalan yang dibuat oleh pemerintah setempat menuliskannya dengan bahasa Inggeris yakni Seoul Central Mosque. Arsitekturnya yang khas membuat pelancong mudah mengenali masjid ini.

Bagi masyarakat setempat dan pemeluk non Muslim, masjid ini merupakan titik akhir destinasi lawatan, kerana keindahan arsitekturnya. Apalagi Seoul Central Mosque ini terletak di ketinggian, antara Gunung Nam dan  Sungai Han. Bangunan masjid terdiri dari 3 lantai. 
Tidak hanya menyediakan tempat untuk solat berjamaah namun juga terdapat beberapa ruangan lain seperti pejabat, ruang kelas, ruang mesyuarat dan ruang konferensi. 

Bahkan ada penginapan yang sering dipakai para pekerja asing untuk menginap. Perluasan bangunan ini dilakukan pada tahun 1991 setelah pengelola setempat mendapat sumbangan dari pemerintah Arab Saudi. Di kompleks masjid juga terdapat sebuah organisasi yang mengurusi segala kepentingan politik dan diplomasi umat muslim di Korea Selatan, iaitu Korea Muslim Foundation atau  disingkatkan menjadi KMF.

Seperti biasa masjid yang berdiri di negara berpenduduk non-muslim, kita lihat tempat ini didatangi oleh orang-orang beragam kebangsaan, seperti Mesir, Libya, Syria, Sudan, Pakistan, Bangladesh, Turki, begitu juga Malaysia dan Indonesia. Umumnya, mereka adalah para pekerja asing yang mengadu nasib di negara tersebut. 

Ada juga penduduk tempatan yang masuk Islam semasa perang Korea dulu. Masjid ini juga menjadi tujuan pelawat yang ingin menunaikan solat Jumat. Setiap hari Jumat paling tidak ada 800 jamaah yang melaksanakan salat. Menyedari bahwa jamaah salat Jumat di masjid ini berasal dari berbagai negara, maka kutbah Jumat diberikan dalam 2 bahasa sekaligus yakni bahasa Arab dan Inggeris.

Pada bulan Ramadan, masjid ini akan semakin ramai oleh kegiatan keagamaan dan acara berbuka serta sahur bersama. Sama seperti di Malaysia, pengelola masjid juga menyediakan hidangan untuk para jamaah. Jadi kita tak perlu takut lapar jika mengunjungi Seoul Central Mosque pada bulan puasa. 

Uniknya lagi, lokasi Seoul Central Mosque ini berada di dekat penempatan tentera AS di Korea Selatan. Jadi jangan heran jika anda akan lihat kumpulan tentara Amerika hilir mudik di kawasan ini. Bahkan bagi yang menggunakan pakaian tradisional pun tak ada orang yang akan memandang curiga dan janggal, berbeda halnya jika berada di kawasan lain di Seoul. 

Hal ini yang membuat Itaewon dikenal dengan sebutan 'Itaewon Freedom'.

Sekian, akan bersambung lagi.


Sila hubungi..

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
Tel 014 222 5865 (KL)       
31 Dis 2016

Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

Urut & Seks Seperti Ini, Mengapa Tak Habis Hingga Sekarang?


 Sebahagian tukang urut warga asing yang ditahan di sebuah pusat urut di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru pada Rabu lalu.

Urut sambil tawar khidmat seks


JOHOR BAHRU – Ke­ghairahan lapan gadis tukang urut warga Thailand yang leka sedang melayan pelanggan terbantut apabila premis tempat mereka bekerja secara haram diserbu pasukan Jabatan Imigresen negeri di Taman Nusa Bestari di sini baru-baru ini.
Dalam serbuan Ops Ikrar pada pukul 6 petang Rabu lalu, kesemua tukang urat berusia antara 25 hingga 45 tahun terbabit ditahan bersama dua lelaki tempatan berumur 50 dan 65 tahun yang dipercayai penjaga pusat urut berkenaan.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata, dalam serbuan itu, seramai 12 wanita Thailand diperiksa namun lapan daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(i) Akta Imigresen 1959/63.
Menurutnya, kesemua wanita terbabit didapati tidak mempunyai permit masuk ke Malaysia atau dokumen pengenalan diri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Urut sambil tawar 'khidmat' seks, mengapa tidak boleh habis dan selesai sejak Malaya merdeka dulu hingga sekarang? 

Kerana..

1. Malaya atau Malaysia masih tidak merdeka dari sudut melaksanakan undang-undang Islam yang menjadi hak rakyat majoriti sendiri pada masa itu. Yakni tidak bebas dan tidak berhak melaksanakan ibadat Islam sendiri (perundangan) dalam masyarakatnya sendiri.

2. Penjajah memaksakan pemimpin bonekanya (melalui Parti UMNO) menerima undang-undang ciptaan manusia Lord Ried yang sekular, dipaksakan ke atas rakyatnya. Tidak boleh untuk melaksanakan sistem perundangan Islam seperti 'hudud', walaupun masih dituntut sampai sekarang.

3. Kerana itu tiada peruntukan perundangan larangan berzina seperti yang dikehendaki oleh Islam dalam perlembagaan dan perundangan Malaysia. Bahkan perlakuan najis zina itu dianggap 'khidmat seks', yakni suatu perkhidmatan berbentuk kebajikan. Inilah salah satu jenayah penyelewengan besar terhadap istilah-istilah agama.

4. Di Kelantan majoriti rakyat mahu perundangan 'hudud' dilaksanakan melalui demokrasi peti undi, tetapi Pemerintah Pusat tetap menolaknya kerana 'kepala otak' mereka masih melekat lagi saki-baki kotoran penjajahan.

5. Cukup sampai di sini, sekian.


Taman Zakar Gergasi Pula! Lucu, Gila Di Korea Selatan.


Hasil carian imej untuk Taman Zakar Gergasi Pula Di Korea Selatan.

INI bukanlah sebuah taman awam yang sesuai untuk seisi keluarga melakukan aktiviti riadah atau berpiknik. Terletak di Haesindang, Korea Selatan, taman ini dihiasi bukan dengan bunga-bungaan indah ataupun fasiliti riadah untuk kegunaan awam, tetapi…arca kemaluan lelaki!

Ya, ke mana sahaja anda toleh: ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, mata anda akan ‘dicabul’ dengan permandangan ‘majestik’ arca-arca berbentuk zakar lelaki pelbagai saiz.
PIC BY JOHN CRUX/CATERS NEWS - (PICTURED: Statues at the Haesingdang penis park in South Korea.) - Got wood? When it comes to the bizarre, this park has got it covered. Thats because the Haesindang Park in Gangwon province, South Korea, is full of massive TODGER sculptures. The phabulous designs on display range from the artist to the strange one of the exhibits appear to have had a gun carriage propping it up. While the park features several rather obvious designs, the crown jewel of the park a row of privates, each carved to contain a different woodland critter, with a sea view to boot. The parks inception however, is more tragic than a couple of blokes arsing around. SEE CATERS COPY. Meriam pun berbentuk zakar.
ad_203466727 
Jemput duduk semua: kerusi awam berbentuk kemaluan lelaki sepanjang 4 meter di Taman Haesindang, Korea Selatan.

Namun, ‘pendirian’ arca-arca zakar gergasi ini bukan sekadar suka-suka atau hasil lawak melampau arkiteknya. Sebenarnya, terdapat satu kisah mitos di sebalik mengapa taman awam itu dihias dengan arca genitalia lelaki. 

Begini ceritanya..

Alkisahnya, suatu masa dahulu, seorang gadis telah mati lemas di sebuah pinggiran pantai berbatu berhampiran taman tersebut. Seperti satu sumpahan, aktiviti perikanan di kawasan itu terjejas teruk sehingga mengakibatkan penduduknya jatuh miskin. Namun, sumpahan itu berakhir apabila seorang nelayan melakukan onani dan bertindak untuk membuang air maninya ke dalam laut. 

Secara tiba-tiba, tangkapannya hari itu menjadi-jadi! Tetapi, penduduk kampung dapat merasakan bahawa hantu gadis tersebut perlu ‘dipuaskan’ supaya dia tidak marah.

Jadi, mereka pun mendirikan arca-arca berbentuk zakar lelaki untuk menggembirakan hantu gersang tersebut.
ad_203466817
ad_203466806

ad_203466858
Gambar-gambar ini diambil oleh pelancong Australia, John Crux.
“Saya teruja sekali dan dalam masa yang sama, sedikit keliru apabila berada di Haesindang. Memang ada alasan konkrit mengapa arca-arca zakar itu didirikan, namun saya terkejut melihat kelakuan pengunjung di situ.
“Ada yang memeluk manja zakar-zakar gergasi tersebut. Ianya adalah satu permandangan yang pelik, tetapi agak kelakar lebih-lebih lagi apabila dilakukan oleh pengunjung warga emas,” kata Crux.

Kesimpulan:

Tiada langsung kaitan dengan kisah dongeng di atas, Islam telah menerangkan mengenai seks dan pernikahan, mengenai hubungannya dengan cara menerima dorongan masalah-masalah seksual, bahkan mengerjakannya dianggap suatu ibadat, kalau tidk salah laku. Sebagaimana keterangan Nabi saw:
  • "Di kemaluan kamu ada sedekah (pahala)." para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ketika kami bersetubuh dengan isteri akan mendapat pahala? "Rasulullah SAW. menjawab, "Ya. Andaikata bersetubuh pada tempat yang dilarang (diharamkan) itu berdosa. Begitu juga dilakukan pada tempat yang halal, pasti mendapat pahala. anda hanya menghitung hal-hal yang buruk saja, akan tetapi tidak menghitung hal-hal yang baik. " (IH)
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails