Kediaman Presiden Ukraine.
KIEV - Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden
Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah pemimpin
berkenaan selepas mendapati hartanah itu mempunyai sebuah zoo, berpuluh
koleksi kereta antik dan sebuah kapal layar, lapor akhbar Daily Mail
semalam.
Kediaman Yanukovich yang terletak di Mezhyhirya kira-kira satu jam
perjalanan dari Kiev diserbu para penunjuk perasaan selepas pasukan
keselamatan meninggalkan hartanah tersebut.
Yanukovich melarikan diri ke sebuah lokasi rahsia selepas kumpulan
penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa
institusi pentadbiran sebagai usaha menubuhkan sebuah kerajaan
sementara.
Para penunjuk perasaan hampir tidak percaya apabila melihat hartanah
berkeluasan 140 hektar itu yang lengkap dengan sebuah zoo, sebuah garaj
kereta antik, sebuah kapal layar, rumah tetamu, pad pendaratan
helikopter dan padang golf.
Kediaman milik pemimpin itu juga dilengkapi dengan perhiasan mewah
sedangkan rakyat negara berkenaan hanya mempunyai pendapatan purata
kurang £300 (RM1,600) sebulan.
"Kami tidak sangka Yanukovich semewah ini dan beliau juga sangat
melampau kerana menggunakan wang rakyat yang miskin seperti kami dengan
sewenang-wenangnya,'' kata seorang penunjuk perasaan, Serhiy Remezovsky.
Krisis di Ukraine bermula selepas kerajaan pimpinan Yanukovich enggan
menandatangani Perjanjian Hubungan Ukraine-Kesatuan Eropah pada
November lalu kerana beliau lebih berminat menjalinkan hubungan dengan
Rusia.
Siri protes antikerajaan semakin memuncak apabila beribu-ribu
penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis pada minggu lalu
mengakibatkan hampir 100 orang terbunuh.
Dalam perkembangan terbaru, Parlimen negara itu semalam memecat
Yanukovich kerana didakwa bertanggungjawab dalam kejadian terburuk dalam
sejarah negara itu. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat terkejut melihat kekayaan Presiden Ukraine. Ini suatu peringatan buat pemimpin-pemimpin mewah di Malaysia.
ORANG ramai mengambil peluang melawat kediaman mewah milik Yanukovich selepas pemimpin itu melarikan diri dari Kiev.- REUTERSG
Gambar bawah:
Puak-puak wanita-wanita ini membantah lain pula, sanggup kencing di atas foto Presiden Yanukovych yang mereka letakkan di kaki lima .
Monday, February 24, 2014
Penghakiman Ingkar: PAS Fail Permohonan Ketepi Pagi Ini.
KUALA LUMPUR: Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS hari ini memfaikan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pagi ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Setiausaha Luham, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya akan mengambil langkah wajar untuk membatalkan penghakiman tersebut.
"Merujuk kepada perkara tersebut pihak Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pas Pusat akan mengambil tindakan sewajarnya pada hari esok (hari ini) untuk suatu proses membatalkan penghakiman tersebut," kata beliau.
Sementara itu, Peguam PAS, Asmuni Awi berkata, pihaknya yakin perintah tersebut boleh diketepikan.
"Kita menerima perintah itu hari ini (semalam) dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok (hari ini) juga.
"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.
Dalam pada itu satu sidang media akan dibuat oleh Asmuni pada jam 3 petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu berkait kes itu. (HD)
Ini, Festival 'Barangan Seks' Di China. Dah Jangkit Di M'sia Ke Belum?

Festival 'Barangan Seks' Di China. Di Malaysia dah ada ke belum? Kena awasi penyakit berjangkit ini? (IH)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
HMH STEVIA HERBA.
Wakil Penjual:
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),
Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar-
0183968580 (Lembah Pantai) Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
HMH STEVIA HERBA.
Wakil Penjual:
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),
Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka
Rahmat 0147266599 (Jasin)
Johor
Syed 0176778774 (JB)
Lihat artikel
Sunday, February 23, 2014
Hubungan Rahsia As-Israel & Syria-Iran
KONFLIK di Syria memunculkan kabut syubhat yang cukup tebal di sebahagian kalangan. Kabut syubhat itu semakin bertambah tebal dengan cara pandang simplisistis yang mereka gunakan .
Mereka menganggap bahawa konflik tersebut adalah permainan AS untuk menggulingkan rejim Assad , yang menurut mereka merupakan simbol perlawanan menentang hegemoni Barat - bersama dengan Iran. Propaganda inilah yang juga digunakan oleh Assad untuk mengaburkan pandangan kalangan umat Islam dunia - sebagaimana nasihat para pejabat Iran kepada Assad berkaitan dengan revolusi di Syria akhir - akhir ini - .
Bagi mereka , kedudukan melawan Israel dan AS cukup untuk menjadi modal meraih simpati umat Islam . Sebuah pilihan yang menurut Trita Parsi - seorang warga AS asal Iran yang berkhidmat sebagai presiden National Iranian American Council - dalam bukunya Treacherous Alliance : The Secret Dealings of Israel , Iran , and the United States hanyalah sekadar retorik belaka .
Retorika kutukan atas Israel adalah salah satu helah lama yang dipakai Iran . Pendekatan tersebut akan bergema senada dengan rakyat Arab pada umumnya dan menguak mati pucuk rejim Arab pro - Amerika . Yang akhirnya akan membuat rejim - rejim tersebut tertekan dan dimalukan .
Jika AS dan Israel menyerang Iran - yang menyokong kemerdekaan Palestin - akan sangat tidak mungkin bagi para pemimpin Arab - yang sebahagian besar membenci Iran - untuk secara awam menentang Iran , kerana sikap tersebut akan membuat mereka nampak berada di sisi Israel . Sebuah sikap yang akan sangat membahayakan kedudukan mereka di hadapan rakyat Arab . Ini adalah helah lama ala Iran yang Israel sudah familiar dengannya .
Menurut istilah Trita Parsi , radikal adalah retorik Khomeini , tetapi praktikal adalah budi bicara . Iran lebih pragmatik dan rumit dari yang kita bayangkan . Jika mereka melihat risiko , mereka akan berhenti dalam tempoh masa tertentu. Dibalik retorika kutukan dan kecaman tersebut , sebenarnya telah terjalin kerjasama yang cukup erat antara AS - Israel - Iran . Mulai dari latihan perisikan , perdagangan senjata , kerjasama perdagangan , dll .
Kerjasama tersebut juga terjadi dengan Syria di bawah kepimpinan rejim Assad . Sejarah menunjukkan hubungan dan perselingkuhan mereka ternyata sudah sekian kali berlaku sejak sejarah penubuhan Syria hingga sekarang .
Melalui dutanya di Damsyik , Amerika Syarikat dan badan perisikan AS ( CIA ) , telah memimpin dalam usaha rampasan kuasa tentera pertama kalinya di Syria pada tahun 1949 , sebagaimana diyatakan dalam sebuah buku " The Game of Nations " karya Miles Copeland . Hal ini menandakan awal dari peperangan antarabangsa memperebutkan Timur Tengah antara AS sebagai pendatang baru di kancah pertarungan dunia , dan Eropah ( Perancis dan Inggeris ) yang sebelumnya menguasai pengaruh di kawasan tersebut .
Amerika Syarikat melalui CIA terus menerus menyokong usaha rampasan kuasa tentera yg susul menyusul di Syria dari tahun 1950an hingga 1960an melawan pesaingnya dari negara - negara Eropah , hal ini membawa ketidakstabilan yang berlangsung selama lebih dari dua dekad .
Tahun 1967 , Hafez Assad menarik diri dari perang untuk mengamankan Israel . Bekas presiden Syria, Amin Al - Hafez , dalam interview pada tahun 2001 mengatakan bahawa Hafez Assad , yang saat itu menjabat sebagai Menteri Pertahanan , memberikan perintah tegas kepada pasukan Syria untuk menarik diri dari Dataran Tinggi Golan pada awal perang . Hal ini dilakukan sebelum ada tanda - tanda kekalahan dan bahkan saat belum ada konfrontasi sedikit pun dengan tentera Israel .
Hasilnya , kawasan strategik tersebut berjaya ditawan oleh Israel . Saat ini menjadi titik balik yang membuat Assad memperoleh kepercayaan dari AS dalam mengamankan perbatasan utara Israel , sebuah prestasi di mata Israel yang berjaya dilakukannya dalam tiga dekad berikutnya .
Tahun 1967 , AS memberikan sokongan kepada Syria melalui resolusi PBB no . 242 . Resolusi ini dikeluarkan pasca perang Arab - Israel tahun 1967 , di mana Israel pada saat itu berjaya menguasai Tanah Tinggi Golan . Dengan dikeluarkannya resolusi tersebut , Dataran Tinggi Golan dikembalikan lagi ke pangkuan Syria . Amerika menyokong resolusi ini . Hal ini nampak bertentangan dengan kedudukan Israel , meski hanya sekadar lip service , yang menolak segala gagasan penyerahan wilayah strategik tersebut .
Pasca perang " dadakan " pada tahun 1973 antara Syria dengan Israel , biasanya AS akan mengecam " lawan " Israel saat itu , iaitu Syria , dan memberikan hukuman pada mereka . Namun yang terjadi malah sebaliknya , pada tahun 1974 Presiden Nixon secara personal justru melakukan lawatan ke Damsyik untuk menguatkan hubungan dengan rejim Assad .
Tidak hanya itu , sejak tahun 1976 AS meluluskan langkah Assad untuk melakukan okupasi atas Lebanon . Pasukan Syria menyerang Lebanon pada awal - awal perang . Diamnya AS atas operasi tersebut menjadi " lampu hijau " bagi Hafez Assad untuk memulakan dan terus meneruskan pencerobohan ini sampai tahun 2005 , ketika resolusi yang diperintahkan Perancis memaksa Syria keluar dari Lebanon .
Resolusi ini pada hakikatnya ditolak oleh AS . Salah seorang penganalisis menjelaskan peranan AS ini dengan mengatakan bahawa " AS nampaknya secara diam - diam bersetuju atas keberlangsungan pendudukan Syria di Lebanon . "

Quote:
- > Iran , mulutnya mengutuk Israel - AS , tapi amalan berkomplot
.- > Persekongkolan ataupun perselingkuhan yang sama , juga dilakukan rejim Assad di Syria sejak sejarah penubuhan Syria hingga kini .
- > CIA dan Syria juga melakukan kerjasama perisikan untuk melakukan penyiksaan atas para suspek keganasan sejak tahun 2001 .
Hubungan antara CIA dan rejim Assad sebenarnya sangat mesra , bahkan saat Syria disebut negara bengis sekali pun . Rejim Assad memberikan tawaran bantuan untuk melakukan kerja kotor dengan CIA .
Rejim Assad ini menggunakan agen intelejennya untuk mengorek maklumat dari para tahanan perang melalui cara - cara penyiksaan untuk kemudian memberikan maklumat tersebut pada CIA .
Kes yang paling terkenal dan menjadi berita antarabangsa adalah kes yang berlaku atas Maher Arar , warga Kanada yang dituduh dan disiksa dalam penjara Syria atas pesanan AS namun ternyata tidak terbukti .
- > Kes terakhir adalah sokongan AS atas rejim Assad selama revolusi Syria ini . AS terus diam dan sekadar menyaksikan atas pembunuhan yang setiap hari dilakukan Assad atas rakyat Syria selama dua tahun ini .
(IH)
- > Iran , mulutnya mengutuk Israel - AS , tapi amalan berkomplot
.- > Persekongkolan ataupun perselingkuhan yang sama , juga dilakukan rejim Assad di Syria sejak sejarah penubuhan Syria hingga kini .
- > CIA dan Syria juga melakukan kerjasama perisikan untuk melakukan penyiksaan atas para suspek keganasan sejak tahun 2001 .
Hubungan antara CIA dan rejim Assad sebenarnya sangat mesra , bahkan saat Syria disebut negara bengis sekali pun . Rejim Assad memberikan tawaran bantuan untuk melakukan kerja kotor dengan CIA .
Rejim Assad ini menggunakan agen intelejennya untuk mengorek maklumat dari para tahanan perang melalui cara - cara penyiksaan untuk kemudian memberikan maklumat tersebut pada CIA .
Kes yang paling terkenal dan menjadi berita antarabangsa adalah kes yang berlaku atas Maher Arar , warga Kanada yang dituduh dan disiksa dalam penjara Syria atas pesanan AS namun ternyata tidak terbukti .
- > Kes terakhir adalah sokongan AS atas rejim Assad selama revolusi Syria ini . AS terus diam dan sekadar menyaksikan atas pembunuhan yang setiap hari dilakukan Assad atas rakyat Syria selama dua tahun ini .
Singapore, Israel Di ASEAN ?
SEORANG diplomat Timur Tengah pernah menyebutkan tentang " republik kecil di Asia Tenggara " adalah salah satu ' negeri buatan Israel ' selama persidangan di Casablanca pada 2008 lalu .Kita tidak perlu menyebutkan nama negaranya , namun kriteria ini cukup tajam untuk mengkritik kepimpinan sebuah negara sebagai yang mempunyai " persamaan dengan Tel Aviv " .
Pendapat yang menuju ke sebuah ' republik kecil ' di Asia Tenggara tersebut akan membawa kita kepada sebuah negara terkecil di Asia Tenggara , Iaitu Singapura , satu - satunya negara di ASEAN yang justru menentang ZOPFAN atau Zone of Peace , Free and Neutral ( Zon Damai , Bebas dan Netral ) , yang sangat jelas telah menjadikannya sebagai tuan rumah bagi " duta Israel " di kawasan ASEAN .
Selama ini Singapura selalu melibatkan ahli tentera Zionis untuk meningkatkan angkatan bersenjatanya , melakukan banyak perdagangan dengan Zionist tersebut dan mengakui bahawa Israel sebagai salah rakan kongsi perniagaan yang paling penting sejagat baginya , bukannya justru kepada para negara jirannya .
Dan ketika Anwar Ibrahim mula melawan segala rintangan dengan menyokong hak - hak dan keselamatan Israel , yang menghubungkannya dan sekutu politiknya DAP ( Democratic Action Party) iaitu Parti Pan - Malaysian multi - racial party atau parti berbilang kaum Malaysia dengan ' PAP Singapore ' ( People 's Action party ) atau ' Parti Tindakan Rakyat Singapura ' atau ' Parti Tindakan Rakyat Singapura ' , dan juga Bank of Israel , membuat kecurigaan terhadap sesama negara ASEAN , tumbuh kian tebal .
PAP adalah sebuah parti politik di Singapura yang berkuasa sejak tahun 1954 dan menguasai pembentukan kerajaan Singapura .Pada pilihan raya Parlimen 1963 , PAP sangat dominan melalui sistem demokrasi berparlimen dan tampil sebagai parti autoritarian yang hampir tidak boleh dilawan oleh pihak pembangkang . Bidang politik , sosial , dan pembangunan ekonomi sebagai keutamaan pembangunan bangsa .
Para pengkritik dari kalangan pembangkang tak mampu berbuat banyak kerana PAP sangat mendominasi parlimen . Dasar - dasar jarang ditentang rakyat . Bahkan , hampir tak pernah terdengar adanya upaya demonstrasi . Dan parti ini telah berkuasa sejak awal kemerdekaannya .Dan di sini , Jim Sleeper , seorang pensyarah ilmu politik dari Universiti Yale , membongkar analisis panjang yang logik tentang Singapura - Israel yang mempunyai ikatan kuat , berkongsi watak kapitalis yang sama , dan pendekatan diplomatik yang boleh digambarkan sebagai ' inteloper yang sombong ' .
Lee Kuan Yew telah menetapkan tujuan kepada penggantinya dan hanya mengikuti " jalan politik " yang telah dirancang .Pada tahun 1965 , ketika Singapura mengisytiharkan kemerdekaan , Perdana Menteri yang pertama (dan selama bertahun - tahun , diktator virtual ) Lee Kuan Yew meminta Israel untuk merancang , mengatur , dan mengawasi mesin militernya .

Apakah pelantikan Israel tidak tepat dan bagaimanakah kejayaannya ?Pada tahun 2012 lalu , Bonn International Center for Conversion telah menerbitkan sebuah kajian dari seluruh dunia tentang kedudukan Israel sebagai negara yang paling termiliterisasi (militarized nation ) di dunia dengan nilai 876.31 .Dan sangat memeranjatkan bahawa Singapura berada di urutan kedua sejagat melalui survey yang dinamakan Global Militarization Index ( GMI ) dengan nilai 814.70 .
Sedangkan Indonesia berada pada urutan ke 96 dengan nilai 405.64 .The Global Militarization Index atau Global Index ketenteraan menggambarkan berat relatif dan pentingnya aparat tentera dari sebuah negara dalam hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhan . Untuk ini , GMI mencatat sejumlah penunjuk untuk mewakili tahap ketenteraan sebuah negara , iaitu :
Quote:
2. Perbandingan pengeluaran militer dengan pengeluaran kesehatan.
3. Perbandingan antara jumlah total (para) pasukan militer dengan jumlah dokter, dan populasi secara keseluruhan.
4. Rasio jumlah senjata berat yang tersedia dan populasi secara keseluruhan.
Tapi kita sebagai bangsa di kawasan yang sama , iaitu Asia Tenggara , terutama Indonesia dan juga Malaysia yang berada di utara dan selatan dari negara daun kelor itu , sedar akan semua hal ini . Indonesia selalu meletakkan diplomasi di atas semua , dan begitu pula Malaysia .
Namun perlu diketahui bahawa apapun boleh terjadi , lanskap diplomatik , sosial serantau serta antarabangsa boleh mengambil alih giliran , dengan warna yang baru . Boleh saja kita mengharapkan sesuatu yang ' sangat panas ' diantara hubungan kami pada tahun - tahun akan datang , ya boleh saja , mengapa tidak ?
Kesamaan dari " dua mesin kecil " tersebut iaitu Indonesia dan Malaysia , yang boleh atau tidak , dapat pula menjadi model negara kapitalisme baru yang diatur oleh sebuah negara kecil boneka buatan zionist Israel dengan pendapatan per kapita yang tinggi dan tahap pertumbuhan yang jarang dikemukakan ke awam .Namun kenyataannya adalah , kedua-duanya sudah mula atau bahkan telah ditetapkan oleh tali kekang zionist dan dicap pada pantatnya dengan label negara - negara ala barat yang artinya kita adalah hamba milik mereka juga .
Singapura mempunyai penduduk 5 - 6 juta yang terdiri dari 2-3 juta warga negara kelas dua , dan non - warga negara , bahkan banyak dari mereka adalah pendatang dan banyak pula dari mereka secara terbuka juga dibenci .Namun pada kenyataannya , bahagian yang sangat menarik dari negara sedaun kelor ini adalah Israel telah memiliterisasi masyarakat Singapura , bahkan dengan lagu - lagu tentera Israel , yang mana tentera Lee selalu berbaris pada parade pertamanya , sejak hari kemerdekaan Singapura .
Dengan sedikit sekali simbolisasi , mereka telah menunjukkan bagaimana Singapura membina wajib militer dari penduduknya yang " tak tentera " atau un - ketenteraan itu , dari dulu sampai sekarang .Sekurang-kurangnya menurut suatu kajian , kedudukan profesion askar Singapura memang jauh dibawah daripada " si pencuri Zionist " itu , dengan meletakkan seniman , guru dan peniaga pada kedudukan paling atas jika berlaku sesuatu .Jadi sejak dulu , semuanya ditentukan oleh Lee untuk menyesuaikan semua ini bahawa apabila Israel memenangi Perang Enam Hari pada tahun 1967 , maka Singapura membenarkan keputusannya untuk bekerja dengan Zionist itu dan meningkatkan kepercayaan Singapura yang telah " di mentor tentera Yahudi " kepada mereka .
Bahkan delegasi PBB Singapura mengejutkan negara - negara Dunia Ketiga yang lain dengan cara tidak melakukan keputusan mengutuk Israel dan justru tidak menyokong ZOPFAN atau Zone of Peace , Free and Neutral iaitu Zon Damai , Bebas dan Neutral .
Sumber: Jim Sleeper’s Blame the Latest Israel-Arab War on…Singapore? via huffingtonpost.com
Jalan Raya Malaysia Ke-17 Paling Bahaya Di Dunia
SHAH ALAM: Malaysia adalah antara 25 negara yang
paling berbahaya bagi pengguna jalan raya, dengan mencatatkan 30
kematian bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian oleh Universiti
Michigan.
Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang paling berbahaya untuk pemandu.
Satu-satunya negara Asia Tenggara lain yang berada dalam ranking 25 yang paling berbahaya ialah Thailand yang menduduki tempat kedua paling berbahaya untuk pemandu, dengan 44 kematian bagi setiap 100,000 orang lapor M-Star Online.
Dalam perbandingan yang dilakukan, Amerika Syarikat hanya mencatatkan 14 kematian, Perancis (tujuh), Jerman dan Singapura (enam), dan Britain hanya lima kematian bagi setiap 100,000 orang.
Purata kematian dunia adalah 18 kematian bagi setiap 100,000 orang.
Namibia mendahului senarai yang paling berbahaya dengan 45 kematian dan tempat paling selamat adalah negara dengan pulau kecil, Maldives yang mencatatkan dua kematian.
Semua 25 negara yang tersenarai sebagai paling berbahaya, sama ada negara membangun atau negara kurang membangun. - Selangorkini
Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang paling berbahaya untuk pemandu.
Satu-satunya negara Asia Tenggara lain yang berada dalam ranking 25 yang paling berbahaya ialah Thailand yang menduduki tempat kedua paling berbahaya untuk pemandu, dengan 44 kematian bagi setiap 100,000 orang lapor M-Star Online.
Dalam perbandingan yang dilakukan, Amerika Syarikat hanya mencatatkan 14 kematian, Perancis (tujuh), Jerman dan Singapura (enam), dan Britain hanya lima kematian bagi setiap 100,000 orang.
Purata kematian dunia adalah 18 kematian bagi setiap 100,000 orang.
Namibia mendahului senarai yang paling berbahaya dengan 45 kematian dan tempat paling selamat adalah negara dengan pulau kecil, Maldives yang mencatatkan dua kematian.
Semua 25 negara yang tersenarai sebagai paling berbahaya, sama ada negara membangun atau negara kurang membangun. - Selangorkini
Bongkar! SPRM Jumpa RM20 juta Dalam Akaun Bank Polis..
Siasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu.
"Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu.
Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit.
"Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan
ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.
Semua 60 pegawai polis itu, angka paling besar yang pernah disiasat
SPRM serentak, kebanyakannya pegawai kanan yang bertugas di seluruh
negara.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa pasukan yang merangkumi pegawai kanan daripada SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Sekuriti dan polis telibat dalam penyiasatan ini.
Pasukan ini diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Disebabkan masalah teknikal yang muncul baru-baru ini, pasukan
penyisatan ini dibesarkan.
Sumber berkata, pasukan tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Gani yang mengetuai siasatan bagi memastikan bukti sahih dapat dikumpul untuk menjamin pendakwaan yang kukuh dalam mahkamah.
Pada 25 Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan seorang pegawai kanan polis, salah seorang daripada 60 pegawai yang di bawah penyiasatan, merupakan antara polis yang menjadi orang tengah dengan SPRM untuk membantu mengenalpasti polis yang korup dengan janji diberi imuniti.
Dilaporkan pegawai polis kanan itu bersetuju untuk menamakan beberapa
lagi pegawai kanan polis untuk menjaga kepentingan dirinya.
"Siasatan sudah berjalan untuk beberapa bulan, dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai polis sedang hidup lebih daripada kemampuan mereka.
"Ramai daripada pegawai kanan ini ditugaskan di serata negara, dan
dijumpai dengan paling kurang RM1 juta atau lebih dalam akaun bank
masing-masing.
"Pegawai ini tidak cuba pun untuk menyembunyikan kekayaan mereka," kata pegawai itu.
Dalam laporan awal, The Malaysian Insider melaporkan aduan daripada seorang pegawai polis yang tidak berpuas hati kepada SPRM yang memulakan siasatan mengakibatkan 60 pegawai polis disyaki.
Pegawai ini didakwa mengumpul rasuah daripada pengendali perniagaan
haram di ibu negara. Perniagaan ini termasuk kafe siber haram dan rumah
urut serta sarang pelacuran.
Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali membayar antara
RM10,000 hingga RM50,000 sebulan kepada polis untuk mengelak diserbu dan
diganggu.
Oleh kerana siasatan SPRM ini, seorang pegawai bergelar 'Datuk' dipindahkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.
SPRM menjumpai RM6 juta dalam akaun bank 'Datuk' yang disoal oleh SPRM itu.
Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanyalah permulaan sahaja.
Sementara siasatan semakin giat dijalankan, SPRM juga merampas kereta mewah seperti Range Rover Evoque (bernilai RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000) Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.
Selain daripada hartanah dan kereta mewah, polis juga merampas sejumlah
wang yang banyak, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis
itu. – 23 Februari, 2014. (TMI)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bahaya rasuah ialah menjana pemikiran manusia Muslim supaya dalam soal 'cari makan' sudah tidak perlu 'halal haram' lagi. Ini yang disemaikan dalam pemikiran rakyat tempat semaraknya budaya rasuah.
Secara Ringkas, Rasuah Menurut Islam
Rasuah
adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan
manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari
kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Di
dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga
ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
وَلاَ
تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى
الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ
وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
- Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
- Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Ringkasan Takrif Rasuah dan Sogokan
- Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.
- Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat.
- Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.
- Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan.
- Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga.
- Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
- Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (1) hingga (7) yang terdahulu.
(IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)











