Tuesday, February 25, 2014

Juara Raja Lawak Malaysia Abad Ini. Siapa?


SHAH ALAM - Lawak! Siapa sebenarnya menipu rakyat?  Jangan ingat rakyat tak bermaklumat. Begitu kira-kira kata Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, lapor Sinar Harian hari ini

"Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat," demikan menurut Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.
"...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu... mana pergi janji tersebut?
"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.
"...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.


Semalam menerusi satu kenyataan PM meminta rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang yang sekadar lunak didengar tetapi hakikatnya boleh menghancurkan negara jika kepimpinan negara beralih ke tangan mereka.

Elok  PM diberi penghormatan sebagai Juara Raja Lawak Malaysia Abad Ini.. Cadangan dari Weblog I/Hasyim.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

Gimnas Negara Ke Final Disiplin Gelung Bogel. Hebat!

Olivia Tai Qing Tong (kiri) dan Shasangari Sivaneswary

SUKAN
KUALA LUMPUR: Gimnas negara Olivia Tai Qing Tong mempunyai peluang cerah untuk muncul empat gimnas Asia terbaik melayakkan diri ke Sukan Olimpik Remaja 2014 di Nanjing, China, Ogos ini.

Secara keseluruhan, Tai menduduki kedudukan ketiga selepas bersaing dalam empat disiplin pada pusingan kelayakkan individu pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.
 
Hebat! Negara Islam Malaysia (kononnya), telah melatih rakyatnya jadi begini... Bogel. Berpakaian tapi telanjang!  Inikah ilmu pendidikan Islam?  Wajarkan bagi sebuah negara umat Islam? (IH)

Lihat ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)  
Johor 
Syed 0176778774 (JB)  

Lihat artikel

Monday, February 24, 2014

Samir Nasri & Yaya Toure, Bersahabat Luar Dan Atas Padang


Samir Nasri dan Yaya Toure bersahabat di luar dan di atas padang

SUKAN
INI kisah dua beradik sesama Muslim, 'emak lain, bapa asing-asing (pepatah Melayu)', yang beraksi dan bermain di liga Perdana Barclays. Terdapat pandangan menarik tentang tanggapan ukhwah antara pemain muslim yang tidak sedarah dan sedaging itu.

Samir Nasri, ‘midfielder versatile’ yang boleh diletakkan sama ada ‘midfielder’ menyerang, sayap dan tengah. Bermain untuk Manchester City dan negara Perancis, juga selalu dikaitkan sebagai jelmaan lagenda Perancis iaitu Zinade Zidane dalam corak permainannya. Beliau menyarung kit angka 8. Samir Nasri ialah salah seorang di antara puluhan pemain Muslim di liga yang paling kompetitif di dunia.
Samir Nasri menggayakan tulisan EID MUBARAK ketika meraikan jaringan bersama sahabatnya Yaya Toure.

Pemain ini sering memberi ekspresi terhadap dunia tentang cara hidupnya sebagai seorang muslim di atas padang. Sebagai contoh rangkaian kata Eid Mubarak di inner yang dipakainya ketika meraikan jaringan bersama rakan karibnya Yaya Toure.

Pemain berumur 27 tahun ini mengenali keluarga Toure semenjak beliau memulakan kariernya di Ligue 1 lagi ketika Yaya Toure beraksi di AS Monaco manakala beliau beraksi di Marseille sebelum melangkah ke United Kingdom dan beraksi untuk The Gunners(Arsenal).

Di Arsenal beliau bermain bersama abang kepada Yaya Toure, Kolo Toure dan tidak menafikan semakin mengenali susur galur keluarga Toure.  Bermula kempen 2011/2012 beliau memulakan harinya bermain di Manchester City, ketibaannya di Manchester City di susuli selepas ketibaan Yaya Toure yang berpindah dari kelab gergasi Sepanyol (Barcelona).

Samir Nasri menyatakan bahawa Yaya Toure yang menyambut ketibaannya di Etihad (Manchaster City). Perhubungan antara mereka lebih rapat kerana Yaya Toure mahir berbahasa Perancis, mungkin kerana pengalamannya beraksi di Ligue 1.

Kedua-dua mereka dilihat sering digandingkan bersama, kerana penguasaan di bahagian tengah merupakan elemen penting yang di garap oleh Manuel Pallegrini (Pengurus Manchester City musim ini).

Ruang untuk kesebelasan utama pastinya diisi dua pemain ini kecuali jika masalah kecederaan yang kerap melanda Samir Nasri semasa kempen musim ini. Samir Nasri meluahkan rasa kecewa kerana tidak menghasilkan jaringan ketika menetang Stoke City kelmarin tetapi tetap mengulas gembira dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan duonya Yaya Toure.
Duo midfielder yang paling berpengaruh dalam kempen liga Perdana Barclays  untuk musim ini 2013/2014

Hubungan atau ukhwah kedua pemain ini bukan sahaja di atas padang malah dalam kehidupan yang sebenar. Samir Nasri mengakui bahawa mereka saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain jika ada masa lapang. Samir Nasri mengakui beliau rapat dengan ketiga-tiga anak Yaya Toure iaitu Sydney, Ryan dan Yasmin kerana selalu bertemu mereka.

Timbul gurauan di kalangan rakan-rakan mereka dalam pasukan yang bertanya siapakah abang kepada Yaya Toure? Kolo Toure atau Samir Nasri? Begitulah ragam hidup kedua pemain profilik dunia ini, bukan sahaja bersama bermain di atas padang, meraikan jaringan malah menjalani kehidupan bersama dan mempunyai jalinan ukhwah yang cukup rapat di luar padang.

Semoga kedua-dua pemain ini sentiasa mendaki puncak karier yang gemilang serta mengeratkan lagi ukhwah antara mereka agar dapat dicontohi pemain muslim di seluruh dunia tentang bezanya berkawan dan berukhwah sesama Islam.

Pemain-pemain beginilah antara yang menjayakan konsep 'sukan asas perpaduan'..(IH)

'Santai Kopi Kaw' Presiden PAS Di Beting Maro, S'wak.


Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyapa mesra beberapa penduduk yang hadir pada program 'Santai Kopi Kaw' di Kampung Pusa, Beting Maro.


SRI AMAN, Sarawak: Lawatan kerja Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Kampung Pusa dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro semalam disambut mesra para penduduk tempatan.

Sebaik tiba di jeti Kg Pusa pada jam 2 petang, lebih 50 petugas yang menantikan kehadiran beliau melaungkan takbir.

Tuan Guru Abdul Hadi diiringi Naib Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid; Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriajo Paijo ; Setiausaha Perhubungan, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus; Ketua Penerangan PAS negeri, Andri Zulkarnaen Hamden dan para anggota Lajnah Tanah PAS Pusat.

Rombongan singgah di Markas PAS Pusa untuk program taklimat isu semasa sebelum menziarahi rumah-rumah penduduk Kg Pusa Tengah. Program 'Santai Kopi Kaw' bersama Presiden PAS kemudian berlangsung di sebuah warung di Kg Pusa Tengah pada lewat petang.

Presiden PAS mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk disamping diberi penerangan ringkas berhubung isu tanah rakyat Sarawak khasnya penghuni di Kampung Pusa. Selepas solat magrib berjemaah di rumah salah seorang aktivis PAS Kg Pusa, Tuan Guru Abdul Hadi bergegas ke lokasi ceramah umum Himpunan Tanah Rakyat Sarawak di Kampung Pusa Tengah.

Sebelum ceramah umum berlangsung, para penduduk dihiburkan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan oleh bekas anggota kumpulan XPDC, Zuar. (HD)

Himpunan Suara Orang Kampung 5 April Di Baling. Bantah Harga Getah!


KL: Pemuda PAS Malaysia akan turun beramai-ramai bagi menyokong Perhimpunan Rakyat Membantah Kemerosotan Harga Getah pada 5 April depan, di Baling, Kedah.

Menurut ketuanya, Suhaizan Kaiat, sokongan tersebut sebagai tanda solidariti Pemuda PAS kepada penoreh getah di seluruh negara yang sedang tertekan akibat kejatuhan harga getah yang teruk.

Perhimpunan anjuran PAS Kedah itu akan bermula jam dua petang dan dijangka berlangsung sehingga lewat malam.

"Perhimpunan ini mengambil masa yang panjang dengan pelbagai aktiviti dan peserta himpunan akan mengimbau perhimpunan mogok lapar semasa kejatuhan harga getah pada 1974 sehingga mendapat campur tangan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, Gerakan Suara Orang Kampung yang menggabungkan petani, penoreh dan nelayan akan dilancarkan pada 6 Mac depan di hadapan Bangunan Lembaga Getah Asli di Jalan Ampang, dekat sini.

Mereka akan berhimpun pada waktu makan tengah hari bagi menunjukkan kepada orang ramai mengenai tuntutan mereka kepada kerajaan agar menyelesaikan harga getah, padi dan masalah nelayan.

"Pemuda PAS juga akan bersama-sama gerakan ini sebagai simbolik kepada tuntutan golongan ini agar kerajaan segera mengambil tindakan berhubung isu ini," katanya lagi.

Sementara itu, Pemuda PAS mencadangkan kerajaan kerajaan memperuntukkan sejumlah subsidi kepda penoreh sebagai penyelesaian jangka pendek sementra proses kajian dan semakan yang lebih terperinci dijalankan bagi mengatasi masalah kejatuhan harga getah.

Pemuda PAs juga mendesak kerajaan bertindak segera menrangsang usaha penyelidikan menghasilkan produk berasaskan getah untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Setakat ini produk berasaskan getah adalah tayar, benang getah, katerer dan sarung tangan.

Penyelidikan penghasilan produk berasaskan getah asli dalam bidang kritikel seperti aplikasi kejuruteraan, perubatan, merin dan pembinaa perlu diberi perhatian.

"Produk berasaskan getah asli ini adalah lebih mesra alam sekitar berbanding getah tiruan.
"Maka sepatutnya negara mempromosikan getah asli sebagai produk mesra alam sekitar di seluruh dunia.
"Tapi malangnya penyelidikan getah seolah-olah tidak mendapat perhatian kerajaan sehingga produk berasaskan getah asli tidak mampu bersaing dengan produk berasaskan getah tiruan," katanya.

Baru-baru ini, penoreh getah di sekitar Sik, Padang Terap dan Baling telah mengadakan demonstrasi di tempat masing-masing bagi membantah sikpa kerajaan yang berdiam diri dalam berhadapan masalah harga getah ini.

Mereka menuntut agar harga lantai getah sekerap dinaikkan kepada RM4 sekilogram. Getah sekerap hari ini berada pada harga RM2.50 sekilogram sahaja. (HD)

1,000 Rusuh Bantah Piala Dunia 2014, Membazir.


ANGGOTA polis mengepung sebahagian penunjuk perasaan yang ditahan dalam bantahan tersebut.

SUKAN
SAO PAULO - Seramai 1,000 penunjuk perasaan berhimpun di kota raya terbesar Brazil di sini kerana membantah tindakan kerajaan berbelanja sehingga berbilion-bilion dolar bagi mengendali temasya bola sepak Piala Dunia tahun ini.

Mereka berang perbelanjaan besar itu dilakukan ketika sistem pengangkutan awam di Brazil berada dalam keadaan daif sekali gus disifatkan sebagai satu pembaziran. Bantahan tersebut bermula secara aman tetapi sebilangan samseng kemudian mula bertindak ganas dengan merosakkan beberapa buah bank dan bertempur dengan polis.

Anggota-anggota keselamatan menggunakan gas pemedih mata dan grenad rencatan untuk menyuraikan mereka. Sebilangan penunjuk perasaan turut ditangkap. Protes kelmarin itu adalah yang terbaharu di Brazil sejak Jun lalu. Setakat ini sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam beberapa protes serupa di negara itu. - AFP

Risalah BM Kristian Didakwa Diedar Di S'gor


SEPASANG warga asing, kemungkinan berasal daripada Amerika Syarikat, didakwa mengedarkan risalah berbahasa Melayu mengandungi ajaran Kristian sekitar Pinggiran USJ, Selangor.

Memetik “pemantau” aktiviti itu, penulis blog Abdul Karim Omar yang juga setiausaha agung NGO Muafakat Malaysia mendakwa, ia malah dibuat secara licik dan berhelah.

“Mereka tidak dapat memberi jawapan apabila sukarelawan pemantauan kita menanyakan kepada mereka jika mereka ingin mengedarkan risalah ini kepada orang-orang Cina dan India kenapa perlu risalah tersebut diterbitkan dalam bahasa Melayu?” soalnya.

“Sungguh aneh dan licik helah penipuan penjenayah Kristian ini.”

Karim turut memuatkan gambar aktiviti itu bagi membuktikan dakwaannya. Beliau juga mendakwa memiliki bukti rakaman video yang tidak disiarkan setakat ini.

Beliau membuat dakwaan itu pada 21 Februari lalu melalui tulisan berjudul “Lagi Mubaligh Kristian Berkeliaran…” dalam blognya Karim's Blog.

Ia ditimbulkan semula oleh NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang menyiarkan laporan berkaitannya di laman webnya hari ini.

Menurut laporan itu, risalah bertajuk “Semua penderitaan akan berakhir tidak lama lagi” itu membandingkan keadaan manusia sekarang serupa dengan apa yang dimuatkan dalam Bible.

Ia juga didakwa membangkitkan persoalan berhubung kebahagiaan manusia bawah pemerintahan Tuhan serta persoalan berkaitan Adam dan Hawa. (MK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails