Wednesday, March 09, 2016

Syarat Jadi Polis Di Aceh, Mesti Hafal Quran.


ADA yang menarik dari tanah serambi mekkah, Aceh, saat membuka pendaftaran ahli baru untuk diletakkan di jawatan polis setempat, yakni keutamaan penerimaan bagi pendaftar yang hafal Al Quran alias hafiz.

Langkah ini tentu sangat selaras dengan penetapan Aceh sebagai dearah istimewa berjuluk Kota Serambi Makkah yang mensyariatkan ajaran islam dalam kehidupan sehari-hari dan pemerintahannya. Masya Allah.

Kenyataan keutamaan penerimaan bagi pendaftar yang hafal Al Quran di Polda Aceh disampaikan oleh Kabag Sumda Polres Aceh Timur, Kompol Dedi Kusrianto saat melakukan sosialisasi ke sekolah tingkat SMU / sederajat tentang penerimaan calon Bintara Polri tahun 2016, Khamis lalu.

"Siswa-siswi yang mau mendaftarkan diri untuk menjadi polis apabila ada pelajar-siswi yang hafiz Al-Quran sekurang-kurangnya dua juz, Kapolda akan memberikan keutamaan tersendiri" Ujar Kompol Dedi.

Walaupun hafal Al-Qur'an, Kompol Dedi tetap menegaskan bahawa syarat-syarat yang mendasar, seperti tinggi badan sekurang-kurangnya, untuk lelaki 165 cm dan untuk wanita 158 cm.

Untuk menjangka hal-hal yang dikhuatiri masyarakat pada umumnya, tentang proses daftar masuk Polri, Dedi mendedahkan bahawa apabila ada orang yang menjanjikan dengan ganjaran atau berupa wang agar supaya diterima sebagai anggota Polri, itu jelas penipuan. 

Jika mendapatkan orang yang seperti itu jangan hiraukan, kalau perlu laporkan kepada pihak polis. (IH/Sp)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia, tak teringin ke begini?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Kit Siang, Mat Sabu, M'kini Perlekeh Yang di-Pertuan Agong?

azamAIDCNews – 08/3/16 – Didakwa menghina titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen keempat penggal ke-13 semalam, tiga laporan polis dibuat terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
“Tiga laporan polis dibuat di Sentul, Wangsa Maju dan Rawang pagi ini berkaitan dengan satu artikel di portal Malaysiakini bertajuk ‘Kerajaan sediakan Titah Agong, kata Kit Siang
“Selepas membaca laporan dari portal itu, kami dapati ia suatu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Laporan polis ini dibuat terhadap Lim Kit Siang dan Mat Sabu yang memberikan pandangan dan Malaysiakini yang menyiarkan artikel tersebut dengan motif dan niat bersama untuk memperlekehkan institusi Yang Dipertuan Agong..”, kata jurucakap pelapor, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Mohd Khairul Azam yang juga seorang peguam berkata mesej yang disampaikan Kit Siang dalam artikel itu difahami dengan jelas oleh orang awam iaitu;
“Bahawa Yang Dipertuan Agong hanyalah burung kakak tua yang hanya tahu mengajuk suara tetapi tidak faham maksud suara yang diajuk.
“Kedua, bahawa Yang Dipertuan Agong adalah satu institusi yang lemah yang hanya mampu membacakan sahaja apa jua teks yang disediakan kerajaan tanpa ada pemikiran baginda sendiri dimasukkan di dalam ucapan berkenaan.
“Ketiga, bahawa semua ucapan Yang Dipertuan Agong berkenaan tidak perlu dipedulikan langsung oleh sesiapa pun kerana yang menyediakan teks itu bukanlah Yang Dipertuan Agong sendiri,”katanya lagi.
kit si
ronnie
kit1

Setuju Dengan Kebijaksanaan Presiden Pas. -Profesor Emiritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi


KUALA LUMPUR: Politik sempit dan perpecahan hanya akan mendorong suara Melayu Islam menjadi minoriti di Malaysia.

Itu hujah Pengerusi Majlis Dakwah Malaysia (MDN), Profesor Emiritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid yang mengulas senario politik semasa.

Katanya, ahli politik tidak mengira dari mana-mana parti sekalipun mempunyai selera yang besar.

Selera politik ini jika tidak dikawal, mampu membawa kepada kehancuran ummah.

"Sudahlah kita berpecah tentang politik, kini hendak berpecah tentang akidah pula.

"Sebenarnya, cara kita berpolitik sekarang akan mewujudkan kuasa minoriti dalam negara. Inilah akibatnya apabila suara majoriti kini berpecah-pecah," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Tambahnya, masalah yang timbul ini adalah diakibatkan oleh kelompok kecil yang kerap berkelahi tanpa batas sehingga lupa prinsip Islam yang sewajarnya dipegang.

Sementara itu,Mahmood Zuhdi yang juga pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersetuju dengan kebijaksanaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti Islam itu tidak mahu bermusuhan dengan mana-mana ahli UMNO serta kesediaan partinya bekerjasama dengan parti Melayu itu dalam hal melibatkan kepentingan Islam.

"Jadi kena sokong Abdul Hadi sikit (merujuk kepada kesediaan Pas menjadi penasihat kepada UMNO), saya rasa kenyataannya (Abdul Hadi) itu kenyataan yang bijak dan yang kita tunggu selama ini kerana kesediaan beliau untuk bersama dengan UMNO walaupun UMNO musuh ketat Pas sejak berzaman.

"Sekarang penting bagi Pas dan UMNO duduk semeja bincang soal menyelamatkan bangsa. Kerjasama bukan maksudnya bergabung, sebaliknya kerjasama untuk perpaduan ummah," katanya. - Astro 

Mukhriz, Tiada Jalan Pintas Jadi PM. -Puad Zarkashi

PUTRAJAYA: Motif serangan Tun Dr Mahathir Mohamad menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak adalah kerana mahukan anaknya Datuk Seri Mukhriz menjadi perdana menteri, dakwa ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata sebab itulah bekas perdana menteri berkenaan tidak menyebut siapa pengganti, jika Najib meletakkan jawatan.
Beliau berkata Dr Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi perdana menteri sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Najib dan duduk semeja dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Puad turut mengingatkan Mukhriz tidak ada jalan pintas untuk menjadi presiden Umno dan perdana menteri.
“Ternyata Mukhriz dan Dr Mahathir gagal faham Umno akhirnya akan tolak pemimpin yang rakus takhta dan kuasa sehingga sanggup menjatuhkan presiden Umno menggunakan musuh orang Melayu dan Islam,” katanya ketika dihubungi di Putrajaya, hari ini.
Jumaat lepas, Dr Mahathir, yang keluar daripada Umno untuk kali ke-2 pada 29 Februari, mengetuai tindakan menandatangani apa yang dinamakan mereka Deklarasi Rakyat, menyokong penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri – Antarapos

Pagi Lagi, MPSP Mengganas Di Pekan Kepala Batas

mpsp1
AIDCNews – 08/3/16 – Pagi tadi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menjalankan kerja rutinnya meroboh gerai-gerai penjaja kecil di depan Masjid Jamiul Badawi Pekan Kepala Batas, Pulau Pinang.
Menurut Facebook ‘Kepala Batas No1‘ gerai-gerai peniaga kecil yang menjadi mangsa perobohan itu adalah gerai cucur pisang dan cucur ubi.
mpsp
mpsp2
Azman Haj berpendapat usaha bersunguh-sunguh MPSP meroboh gerai-gerai peniaga kecil Melayu itu sebagai strategi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengutip duit segera daripada rakyat bawahan.
“Pagi tadi MPSP meneruskan kerja mereka dengan meroboh dan merampas gerai-gerai tepi jalan, majoriti yang meroboh adalah Melayu dan majoriti yang kena roboh juga Melayu atas arahan Lim Guan Eng.
“Ramai yang marah dengan tindakan ini, tapi lepas tu tak marah dah, sebab barang rampasan dipulangkan dan peniaga kena bayar denda dan kalau berani boleh buka balik 4,5 hari lepas tu.
“Tapi ramai yang tak pernah terfikir permainan apa yang sedang dibuat oleh MPSP. Sebenarnya operasi ini bukanlah bertujuan untuk mengurangkan gerai haram, tetapi lebih kepada macam pemeras ugut dan AhLong.
“MPSP tak minat nak bawa peniaga naik turun mahkamah sebaliknya “menggalakkan” peniaga bayar kompound atau denda ja. Proses yang bersih dan pendapatan pulak lumayan.
“Sebab tu kita merasa hairan kenapa peniaga bukan Melayu dan gerai-gerai mamak macam tak disentuh dan kebal…jangan tak tau mereka telah membayar “wang perlindungan” secara sah seperti mana yang dibenarkan oleh undang-undang kecil MPSP.
“So jangan tertipu dengan permainan kerajaan DAP yang diterajui oleh Lim Guan Eng, yang hanya mahu memeras wang rakyat!!,”katanya. (IH)

Gerhana Matahari: Ini Patut Kita Kerjakan.. Solat Sunat Kusuf..




‘GERHANA Matahari’ disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.



Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun’.

Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.

Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

  • “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.”
Galakan mengerjakan ibadah Solat Sunat Gerhana ini  berdasarkan banyak hadis berkaitan gerhana. Terdapat beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana, di antaranya adalah melakukan solat dan berdoa. 

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”
.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
  • “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.”
Solat Sunat Gerhana Matahari

Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.
.
Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.

Waktu Solat Gerhana Matahari

Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

A.  Pelaksanaan Gerhana Matahari (Kusuf)


‘Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari’ tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Dalam semua cara Solat Sunat Gerhana Matahari, hendaklah diperlahankan suara ketika membaca surah.
.
1.  Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
  • Daku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

2.  Disunatkan membaca 
surah-surah panjang dalam setiap rakaat Solat Sunat Kusuf tetapi bacaan Al Fatihah dan surah tidak boleh dijaharkan (dinyaringkan).
Dari Aisyah r.a. berkata:

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ  الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ  النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ  آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.
  • “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian Baginda mengangkat kepala dan mengucapkan “Sami’ Allahhu Liman Hamidah”, dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian Baginda rukuk dengan rukuk yang panjang, sedang rukuk ini berkurang dari rukuk pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana.”  (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali rukuk, tiga (3) kali rukuk atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah:

.
.
B.  Ringkasan Cara Solat Sunat Kusuf
.
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) ini boleh dilakukan dengan 4 cara atauempat kaedah dan dalam solat ini bacaan Al-Fatihah dan surahnya dibaca dengan suara perlahan dan tidak dinyaringkan.
Secara ringkasnya Solat Gerhana / Solat Sunat Kusuf adalah seperti berikut :

1.  Cara Pertama

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) boleh dilakukan dengan cara yang paling ringkas.Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana Solat Sunat Zuhur atau mana-mana solat sunat. Didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.

2.  Cara Ke-Dua

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara ‘ ال أدنى ‘, iaitu ditunaikan dengan 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud pada setiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap Qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu) kemudian rukuk dan berdiri tegak semula (qiam kedua).

Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian rukuk semula (dipanggil rukuk kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

3.  Cara Ke-Tiga

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara membaca tasbih dan surah panjang.

a.   Rakaat Pertama
  1. Takbiratul Ihram.
  2. Membaca Doa Iftitah.
  3. Membaca Ta`awwuz.
  4. Membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
  6. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat
  7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
  8. Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
  9. Iktidal.
  10. Sujud dan membaca tasbih. 
  11. Duduk antara 2 sujud.
  12. Sujud kembali.
  13. Berdiri ke rakaat kedua.

b.   Rakaat kedua
  1. Membaca surah al-Fatihah.
  2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
  3. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
  4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau mana-mana surah.
  5. Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
  6. Iktidal.
  7. Sujud dan membaca tasbih.
  8. Duduk antara 2 sujud.
  9. Sujud kembali.
  10. Membaca Tasyahud Akhir.
  11. Memberi salam.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid


    وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة

    Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”


    4.  Cara Ke-Empat

    Cara keempat Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari), ia didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 4 kali Qiam, 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. 
    1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan membaca 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
    2. Disunatkan membaca dengan suara perlahan surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana matahari.
    3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca al-Fatihah dan surah, lalu rukuk.
    4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
    5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
    6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
    7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
    Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;

    عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ  سَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ. 

    • “Ketika terjadi gerhana di zaman Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).
    • Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara solat gerhana memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat gerhana dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali rukuk dalam setiap raka’at, atau empat kali rukuk dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
    Nota: 

    Makmum yang tertinggal rukuk yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

    C.  Khutbah Solat Gerhana :
    1. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun telah selesai gerhana.
    2. Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir.
    3. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
    4. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.
    Aisyah r.a. berkata:

    ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

    • “Seterusnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana.”  (Riwayat Bukhari r.a.)
    Pertembungan Solat

    Jika gerhana berlaku serentak dengan solat fardhu yang lain, maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling utama:
    1. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
    2. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
    3. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat witir didahulukan solat gerhana.
    Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengadakan dan menunaikan ‘Solat Sunat Kusuf’ ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana matahari tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.

    Matla’ Badrain.
    1. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1,  terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
    2. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
    3. Dr. Abdul Karim Zaidan,  Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
    4. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
    والله أعلم بالصواب
    Wallahu A’lam bishowab
    (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

    Artikel Berkaitan:
    1. Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)  (Klik Di Sini)
    2. Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Khusuf  (Klik Di Sini)
    3. Khutbah Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf)  (Klik Di Sini)
    4. Gerhana Penuh Dan Solat Khusuf  (Klik Di Sini)
    .
    وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
    .
    # Contoh Isi Khutbah Gerhana


    Khutbah pertama:



    الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

    Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini; dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk jikalau Allah tidak memberi petunjuk kepada kami. Sesungguhnya, telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran. Diserukan kepada mereka, “ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan amalan yang dahulu kamu kerjakan.”


    أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، وَهُوَ الْقَائِلُ سُبْحَانَهُ: يَوْمَ يُسْحَبُونَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ ذُوقُوا مَسَّ سَقَرَ. إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ. وَمَآأَمْرُنَآ إِلاَّ وَاحِدَةٌ كَلَمْحٍ بِالْبَصَرِ.

    وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَهُوَ خَيْرُ الْبَشَرِ، وَصَاحِبُ الْحَوْضِ الْكَوْثَرِ،
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ الْمُطَهَّرِ، وَعَلَى مَنْ صَاحَبَهُ وَأَزَرَهُ وَوَقَرَ، وَعَلَى التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ فِيْ كُلِّ أَثَرٍ، إِلَى يَوْمِ الْمَحْشَرِ.
    أَمَّا بَعْدُ؛ عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَاتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُمْ مُّسْلِمُوْنَ.


    Isi khutbah:

    إن الشَّمس و القَمَر آيتانِ مِنْ آيَاتِ الله لاَ تنْخَسِفَانِ لِمَوتِ أحد. وَلاَ لِحَيَاتِهِ. فَإذَا رَأيتمْ ذلك فَادعُوا الله وَكبروا وَصَلُّوا وَتَصَدَّ قوا”.

    Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.”

    يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ أَنْ يَزْنِىَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِىَ أَمَتُهُ ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا

    Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang pun yang lebih cemburu daripada Allah karena ada seorang hamba baik laki-laki maupun perempuan yang berzina.
    Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kalian mengetahui yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”


    Khutbah kedua:
    الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ
    Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi serta mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.

    وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. أَيـُّهَا النَّاسُ، اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ. أَمَّا بَعْدُ؛

    Do’a khutbah:

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
    “Ya Allah, ampunilah kaum mukminin laki-laki dan wanita, kaum muslimin laki-laki dan wanita, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal. Sesungguhnya, Engkau adalah Dzat yang Maha Mendengar, Mahadekat, Dzat yang mengabulkan doa.”

    رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالْإِيْمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلًّا لِلَّذِيْنَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
    “Ya Rabb kami, berilah ampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu sebelum kami, dan janganlah Engkau membiarkan ada kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”

    اَللَّهُمَّ آمِنَّا فِيْ أَوْطَانِنَا وَأَصْلِحْ أَئِمَّتَنَا وَوُلَاةَ أُمُوْرِنَا وَاجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِيْ مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ وَاتَّبَعَ رِضَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ وَلِيَّ أَمْرِنَا لِهُدَاكَ وَاجْعَلْ عَمَلَهُ فِيْ رِضَاكَ، وَارْزُقْهُ الْبِطَانَةَ الصَّالِحَةَ النَاصِحَةَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
    “Ya Allah, berilah kami keamanan di negeri kami, jadikanlah pemimpin kami dan penguasa kami orang yang baik. Jadikanlah loyalitas kami untuk orang yang takut kepada-Mu, bertakwa kepada-Mu, dan mengikuti ridha-Mu, yaa Rabbal ‘alamin. Ya Allah, berikanlah taufik kepada pemimpin kami untuk menempuh jalan petunjuk-Mu, jadikanlah sikap dan perbuatan mereka sesuai ridha-Mu, dan berikanlah teman dekat yang baik untuk mereka, yaa Rabbal ‘alamin.”
    رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا
    “Ya Allah, ampunilah kami dan kedua orang tua kami, serta berilah rahmat kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil.”
    رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِيْ أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ

    “Wahai Rabb kami, ampunilah dosa-dosa kami dan segala tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, teguhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami atas kaum yang kafir.”
    رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
    “Wahai Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta lindungilah kami dari siksa neraka.”
    وصلى الله على نبينا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين
    سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    (IH)
    Lihat...
    E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
    E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

    Bogel Ini, Dipersembahkan Kepadamu, Mengapa?


    INI, gambar tarian bogel dalam penjara. 


    Ia adalah penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling maksimum di El Salvador, namun sesuatu yang mengejutkan apabila tiga penari bogel telah dibenarkan membuat persembahan di depan 200 banduan lelaki. Lebih memeranjatkan ialah pertunjukan itu mendapat kebenaran daripada ketua penjara, Jose Abarca.


    Permohonan berkenaan yang dihantar kepada Abarca telah didedahkan kepada umum. Video rakaman aksi penari bogel itu telah tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu menyebabkan kerajaan terpaksa menjalankan siasatan. Menteri yang terbabit dalam menjaga penjara, Rodil Hernandez bagaimanapun menyalahkan menteri sebelum ini iaitu Nelson Rauda, dengan mendakwa kontroversi berkenaan berlaku pada 2012. 


    Dalam rakaman yang didedahkan itu, kelihatan seorang lelaki yang mempunyai tatu di bahagian muka dan tangan, sekali gus menunjukkan dia adalah anggota kumpulan merbahaya sedang duduk di depan kumpulan penari terbabit. 


    Salah seorang banduan lagi kedengaran menjerit: “Menari, menari, mari sini, jangan bimbang, tiada siapa yang akan menyentuh kami’’ ketika ketiga-tiga wanita itu berbogel sambil melakukan tarian di atas riba. 


    Lebih malang apabila beberapa warden penjara turut menikmati persembahan lucah itu . Video selama 41 saat itu ditemui dalam telefon bimbit milik salah seorang daripada banduan terbabit, selepas telefon itu dirampas.


    Dalam pada itu, pembangkang mahu siasatan dilakukan bagi mengetahui sama ada wanita terbabit dipaksa atau diugut untuk melakukan tarian bogel itu dan berapa banyak parti telah diadakan di situ sebelum ini. -kualalumpurpost- 



    GAMBAR menunjukkan peserta berbogel di lokasi penggambaran sebuah rancangan televisyen yang diadakan di Hutan Belum.
    GAMBAR menunjukkan peserta berbogel di lokasi penggambaran sebuah rancangan televisyen yang diadakan di Hutan Belum.
    Ini pula kisah bogel di Hutan Belum, Gerik, Perak.

    San Francisco: Ketika sedang berehat di bilik sebaik tiba dari Denver sambil menonton satu rancangan survival menerusi rangkaian televisyen kabel, saya tertarik apabila dalam rancangan itu salah satu lokasi penggambaran adalah di Hutan Belum, Gerik, Perak.



    Namun yang tidak menariknya, rancangan berkonsepkan kelangsungan hidup itu memaparkan dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita yang latar belakang berbeza bersama-sama selama 21 hari dengan bertelanjang bulat.

    Rancangan dinamakan ‘Ketakutan dan Bogel’ itu berkonsepkan tiada makanan, tiada minuman dan tiada pakaian.

    Kedua-dua individu yang bertelanjang bulat terbabit akan menghabiskan masa bersama selama 21 hari di dalam hutan dan perlu membina tempat tinggal dan mencari makanan sendiri.

    Selama itu, mereka akan mengharungi keperitan mencari makanan dan di akhir rancangan, kebanyakan peserta akan kehilangan berat badan kerana tidak makan.

    Sebelum ini, rancangan sama pernah diadakan di sebuah pulau di Malaysia beberapa tahun lalu.



    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa blog ini menyiarkan berita-berita seks seperti di atas?


    Tak perlu jawab panjang, cuba baca hadis Nabi SAW ini.


    "Di kemaluan kamu ada sedekah (pahala)." 

    Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ketika kami bersetubuh dengan isteri akan mendapat pahala?" 

    Rasulullah saw. menjawab, 


    "Ya. Andaikata bersetubuh pada tempat yang dilarang (diharamkan) itu berdosa. Begitu juga dilakukan pada tempat yang halal, pasti mendapat pahala. Kamu hanya menghitung hal-hal yang buruk saja, akan tetapi tidak menghitung hal-hal yang baik."


    Mari kita bincangkan secara syar'ie dan berdalil. Ini bukan teori menghalalkan cara, kerana melihat 'gambar aurat' dan 'aurat' terus itu ada bedanya, hanya tertakluk kepada kesan baik
    dan kesan buruk dari gambar dan penceritaan serta penerangannya.


    Maka sesuailah dengan motto dakwah blog ini, sampaikan.. walau satu ayat. Demi memperjuangkan kebangkitan Islam se dunia, insya Allah! (IH)

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails