Mohamad Razali (gambar disebelah) membuat ceramah ini yang dirakamkan secara audio di satu tempat di ibu kota pada 27 Mac 2013.
Sinopsis
Pada 13 Mei 2011, Mohamad Razali telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown di mana beliau turut mengesahkan beliau merupakan salah seorang peserta dalam pertemuan paderi di Pulau Pinang, 5 Mei 2011 yang ‘berdoa’ mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Majlis ‘doa’ itu diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah Hotel Red Rock di Jalan Macalister, Pulau Pinang.
Berikut adalah ringkasan modus operandi DAP sebagaimana yang didedahkan Mohamad Razali :-
1) Menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dalam tempoh 10 tahun
2) Malaysia sebagai sebuah negara Republik
3) Melantik Yang Dipertua Negeri daripada kalangan orang Cina sahaja
4) Menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan dan menghina Institusi Beraja Malaysia adalah dari keturunan lanun/perompak
5) Melantik satu Presiden diberikan kepada orang Cina
6) Azan tidak dibenarkan dan diharamkan
7) Pertandingan Tilawah Al-Quran diharamkan
8) Mengharamkan Persatuan Kebajikan Islam & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA)
9) Perkahwinan campur digalakkan
10) Kebebasan beragama & menggalakkan pluralisme
11) Bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan
12) Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan dalam sistem pendidikan Malaysia
13) Chin Peng, Pemimpin Tertinggi Parti Komunis Malaya (PKM) akan dibawa ke Malaysia dan diberikan gelaran Tun.
14) MARA akan ditutup dan nama MARA akan dihapuskan dianggap sebagai rasis.
15) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sepenuhnya akan diterajui oleh orang Cina dan India.
16) Lagu Negaraku dan bendera Malaysia akan diubahsuai dan digantikan dengan Lagu Malaysia baru.
17) Rejimen Askar Melayu akan ditukar dan dibuang perkataan Melayu
18) Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan dipegang oleh orang Cina sahaja.
19) Mengurangkan kakitangan kerajaan terumatanya kakitangan Melayu. Contohnya Kementerian Pendidikan.
20) 3 agensi; Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Biro Tatanegara (BTN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan ditutup
21) Dua hari perayaan orang Kristian; “Good Friday” dan “Easter Day” akan diumumkan cuti umum
22) Base tentera Israel akan diwujudkan
23) Majlis Agama Islam akan dibubarkan digantikan Majlis Antara Agama
24) Mahkamah Syariah akan digantikan Mahkamah Sivil
25) Menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
26) Parti yang berteraskan agama seperti PAS akan digantikan kepada parti yang lebih liberal
27) Perintah buka banyak warganegara kepada negara Taiwan, Hong Kong dan Singapura memohon sebagai rakyat Malaysia
28) Membuat persempadanan semula di kawasan bandar sahaja
29) Melantik Menteri Agama Malaysia yang baru kepada orang Cina. Manakala Timbalan Menteri Agama kepada orang India
Transkrip ceramah :
Pengerusi Majlis : Bismilahirahmanirahim…Alhamdulillah. Yang kita hormati saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman, penceramah undangan kita. Elok juga saya mengenal beliau sepintas lalu.
Beliau merupakan salah seorang mantan Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam dalam parti DAP suatu ketika dahulu. Dan banyak soal-soal, perkara-perkara strategi dalam parti DAP, kemungkinan beliau akan kemukakan.
Jadi, itu sedikit latar belakang. Mungkin dia akan memperkenalkan dirinya masa sesi beliau dan sejurus selepas itu, saudara-saudara, tuan-tuan dan puan-puan sekalian diberi ruang sepenuhnya untuk mengemukakan soal jawab yang berkaitan dengan ceramah ataupun ucapan yang telah disampaikan oleh beliau.
Dan saya rasa, saya tidak mahu mengambil masa yang begitu panjang. Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramah beliau, dipersilakan.
(Hadirin menepuk tangan)
Mohamad Razali bin Abdul Rahman :
Bismilahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh. Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaan dan izin-Nya dapat kita bertemu pada pagi ini. Ini merupakan kali pertama saya berada di Putrajaya. Kali pertama dalam hidup saya.
Mungkin tuan-tuan dan puan-puan tertanya-tanya saya, siapa ni, tiba-tiba berada di hadapan tuan-tuan dan puan-puan untuk memberi satu taklimat.
Terlebih dahulu di sini, saya ingin memperkenalkan diri sayalah siapa. Saya Mohamad Razali. Saya anak anak jati Pulau Pinang. Lahir di Pulau Pinang, besar di Pulau Pinang, belajar di Pulau Pinang. Telah pun berumah tangga, mempunyai dua orang cahaya mata, seorang sahaja isteri ya.
Saya ini bekas…bekas ahli DAP. Dalam DAP ini, untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, banyaklah jawatan-jawatan penting yang saya pegang semasa saya berada dalam pentadbiran DAP ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Saya ini merupakan bekas Setiausaha Politik kepada ataupun lebih dikenali sebagai Lim Guan Eng. Pegawai Tugas-tugas Khas dia. Saya juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong. Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Pulau Pinang. Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Jelutong. Selepas itu, saya merupakan Pengarah Pilihan Raya untuk DUN Sungai Pinang di Pulau Pinang ini. Lepas itu, Pegawai Khas kepada YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong juga. Timbalan Pengerusi Melayu Pulau Pinang dan saya jugalah Timbalan Pengarah Strategi untuk pilihan raya negeri untuk tahun lalu. Saya juga telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Strategi dalam DAP ialah satu jawatankuasa, minta maaf..yang dilantik oleh Guan Eng.
G17
Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP. Lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Saya merupakan wakil orang Melayu yang berada dalam G 17.
G17 ini untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan adalah merupakan satu jawatankuasa sulit, hanya Setiausaha Agung dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja yang ada, yang lain semua tak ada.
Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel. Latihan yang saya terima semuanya berbezalah daripada US, UK, Australia, Jerman, Kanada, Belgium.
Di Malaysia ini, kami sempat buat di tiga tempat saja. Satu di Pulau Pinang. Lepas itu kami buat di Hotel Shangg di Johor dan satu lagi di Selangor di Hotel Quality Shah Alam. Lain semua di luar negara. Saya kata saya dilatih tiga tahun oleh pihak Israel, jadi ideologi saya dengan tuan-tuan dan puan-puan berbezalah.
Saya cuma terima dua ideologi saja. Satu Malaysian Malaysia dan lagi satu fahaman Zionis.
Lain..semua saya tolak. Saya tolak semua. Dua ini saja yang saya terima. Saya lebih pentingkan parti saya ni daripada anak ke..bini ke..family ke segala-galanya, parti its more semua important bagi saya.
Ini merupakan taklimat saya yang ke 105 dalam masa tiga bulan saya merantau hampir ke seluruh pelusuk tanah air. Ini yang ke 105 pada pagi ini.
Jadi, saya di sini ingin berkongsilah pengalaman saya, apa yang saya diajar oleh pihak-pihak Yahudi. Tugas utama saya tuan-tuan dan puan-puan. Tugas utama saya semasa saya berada dalam Kerajaan Negeri adalah merancang bagaimana nak mengusir orang Melayu ni keluar daripada Pulau Pinang.
Saya tak tuduh orang lain, saya tak kata orang tu baik, orang tu tak baik. Saya adalah orang yang terlibat secara langsung isu tanah-tanah orang Melayu di Pulau Pinang ini. Isu di Pokok Assam di Jelutong, isu di Balik Pulau, Bayan Mutiara pelupusan masjid yang berharga RM 125 juta ini. Sayalah orang yang terlibat secara langsung yang merancang supaya kita tukar tapak masjid itu ke bangunan komersial. Sayalah orangnya.
Gaji RM20, 000 sebulan
Saya ni bekerja di dua tempat. Satu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lagi satu dengan Ivory Property, salah satu pemaju yang terkenal di Pulau Pinang yang telah mengambil projek Bayan Mutiara.
Saya dibayar hampir RM12,000 oleh Kerajaan Negeri dan RM4,000 oleh Ivory Property. Lebih kurang RM16,000 tak termasuk dengan elaun ataupun benda-benda lain lah. Boleh dikatakan RM20,000 lah sebulan. Cukup mewah semasa saya berada dalam kerajaan DAP ini, cukup mewah, terlalu mewah. Apa yang saya tak ada, semuanya saya dapat. Saya ni merupakan anak emaslah orang kata kepada Lim Guan Eng. Tapi saya tidak akan muncul di hadapan, tidak pernah muncul di hadapan. Selalunya akan berada di belakang tabir sahaja. Saya tidak dibenarkan muncul di hadapan.
Ini merupakan Ketua Pakar Strategi DAP, Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya. Di bawah dialah kami enam belas (16) orang berada. Dia cukup pakar. Ini manusia yang cukup berbeza. Cara pemikiran dia, idea dia, lain daripada yang lain. Saya duduk dengan dia hampir tiga tahun. Memang tahulah cara dia. Berbeza, dia merupakan manusia yang cukup uniklah bagi saya. Pemikiran dia ni terlalu geniuslah. Susah nak dapat orang macam dia ni. Tapi apa nak buat, dia berada dalam parti DAP. Cukup berbeza. Satu manusia yang cukup istimewa Tony Pua ni. Itu untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan.
Di sini, saya ingin berkongsi satu pengalaman saya, apa latihan yang diberi oleh pihak Yahudi. Dia cakap, cara-cara kita nak dapatkan idea atau ilham, katalah kita ada satu masalah tapi kita tak tahu jawapannya. Kita tak tahu cara nak menyelesaikan. Dia kata, cukup mudah. Cukup mudah dia kata. Gunalah tiga benda ni saja, dia kata kita boleh dapat jawapannya. Kita dapat tiga jawapan, pilihlah satu jawapan yang terbaik.
Dia kata yang pertama, kalau kita ada satu masalah tak tahu jawapan. Semasa kita nak tidur pada malam hari tu, ambillah sekeping kertas dengan pen, letaklah di sebelah kiri kita dan kita tidurlah sambil memikirkan masalah yang belum dapat jawapan. Kita tidur macam biasa tapi kita fikir masalah yang kita tak dapat jawapan.
Di tengah-tengah malam masa kita tidur tu, jawapan pertama yang kita akan dapat. Confirm jawapan pertama yang akan kita dapat, dia kata, bangun dan tulislah pointnya, dia takut bangun pagi kita akan lupa. Lepas itu tidurlah seperti biasa.
Yang kedua dia kata, semasa kita mandi di pagi hari. Masa kita mandi di pagi hari tuan-tuan dan puan-puan, minda kita pada masa itu akan terbuka cukup luas. Masa tu tuan-tuan dan puan-puan cuba fikirlah masalah tu, jawapan yang kedua akan dapat.
Yang ketiga dia kata, semasa kita membuang air besar. Bila dia kata air besar, kami pun gelak. Merepek Yahudi ni, takkan masa buang air besar pun dapat idea. Dia rasa marah. Dia rasa kami yang tujuh belas ni (gelak), dia rasa tercabar. Dia bagi satu soalan kat kami suruh buat ketiga-tiga cara ni, esok pagi mailah dengan jawapannya. Kami buat. Tujuh belas orang ni buat.
Benda ni berlaku di Hotel Shangg, Perak. Kami buat ketiga-tiga benda ini. Esok pagi tuan-tuan dan puan-puan, tujuh belas orang mendapat jawapan. Jawapan kami cukup berbeza, tujuh belas orang ni tetapi matlamat yang sama.
Kalau tuan-tuan tak percaya, cubalah malam ni, tak salah kita cuba. Cuba sekali cukup, tengok kelainannya macam mana, berbeza.
(Tayangan gambar)
Sebelah Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau merupakan Pengarah Urusan Ivory Property yang telah mengambil projek Bayan Mutiara. Bayan Mutiara ni bukan diberi secara open tender.
Kita bincang tentang isu ini pada 26 Mac 2009 di Medan, Indonesia. Saya telah membuat rombongan ni pergi ke Medan antara Ivory Property dengan Kerajaan Negeri. Kita telah pergi ke Medan berbincang, tiga hari dua malam di sana.
Rampas tanah Melayu
Kami telah berbincang tiga hari dua malam. Itu tidak diberi open tender. 2009, kita dah set dah nak bagi dekat Ivory Property. Harga sekaki tanah di Pulau Pinang, di tempat itu berharga RM420 sekaki tanah harganya. Bayangkanlah, projek itu bernilai lebih RM1 billion pada masa itu. Sekarang lebih lagi. Memang tak diberi open tender, dah diset kita akan bagi dekat Ivory Property.
Sayalah orang yang terlibat. Sayalah orang tengah antara Kerajaan Negeri dengan Ivory Property untuk projek Bayan Mutiara. Begitu juga dengan projek-projek lain yang sedang rancak sekarang. Sedang diusahakan terutamanya di bahagian Batu Feringgi tu, Island Resort Moon Light Bay..semua itu merupakan sayalah orang yang terlibat. Walaupun tak dapat kelulusan disebabkan lereng bukit tapi saya berjaya menggunakan kuasa yang ada kat saya mempengaruhi Kerajaan Negeri supaya memberi kelulusan kepada Ivory Property. Banyaklah saya buat di sana tuan-tuan dan puan-puan.
Merampas tanah-tanah orang Melayu, merobohkan kedai-kedai orang Melayu, sayalah orangnya. Kalau kami tahu dia tu tak sokong Pakatan Rakyat, tak sokong DAP, kami akan pastikan kedai dia akan diroboh walaupun dia ada lesen ke apa, kita akan cari teknikal apa pun untuk merobohkan kedai dia atau sekurang-kurangnya menyaman dia, bagi denda. Macam tu cara kami.
Kalau dia tu merupakan penyokong Pakatan Rakyat, you tak ada lesen pun tak ada masalah, kita akan benarkan youberniaga.
Contoh saya boleh bagi. Tuan-tuan kalau pi ke Pulau Pinang, pergilah ke Jalan Yong Len berhampiran dengan Hotel Sunway, di sana merupakan penyokong-penyokong tegar DAP yang berniaga di sana. Mereka tidak mempunyai lesen ke apa, tak ada. Disebabkan mereka hardcore DAP, kita sanggup tutup jalan daripada pukul 4 petang hingga 12 malam untuk memulakan mereka berniaga. Sebab depa penyokong DAP. Kalau penyokong UMNO ke Barisan Nasional ke, padah akan menanti dia. Sampai macam tu saya buat.
Saya merupakan orang yang merancang segala-galanya. Akan memberi nasihat kepada Lim Guan Eng atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Merekalah yang akan menjalankan tugas ini tapi kami tujuh belas orang (17) ni tak akan muncul.
Begitu juga di Selangor tuan-tuan. Tony Pua, Ronnie Liu merupakan pakar strategi DAP. Hanya dua. Salah seorang Ahli Parlimen dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini yang berada dalam kepimpinan G17, yang lain itu semua merupakan orang-orang biasa saja.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa berada di Sibu sebagai Timbalan Pengarah Strategi untuk Pilihan Raya Negeri pada tahun lalu. Saya sepatutnya berada di Sibu hampir dua minggu. Lepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Semasa dewan DUN dibubarkan saya berada di Shanghai, China atas urusan rasmi kerja saya.
Jadi, saya agak lewat sikit datang ke Sibu. Apabila saya sampai di Sibu, tempat tinggal ataupun bilik hotel yang sepatutnya disediakan oleh DAP ini, telah pun diambil alih oleh rakan saya daripada Selangor.
Jadi, kita maklumlah bila dah bubar dewan tu, hotel penuh tiba-tiba, rumah sewa apa pun tak ada. Saya sampai di Sibu pukul 12 tengah hari sampai malam ni saya tak tahu nak duduk mana. DAP berusaha carikan satu tempat tinggal untuk saya. Tak dapat juga. Last, pukul 7.30 malam, barulah DAP membuat satu keputusan.
Gereja
Akhirnya saya telah ditempatkan di salah sebuah gereja di Sibu. Saya tinggal di gereja hampir dua minggu tuan-tuan dan puan-puan. Saya sanggup tinggal kerana apa, perbezaan politik saya berbeza. Berbeza…saya duduk dua minggu di asrama gereja. Kiri kanan paderi-paderi daripada luar negara. Saya sanggup duduk.
Banyaklah paderi-paderi yang saya bertemu di sana ni. Mereka ingat saya ni orang India sebab muka nampak macam orang India. Sebab saya pun tahu empat bahasa. Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Tamil pun saya tahu, bahasa Mandarin pun saya tahu.
Jadi, mereka ingat saya ni orang India. Ada seorang paderi tu, semasa dia berjumpa saya, dia dok bercakap bahasa Tamil dengan saya, dia ingat saya India. Dia pun tak tanya nama saya, dia dok panggil saya brother ja. Saya pun panggil dia brother balik.
Saya tanya kat dia, apa you buat kat sini hampir lima tahun. Nama dia Martin. Beliau ni fasih
berbahasa Melayu, cukup fasih paderi ni. Dia kata, dia dok di Sibu ni hampir lima tahun. Tanya kat dia, apa you buat lima tahun kat sini? Adakah ditugas nak ajar cara-cara nak sembahyang orang Kristian ke? Dia kata, tak. Yang tu bukan tugas dia. Tugas utama dia adalah untuk mengkristiankan orang-orang Melayu di Sibu.
Bila dia kata benda ni, saya rasa macam tak terkejut, biasa je. Oh macam tu ke, okay. Tanya balik kat dia, dah berapa ramaikah orang Melayu yang telah dikristiankan di Sibu? Saya tanya balik kat dia. Dia kata, terlalu ramai, lots. Dia kata, paling tidak sekurang-kurangnya dua orang Melayu akan dikristiankan setiap dua minggu. Bayangkanlah dia dok sana lima tahun, satu paderi. Tak termasuk paderi-paderi yang lain.
Saya nampak tuan-tuan dan puan-puan, depan mata saya ni. Dua orang gadis Melayu, pakai tudung labuh, pakai baju kurung masuk ke dalam gereja. Mereka pergi ke mana? Tempat sembahyang orang Kristian dalam tu, dewan sembahyang. Tak tahu depa pi pasal apa. Saya nampak, lepas dua hari saya berjumpa dengan paderi tu. Saya nampak, remaja, awal 20-an..mereka masuk.
Selepas saya berada di sana seminggu, saya sajalah nak tipu juga, masuk ke dalam menghampiri dewan sembahyang orang Kristian, nampak satu papan kenyataan, dia tulis apa, “Muslim and pet not allow,” “Orang Islam dan binatang tak dibenarkan masuk”, terpampang di sana. Saya cuma tangkap gambar. Lepas tu saya kembalilah tugas saya Pakar Strategi DAP.
Sarawak
DAP bertanding 15 kerusi di Sarawak. Kami menang 12 kerusi. Kali pertama DAP menang kerusi yang terlalu banyak, paling kuat yang biasa kami menang pun 6 kerusi. Inilah kali pertama (menang).
Saya ni tugas saya di Sarawak adalah menghasut…menghasut orang-orang Iban supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Menghasut orang-orang Melayu supaya membenci kerajaan. Saya buat benda-benda ni tuan-tuan dan puan-puan.
Apa yang saya diajar oleh pihak Yahudi tiga tahun, saya jadikan Sibu ini sebagai pusat ujikaji saya, eksperimen. Tiga tahun saya di bawah naungan mereka ni. Saya buat dan saya berjaya. Saya berjaya menghasut mereka semua ni supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Saya buat semua benda ni sampai kami menang.
N46 tu, DUN Dudong, ikut sejarah DAP tak pernah menang sekali pun. Itu merupakan kubu kuat kepada SUPP tapi saya berjaya dengan majoriti 346 undi. DAP menang kerusi tu. Kerusi tu memang tidak diberi harapan langsung oleh DAP. Tapi saya ambil cabaran, I can do it. Saya dengan rakan saya ambil sebagai cabaran. Kami fokus khusus untuk kerusi itu.
Kami dibekalkan sehari tuan-tuan dan puan-puan, RM5,000 oleh DAP. Setiap hari pukul 8 pagi, saya akan pergi ke pejabat ambil duit RM5,000. Duit itu saya kena guna habiskan sebelum pukul 10 malam. Saya kena habiskan setiap hari RM5,000. Nak habis duit bukannya susah, senang je. Very easy. Kebanyakan saya laburlah di rumah-rumah panjang dan juga kawasan-kawasan orang Melayu.
Kita pun guna politik wang juga. Siapa kata DAP tak guna politik wang. Kita guna lagi banyak.
Kekuatan atau kewangan DAP sekarang ini terlalu kukuh. Saya berani jamin, saya berani kata, DAP merupakan satu parti yang paling kaya di Malaysia ni. Paling kaya. UMNO pun tak kaya macam DAP ni.
Kekuatan ekonomi yang mereka ada sekarang selepas 2008 berbeza. Cukup berbeza.
So, ini merupakan kempen poster saya pada tahun 2010 (tunjuk slide). Saya bertanding jugalah dalam satu pemilihan peringkat negeri Pulau Pinang, sebanyak 95 calon bertanding. Dia nak pilih 25 orang saja. Tapi saya berjaya mendapat tempat yang ke 21. Selepas itulah saya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Melayu di Pulau Pinang.
Tapi saya difund. Fund yang saya dapat ni semuanya melalui Lim Guan Eng. Dia yang fund untuk kempen saya. Secara sulit dia bagi duit untuk saya. Dia nak pastikan saya menang. Dialah yang beri segala-gala kemewahan untuk saya berlobi pada tahun itu.
Jadi, selepas saya menang di Sibu ni, kami kembalilah ke Pulau Pinang. Lepas seminggu, YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong telah membuat satu mesyuarat. Saya Setiausaha Bahagian pada masa tu. Dia buat satu mesyuarat, ingin membuat satu jamuan makan malam meraikan kemenangan DAP di Sarawak. Jadi, kita buat satu keputusan, ingin menjemput 12 calon yang menang di sana datang ke Pulau Pinang untuk merayakan bersama-sama kami. Satu jamuan makan malam.
Jadi, kita tetapkan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock. Semua dah siap, kita dah atur semua dah. Selepas mesyuarat tu, saya terbang ke Indonesia balik, urusan kerja. Kami di Ivory Property ada satu projek di Indonesia. Setiap dua minggu saya kena pergi ke Indonesia. Sebab saya ni pegawai untuk projek itulah. Saya akan ulang-aliklah. Setiap dua minggu saya akan pergi ke Indonesia.
So, saya berada di Indonesia hampir seminggu, kebetulan pada minggu tersebut. Jadi, saya serahkan semua tugas-tugas saya ni dekat Penolong Setiausaha saya, saya serah kat dia.
Lepas itu, saya balik ke Malaysia ni 4 Mei 2011. Malam tu, esok tu dah 5 Mei 2011. Saya pun tak tanya kat dia perancangan, sebab saya tahu dia can do everything.
5 Mei 2011 saya hadir. Saya hadir dalam pukul 8 lebih, saya hadir. Sepatutnya yang kena ada dalam majlis tu tuan-tuan dan puan-puan, 40 orang saja, ahli parti bahagian Jelutong dengan ADUN yang menang 12 orang. Tetapi yang ada pada malam tu tuan-tuan dan puan-puan, hampir seratus orang berada dalam dewan tu. Ada setengah paderi yang saya biasa jumpa di Miri, Bintulu, di Kuching, di Sarikei dan juga di Sibu. Banyak paderi yang saya kenal. Begitu juga paderi daripada Seri Aman.
Bersambung..
Perhatian:
Sudah tentu pandangan ini bukan pandangan weblog Ibnu Hasyim. Weblog ini hanya memaparkan saja untuk diteliti, dan sila beri komen..