Monday, April 18, 2016

Peluang Kerja Di Australia Masih Terbuka...

Peluang Kerja Di Australia Masih Terbuka...

Tiap Minggu & Bulan.. 
Sentiasa ada pihak yangg berurusan dengan kami untuk pergi kerja di Austtralia.
Cepat, jangan terlambat. 
Kerja masih banyak menunggu anda..
Daftar sekarang, minggu depan boleh kerja!


Baca keterangan ini dulu, 


Komen Weblog Ibnu Hasyim
Memang saya (IH) mewakili weblog ini menjadi perunding antara orang-orang Malaysia yang ingin pergi berkerja di Australia. Samada kerja di ladang atau lain-lainnya. Sejak setahun terakhir ini, kira-kira ratusan yang pergi melalui rundingan dengan pihak kami, dan tiada apa-apa masalah kecuali masalah kecil, peribadi dan lain-lain.

Bahkan semuanya melalui proses penyelesaian yang baik dan wajar. Tetapi hampir setiap bulan, ada saja yang mengadu kepada pihak kami ditipu oleh orang tengah penghubung antara mereka dengan kontrakter di Australia, dan ada yang kontrakter-kontrakter itu yang menjadi penipunya.


Bulan lepas (Mac 2016) terdapat kira-kira 20 orang yang tersadai di sana mengadu kepada kami. Sebelum itu, hampir kira-kira 10 orang tiap bulan mengadu kepada pihak kami, kononnya 'ditipu'.


Banyak sebab, mengapa jadi begitu. Selain disebabkan penipuan terancang, ada juga sebab dari diri mereka atau bakal pekerja itu sendiri. Contohnya mereka mendapat gambaran indah atau 'kaya mudah' sebelum berangkat ke sana. Bila sampai di sana rupanya suasana bukan semudah seperti digambarkan.


Sebulan dua lepas, terdapat 3 orang yang pergi berkerja di sana melalui khidmat runding dengan pihak kami. Seorang wanita dari utara yang baru sampai di Melbourne sudah beraleh arah, 'tidak mampu' menjalani kehidupan baru yang akan ditempuhi. 


Dia menelefon, merayu-rayu, menangis untuk pulang dengan berbagai alasan, sedangkan dia sudah 'bergadai bergolok' hutang keliling pinggang untuk sampai ke sana. Akhirnya kami bantunya pulang ke Malaysia, bahkan atas 'peri kemanusiaan', wang pengurusan yang kami ambil kami kembalikan kepadanya.


Selepas itu, 2 orang anak muda baru keluar sekolah dari Selangor sampai ke sana bekerja di ladang negeri Victoria, Melbourne sudah tidak mampu lagi meneruskan kehidupan sebagai pekerja ladang di sana. Atas dasar 'peri kemanusiaan' juga pihak kami pulangkan balik wang pengurusan yang kami ambil darinya.


Kerana memang dasar kami tidak mahu langsung wujud 'kezaliman' dalam perkhidmatan kami, bahkan kalau perlu membantu orang tertindas pula... Semoga Allah SWT teruskan istiqamah kami ini!



Sla hubungi:
IBNU HASYIM/Muaz Jabal - 014 2225865
Wasap no 0182018342 (Muaz Jabal) .


Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel 014 222 5865 (KL)       
18 Apr 2016 KL 

Pelawak Nabil Mula Berubah Ke Arah Lebih Islamik?

SELEPAS menunaikan ibadat haji tahun lalu, Nabil Ahmad menjaga batas pergaulan dengan wanita bukan muhrim. Dia juga kerap diundang memberi ceramah mengajak golongan muda ke arah kebaikan.

HALAMAN HIBURAN
SEJAK kebelakangan ini, pelawak terkenal, Nabil Ahmad mengakui lebih memberi fokus kepada bidang pengacaraan berbanding lakonan. Situasi tersebut berlaku selepas dia pulang mengerjakan haji tahun lalu.

Enggan bersentuhan dengan wanita bukan muhrim.

Menurut Nabil, berpuluh-puluh tawaran lakonan filem, drama rantaian dan telefilem yang datang terpaksa ditolaknya kerana mahu berpegang kepada prinsip enggan bersentuhan dengan wanita bukan muhrim.

Bukan hendak tunjuk baik atau alim, namun bapa kepada dua orang anak itu menjelaskan, selain menjaga batas pergaulan, komitmennya sebagai pengacara tidak mengizinkan dia berlakon. Sejak menunaikan haji, Nabil juga lebih mengutamakan perkara yang berlandaskan syariat Islam. Dia bagaimanapun tidak mahu perubahan kecil yang dilakukan secara perlahan-lahan kini akan menjauhkan dirinya daripada peminat.

Sebaliknya, pengacara program MeleTOP itu masih mahu dikenali sebagai Nabil yang sama, iaitu mudah didekati. Nabil juga sempat berkongsi mengenai hobi terbaharunya iaitu menulis skrip dan penglibatan menerusi pementasan Lawak Ke Der 2016 yang bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 5 sehingga 8 Mei nanti.

Dikatakan oleh Kosmo!, Nabil banyak menolak tawaran pada tahun ini, apakah alasan tindakan sebegitu dibuat?

Jawab Nabil,

"Tahun ini saya langsung tidak ambil sebarang tawaran lakonan. Saya minta maaf kepada penerbit dan pengarah yang memberi tawaran. Lakonan memakan masa yang panjang di lokasi penggambaran, sedangkan saya mempunyai banyak komitmen lain. Selain itu, sejak pulang daripada menunaikan haji, orang lihat saya sama sahaja, tidak berubah. 

"Orang tidak tahu perubahan yang cuba saya lakukan perlahan-lahan seperti mengelak bersalaman dengan wanita bukan muhrim. Itu juga antara sebab saya menolak tawaran lakonan. Apabila mendapat skrip, saya sudah tahu ada adegan pegang tangan atau peluk. Daripada menyusahkan produksi, lebih baik saya tolak. Pengacaraan tidak memerlukan saya peluk orang, sebaliknya hanya perlu bercakap."

Berubah ke arah perkara yang lebih Islamik?

"Maknanya anda semakin berubah ke arah perkara yang lebih Islamik?" Tanya Kosmo! lagi.

"Selepas mengerjakan haji, saya masih bekerja dalam industri seni. Saya tidak mahu hanya kerana gelaran haji, ada orang berasa terasing. Sebaliknya, saya mahu kekal dengan identiti lama Nabil, seorang yang mudah didekati ramai.

"Meskipun begitu, setiap hari saya cuba berubah menjadi insan yang lebih baik dan istiqamah dalam apa juga ibadat. Selain mengacara, saya juga dijemput memberi ceramah kepada orang ramai. Namun, ceramah saya bukan seperti ustaz kerana sedar tahap ilmu agama bukanlah tinggi. Ceramah saya lebih bersifat perkongsian pengalaman sahaja.

"Alhamdulillah, apabila saya muncul dalam ceramah agama lebih ramai golongan muda turut serta. Disebabkan respons menggalakkan dan atas tujuan yang baik, saya menerima jemputan tersebut dan menganggap sebagai salah satu cara dakwah." Jelas Nabil.

Skrip filem yang bergenre aksi komedi.

Dikatakan juga Nabil ada membuat skrip filem.

"Ya, memang benar, menulis skrip filem merupakan hobi terbaharu saya. Disebabkan tidak pandai menggunakan komputer saya sanggup beli mesin taip. Mulanya, saya memang teruja dan menjangkakan skrip akan siap penghujung tahun ini, namun selepas mula menulis, rasanya saya perlukan masa sekitar dua atau tiga tahun barulah skrip tersebut akan siap kerana idea tenggelam timbul (ketawa).

"Menariknya, apabila dibentangkan skrip kepada pengarah Polis Evo, Ghaz Abu Bakar, dia berminat dan nampak gambaran penulisan saya. Apa pun skrip filem yang bergenre aksi komedi itu masih dalam peringkat penulisan lagi. Andai skrip siap, saya tidak melihat diri sendiri sebagai pelakon utama filem saya nanti." Tegas Nabil. 

Kita doakan semoga Nabil tetap beristiqamah dengan pendirian yang mulia tersebut. (Ibnu Hasyim)

Tambahan: 
Video Ebit G.Ade - Pesta.
Berdansa tetapi tidak mahu sentuh kulit perempuan..




Kepung, Serbu, Cekup Polis Dalam Balai. SPRM Tangkap Ikan Bilis?

BALAI Polis Ayer Itam di George Town lokasi lima anggotanya ditahan SPRM kelmarin.


GEORGE TOWN – Lima anggota polis termasuk seorang anggota wanita dari Balai Polis Ayer Itam di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang selepas mengepung dan menyerbu balai itu kelmarin.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M. Samarajoo berkata, pihaknya melakukan serbuan di balai itu pada pukul 2.30 pagi sebelum menahan lima anggota polis berusia 20 hingga 40 tahun.
“Anggota polis yang ditahan itu terdiri daripada seorang berpangkat koperal, tiga lans koperal dan seorang anggota wanita berpangkat konstabel.
“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung penerimaan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes curi kereta membabitkan seorang lelaki baru-baru ini,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua anggota polis itu ditempatkan di lokap SPRM negeri dan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas pihaknya merekodkan keterangan mereka.
Samarajoo berkata, siasatan kes itu masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan memanggil beberapa lagi saksi bagi membantu siasatan kes rasuah itu.
sprm-bribe
Walaupun begitu, Berita Ahad. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang tidak mengepung Balai Polis Air Itam sebelum menahan lima anggota yang bertugas di situ dalam serbuan awal pagi semalam, sebagaimana dilapor media.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo berkata, serbuan itu berlandaskan undang-undang sedia ada dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu tidak mengepung balai polis berkenaan atau bertindak kasar terhadap anggota polis yang ditahan berkenaan sebaliknya mereka masuk melalui pintu utama balai.
“Pegawai SPRM turut memperkenalkan diri dan mengemukakan kad kuasa kepada polis balai itu sebelum menahan lima anggota berkenaan,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Portal berita hari ini melaporkan SPRM Pulau Pinang terpaksa mengepung balai polis itu sebelum menahan lima anggota yang dipercayai terbabit kes rasuah. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah SPRM, walaupun yang ditangkap itu baru ikan bilis?

Renjatan Elektrik, Guna Telefon Sedang Dicas. Maut.



GAMBAR kenangan Allahyarham Suhana, bersama anak-anaknya Raja Adam dan Raja Nurin.

PENGGUNA
KAJANG – Seorang ibu kepada dua cahaya mata dipercayai mangsa pertama di negara ini yang maut akibat terkena renjatan elektrik semasa bercakap menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dalam satu kejadian di Taman Desa Baiduri, Cheras, Kuala Lumpur di sini Jumaat lalu.
Lebih tragis, mangsa, Suhana Mohamad, 30, meninggal dunia pada hari jadinya yang ke-30.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa dikatakan sedang bercakap menggunakan telefon bimbit sebelum terkena renjatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji (gambar kecil) ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Siasatan mendapati ketika kejadian, suami mangsa merupakan anggota polis berpangkat Koperal sedang tidur, manakala isterinya sedang bercakap menggunakan telefon yang sedang dicas.
“Tiba-tiba mangsa terkena renjatan elektrik berpunca daripada penggunaan telefon yang sedang dicas itu,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Tambahnya, suami mangsa, Raja Asri Raja Mat, 29. kemudian membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan disahkan meninggal dunia.
“Jenazah Suhana kemudiannya dibawa ke Bukit Aman untuk dimandikan serta disembahyangkan seterusnya dibawa ke Gua Musang, Kelantan urusan pengebumian,” ujarnya yang mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Dalam pada itu, di Gua Musang, Kelantan, suami mangsa, Raja Asri berkata, arwah isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum kejadian. (IH)

4 Peluk Islam Di Ceramah Dr Zakir Naik, Al-hamdulillah.

KUALA LUMPUR — Selepas seorang gadis bukan Islam memeluk Islam pada ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Kemaman Khamis lepas, empat lagi mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah ilmuan Islam itu di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini malam tadi.

Seorang daripada mereka ialah Hurender Bal Singh, 23, dari India yang membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung bukan Islam memeluk agama Islam untuk berkahwin.

Sebelum membimbing lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadah, Dr Zakir berulang kali bertanyakan kepadanya jika ada sesiapa yang memaksanya memeluk agama Islam.

“Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim,” kata lelaki Punjabi itu dalam sesi soal-jawab pada ceramah yang dihadiri lebih 30,000 orang.

Sejurus selepas Hurender Bal Singh mengucapkan dua kalimah syahadah, seorang wanita yang memakai jubah dan skaf hitam, tanpa menyatakan nama dan dari mana, telah menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam.

Dr Zakir kemudian bertanya kepada wanita itu sekiranya beliau percayakan Allah dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah, dan dijawab wanita itu “ya” dan terus membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah dengan disusuli sorakan pengunjung sebagai memberi semangat dan ada antara mereka dilihat menitiskan air mata.

Selepas bertanyakan beberapa soalan, seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Muchelle mengumumkan ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dan dibimbing oleh pendakwah itu untuk berbuat demikian.

Seorang lelaki dari Sarawak, Joel anak Along, 26, berasal dari Miri yang menyatakan telah mempelajari tentang agama Islam sejak beberapa tahun lepas turut memutuskan untuk memeluk Islam selepas bertanyakan kepada Dr Zakir tentang hikmah syahadah.

Khamis lepas, Wu Nina Grace, 19, memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah Dr Zakir dengan disaksikan hampir 40,000 orang di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.

Dr Zakir sedang dalam rangka mengadakan syarahan di seluruh negara yang telah menarik kedatangan ribuan orang untuk mendengar ceramahnya.

Beliau dijadual mengadakan syarahan di Melaka hari ini. — Bernama

Sunday, April 17, 2016

Artis Sherry Ibrahim Berhijrah. Al-hamdulillah, Menangis Lagi Syaitan-syaitan!

Sherry berasa tenang selepas mengambil keputusan untuk bertudung.

HALAMAN HIBURAN
PENGHIJRAHAN... Perubahan diri ke arah yang lebih baik. Mungkin kedengarannya agak mudah, tetapi ia benar-benar memerlukan satu bentuk pengorbanan yang tinggi. Begitu juga dengan apa yang dilalui pelakon Sherry Ibrahim baru-baru ini. 

Membuat keputusan untuk tampil berhijab meletakkan dirinya sebagai satu titik permulaan baharu sebagai wanita Muslimah yang lebih diredhaiNya. Penampilannya sewaktu sambutan majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada 3 April lalu merupakan kemunculan pertamanya di khalayak secara berhijab.

“Sebenarnya, saya sudah lama terdetik untuk berubah (dengan mengenakan hijab). Cuma ada satu hari itu, entah bagaimana hati saya tiba-tiba terdetik untuk pakai tudung.
“Orang pertama yang tengok saya bertudung ialah ibu bapa saya. Mereka terkejut macam tak percaya betul ke dengan apa yang saya lakukan. Mereka sendiri tak sangka yang saya akhirnya mahu berubah begini,” kata Sherry sewaktu sesi fotografi bersama Sensasi Bintang baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya Sherry masih belum terlambat untuk berubah. Dia berasa bertuah kerana diberikan peluang untuk merasai satu penghijrahan yang boleh disifatkan sebagai satu momen cukup indah dalam hidupnya. Bagi Sherry, dia tidak mahu dilabel mahu bertudung sahaja. Baginya, dia mahu aspek sebenar pemakaian tudung itu dibuat secara sesempurna yang boleh mengikut syariat.

Sebagai orang baru berhijrah, dia mengakui agak kekok ketika mahu mengenakan tudung. Banyak perkara yang perlu dipelajarinya. Jika sebelum ini dandanan rambut menjadi perhatian, kini fokusnya tertumpu kepada teknik pemakaian hijab

“Mula-mula memang kekok betul. Ada tudung, tapi saya tak reti nak menggayakannya. Maklumlah tengok orang pakai macam-macam teknik lilitan. Kita pula baru nak belajar.
“Ada juga saya tonton video tutorial cara-cara pemakaian tudung di laman YouTube. Malangnya, apabila saya aplikasikan, macam tak menjadi pula. Itu yang sekarang saya memang bawa sahaja tudung yang jenis sedia pakai. Senang sebab jenis sarung sahaja dulu. Mungkin kemudian belajar sikit-sikit yang cara lain,” kongsi pemilik nama sebenar Syarizad Ibrahim itu.

Biarpun masih baru, menurut Sherry, penampilan baharunya itu juga mahu diselarikan dengan imej penampilannya secara keseluruhan. Justeru, dia tidak mahu lagi mengenakan sebarang pakaian yang boleh disifatkan sebagai mencolok mata. Sebolehnya, biarlah ia menepati garis panduan pemakaian seorang Muslimah sebenar.

“Sekarang saya tidak mahu pakai baju yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Memang saya cuba elakkan.
“Dengan bertudung, kalau boleh saya mahu yang menutup bahagian dada ini. Tak manis pula kalau bertudung tetapi pakai ketat. Saya tak mahu jadi begitu. Tambahan pula, apa orang luar akan cakap kepada saya jika begitu,” kongsinya.

Katanya, buat masa ini baju sedia ada yang boleh dipakai masih lagi disimpan untuk diguna secara suai padan bagi yang bersesuaian.

“Ada juga baju yang masih boleh dipakai. Cuma saya perlu suai padankan sahaja. Sekarang ini, kena banyakkan koleksi baharu sahaja, terutamanya tudung.
“Baju mana yang tak boleh pakai itu mungkin boleh diberi kepada orang lain atau dijual sebagai item pre-loved,” kongsinya yang kini sibuk menyertai program realiti Gempak Superstar.

Begitulah, seorang lagi artis tanah air berhijrah ke arah kebaikan. Insya Allah, menangis lagi syaitan-syaitan. Al-hamdulillah! (IH)

Wanita Ini Berbogel, Menari Di Jalan, Tagih Seks Pada Pelancong, Lompat Di Bumbung Kereta.. Mengapa?

wanita1

Satu: 
Penangan arak… gara-gara mabuk seorang wanita sanggup berbogel di tepi jalan sambil merayu-rayu kepada seorang pelancong asing supaya melakukan seks dengannya tanpa sedikit pun rasa malu.


Kejadian itu berlaku di sebatang jalan yang sibuk di Shanghai dan sudah pasti perbuatan wanita mabuk itu telah dirakamkan. Wanita berkenaan turut menawarkan pengalaman `eksotik’ kepada lelaki warga asing itu jika dia mahu melakukan seks dengannya.


Lelaki tersebut bagaimanapun tidak menunjukkan minat terhadap wanita itu dan cuba menjauhkan diri daripadanya.
Polis yang tiba di situ cuba menangkap wanita mabuk tersebut namun dia melawan. Dia bagaimanapun berjaya dimasukkan ke dalam kereta peronda polis. Tidak diketahui sama ada wanita itu adalah pelacur atau tidak.




Dua:

Mabuk, atau mungkin gila, wanita ini telah berbogel dan melompat di atas kenderaan di jalan raya sambil menari-nari dalam kejadian yang menarik perhatian ramai di China.


Ketika itu jalan raya sesak dan kenderaan tidak dapat bergerak, jadi ia memudahkan wanita itu melompat dari satu bumbung kereta ke atas bumbung kereta lain.

Namun salah seorang pemandu kereta di mana wanita itu melompat telah hilang sabar kerana keretanya diperlakukan demikian rupa, telah menarik kaki wanita itu.

Dia dengan kasar memegang buku lali wanita itu lalu menghumbankannya ke atas jalan, menyebabkan wanita berkenaan menangis kerana kesakitan. Wanita itu terbaring di jalan raya hinggalah anggota polis tiba dan menutup badannya sementara menunggu ketibaan ambulans.

Arak membuat manusia hilang akal. Sanggupkah anda membuang akal anda?
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila lagi kerajaan Malaysia yang siuman dan tidak hilang akal mahu mengharamkan arak di kalangan rakyatnya? Melaksanakan tuntutan Islam sebagai 'agama bagi Persekutuan', Perkara 3 dalam Perlembagaan Negara? (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails