Monday, December 09, 2013

Cemas S'pura Terbakar! Pertama Rusuhan Lepas 40 Tahun...

singapuraxx513[LIHAT VIDEO RUSUHAN ITU DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY ]

Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu. Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.

Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal  iaitu Mustapa Store. Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak. Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.

singapura1x
Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.
Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat. Apa yang berlaku kemudian terbakar sana sini. Ambulan dan harta awam dibakar perusuh.
Kereta polis pulak diterbalikkan.
Menurut laporan agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50 malam Ahad.

"Pegawai polis di tempat kejadian dan dapat mengawal keadaan. Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan tersebut," jelas kenyataan tersebut.

Menurut saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.

singapura2
"Keadaan itu kemudian bertukar kepada rusuhan, apabila kereta polis tiba, kereta polis tersebut diterbalikkan..." ujarnya.

Seorang lagi yang melihatnya  Nasharuddin Kahn , 32 ,memberitahu beliau melangkah keluar dari kedai 24jam di kawasan tersebut sebelum melihat puluhan kereta polis berkejaran ke arah Little India.

"Apabila saya melihat apa yang berlaku, saya pergi rumah flat berhampiran dan dan diberitahu supaya berada di dalam kawasan tersebut jangan keluar."


singapura4

Katanya, beliau melihat pekerja asing terlibat membaling objek kepada pihak polis. Satu lagi media Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja Bangladesh dilanggar bas.Ini mendorong rakan-rakannya membakar bas tersebut.

Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.-8/12/2013

rusuhan1xx

rusuhan2xx

singapura3
(AD) 

IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA

Sunday, December 08, 2013

Israel-Palestin Hampir Damai? Bohong!

John Kerry haram jadah (pinjam perkataan PM Najib)

Israel dan Palestin semakin hampir untuk berdamai.
TEL AVIV, Israel 8 Dis. - Israel dan Palestin kini semakin hampir untuk memeterai perjanjian damai selepas beberapa tahun perbincangan diadakan bagi melaksanakan matlamat tersebut.

"Saya yakin kita semakin hampir untuk mencapai keamanan, kemakmuran dan keselamatan yang sudah menjadi hak kepada penduduk di rantau berkenaan",’’ kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kepada pemberita ketika berada di Lapangan Terbang Ben Gurion.

Kenyataannya itu dibuat selepas Israel dan Palestin melakukan perbincangan selepas beberapa rundingan langsung diadakan sejak akhir Julai lalu, walaupun tidak menunjukkan kemajuan yang memberansangkan.
Kerry juga dilaporkan akan berjumpa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk kali ketiga dalam masa 24 jam semalam, dalam membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan keselamatan. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bohong! Tidak akan berlaku perdamaian sebenarnya, selagi 'perompak' tidak mengembalikan seluruh hak mangsanya yang dirompaknya. Berdamai tanpa mengembalikan 'hak kepada tuannya' adalah suatu kezaliman.

Israel yang tidak ada negeri asalnya, terus memperkosa negeri yang dirompaknya, masakan boleh dibiarkan terus berleluasa? Kebenaran dan keadilan itu adalah dari Tuhanmu, dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang ragu.. Itulah jihad dan Jihad tidak akan mati!

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong

Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Tuduh Mohamad Sabu Syiah, Saman Zahid Hamidi..

 KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menafikan tuduhan kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, beliau berkata sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mohamad itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung pembabitan Mohamad Sabu seperti yang disebut itu.
"Maka bagi saya, wajarlah Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid," kata Mustafa.

Dalam ucapannya semalam, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertindak mengumumkan memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

Dalam pada itu, Mohamad dalam reaksinya semalam berkata, beliau akan berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid ekoran tuduhan terhadapnya itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata, jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," tegas Mohamad. (HD)

Wali Nanggroe Aceh Akan Dilantik Sebelum Akhir Tahun Ini.

 Hamid Zein 


Sebelum akhir tahun, DPR Aceh keukeuh lantik Wali Nanggroe


Demo mahasiswa tolak Wali Nanggroe. ©2013

KL: Meskipun keberadaan Lembaga Wali Nanggroe (LWN) masih terjadi kontroversi, dan mendapat penolakan dari sejumlah warga di Aceh.

Dewan Perwakilan Rakyat Aceh (DPRA) tetap tidak berganjak dan akan melaksanakan pengukuhan Wali Nanggroe sebelum akhir tahun.

Dilaporkan, menurut penjelasan yang disampaikan oleh Sekretaris Dewan (Sekwan) DPRA, Hamid Zein saat diminta tanggapan oleh merdeka.com, Minggu (8/12) menyebutkan, pengukuhan Wali Nanggroe telah diagendakan pada 16 Desember 2013.

"Sesuai hasil rapat Badan Musyawarah (Banmus) DPRA, tanggal 16 Desember 2013 rencana dikukuhkan," kata Hamid Zein.

Sebelumnya Ketua Komisi A DPRA, Adnan Beuransyah pernah menyebutkan pengukuhan Wali Nanggroe diselenggarakan kenduri selama 7 hari. Akan tetapi, Hamid Zein menampiknya, ia menyatakan pengukuhan tetap dilakukan dalam sidang paripurna di DPRA.

Muzakir Manaf

Pada acara pengukuhan tersebut, Hamid Zein menjelaskan yang menjadi ketua panitia adalah Wakil Gubernur Aceh, Muzakir Manaf yang akrap disapa Muallem. Kata Hamid, pada hari Isnin besok akan dilakukan pertemuan untuk membicarakan teknik acaranya.

Sementara itu beberapa hari lalu, pro-kontra pembentukan Lembaga Wali Nanggroe Aceh belum sampai ke titik terminasi. Ironisnya, hal ini tidak menghalangi aktiviti Wali Nanggroe dalam realiti kesehariannya. Meskipun sudah ditandatangani DPRA dan Gubernur Aceh, untuk mendapatkan persetujuan pemerintah pusat, Qanun No.8 Tahun 2012 tentang Lembaga Wali Nanggroe, masih berada di meja Menteri dalam Negeri RI menunggu persetujuan.

Hal ini mengesankan pemerintah Pusat kurang responsif terhadap Qanun usulan pemerintah Aceh ini. Tak ubahnya seperti yang dikatakan Jabal Sahab bahawa permasalahan kita hari ini adalah selalu melahirkan konsep ideal tapi bermasalah dalam pelaksanaan. Menurutnya, seharusnya dalam pelaksanaan Qanun hasil amanah MoU Helsinki ini, hal ini tidak boleh terjadi.

Sebelumnya, Qanun amanah MoU Helsinki ini juga telah dirancang pada tahun 2010. Salah satu butirnya berbunyi: Apabila Wali Nanggroe (Hasan Tiro) telah mangkat, maka berdasarkan hasil rapat “Si Gom Donja” di Stavanger, Norway, pada 2 Julai 2002, meresmikan Malik Mahmud sebagai Peurdana Meuntroe (Perdana Menteri) dan dr Zaini Abdulah sebagai Meuntroe Luwa (Menteri Luar negeri), maka secara langsung Malik Mahmud menjadi waliul’ahd (Pemangku Wali).

Malik Mahmud al-Haytar.
Pasal 123 ayat (6) Qanun No.8/2012 juga menegaskan: “Setelah berpulang ke Rahmatullah Wali Nanggroe Dr Teungku Hasan di Tiro, maka waliyul’ahdi Teungku Malik Mahmud al-Haytar ditetapkan sebagi Wali Nanggroe IX”. Kenyataan menunjukkan bahawa sejak 3 Jun 2010, Hasan Tiro, Wali Nanggroe ke-8 telah meninggal dunia dalam usianya 84 tahun. Maka berdasarkan ketentuan ini, yang menjadi penggantinya adalah Malik Mahmud al-Haytar.
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia 

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Cantas Comango (54 NGO), UMNO Ada Kuasa?


Perwakilan Perlis, Ramli Shariff mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas dengan memperluaskan Ops Cantas terhadap Gabungan NGO Comango yang memperjuang hak kebebasan beragama dan Lesbian, Biseksual, Gay dan Trangender (LGBT) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Membahaskan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung Umno, Ramli mendakwa kumpulan itu didakwanya mewakili Malaysia sewaktu mengemukakan tuntutan "songsang" sedangkan, tegasnya, kerajaan tidak pernah memberi mandat kepada mereka berbuat demikian.

Comango terdiri daripada gabungan 54 NGO hak asasi dan Ops Cantas diperkenalkan untuk membanteras jenayah di negara ini.

"Siapa yang beri (mereka) mandat. Hanya 12 sahaja NGO yang berdaftar, bakinya statusnya haram.
"Perlis mencadangkan operasi 'Ops Cantas' diperluaskan kepada kumpulan ini. Kalau perlu cantas, cantaslah... Ini kepakaran naib presiden untuk mencantas," katanya sambil merujuk ucapannya itu kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beliau mendakwa pembangkang menghantar kumpulan tersebut ke badan dunia itu untuk menjahanamkan Malaysia. Sebaliknya, beliau memuji tindakan kerajaan yang ditunjangi Umno menghantar komando ke Lahad Datu untuk menghapuskan musuh negara. Ramli berkata tuntutan yang dibawa oleh gabungan NGO itu bertentangan dengan perlembagaan dan keperluan rakyat Malaysia.

"Keperluan rakyat kita tidak sama dengan (negara) lain. Mana mungkin kita menerimanya (sebagai) 'universal standard'.
"Saya rasa agama lain tidak boleh menerima ajaran songsang... Tidak boleh menerima secara total," katanya.

Sebelum itu, Perwakilan Kelantan Ahmad Termizi Musa menyeru parti supaya membuka pintu untuk menarik para alim ulama, guru pondok, mubaligh dan pendokong Islam berada dalam semua peringkat kepimpinan bagi memperkasakan parti.

"Jangan menutup pintu kepada pendokong agama untuk menyertai parti kita. Tranformasi yang dibawa oleh perdana menteri telah menggusarkan pihak sebelah sana.
"Mereka bimbang, takut kalah dan ditolak rakyat (dalam pilihan raya)," katanya.
"Umno lawan PAS bukan kerana nama, warna, kebencian dan dendam, tetapi berlawan dengan PAS kerana jihad untuk menyelamatkan umat dan menegakkan syariah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Membahas usul berkaitan pendidikan, Ahmad Termizi mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya memperbanyakkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri itu ekoran permintaan yang meningkat.

Menurutnya kekurangan kokosongan untuk menampung lebih 5,000 permohonan, menyebabkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama (SMA) di bawah kerajaan negeri. Setakat ini terdapat enam SMKA di Kelantan dan dicadangkan ditambah menjadi 14 lagi.

"Kita amat bimbang sekolah menengah agama negeri, pelajar ditarbiyah, dididik, diasuh dan ditanam nilai untuk kepentingan mereka.
"Sebab itu mereka boleh kekal 23 tahun," katanya sambil mendakwa terdapat pelajar SMA yang melakukan aktiviti kepartian melibat PAS di negeri itu. (MK)

 Komen Weblog Ibnu Hasyim: Amalan Seks Songsang LGBTIQ. COMANGO adalah jelas merupakan sebuah gabungan NGO yang mempromosikan budaya seks songsang.
Di dalam tuntutan mereka di UNHRC untuk proses semakan UPR (para 6.1), COMANGO mengatakan:
Malaysia refuses to recognise SOGI rights.
SOGI adalah identiti jantina dan orientasi seksual (sexual orientation and gender identity). Ini bermakna COMANGO ingin memaksa ke atas kerajaan Malaysia supaya menerima hak orang untuk melakukan amalan seks songsang lesbian dan gay.

Malah dalam para 6.6, COMANGO membuat cadangan kepada UNHRC mendakwa pihak penguatkuasa yang menangkap pelaku seks songsang sebegini didakwa! Amalan-amalan seks songsang ini mereka sebut sebagai LGBTIQ. Kita mungkin sudah maklum makna untuk abjad L, G, B dan T. Tetapi ditambah lagi dua lagi “I” dan “Q”. “Q” ini untuk apa? Untuk maksud “queer”.

Bermakna bukan sahaja amalan seks itu songsang tetapi termasuk yang pelik-pelik yakni hatta dilakukan dengan binatang haiwan sekali pun. Beginilah tuntutan puak-puak COMANGO. Mereka turut mendesak untuk UNHRC agar Malaysia mengugurkan jenayah “penal code S377A” berhubung amalan seks liwat. COMANGO mahu jenayah Liwat Dihalalkan.

UMNO ada kuasa mengapa masih berdiam diri mencegahnya?

yogyakarta-principles
Prinsip-prinsip Yogyakarta adalah satu perisytiharan aktivis-akvitis songsang norma yang mahu dipaksa ke atas Tanah Air kita yang berdaulat
Mereka juga menuntut supaya Malaysia meminda semua undang-undang agar selaras dengan Prinsip-prinsip Yogyakarta (PY). Apa yang dimaksudkan dengan prinsip-prinsip yang dimeterai di bandar Jogjakarta itu?
The Yogyakarta Principles address a broad range of international human rights standards and their application to issues of sexual orientation and gender identity (SOGI).
Sekali lagi mereka menuntut kerajaan membenarkan amalan seks songsang. Apakah pentingnya PY ini? Ianya bukan ditanda-tangani oleh mana-mana negara. Kenapa hendak dipaksakan ke atas Tanah Air kita yang berdaulat? PY hanya sekadar perhimpuan dan persetujuan beberapa aktivis songsang yang memperjuangkan agenda sesat untuk membenar amalan kaum yang Allah telah laknatkan seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran.

UMNO ada kuasa mengapa masih berdiam diri mencegahnya?  (IH)

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong

Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Kasino 'Judi Haram' Dalam Hutan Diserbu. Judi 'Halal'?

Lokasi pusat perjudian yang terletak di tengah-tengah hutan untuk melindungi dari dikesan Polis diserbu kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin
 Antara barangan yang dirampas daripada 34 kaki judi yang ditahan dalam Op Dadu, kelmarin.
Pegawai dan anggota polis membuat pemeriksaan terhadap kaki judi yang dicekup 

TAMBUN – Sindiket judi haram yang licik menjalankan operasi di tengah hutan di Kampung Baru di sini, bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa akhirnya tumpas dalam serbuan Op Dadu, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, seramai 34 kaki judi warga tempatan, termasuk lapan wanita berusia antara 40 hingga 74 tahun yang leka berjudi dicekup empat pegawai dan 23 anggota Pasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Lokasi pusat judi di kelilingi hutan dan kebun buah kedondong dengan jarak kira-kira dua kilometer dari jalan utama itu dikesan aktif sejak tiga minggu lalu sering menjadi tumpuan kaki judi. Kaki judi ini sanggup melalui jalan tanah merah berlopak sebelum tiba di pagar diperbuat dari zink dengan seorang penjaga ditempatkan di pintu masuk markas perjudian itu.

Ketua Unit Pencegahan Perjudian, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, penganjur judi haram ini licik menjalankan operasi seawal jam 10 pagi hingga tengah malam jauh daripada penempatan penduduk dan terlindung dari pandangan umum.

Malah menurutnya, penganjur juga mendirikan dua khemah dan menyediakan makanan serta minuman untuk kaki judi.

"Setiap pertaruhan mampu mencecah sehingga ratusan ribu ringgit dan dalam serbuan itu peralatan judi seperti cip dianggarkan bernilai RM20,000 serta wang tunai RM15,000 dirampas.
“Ketika serbuan, ada antara mereka sanggup menyusuri sungai dan hutan berhampiran bagi mengelakkan dicekup dan ada yang melarikan diri serta gagal dikesan," katanya.

Dalam pada itu, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu 'judi haram' dari sudut undang negara, polis boleh basmi. Bagaimana 'judi haram' dari sudut perundangan Islam, tetapi 'halal' dari sudut undang negara? Contohnya seperti  TOTO dan lain-lain?

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Artis Marsha Milan, Berfikir Tidak Islamik?


HALAMAN HIBURAN

Marsha Milan Londoh  (gambar) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana meraih tempat keempat dalam pusingan akhir musim ketiga Akademi Fantasia, dan pernah membintangi drama televisyen Internet buatan Malaysia yang pertama, Kerana Karina, di laman web gua.com.my.

Marsha berketurunan Kadazan-Dusun dan merupakan sepupu kepada Linda Nanuwil, naib juara musim ke-2 Akademi Fantasia. Marsha pernah memberitahu media Utusan bahawa dia mahu dikenali sebagai Marsha Milan

myMetro hari ini melaporkan..

"Dia wanita penuh ‘sex appeal’. Nama­nya juga tersenarai dalam kelompok selebriti wanita tempatan paling asyik, seksi, panas dan menggoda.

"Melangkah masuk bidang seni berlandaskan bakat, apabila diiktiraf sebagai salah seorang finalis program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005, rentetan hidup Mar­sha Milan Londoh selama lapan tahun menjadi anak seni tidak sunyi dihambat kontroversi."

Menurut myMetro lagi, namun perbualan dengan wanita berusia 28 tahun kelahiran Michigan, Amerika Syarikat kali ini menyelami dasar hati seorang perempuan yang tidak akan pernah rela bermadu. Ketepikan seketika pegangan agamanya yang tidak tertera soal poligami, Marsha yang diketahui peminat sering mendampingi pemuda Melayu mengakui dia menentang Poligami.

Kata Marsha, “Saya memang pantang benda macam ini dan berjanji pada diri sendiri tidak mahu menjadi isteri kedua atau dimadukan. Dalam bercinta pun saya tidak boleh terima pasa­ngan berlaku curang kerana saya seorang yang setia."

Itulah suatu contoh pemikiran tidak Islamik,  yang masih bersarang di kepala otak artis-artis Malaysia masakini. Jaga, kalau kamu tidak mampu solat, kamu tak solat, itu berdosa besar. Tetapi kalau kamu ingkar kepada wujudnya hukum solat dalam agama Islam, itu bahaya dari sudut aqidah. Begitu juga dalam hal poligami.

Na 'auzubillahi minzalik. (IH)

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong


Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails