Thursday, February 14, 2013
Nostalgia Banggul Peradung... Aishah & KS Bawani
KUALA TERENGGANU: Mulai semalam hingga Sabtu ini, semua penyokong dan pimpinan PAS Terengganu berkampung untuk program PAS Ganti Umno (PGU). Kali ini, Kampung Banggul Peradung yang terletak di DUN Telok Pasu yang terkenal dengan "Amanat Haji Hadi' telah dijadikan tapak perhimpunan PGU yang terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13.
Di kampung inilah pada awal tahun 1980an dahulu, Amanat haji Hadi direkodkan dan dijadikan modal kempen Umno untuk memberikan imej negatif kepada PAS. Namun, PAS telah menjadikannya sebagai tapak untuk menyerang kembali Umno dan bakal menggantikan parti yang disifatkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai sudah busuk hingga ke usus itu.
Semalam, program bermula sejak jam 10 pagi lagi dengan karnival jualan dan aneka permainan kanak-kanak. Malam tadi, hiburan alternatif dipersembahkan oleh penyanyi dari Shoutul Amal, Iwan Shahman, Pondok Darul Muhajirin dan juga Dikir Barat Jen KL dan Megat Nordin.
Pagi ini, program khas dengan beberapa selebriti diadakan termasuk bertemu muka dengan KS Bawani, gadis India yang menggoncang negara melalui video klip listen! listen! Listen!. Turut serta adalah Aishah dan juga Dr Khairudin at-Takiri. Petang ini pula dipersembahkan pentomen dan nasyid manakala malam ini ceramah NGO akan diadakan di sini.
Besok pula akan diadakan larian ekspedisi hijau PGU dan pertandingan bola sepak. Malam esok pula akan diadakan ceramah khas oleh Datuk Dr Haron Din (timbalan mursyidul am PAS), Haji Mohamad Sabu (timbalan presiden PAS) dan Datuk Nasrudin Daud (Speaker DUN Kelantan)
Sabtu 16 Februari pula adalah hari kemuncak PGU ini dan majlis perasmian akan diadakan pada sebelah petangnya. Ia bermula dengan pelbagai permainan, ekspresi muslimat, ziarah perubatan pada sebelah pagi dan jamuan rakyat pada tengaharinya.
Majlis perasmian PGU ini akan bermula pada sebelah petang di mana ia akan dirasmikan sendiri oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malamnya pula akan ada ceramah umum yang akan diberikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi serta beberapa pimpinan yang lain. (IH/Hrkh)
Lagi Aksi Bogel, Perjuangan Femen Ada Di M'sia?

KEMASKINI
AKSI bogel aktivis Femen di Gereja Notre Dame de Paris pula. Mereka merayakan pengunduran diri Paus Benediktus dan keputusan parlemen Perancis berkait pernikahan sesama jenis.
Para aktivis dari organisasi hak-hak perempuan Femen beraksi
di depan loceng perunggu baru yang berada di Gereja Katedral Notre Dame
de Paris di Paris (12/2). Menurut aktivis, protes ini diakukan untuk
merayakan pengunduran diri Paus Benediktus dan keputusan parlemen
Perancis untuk menyetujui rancangan undang-undang yang memungkinkan
pernikahan sesama jenis.
REUTERS: Pendemonstran Femen memasuki lapangan terbang, londeh pakaian memprotes 'pelancungan seks'.
MEREKA yang mendemo adalah aktivis dari Kiev, Ukraine kelompok feminis 'Femen', melancarkan aksi protes di sebuah lapangan terbang Internasional di Rio de Janeiro, Brazil (8/2). Mereka memasuki lapangan terbang, berbogel memprotes 'Pelancungan Seks' selama perayaan karnaval di Brazil.itu.
Adakah perjuagan seperti ini di Malaysia?
Bunyinya baik 'memprotes pelancungan seks' tetapi menurut cara salah dengan berbogel, tidak bermoral dan lain-lain. Di negara-negara umat Islam, pemimpin dan keluarga pemimpin negara juga berbogel seperti puak Femen ini, walaupun cuma berbogel rambut atau berpakaian tetapi berbogel (istilah dalam hadis Nabi). Sama saja dari segi hukum.
Contoh lagi.. Ada kerajaan mahu melakanakan Islam kononnya, tetapi..
Kalau nak tengok gambar berkaitan hal ini boleh, kalau nak bising-bising jangan tengok lagi baik....

- kerajaan itu sendiri jadi taukeh judi,
- taukeh pusat hiburan maksiat,
- taukeh pelacuran di hotel-hotel, kelab golf dan lain-ain,
- menolak hukum Allah 'hudud' dan sebagainya.
- melanjutkan perjuangan asobiah jahiliah sehingga membelakangi keadilan,
- tidak mampu banteras rasuah,
- kroni dalam maksiat,
- mengekalkan undang-undang penjajah Lord Read yang tidak Islamik
- dan banyak lagi.
Kalau nak tengok gambar berkaitan hal ini boleh, kalau nak bising-bising jangan tengok lagi baik....
Wednesday, February 13, 2013
RM403J, 11Projek Kedah Rugi, Ada Penyelewengan?
KL:
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pendedahan terhadap kerugian
yang didakwa bernilai RM403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN
memerintah negeri Kedah perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran
ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.
“Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berpendapat jika segala pengurusan 11 projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan. Tetapi, ujarnya jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.
Semalam, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. Bercakap dalam sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, beliau berkata, penyelewengan yang dilakukan oleh BN adalah berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta
"Kerajaan negeri di zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh kerajaan pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman.
"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman," katanya.
Justeru, kata Mohd Azmi, Teras kesal isu penyelewengan dalam pelaksanaan projek kerajaan masih berleluasa seperti yang digambarkan dalam Laporan Audit Negara. Menurutnya lagi, rekod salahguna kuasa dan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi telah merosakkan imej negara di kacamata pelabur dalam dan luar negara.
Beliau berkata, jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan.
“Kami mengingatkan segala kerugian ini bukan sahaja akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Kedah sendiri namun kerugian itu juga menjadi hutang yang akan terbeban kepada kerajaan negeri sekarang dan juga generasi mendatang.
“Kami menegaskan ini jelas adalah satu perompakan harta generasi selanjutnya. Pecah amanah dalam menjaga perbendaharaan negeri adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dikompromi,” katanya.
Pihak berkuasa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan pembayaran hendaklah dijejaki sehingga mereka yang terlibat menyebabkan kerugian yang ditanggung diambil tindakan sewajarnya. Mohd Azmi berkata, Teras akan turut mengesan pelbagai projek negeri dan Persekutuan yang mengeluarkan perbelanjaan besar yang tidak sepatutnya supaya dapat mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang terjadi.
Katanya, rakyat tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kerajaan yang mengurustadbir kewangan awam dengan cara menyalah guna kuasa dan penyelewangan dalam melaksana projek kerajaan.
“Kami menuntut ketelusan pihak kerajaan yang bertanggungjawab ketika 11 projek tersebut dilaksanakan. Pihak Audit Negara harus menghantar pasukan khas untuk menyiasat semua rekod projek yang berkenaan,” ujarnya lagi. (IH/Hrkh)

Deepak: 'Black Magic Women' Najib-Rosmah?
KL:
Peniaga permaidani, Deepak Jaiskishan akan menerbitkan buku keduanya,
Black Rose 2.0 bertajuk "Black Magic Women' tidak lama lagi.
Menurut satu kenyataan yang dihantar beliau kepada wartawan, buku 47 halaman berbahasa Inggeris ini akan mengandungi pelbagai pendedahan terbaru.
"Buku ini akan mengandungi nama, gambar, alamat, bayaran yang dibuat dan amalan yang selalu dibuat oleh (Datuk Seri) Najib & (Datin Seri) Rosmah termasuk amalan yang berlawanan dengan penyokong politiknya menggunakan ahli sihir dan bomoh dari Kelantan," tulis Deepak dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, buku bertajuk 'Black Rose: Black Rose 1.0' telah diedarkan melalui internet namun ketika dihubungi Harakahdaily Deepak enggan mengesahkan apakah itu bukunya yang pertama. Buku itu kemudiannya dibuat dalam bahasa Malaysia dengan dimasukkan sekali akuan bersumpah P Balasubramaniam yang pertama dan kedua serta wawancara Harakahdaily dengan Deepak.
Minta Dr M amal wisdom
Dalam kenyataan terbarunya, Deepak juga memaklumkan beliau berharap Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri juga mengamalkan 'wisdom' sebagaimana yang dimintanya dari petugas Proton. Dr Mahathir juga, kata Deepak, patut meminta Datuk Seri Najib Razak mengamalkan 'wisdom' bukan 'wifedom' sebagaimana yang berlaku sekarang. (Hrh)

Tuesday, February 12, 2013
Temuan Baru,Bangsa Cina Temui Amerika 2250 SM..
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

BANGSA China sudah menemui benua Amerika sejak tahun 2250 SM, setelah ditemukanya beberapa artefak-artefak, Dr.Charlotte Harris Rees merilis buku ''Asiatic Fathers of The Americas''. Hasil temuannya berdasarkan hasil arsip Peta Cina, dan Koleksi peta antik dari seluruh dunia.
Banyak kesamaan antara budaya Cina Kuno dengan Suku Amerika Asli dan budaya Mesoamerika termasuk bahasa,adat istiadat,seni,praktik ritual, dan lain-lain. Juga telah ditemukan topeng pada peradaban tertua di Amerika iaitu budaya Olmec.
Telah kita lihat kedua topeng ini, bila dianalisa mungkin ini mirip dengan ukiran-ukiran khas China pada zaman Dinasti Shang.. iaitu dinasti tertua di China sekitar 1766 SM, tahun lahirnya peradaban China pertama kalinya. walau dilihat mukanya memang agak mirip orang China kerana satu DNA, namun sudah terpisah pada zaman batu besar dahulu. Pada masa itu peradaban belum muncul.
Dengan penemuan kedua ini mungkin kamu akan terkejut, kerana salah satu penemuan dari Dr. Harris Rees dari hasil catatan Shan Hai Jing 2200 SM , terdapat peta yang menunjukan seluruh dunia. Amerika, Eropah, Australia pun tercantum di peta itu, kita dapat lihat benua Amerika di kiri dan di kanan, dan dicantumkan juga sebuah peta kedua iaitu peta interpretasinya dari David Allen Deal, seperti gambar di atss sekali
Apa itu 'shan hai jing'?
Shan Hai Jing: yang berarti ''Kumpulan Pegunungan dan Lautan'' / ''Collection of the Mountains and Seas'', adalah sebuah kumpulan/kompilasi mengenai geografi, sumber daya alam, fiksi, mitologi, pengubatan, dan ritual kuno pra Dinasti Qin, dianggarkan1000 SM ke belakang.
Dr Harris Rees percaya ianya ditulis pada 2200 SM dan, telah dibuktikan bahawa mereka sudah melakukan ekspedisi dari China menuju Timur Jauh melalui lautan luas ke sebuah tanah yang indah bernama Fusang. Dr Harris Rees percaya bahawa ini adalah California, iaitu pantai barat Amerika Syarikat (sekarang).
Catatan Shan Hai Jing terdapat beberapa bab tentang sebuah tempat-tempat di dunia iaitu
Cheng Ho pada tahun 1421 melakukan ekspedisi besar-besaran yang berdasarkan buku sejarah 7 pelayaran 30 tanah, namun seorang Veteran Kapal Selam Inggeris Terkemuka Gavin Menzies meneliti bahawa Cheng Ho melakukan pelayaran menuju 3000 tanah, bukan 30 tanah. Diperkirakan bawahannya Zhou Wen telah melakukan pelayaran dari kepulauan Cape Verde di Afrika menuju Kepulauan Karibia sampai membuat pangkalan di Rhode Island, AS. contoh peta yang muncul sebelum Colombus muncul di China.
Ini gambarnya:

Dalam judul ini '' it concludes'' (disimpulkan bahawa..) Mungkin Colombus adalah Orang Sepanyol yang pertama kali menemui Amerika, dan nampaknya sangat logik (bukan orang Eropah pertama), (kerana) di antara itu Orang Eropah yang pertama kali menemukan Amerika adalah Leif Ericson iaitu pelaut Viking yang membuat Koloni di Kanada.
Begitulah, kira-kira...
Rujukan:
Catatan Santai Ibnu Hasyim
A lamat: ibnuhasyim@gmail.com
12 Feb 2013
KL
Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

- Bab 1 : Nanshan Jing (Classic of The Mountains: South) Menceritakan pegunungan di dunia selatan contoh australia, new zealand, salah satunya dicantumkan pegungan di selatan yang mirip dengan uluru/ayers rock di Australia.
- Bab 2: Xishan Jing (Classic of The Mountains:West) Menceritakan pegunungan di dunia barat, bahkan konon pegunungan Himalaya, Cappadocia, dan Alps diceritakan karena mirip dengan apa yg dicantumkan SHJ* (Shan Hai Jing)
- Bab 3: Beishan Jing (Classic of The Mountains: North) Menceritakan pegunungan di dunia utara bahkan konon Pegunungan Ural disebutkan
- Bab 4: Dongshan Jing (Classic of the Mountains: East) Menceritakan pegunungan di negeri Cina itu sendiri
- Bab 5: Zhongshan Jing (Classic of the Mountains: Central) Menceritakan pegunungan di Asia Tengah contoh Hindu Kush,Tian Shan, Himalaya,
- Bab 6: Haiwainan Jing (Classic of Regions Beyond The Seas: South) Menceritakan sebuah tanah subur di belahan dunia selatan dari laut Timur diperkirakan Amerika Selatan
- Bab 7: Haiwaixi Jing (Classic of Regions Beyond The Seas: West) Menceritakan Tanah subur Fusang yang sangat indah, orang yang bermigrasi di sana tidak akan balik ke China.
- Bab 8: Haiwaibei Jing (Classic of Region Beyond The Seas: North) Menceritakan Dingin nya tanah subur di Utara, diperkirakan Kanada dan Alaska.
- Bab 9: Haiwaidong Jing (Classic Region Beyond The Seas: East) Menceritakan Tanah subur bagian Timur dengan orang-orangnya yang liar yang dipenuhi kepulauan diperkirakan ini adalah orang suku Karibia di Kepulauan Karibia itu sendiri.
- Bab 10: Haineinan Jing (Classic Region Within The Seas: South) Menceritakan keadaan laut di belahan dunia selatan diperkirakan Samudera Hindia.
- Bab 11: Haineixi Jing (Classic Region Within The Seas: West) Menceritakan keadaan laut di belahan dunia barat diperkirakan Laut Mediterannia dan Atlantik, bahkan Dr.Harris Rees berkata Bangsa China sudah berteman dengan Orang Pelasgia di Yunani (bangsa berkebudayaan tinggi di Yunani sebelum budaya Yunani datang), dan bangsa Babilonia.
- Bab 12: Haineibei Jing (Classic Region Within The Seas: North) Menceritakan laut belahan dunia utara, dan menceritakan manusia berbulu lebat, diperkirakan Bangsa China bertemu dengan Suku Ainu di Pulau Sakhalin di Russia.
- Bab 13: Haineidong Jing (Classic Region Within The Seas: East) Menceritakan bangsa ia sendiri melakukan pelayaran menuju lautan Timur.
- Bab 14: Dahuangdong Jing (Classic of the Great Wilderness:East) Menceritakan informasi penting di belahan dunia timur (khususnya Fusang).
- Bab 15: Dahuangnan Jing (Classic of the Great Wilderness: South) Menceritakan informasi penting belahan dunia selatan (Australia).
- Bab 16: Dahuangxi Jing (Classic of The Great Wilderness: West) Menceritakan informasi penting belahan dunia barat.
- Bab 17: Dahuangbei Jing (Classic of The Great Wilderness: North) Menceritakan informasi belahan dunia utara.
- Bab 18: Hainei Jing (Classic Regions Within The Seas) Menceritakan keseluruhan informasi lautan/samudera di seluruh dunia.

Cheng Ho pada tahun 1421 melakukan ekspedisi besar-besaran yang berdasarkan buku sejarah 7 pelayaran 30 tanah, namun seorang Veteran Kapal Selam Inggeris Terkemuka Gavin Menzies meneliti bahawa Cheng Ho melakukan pelayaran menuju 3000 tanah, bukan 30 tanah. Diperkirakan bawahannya Zhou Wen telah melakukan pelayaran dari kepulauan Cape Verde di Afrika menuju Kepulauan Karibia sampai membuat pangkalan di Rhode Island, AS. contoh peta yang muncul sebelum Colombus muncul di China.
Ini gambarnya:

Dalam judul ini '' it concludes'' (disimpulkan bahawa..) Mungkin Colombus adalah Orang Sepanyol yang pertama kali menemui Amerika, dan nampaknya sangat logik (bukan orang Eropah pertama), (kerana) di antara itu Orang Eropah yang pertama kali menemukan Amerika adalah Leif Ericson iaitu pelaut Viking yang membuat Koloni di Kanada.
Begitulah, kira-kira...
Rujukan:
- Captain Jack Sparrow Rupanya Orang Islam
- Islam Di Amerika Sebelum Kedatangan Columbus
- Islam Serang Amerika Latin, Tahniah Osama Laden.
- Islam Akan Jadi Agama Masyarakat AS -Yuonne ...
- Amerika, Bumi Subur Umat Islam Yang Dirampas..
Catatan Santai Ibnu Hasyim
A lamat: ibnuhasyim@gmail.com
12 Feb 2013
KL
Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
Arab Spring Berlaku Jika PRU13... -Mat Sabu
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan, 'Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.
Katanya, keadaan itu tidak mungkin berlaku hanya kerana mana-mana parti politik yang bertanding itu tewas dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.
“Arab Spring itu berlaku kalau berlaku penipuan dalam pilihan raya, tak ada demokrasi, bukan soal kalah, kita dah banyak kali kalah, tak ada masalah, tak ada pun turun ke jalan raya.
"... Pas sendiri dah banyak kali bertanding dan kalah dalam pilihan raya, tapi kita tak turun jalan pun,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin yang percaya 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.
Pandangan itu diberi susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu. Kata Musa, pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka untuk membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat. (SH)
Psy: Bangga Pakai Buju 'T' 'Bersih' & 'Save Lynas'..

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut. Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 50,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan.
Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy.. Najib dalam ucapannya menjanjikan akan mempertimbangkan akan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada taraf Universiti jika Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.
Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa... cerah?.. mungkin cerah macam Sabah kot? Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan akan turut hadir dalam majlis Barisan Nasional ini telah membatalkan kehadirannya itu.
Namun begitu ianya bukanlah sebagai tanda boikot atau protes tetapi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menyambut ketibaan DYMM Raja Permaisuri Agong. Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut.
Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional digagalkan mereka ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)