Saturday, December 03, 2016

Kelab UMNO Luar Negara Kurang Golongan Intelektual .



KUALA LUMPUR: Kelab UMNO Luar Negara mengakui mereka kekurangan golongan intelektual untuk menepis pandangan negatif yang diutarakan oleh pihak pembangkang. 

Wakilnya, Nur Alia Natasha Ahmad Sufian, berkata faktor demikian menjadi penyebab mengapa golongan muda semakin menjauhi parti itu ketika ini. 

"Sebagai contoh, pembangkang mempunyai wakilnya seperti Syed Saddiq Abu Bakar yang lantang menyuarakan pendapat bagi pihak parti mereka. 

"Tidak seperti UMNO iaitu belum ada seseorang seperti itu dengan lantang mempertahankan demi kelangsungan partinya," katanya ketika menjadi tetamu BHTV yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.

Nur Alia berkata, meskipun kelabnya melakukan pelbagai program dengan menjemput beberapa menteri yang berkaitan untuk menjelaskan permasalahan parti UMNO di sini, baginya masalah itu tidak dapat membantu kelab itu jika suara mereka tidak diambil perhatian. 

"Sejujurnya, pendapat saya segelintir ahli politik UMNO lebih banyak memperjuangkan agenda peribadi berbanding rakyat. 

"Jadi inilah kelemahan parti yang perlu diperbetulkan dari bawah supaya pengundi di luar sana kembali kepada jalan UMNO," katanya sambil menambah kelabnya baru melantik presiden dari Majlis Presiden-Presiden Luar Negara sebagai wakil untuk 'berdamping' dengan pemimpin politik di negara ini. (BH)

BH Live bersama Ahli Kelab UMNO luar negara, Nur Alia Natasha Ahmad Sufian

Ahok Saspek Tak Ditangkap, Yang Belum Terbukti Ditangkap -Hidayat N/Wahid


Hasil carian imej untuk Jakarta - Ahli politik Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Hidayat Nur Wahid sesal

Jakarta - Ahli politik Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Hidayat Nur Wahid (gambar)sesal penangkapan yang dilakukan Polri (Polis R/Indonesia) terhadap beberapa tokoh nasional sebelum aksi damai 2 Disember. Para tokoh itu menjadi pihak tertuduh Kerana merancang.

"Saya prihatin adanya penangkapan. Ahok saja sudah menjadi suspek tetapi belum dilakukan penangkapan. Tapi kenapa ini ada pihak yang belum terbukti ditangkap," ujar Hidayat di Monas, Jakarta Pusat, Jumat (2/12/2016). 

Beliau menilai langkah polis tersebut menunjukkan undang-undang di Indonesia mengalami kemunduran. Oleh kerana itu, dia mendesak Polri untuk menjelaskan perkara tersebut.

"Ini lagi yang menurut saya sebagai kemuduran undang-undang. Segera buat penjelasan bahawa mereka tidak berniat merancang untuk menggulingkan kerajaan," sambung Hidayat.

Sebelumnya, Polis menangkap 10 orang. Sebanyak lapan di antaranya diduga berkaitan pelan tindakan merancang menjelang demo 2 Disember.

Karopenmas Mabes Polri Kombes Rikwanto berkata, mereka yang dituduh itu adalah AD, kemudian E, AD lagi, KZ, RS, RA, SB, dan RK.

"Lapan di antaranya dikenakan tuduhan Pasal 107 junto Pasal 110 KUHP junto Pasal 87 KUHP. Sedangkan 2 orang dengan inisial JA dengan RK, dikenakan Pasal UU ITE, Pasal 28," kata Rikwanto di Mabes Polri, Jumat (2/12/2016).

Rikwanto berkata, mereka saat ini sudah diamankan (ditahan) dan dilakukan pemeriksaan di Mako Brimob Kelapa Dua. "Penyidik ​​Polda Metro Jaya mengamankan di sana untuk dilakukan pemeriksaan," kata dia. ((IH/Liputan 6)

Hukum Bogel Tengah Bandar, Bolehkah Undang Ini Mendidik Rakyat?

Kantoi Mencuri, Tiga Gadis Diarah Bogel Tengah Bandar

GARA-GARA dituduh mencuri, tiga gadis dipaksa berjalan di tengah bandar dalam kedaan berbogel di Huatabampo, sebuah bandar di Mexico.

Mirror.co.uk melaporkan, kejadian tersebut berjaya dirakam dan menjadi viral di media sosial negara itu dengan memaparkan gelagat tiga gadis berjalan tanpa pakaian dengan hanya memakai sarung kaki.
Ketiga-tiga gadis tersebut yang terpaksa menutup payudara dan kemaluan masing-masing menggunakan tangan, dipaksa berjalan di tengah bandar pada waktu malam. 

Berita tempatan melaporkan, gadis tersebut dipaksa berjalan bogel kerana dituduh menyamun. Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Konflik ini bermula apabila ada wanita muda yang terbabit dalam kerja haram (maksiat) telah merompak individu yang juga terlibat dalam kerja haram itu,” Datuk Bandar, Heliodoro Soto kepada media tempatan.

Jelasnya, sehingga kini tiada laporan yang dibuat kerana mungkin mangsa mahu melindungi keluarga dan malu dengan kejadian itu. Ketiga-tiga gadis terbabit termasuk individu yang memaksa mereka berjalan dalam keadaan bogel masih tidak dapat dikenal pasti kerana tiada laporan polis dibuat.

Tiga Wanita Berbogel Di Tengah Bandar Kerana Mencuri

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah undang-undang begini mendidik rakyat? Bandingkan dengan sistem perundangan Islam, berperanan menjadikan hukuman jenayah sebagai alat mendidik rakyat menjadi baik, yang tidak boleh ditukar ganti dengan hukuman wang atau kebendaan. 

Friday, December 02, 2016

Penyanyi Opick: Aksi Bela Islam III Jakarta, Bukti Cinta pada Agama.


Ribuan umat Islam berdoa dalam Aksi Bela Islam 3 di kawasan Monas, Jakarta, Jumat (2/12)

HALAMAN HIBURAN
JAKARTA: Penyanyi religi Opick menilai bahwa aksi doa bersama 2 Desember 2016 atau aksi super damai bela Islam III membuktikan cinta dengan agama. 

"Suasananya luar bisa, tenang, dan nyaman, banyak massa yang datang dari berbagai penjuru Indonesia bahkan ada yang didorong pakai kursi roda. Ini bukti cinta kita dengan agama," kata Opick di kawasan Monas, Jakarta Pusat, Jumat (2/12). 

Ia juga merasa terharu dengan adanya massa yang berjalan kaki dari Depok, Bogor, Pulo Gebang, Condet, dan lain sebagainya untuk berkumpul di Monas. 

"Islam itu baik, ini merupakan contoh yang baik dengan adanya shalawatan dan dzikir bersama," ucap Opick. Opick juga sempat menyanyikan lagu andalannya, yaitu Tombo Ati di hadapan massa aksi doa bersama. Sementara itu, massa doa bersama telah menunaikan Shalat Jumat berjamaah. Mereka tetap menunaikan Shalat Jumat walaupun kawasan Monas diguyur hujan. 

Presiden Joko Widodo dan Wakil Presiden Jusuf Kalla pun tampak mengikuti Shalat Jumat di Monas  Sumber : Antara
Umat muslim mengikuti aksi Super Damai 212 di kawasan Monas, Jakarta, Jumat (2/12).

Umat muslim mengikuti aksi Super Damai 212 di kawasan Monas, Jakarta, Jumat (2/12).

Sejuta Umat Hari Ini Berkumpul dan Berdoa, Tetap Ingin Ahok Dipenjara Suasana dekat panggung utama Aksi Bela Islam III di lapangan Monas, Jakarta, Jumat (02/12/2016) pagi.

Hasil carian imej untuk Penyanyi Opick:

Opick - Tombo Ati

Zahir Mahdi (Pemimpin Dapat Petunjuk). Kuliah Jumaat Abd Hadi 25 Nov 2016

Hasil carian imej untuk siapa imam mahdi
Video 08/38: Kuliah Jumaat 25 Safar 1438 / 25 Nov 2016
Hasil carian imej untuk siapa imam mahdi

KULIAH JUMAAT 25 SAFAR 1438 / 25 NOVEMBER 2016

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikuti selanjutnya..

Jokowi-JK Jalan ke Monas Ikut Salat Jumaat Bersama Massa Demo 212




Pantauan Liputan6.com, Jumat (2/12/2016) di Istana Kepresidenan, puluhan pasukan pengamanan presiden (Paspampres) berseragam hitam-hitam sudah bergerak ke luar Istana. Sebagian lainnya tengah bersiaga di sekitar masjid Istana.
Presiden Jokowi saat ini sedang berjalan dari Istana menuju ke Monas. Presiden mengenakan kemeja putih dan peci hitam serta menggunakan payung.
Jokowi didampingi Wapres JK, Panglima TNI Gatot Nurmantyo, dan Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin.
Di bawah guyuran hujan, Jokowi dan JK berjalan kaki dengan santai sambil memegang payung menuju Monas.

Isyarat Lucah. Nak Buat Baik, Tapi Jadi Tidak Baik Begini, Wajarkah?

Cuba Pulangkan Dompet 'Biker' Dapat Isyarat Lucah


SATU video yang dirakam oleh seorang penunggang motosikal memaparkan pemandu kereta berwarna perak yang tercicir dompet selepas selesai isi minyak di sebuah stesen minyak.

Kejadian yang berlaku itu tidak disedari oleh pemandu kenderaan tersebut. Malah sebuah telefon bimbit juga dilihat turut berada di atas bumbung kereta itu.
Penunggang berkenaan yang berada di belakangnya berhenti dan ambil dompet itu sebelum cuba memulangkan dompet dengan bertindak mengejarnya dan membunyikan hon agar lelaki itu memberhentikan keretanya.
Cuba Pulangkan Dompet 'Biker' Dapat Isyarat Lucah
Cuba Pulangkan Dompet 'Biker' Dapat Isyarat Lucah
Cuba Pulangkan Dompet 'Biker' Dapat Isyarat Lucah
Malangnya, lelaki itu telah menunjukkan isyarat lucah terhadap penunggang motosikal berkenaan.
Terkejut dengan kelakuan pemandu itu, dia sekali lagi mengejar pemandu berkenaan dan memberitahu bahawa dompet milik lelaki itu terjatuh.
Menyedari dompetnya di tangan penunggang berkenaan, lelaki itu memberhentikan keretanya dan berkata “Thank you so much bro,”.
Bagaimanapun penunggang itu bertindak ‘balas dendam’ kepada pemandu tersebut dengan hempaskan telefon bimbit ke atas jalan kerana memberi isyarat lucah kepadanya sebelum memecut lalu meninggalkan tempat tersebut.
Tidak pula dinyatakan di manakah lokasi dan bilakah insiden tersebut berlaku tetapi dipercayai ia berlaku di luar negara baru-baru ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam hal berbuat baik kepada orang lain pun, kita kena bersabar dan berhemah, seperti cerita di atas. Seperti juga pemimpin-pemimpin politik, terutama pemimpin pembangkang, kerana media tiada di pihaknya. Perbuatan baik boleh ditakrif menjadi buruk.

Contoh dekatnya seperti pemaparan blog ini, untuk menyampaikan kebenaran dan dakwah, bermottokan 'Sampaikan.. walau 1 ayat'. Tetapi ditakrif atau dituduh sebagai blog lucah. Kita siarkan kritik dan komen sebebasnya, tetapi digunakan untuk mencarut, memaki hamun editornya.

Di situ perlunya berhemah dan fatanah.

Ibarat kita membimbing orang buta melintas jalan raya yang merbahaya. Walaupun dia memarahi kita pembimbingnya dengan berbagai alasan, namun tugas kita ialah memastikan dia menyeberang jalan itu dengan selamat.

Itulah tugas para Nabi dan Rasul, sampaikan.. walau 1 ayat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails