Tuesday, April 30, 2013

BN Akan Tumbang, Majlis Profesor Negara Sidang Tergempar ..


Majlis Profesor Negara ketika dilancarkan oleh Najib

KL: Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya. Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya,  ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily.

Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini.

"Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi.
"Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi.

Sementara itu, berita angin bertebaran memaklumkan kerja-kerja membersih 'kekotoran' sedang aktif dibuat di Putrajaya. Apakah benar atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan. (Hrkh)

Husam: Salam Buat Pengundi. Diugut? Stay Neutral. Begini...



SALAM buat pengundi dari kalangan penjawat awam..  Saudara-saudari yang dikasihi..

Saya mendapat makluman dan aduan ugutan terhadap kakitangan awam atau civil servant yang mendakwa diugut orang-orang BN di Putrajaya kerana mereka semakin takut dengan sokongan rakyat terhadap calon PAS.


Saya merujuk hal ini kepada bekas Presiden Cuepacs, Dato' Nordin Abdul Hamid, yang pada pandangan beliau mengatakan, sekiranya ada mana-mana civil servant yang dipaksa atau yang diugut, bawalah kepada pengetahuan kesatuan di pejabat masing-masing.

Supaya kesatuan boleh membawa isu ugutan itu kepada Cuepacs dan juga boleh dibawa kepada pengetahuan Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan kerana ugutan itu adalah tidak wajar dilakukan kerana ia bercanggah dengan pekeliling perkhidmatan awam

Saya sendiri mendengar desas-desus pihak tertentu mengugut pengundi dengan pelbagai ugutan, antaranya hendak mengeluarkan dari kuarters sekiranya mengundi PAS.

Saya berharap dan berpesan..supaya semua kakitangan dan pegawai, jangan sesekali takut. Kerana pada pertandingan kali ini, pada waktu bermula kempen ia menunjukkan kedua-dua pihak boleh menang. Ianya 50:50. Tetapi hari ini kita Pakatan Rakyat sudah berada dalam keadaan boleh menang. 
Oleh itu, saya menasihatkan semua kakitangan dan pegawai yang diugut, supaya merekodkan dan menyimpan ugutan yang dibuat.  

Selepas itu, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan, kerajaan baru dibentuk, kita boleh mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana pegawai yang menghalang, yang mengugut, menakut-nakutkan atau yang menekan kakitangan awam daripada mengundi parti lain selain BN.

Jadi, kita yakin, kita akan usahakan satu instrumen tindakan disiplin ke atas mana-mana pegawai yang didapati menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan BN. Nasihat saya kepada semua pihak dalam kerajaan supaya 'STAY NEUTRAL'. Jangan sesekali menyalahgunakan kuasa dan kedudukan kerana implikasi serta risiko untuk mereka diambil
tindakan disiplin terbuka luas. 

Dalam pertarungan 50:50 seperti sekarang, semua pihak harus berhati-hati. Namun begitu, saya yakin kakitangan kerajaan..berani membuat perubahan. Lebih-lebih lagi memang tiada nombor siri pada kertas undi. Jadi memang imposible, very unlikely untuk pihak-pihak tertentu trace siapa undi siapa. 

Sudah tiga kali pilihan raya, 1999, 2004 dan 2008, sehingga kini tidak ada sesiapa pun kakitangan awam yang mengundi parti selain BN, dikeluarkan dari kuarters. Walaupun kakitangan awam sering diperangkap dengan budaya ketakutan, saya memohon kepada mereka untuk berani hanya pada satu minit sahaja..iaitu ketika hendak mengundi. Mereka harus brave just in one second while voting, bagi memilih calon PAS dari Pakatan Rakyat.

Terima kasih.
Dari Husam Musa. Info Terkini Layar: INI KALILAH.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

Monday, April 29, 2013

Kerana RM.. Kazim Alias Lari, Lepak Di Markas UMNO..



Ustaz Kazim Alias bersuara lagi, kali ini di Wacana Isu-isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU-13.Beliau antara lain berkata PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam. Beliau turut berkata 'arus' parti itu juga berbeza selepas menyertai pakatan pembangkang.

Berikutan itu, katanya, beliau membawa dirinya lari daripada 'arus' PAS yang dilihatnya tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam semata-mata. seiring dengan itu, Ustaz Kazim melepak di markas UMNO kerana menurut ustaz Kazim cuma UMNO tidak berubah.

UMNO konsistan dalam menyatakan ideologi pragmatismanya. Inilah yang menyebabkan Ustaz Kazim mengalih sokongan kepada UMNO yang tidak pernah berminat sejak dulu, kini dan selamanya untuk memperjuangkan Islam apatah lagi yang melibatkan isu akidah umat Islam.UMNO cuma berminat untuk turun padang apabila ada gelombang rakyat atau umat Islam untuk membela sesuatu isu yang berkait Islam.Itu hanyalah sekadar kosmetik sahaja, sekadar memperlihatkan UMNO prihatin kepada isu ugama.

Perlakuan UMNO ini menarik hati Ustaz Kazim dan kerana UMNO tak pernah berubah, sentiasa menggunakan senjatanya ia itu RM(bukan Rosmah Mansur), maka Ustaz Kazim menjadi berminat dengan UMNO sambil mendakwa pula PAS sudah berubah.

Ustaz Kazim malah sanggup berkata UMNO adalah seperti 'bangunan yang sudah kukuh yang tidak perlu ditukar dengan yang baru'(sambil hatinya berlagu, berapa aku dapat hari ni?). "Jika ada kerosakan (pada bangunan itu), ia hanya perlu dibaiki segera. Perbaiki yang mana rosak, perbaiki yang mana tak elok, sebab bangunannya masih elok, boleh menjamin keselamatan kita,” katanya.

Ustaz Kazim sanggup auta rakyat kerana UMNO tak pernah berubah.Ustaz Kazim sanggup berkata PAS berubah kerana tidak lagi menghiraukan isu akidah umat Islam tetapi dalam masa yang sama UMNO yang tidak pernah berubah memberi masalah besar kepada akidah umat Islam kerana menolak hudud dibela oleh ustaz Kazim walaupun UMNO yang jelas buruk dan busuk ini.

Ustaz Kazim menyatakan beliau turut perjuangkan penyatuan PAS dan UMNO tetapi kenapa Ustaz Kazim masih lagi berpihak kepada UMNO dan menuduh PAS yang berubah? Inikah orang yang mahu menyatukan PAS dengan UMNO?

Maaflah Ustaz, anda sudah tidak boleh dipercayai lagi!" (TKO)

SPR Lembab, 7 Pengundi Pos Berulang?

Anwar pernah  menyelar sikap tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya yang masih lagi gagal menyelesaikan beberapa isu penting. — Gambar file

KUALA LUMPUR: PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung tujuh nama pengundi pos yang berulang dalam daftar pemilih pengundi pos pada 23 April lalu. Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusuf berkata, mereka telah menerima laporan terdapat nama-nama pengundi pos yang muncul dua kali di Parlimen Temerloh.

Katanya perkara tersebut disedari oleh petugas PAS dan segera membuat bantahan apabila ada cubaan untuk mengeluarkan sekali lagi kertas undi kepada nama-nama tersebut.

"Di Temerloh, PAS berjaya mengesan sekurang-kurangnya tujuh nama pengundi pos yang berulang.
"Persoalan yang timbul apakah ini.hanya merupakan kesilapan yang tidak disengajakan di pihak SPR, atau ianya cubaan untuk mengeluarkan undi pos secara tidak sah atas tujuan tertentu?" soalnya dalam sidang media di Pusat Media PAS.

Jelasnya, SPR sentiasa mendabik dada bahawa daftar pemilih yang digunakan untuk pilihan raya di Malaysia adalah sempurna dan bebas dari sebarang manipulasi. Namun, insiden yang berlaku ini termasuk beberapa pendedahan yang dibuat sebelum ini, katanya ianya jelas menunjukkan terdapat kelemahan di dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR. PAS Pahang akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan mendesak supaya siasatan dijalankan di samping SPR mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan daftar pemilih yang masih diragui.

"Kami percaya perkara begini bukan sahaja berlaku di Temerloh, tetapi juga berlaku di tempat-tempat lain di mana mungkin wakil-wakil parti tidak menghantar wakil untuk memantau proses pengeluaran undi pos,"katanya.(Hrkh)

Taklimat Ustaz Hadi, Anak Muda Konvoi Treler N/Kebajikan PPg.




Kedatangan treler Negara Berkebajikan PAS di ikuti oleh lebih 200 anak muda yang berkonvoi

Ustaz Hadi memberikan tazkirah ringkas

PULAU PINANG: Ratusan anak muda berkonvoi bersama treler kebangaan PAS Negara Berkebajikan  menggelilingi dua parlimen yang PAS tandingi iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Konvoi yang disertai oleh pemuda bermotosikal dan kereta melalui Pekan Kepala Batas,  Penaga, Bumbung Lima dan berakhir di Taman Desa Sena, Tasek Gelugor untuk majlis jamuan rakyat.

Treler Negara Berkebajikan datang buat pertama kali. Boleh dikatakan hari ini mencatat sejarah baru apabila berpusu-pusu anak muda mengambil kesempatan berkonvoi. Pulau Pinang agak bertuah kerana bukan sahaja treler PAS berkunjung bahkan kedatangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang secara kebetulan menambah kemeriahan majlis yang diatur.

Selepas solat Zuhur Ustaz Hadi memberikan ucapan ringkas sebelum ke majlis minum petang di Padang Benggali,  Teluk Air Tawar, Butterworth yang bermula jam 5.00 petang dan kemudian ke majlis ceramah perdana di Padang Awam Penaga pada sebelah malam.

Turun berkonvoi ialah Ketua Penerangan PAS Negeri,  Bukhori Ghazali , Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri, Rosli Hassan dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri,  Ustaz Yusni Mat Piah. Syabas anak-anak muda Pulau Pinang.

Calon PAS N.6 Tempasuk, Ustaz Ag Laiman Ikin menyaksikan cawangan Umno Kg Bangkahak yang dibubarkan dan rumah ketua cawangan dijadikan markaz Pakatan Rakyat.

Tak Perlu Serang Saya, Tangkap Penjenayah! -Husam

PUTRAJAYA - Datuk Husam Musa menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  menghentikan 'serangan' yang tidak berasas terhadapnya berhubung isu kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim kelmarin.

Sebaliknya Naib Presiden Pas itu mendesak kerajaan supaya memberi fokus untuk menangkap segera penjenayah yang masih bebas sebelum hari pengundian 5 Mei.

"Itu bukan isunya. Isunya adalah sudah tiga hari jenayah ini berlaku, kita tak dapat tangkap penjenayah terbabit juga.
"Jadi saya cadangkan kepada beliau fokus kepada penjenayah tersebut, jangan jadikan ini satu isu, nanti penjenayah itu pula bergelak ketawa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini.

Semalam,  Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin adalah disebabkan kerajaan korup. Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu bulan lalu.

Tian Chua sedang berhadapan dengan kes mahkamah. Hishammuddin berkata, Husam patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya mendakwa Hishammuddin cuba menyembunyikan masalah keselamatan dengan membangkitkan isu tersebut.

"Datuk Hishammuddin cuba nak sembunyikan hal ehwal keselamatan, kawalan keselamatan negara dengan membuat serangan terhadap saya tidak fasal-fasal," katanya lagi. (SH)

Penculikan Ahlong Berleluasa, Bukti BN Gagal Memerintah.. Ubah!

SMS selamatkan wanita dari diculik ah long

JOHOR BAHRU - Seorang suri rumah terpaksa berdepan detik cemas apabila diculik empat ah long sebelum diselamatkan dua jam kemudian ekoran tindakannya menghantar nombor pendaftaran dan jenis kenderaan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya kelmarin.

Kejadian pukul 4.45 petang di Taman Suria Muafakat di sini itu berlaku apabila mangsa yang berusia 20 tahun dilarikan ah long berumur antara 23 hingga 47 tahun bagi menuntut RM500 yang dipinjam oleh suaminya baru-baru ini.

Polis yang menerima laporan suami mangsa kemudian dapat mengesan dan menahan kereta jenis Toyota Vios dinaiki suspek di Taman Nusa Idaman, Bukit Indah, Nusajaya pada pukul 6.45 petang. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 15 kilometer.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, ketika diculik, ah long berkenaan telah mengugut wanita tersebut untuk melarikannya ke Kuala Lumpur jika suaminya gagal membayar hutang tersebut. (Kosmo)

Komen Welog Ibnu Hasyim:  Ahlong, lagi tanda kegagalan BN. Selagi BN terajui negara, ahlong dan maksiat ekonomi takkan habis.  Undilah PR atau PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails