Tuesday, April 19, 2016

T/Pembela Muslim Bantah A/Bakar Baasyir Dipindahkan Bergari Ke Penjara G/Sindur


ABU BAKAR BAASYIR dipindah dari Nusakambangan ke Lapas Gunung Sindur Bogor karena pertimbangan kesehatan, Sabtu 16 April 2016. 

CILACAP, Indonesia:Tim Pembela Muslim (TPM) membantah pegawai keamanan yang diduga menggari tangan Ustaz Abu Bakar Baasyir (77) ketika dipindahkan dari Lapas Pasir Putih Nusakambangan ke Lapas Gunung Sindur, Bogor, Jawa Barat, Sabtu (16/4).

"TPM mempersoalkan masalah pemborgolan terhadap Ustaz Abu Bakar Baasyir yang sudah berumur. Selama ini aparat selalu berdalih ada kemungkinan ancaman dari luar dan sebagainya. Kami protes keras atas perlakuan seperti itu dan akan mempersoalkannya secara undang-undang," kata Ketua Dewan Pembina TPM, Mahendradatta.

Dari foto-foto yang beredar di internet kelihatan gambar ketika Baasyir turun dari kereta kenderaan taktikal aparat. Kedua-dua tangan Baasyir menangkup satu dengan yang lain. Kelihatan kain putih menutupi ujung tangan hingga pergelangannya. 

Gambar ini mengesankan bahawa kedua-dua tangan Baasyir digari dan selanjutnya ditutup dengan kain agar tidak mengunjungi kawasan.
Foto lain juga memperlihatkan kedua-dua tangan Baasyir yang selalu menangkup ketika berjalan menuju pesawat dengan pengawalan ketat dan ketika menaiki pesawat di Lapangan Terbang Kertech, Cilacap, ketika pengasas Pondok Pesantren Ngruki, Sukoharjo tersebut hendak dibawa ke Jakarta.

Kapolres Cilacap AKBP Ulung Sampurna Jaya menyatakan Baasyir dalam keadaan sihat ketika dipindahkan dari Nusakambangan ke Gunung Sindur. 

"Sebelum diberangkatkan dari Lapas Pasir Putih, sudah diperiksa kesihatannya, dalam keadaan sihat, tidak kurang suatu apapun atau sakit. Setibanya di lapangan terbang, langsung diserah kepada pasukan dari Mabes Polri dan selanjutnya diterbangkan menggunakan pesawat Polisi Terbang," kata Ulung.

Menurut dia, Baasyir juga didampingi salah satu terpidana kes terorisme, Muhammad Natsiruddin alias Cecep alias Tegar yang selama ini membantu mengurus keperluan sehari-hari pemimpin Majelis Mujahidin Indonesia (MMI) itu di Lapas Pasir Putih.

Selain Baasyir, kata dia, pada Sabtu juga dilakukan pemindahan terpidana mati kes narkoba (dadah) Freddy Budiman dari Gunung Sindur ke Pulau Nusakambangan dengan menggunakan pesawat yang sama. Setelah pesawat Cassa P4101 yang membawa Freddy Budiman mendarat di Lapangan Terbang Kertech langsung kembali ke Jakarta dengan membawa Baasyir. "Freddy Budiman dibawa ke Nusakambangan dengan Barracuda juga kerana selari, satu pakej," katanya.
Menurut Ulung, pesawat yang membawa Ba'asyir terbang ke Jakarta pada pukul 10.15 WIB dan situasi semasa proses pemindahan aman serta kondusif. 

"Adapun keselamatan tersebut melibatkan 50 anggota Brimob, 150 personel Polres Cilacap, serta dibantu Kodim maupun Lanal," katanya.

Ruang pengasingan

Baasyir menghuni Lapas Batu, Nusakambangan sejak 6 Oktober 2012, setelah dipindah dari Rumah Tahanan Bareskrim Mabes Polri. Namun, sejak 15 Januari 2013, ia dipindah ke Blok D Lapas Pasir Putih, Nusakambangan.

Kerana di Lapas Pasir Putih sedang ada pengubahsuaian berupa perbaikan atap di Blok D, Baasyir dan dua terpidana kasus terorisme dititipkan di Lapas Batu, Pulau Nusakambangan mulai 5 September 2015.

Usai menghadiri sidang peninjauan kembali di Mahkamah Negeri Cilacap pada 9 Februari 2016 dengan agenda kesimpulan dan menandatangani berita acara pemeriksaan, Baasyir tidak dikembalikan ke Lapas Batu melainkan diletakkan di ruang pengasingan Lapas Pasir Putih.

Sementara itu, terpidana mati kes narkoba Freddy Budiman menjadi penghuni Lapas Batu, sejak 30 Julai 2013, setelah dipindahkan dari Lapas Narkotika, Cipinang, Jakarta. Pada 8 April 2015, Freddy Budiman dibon pinjam oleh Mabes Polri untuk pembangunan kes dadah di Jakarta dan selanjutnya terpidana mati tersebut ditempatkan di Lapas Gunung Sindur hingga akhirnya dikembalikan ke Nusakambangan.

Faktor kesihatan

Kepala Kantor Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia (Kemenkumham) Jawa Tengah, Bambang Sumardiyono berkata pemindahan Baasyir ke Gunung Sindur kerana faktor kesihatan. Menurutnya Baasyir sempat jatuh sakit ketika berada di Lapas Pasir Putih dan mendapatkan rawatan. 

"Ustaz (Abu Bakar Baasyir) dipindahkan ke Gunung Sindur kerana faktor kesihatannya. Itu untuk mendekatkan dia dengan doktor. Untuk memudahkan rawatan kalau sakit," jelasnya.

Namun, Bambang memastikan Baasyir dalam keadaan sihat ketika dibawa dari Nusakambangan. Menurutnya Baasyir kelihatan bugar dan berjalan kaki sendiri ke arah kereta dan keluar dari kereta yang membawanya.

Berkaitan terpidana mati Freddy Budiman, Bambang menjelaskan ia langsung dimasukan ke sel pengasingan begitu sampai di Lapas Pasir Putih. Bambang sendiri mengaku tidak tahu sama ada penarikan balik Freddy ke Nusakambangan berkaitan rancangan pelaksanaan hukuman mati. 

"Kami malah belum mendengar soal pelaksanaan eksekusi. Itu kuasa pusat. Tapi yang jelas, dia (Freddy) terus masuk pengasingan," jawabnya. (IH/Tribunjateng)

Video: Abu Bakar Ba’asyir Dipindah ke Lapas Gunung Sindur


'Keluar PAS Jatuh Kafir'.. Samakah Dengan Isu 'Kerjasama PAS/UMNO'?



KEPUTUSAN Perbicaraan Kes Saman Fitnah Ustaz Norazli Musa Presiden Geng Ustaz terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini 19 April 2016. 

Ustaz Norazli Musa diwakili oleh peguam Tetuan Srihana dan Partners. Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu "ceramah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam (PAS) jatuh kafir" yang tidak pernah disebut oleh Ustaz Norazli Musa dalam ceramah beliau. 


Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan. M
ahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM 50 ribu beserta kos perbicaraan RM 4450 dan juga defendan dikehendaki membuat permohonan maaf.



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah suatu contoh bagaimana musuh-musuh PAS mencipta slogan-slogan yang memburuk-burukkan PAS. Memfitnah membeber dan mengatakan pemimpin PAS berkata begitu. Banyak lagi isu-isu lain yang dibuat macam tu. 

Contohnya isu Presiden PAS membawa dan mengheret PAS masuk BN atau 'berkejasama dengan UMNO/BN'. Isu ini ditiupkan mulai sebelum muktamar PAS tahun lalu lagi dengan begitu berkesan dan berjaya sekali. Sehingga berpecah ahli PAS, wujud kumpulan serpihan yang jadi parti 'Amanah' atau disebut juga PAN. 


Tiap kenyataan Presiden PAS sehingga sekarang dijadikan bahan ejekan. Tetapi ternyata semuanya itu tidak dapat dibuktikan sehingga hari ini ('berkejasama dengan UMNO/BN' belum terbukti lagi). PAS tetap berjalan seperti dulu. 

Kenyataan 'sape Keluar Jamaah Islam (PAS) jatuh kafir' pun begitu juga. Ia juga dirancang dengan teliti dituduh disebutkan oleh penceramah Ustaz Norazli Musa. Akhirnya, mahkamah memutuskan sebaliknya. Kita tunggu banyak lagi isu-isu yang akan ditiupkan menjelang pilihan raya umum akan datang. (IH)

'MySolve', Perak Perkenalkan Mohon Cerai Melalui Talian..

IPOH – Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai ‘MySolve’.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr. Mohd. Nizar Zakaria berkata aplikasi itu bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri bercerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.
“Menerusi aplikasi itu, pasangan yang ingin mendaftarkan perceraian tidak perlu datang ke Mahkamah Syariah berulang kali kerana semua maklumat berkaitannya sudah disimpan dalam sistem selepas permohonan mereka dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘MySolve’ di sini hari ini.
Ia dibangunkan Jabatan Kehakiman Syariah Perak yang boleh diakses menerusi mysolve.perak.gov.my.
Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Asa’ari Mohd. Yazid berkata aplikasi MySolve dibangunkan sejak Januari lalu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.
Beliau berkata menerusi MySolve, permohonan cerai boleh diselesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu berbanding prosedur biasa yang mengambil masa sehingga dua bulan.
“Sehingga kini 34 pasangan telah mengguna pakai aplikasi ini dan terdapat kes yang dapat diselesaikan dalam tempoh sehari sahaja. Aplikasi ini dapat menjimatkan kos serta masa pasangan yang ingin bercerai ketika berurusan dengan Mahkamah Syariah.
“Selain itu ia juga memberi kebaikan kepada mahkamah dalam memastikan pasangan mendapat tarikh sebutan perbicaraan yang sesuai serta dapat mengurangkan kesesakan di kaunter mahkamah dan menjadikan penyusunan penjadualan kes di mahkamah menjadi lebih teratur,” katanya.
Asa’ari berkata pasangan yang menggunakan aplikasi itu akan dikenakan bayaran pendaftaran permohonan perceraian sebanyak RM50. – BERNAMA

Cium Penyanyi Gay, Akan Sampaikah Penyakit Ini Ke M'sia?

ricky

Adakah lu sanggup menghabiskan wang sebanyak RM351,000 semata-mata untuk mencium penyanyi gay, Ricky Martin?  

Wanita ini, Ana Paola Diniz sanggup berbuat demikian malah dia telah membuat bidaan paling tinggi dalam satu majlis amal untuk AIDS dan membolehkannya mencium penyanyi pujaannya.

Ricky, yang ketika ini sedang berpacaran dengan artis Syria, Jwan Yosef, telah membuktikan bahawa Ana mendapat nilai wang berkenaan dengan membalas ciuman wanita berkenaan dengan ghairah.

“Saya tahu saya menjadi tarikan lelaki dan perempuan, kita semua hanya manusia biasa dan mempunyai keperluan seksual serta emosi,” katanya. 

Ricky telah mengumumkan bahawa dia seorang gay pada 2010 dan pada 2014, Ricky menyatakan dia berasa lega kerana dapat berkongsi berita berkenaan. Penyanyi berkenaan mempunyai dua anak kembar, Matteo dan Valentino yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang pada 2008. 

Ketika itu Ricky berpacaran dengan teman lelakinya, Carlos Gonzalez Abella tetapi hubungan itu berakhir pada Januari 2014.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Adakah penyakit gay atau LBGT akan atau telah merebak diimport masuk ke negara ini? 

LGBT atau GLBT adalah singkatan daripada "lesbian, gay, biseksual, dan transgender". Istilah ini digunakan semenjak tahun 1990-an dan menggantikan frasa "komuniti gay", kerana istilah ini lebih mewakili kumpulan-kumpulan yang telah disenaraikan.

Akronim ini dibuat dengan tujuan untuk menekankan kepelbagaian "budaya yang berdasarkan identiti seksualiti dan gender". Kadang-kadang istilah LGBT digunakan untuk semua orang yang tidak heteroseksual, bukan hanya homoseksual, biseksual, atau transgender.  

Istilah LGBT sangat banyak digunakan untuk penunjukan diri. Istilah ini juga digunakan oleh majoriti komuniti dan media yang berasaskan identiti seksualiti dan gender di Amerika Syarikat dan beberapa negara berbahasa Inggeris yang lain.

Gerakan itu tidak akan dapat masuk, kalau di negara itu melaksanakan perundangan Islam sepenuhnya. Ia akan mudah masuk dalam negara yang sekular seperti Malaysia, Eropah atau sosialis komunis. (IH)

Hari Ini, ‘Full Moon Beach’ Pesta Liar Di Pulau Perhentian?


Gambar hiasan.
HALAMAN HIBURAN
BESUT – Pemuda dan Puteri UMNO Besut serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis terhadap penganjuran pesta ‘Full Moon Beach Party’ di Pulau Perhentian Kecil kerana dikhuatiri akan mengundang pelbagai perkara negatif.
Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bagi meminta pihak berkuasa menghalang penganjuran pesta itu yang dikatakan akan diadakan pada 19 dan 20 April ini.
Ketua Pemuda UMNO Besut, Azizul Jasmi Mohamed berkata pesta yang akan didakan di Long Beach, Pulau Perhentian Kecil itu dikhuatiri akan mengundang pelbagai perkara negatif terutamanya golongan remaja.
“Pada kebiasaannya di parti seperti itu akan dipenuhi dengan kegiatan meminum minuman keras, pesta liar antara lelaki dan perempuan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, semalam.
Ketua Puteri UMNO Besut, Erniesalwani Saidi berkata penganjuran pesta seumpama itu tidak sesuai dengan adat dan budaya tempatan serta ajaran Islam.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata setakat hari ini tiada permohonan dibuat oleh mana-mana pihak untuk menganjurkan pesta itu.
Katanya pesta itu difahamkan akan membabitkan pelancong dari dalam dan luar negara diuar-uarkan di dalam media sosial seperti Facebook dan WhatsApp sejak beberapa hari lalu.
“Kerajaan negeri akan bertindak tegas tidak akan meluluskan pesta itu diadakan sekalipun pihak penganjur membuat permohonan kepada Majlis Daerah Besut (MDB),”katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Tengku Zaihan berkata beliau telah meminta pihak MDB dan Pejabat Agama Daerah Besut membuat pemantauan dan mengambil tindakan menghalang pesta itu daripada diadakan. – BERNAMA

Jamin Isteri Dicekup Khalwat. Ini Ciri2 Suami Dayus..

Suami hadir jamin isteri dicekup khalwat
Suami hadir jamin isteri yang dicekup khalwat (Gambar) Wanita bersama pasangannya ditahan Bahagian Penguat kuasa Jaim dalam sebuah bilik hotel di Taman Melaka Raya, dalam operasi awal pagi semalam. 

MELAKA - Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki berusia 24 tahun terkejut apabila melihat suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim). 

Wanita berusia 23 tahun berasal dari selatan tanah air itu ditahan pihak penguat kuasa Jaim bersama seorang lelaki penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sini, awal pagi semalam. 

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, ketika ditahan pada jam 2.45 pagi semalam, lelaki itu menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik hotel berkenaan. 

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan. 
“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya," katanya. 

Beliau berkata, wanita tersebut terkejut apabila dibawa balik ke pejabat Jaim dan diminta menghubungi penjamin, keluarga wanita berkenaan datang bersama suaminya yang berusia dalam lingkungan 25 tahun. 

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya. 

Sementara itu, katanya, dalam operasi yang bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan. Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim. 

“Tangkapan semalam turut membabitkan tiga penjawat awam serta dua pelajar universiti awam di negeri ini. 
"Salah seorang penjawat awam terlibat adalah seorang pengurus pasukan sebuah negeri di kejohanan sukan membabitkan kakitangan kerajaan.
“Penjawat awam berkenaan yang berusia 51 tahun ditahan bersama pasangan wanitanya berusia 35 tahun berasal dari Selangor. Hasil siasatan lelaki berkenaan sudah berkahwin sementara pasangannya masih bujang,” katanya. 

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. 

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. (sinarharian)

Ini Ciri-ciri Lelaki Dayus Menurut Islam.

Siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW, tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda:
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
  • Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus." (Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
  • Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

Erti Dayus 

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu:

i. Sabda Nabi:

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
  • Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata: "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , berkata nabi : "Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki 'dayus' adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

ii. Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
  • Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)
Dayus Menurut Ulama. 

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut:
هو الذي لا يغار على أهله
  • Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata: "Cemburu lawannya dayus" (Umdatul Qari, 18/228)
Berkata pula An-Nuhas:
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
  • Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir:
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
  • Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata:
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
  • Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata:
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
  • Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus Adalah Dosa Besar.
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar:
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
  • Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya:
والقواد عند العامة السمسار في الزنى

  • Ertinya : Al-Qawwad (salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186)

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya:
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

  • Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu, Bagaimana Tuntutan Islam. 

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu. Benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, dinasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian. 

Dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri. Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya. 

Selain itu, bergembiralah suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda:
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 
  • Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak)" (Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168)
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Seorang bapa pun, mengetahui 'ringan-ringan' anaknya berbuat maksiat lelaki perempuan sebelum berkahwin dan membiarkannya, ia dayus.
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. 

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya. Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
  • Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond: "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

Menjadi Dayuslah Lelaki Bila..
  1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
  9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelmatnya dari lemas dan yang sepertinya.
  11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. Jikalau wujud terdesak atau tiada pilihan atau ada kes khas kesihatan yang memerlukan atau tiada kemampuan kewangan sangat, ada keringanan dan bukan dayus.
  12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati bahagian dalam kawasan aurat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. Tiada pula terdesaknya keadaan.
  13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
  15. Dan banyak lagi.
Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak  sabit 'dayus' kepada dirinya.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. 

Nabi SAW bersabda:
من قتل دون أهله فهو شهيد
  • Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" (Riwayat Ahmad, Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian. Wallahu 'Aklam. (IH)

Video: 

Ust Azhar Idrus- Lelaki Dayus

Monday, April 18, 2016

Konsert Ella Mengundang Kejutan. Demi Pembangunan Negara?

Para penonton terus disajikan dengan persembahan mantap Ella bergandingan dengan insan yang pernah bekerjasama ketika menjayakan album Ella USA (1994), gitaris Kyoji Yamamoto.

Akhir:


Pesanan. Akhirnya.. Ella sempat menitipkan pesanan buat penonton: “Hidup ini biarlah bersih, jauh daripada dadah.” Persembahan ini berakhir pada pukul 12.30 pagi.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah konsert ini berfaedah untuk mendidik generasi muda dalam membantu pembangunan negara? Membantu pembangunan rohani dan jasmani, atau pembangunan dunia wal akhirat? Bolehkah mencapai matlamat yang baik melalui cara yang salah?


Hanya Allah saja yang Maha Tahu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails