Saturday, July 21, 2012

K'tan: RM 1J Produk Pelancongan 'Ihya'Ramadhan'


(Takiyuddin menyampaikan amanat kepada anggota Aamilin dan Aamilat sempena Ihya Ramadhan)

KOTA BHARU: Program Ihya’ Ramadhan 1433 Hijriah bersamaan 2012 dijangka berlangsung lebih meriah berbanding tahun lepas di Kelantan. Ini kerana pada program yang memakan perbelanjaan dianggarkan RM1 juta itu akan diisi dengan program  ‘mantap’ termasuk Ijtimak Ulama Nusantara yang menghimpunkan ulama Pondok dari Pondok-Pondok di Nusantara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata sambutan Ihya’ Ramadhan tahun ini juga dikemaskinikan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012. Bahkan pengisianya dimeriahkan dengan pakej ‘Qiam With Me’ yang dijangka pada ‘upacara hadapan’ turut berangkat Sultan Muhammad V,  Tengku Mahkota Kelantan, Kerabat D’Raja dan kakitangan kerajaan.

Program bermula 10.00 malam hingga waktu Subuh itu diadakan pada 20 Ramadhan bersamaan 9 Ogos di Istana Kubang Kerian dekat sini.  Dijangka disertai 5,000 orang. Selain itu, program Akademi Tarannum Al-Quran yang ‘berkonsepkan’ Akademi Fantasia diadakan, disertai pelajar tahfiz Al-Quran yang sudah pun mengikuti program Al-Quran.

“Pada 26 Ramadhan akan diadakan ‘Sejuta Selawat Zikir Munajat Lailatul Qadar diketuai tokoh ulama dari dalam dan luar negara.

“Tidak ketingalan program Imam Muda, program Bersama Selebriti disertai selebriti termasuk Bob Lokman dan Abby Abadi (untuk peserta muslimat)," katanya.

Dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini, Takiyuddin berkata bagi menjayakan program Solat Terawih sepanjang Ramadhan tahun ini,  diimamkan syeikh tersohor dari tanah Arab.  Mereka ialah Sheikh Ramadhan, Ayub Musa dan Sheikh Hisham Abdul Bari.

Sementara program Ustaz Azhar Bersama Remaja akan diadakan pada 14 Ramadhan, mulai 5.00 petang. Terdahulu pada hari sama (mulai 3.00 petang) diadakan program Jejak Kasih Remaja Ramadhan di mana menerusi program itu remaja bermotorsikal akan membawa bahan-bahan makanan dan akan mengagihkannya kepada golongan miskin sepanjang penjelahannya ke kawasan tertentu di Kota Bharu.

“Alhamdulillah, pada tahun ini Tahun Melawat Kelantan, dan keadaan ini menambah rezeki baru kepada pengusaha hotel di Kota Bharu khasnya dan di negeri ini amnya.

“Biasanya pada bulan Ramadhan, hotel kurang pelanggan, namun pada tahun ini lebih meriah, bahkan ada antara hotel berkenaan memberi diskaun khas istimewa sempena Ramadhan kepada pengunjungnya," katanya.

Program Ihya’ Ramadhan yang diadakan setiap tahun itu merupakan produk pelancongan Kelantan, bahkan prodak pelancongan agama dengan menarik ramai pelancong dalam bulan Ramdhan sama ada dari dalam dan luar negara.

Takiyuddin berkata tahun ini seperti juga tahun lepas, pelancong luar negara itu  menghubungi penganjur Ihya Ramadhan memaklumkan mereka akan memabawa rakan-rakan mereka ke negeri ini bagi menyaksikan persembahan program Ihya Ramadhan, ini kerana bagi mereka unik dan tidak ada di tempat lain.

Arak: Serambi Mekah Atau Jalan Bukit Bintang.



 

Serambi Mekah' jadi sarang arak

SEBAHAGIAN arak dan tuak masam yang dirampas di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Arak yang menjadi antara barangan larangan keras dijual kepada orang Islam di Kelantan kini begitu mudah diperolehi di sini.

Hanya dengan beberapa kod rahsia, bekalan arak dikesan boleh dibeli secara mudah di deretan rumah di Kampung Cina di sini pada harga serendah RM3 sebungkus dan difahamkan majoriti pelanggan terdiri daripada kalangan orang Islam.

Senario yang mencemarkan imej negeri ini yang digelar Serambi Mekah terbongkar selepas lima premis di kawasan tersebut diserbu dalam operasi bersepadu melibatkan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Kastam dan Polis Diraja Malaysia petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, premis terbabit didapati bukan sahaja menjual arak jenis bir di dalam botol dan tin tetapi turut memproses tuak masam iaitu air nira yang diperam. Setiausaha MPKB-BRI, Mohd. Anis Hussin memberitahu, pada hujung tahun lepas, pihaknya telah membuat serbuan terhadap lima premis tersebut dan mengenakan denda kerana beroperasi tanpa lesen.

Demikian Laor Kosmo Online hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk dapatkan arak di Kelantan, pakai 'kod rahsia', itu buktinya  bukan mudah nak dapatkan. Lagi pun orang bukan Islam diberi kebebasan boleh minum arak di Kelantan, tapi bukan di tempat umum. Bukan macam di Kuala Lumpur atau negeri-negeri di bawah BN, orang Islam boleh beli dan minum se wenang-wenang. Tak percaya? Pergi lihat sendiri di Jalan Bukit Bintang.. Takkanlah menteri tak tahu...

Abby Abady, PAS Seumur Hidup.Al-hamdulillah!



 HALAMAN HIBURAN
ABBY Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.

Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby konon mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya. Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri.

Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH. Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.

 Alhamdulillah Abby Abady jadi ahli PAS seumur hidup.




  

Masjid Baru: Penduduk AS Gembira Menang Kes.

GAMBAR 21 Jun lalu menunjukkan masjid di Murfreesboro, Tennessee. 
MURFREESBORO, Tennessee - Penduduk Islam di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang menenangi kes mahkamah untuk menduduki sebuah masjid baharu kelmarin mendapati mereka tidak dapat beribadat di masjid berkenaan pada permulaan bulan Ramadan.

Ia berikutan masjid tersebut memerlukan masa dua minggu lagi untuk disiapkan. Namun, penduduk Islam meraikan kemenangan mereka selepas dua tahun berdepan satu saman bagi menghalang pembinaannya.

"Bagi saya, keputusan kelmarin amat baik dan saya bersyukur kepada Tuhan," kata pengerusi jawatankuasa masjid berkenaan, Essam Fathy. "Kami semua terkejut. Ia satu berita gembira tanpa disangka," tambahnya.

Penduduk yang menentang pembinaan masjid tersebut menyaman daerah Rutherford pada September 2010 untuk menghalang pembinaan tempat ibadat itu. Kumpulan itu memberi alasan bahawa Islam bukan agama sebenar dan penduduk Islam AS mahu menumbangkan Perlembagaan AS dan menegakkan undang-undang Islam.

Namun, dalam satu perbicaraan baru-baru ini, Hakim Daerah AS, Todd Campbell mendapati tindakan menghalang pembinaan dan penggunaan masjid itu bercanggah dengan hak penduduk untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Beliau kemudian mengarahkan pihak pentadbiran daerah supaya melakukan pemeriksaan dan membenarkan masjid tersebut dibuka kepada orang ramai. - Agensi

Boleh Jatuhkan K/Kebangsaan -N/Aziz Sokong M/Fatwa

  Tuan Guru Nik Aziz sedang tekun, meneliti Nota , Di Ipadnya
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan yang mengamalkan dasar kebangsaan boleh ditumbangkan setelah diberikan peluang dan nasihat oleh rakyat. Sehubungan dengan itu, Menteri Besar Kelantan itu menyokong kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Syeikh Dr Sulaiman, yang menegaskan adalah haram untuk menjatuhkan kerajaan Islam.

“Apa yang dikatakan Syeikh itu betul, Kerajaan Islam tak boleh jatuh, tetapi kerajaan kebangsaan boleh jatuh,” katanya selepas majlis sambutan Ihya Ramadan peringkat negeri, di sini semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan kenyataan Dr Sulaiman yang menegaskan tindakan menjatuhkan kerajaan Islam tidak dibenarkan, apatah lagi kerajaan yang diganti boleh mendatangkan bahaya yang lebih besar. Terdahulu, Nik Aziz dalam majlis itu menyerahkan replika banglo sumbangan Kerajaan Negeri kepada juara tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa dari Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali bernilai RM250,000.

Berucap di majlis itu, Nik Aziz mengucapkan syukur ekoran pihak yang menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima hukuman hudud yang diperjuangkan Kelantan sebelum ini. (Hrkh)

Seluruh Dunia Marah Lihat Gambar Ini...

:peluk:GAMBAR dibawah ini, banyak beredar di Blog atau Forum-forum Pecinta Haiwan. Kita dapat lihat betapa biadabnya seorang manusia terhadap binatang, iaitu seekor anjing, termasuk makhluk yang lemah.





Orang ini mengikat rantai dari motosikalnya ke kalung seekor anjing, lalu menyeretnya. Ini adalah perbuatan kelompok anti haiwan di kota Guangzhou, Cina. Kelompok ini disebut 'tidak manusiawi'. Dikatakan juga foto ini diambil di Fuzhou.

Sebuah forum dari kelompok fotografi, mengenakan seragam mengendarai motosikal, mengikatkan rantai pada belakang motornya. Besi ujung rantai itu dikalungkan pada leher anjing, dan menyeretnya dalam kecepatan 50km/jam.

Anjing itu dilihat meringis kesakitan. Beberapa orang mengatakan ketika diseret anjing itu berteriak, melolong, dan menangis. tapi itu tidak membuat pengendara biadab itu melambatkan perjalanan. Malah dia mempercepat laju motor. Foto-foto di sini membuktikannya, akhirnya jadi seperti gambar di bawah.


Sepatutnya, hargailah semua makhluk di sekitar kita. Kita dan mereka juga diciptakan oleh Pencipta yang sama. Nabi orang Islam, Muhammad SAW pernah memberitahu, bagaimana seorang perempuan pelacur dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah SWT kerana membantu memberi minum seekor anjing yang dijumpai kehausan. Bahkan masuk neraka seorang perempuan kerana mengurung seekor kucing sampai mati tanpa diberi makan minumnya.

Tetapi......

Lihat pula mayat-mayat kanak-kanak Palestin di bawah ini yang bergelimpangan akibat buatan tangan manusia. Itu ratusan kali ganda kejamnya dari pengheret anjing tadi. Mengapa dunia seakan-akan tidak marah bahkan menyokongnya?

Antara kezaliman Israel tehadap rakyat Palestin...














(IH/Pelbagai Sumber)

Friday, July 20, 2012

Foto Bersejarah Merubah Dunia. (11-20)

11. Biafra (1969)
KETIKA Igbos di Nigeria Timur mendeklarasikan kemerdekaannya pada 1967, Nigeria memblokade negara yang berpengalaman, iaitu Biafra  Pada tiga tahun perang, lebih dari satu juta orang terkrban, terutama kerana kelaparan.

Pada masa kelaparan ini, kanak-kanak yang kurang protein banyak yang menderita penyakit kwarsiorkor ,yang menyebabkan ototnya lemah dan perutnya melilit. Kejadian tersebut menarik perhatian fotografer perang Don McCullin.

"Saya tercurahkan oleh pandangan mata saya terhadap 900 anak-anak yang tinggal di satu kamp pusat titik kematian" katanya. "Saya hilang seluruh minat untuk ambil gambar para perajurit waktu beraksi".

Komuniti dunia memberi intervensi bagi membantu Biafra, dan belajar.pelajaran utama berkaitan kelaparan diakibatkan perang, yang masih menghadapi persoalan sederhana.

12. Kebakaran Perusahaan Triangle Shirtwaist (1911)
PERUSAHAAN triangle shirtwaist selalu memelihara pintunya tetap terkunci bagi menjamin suaya perempuan imigran muda tetap tinggal bersama mesin mereka dan tidak mencuri segala sesuatu.

Ketika berlaku kebakaran pada hari Sabtu, 25 Mac 1911, di lantai lapan Pabrik New York City, rupanya kunci jadi penentu nasib pekerja-pekerjanya itu. Hanya dalam 30 menit,146 orang terkorban. Saksi berfikir pemilik bertaruh dengan cara keluar jendela menyelamatnya, kemudian membantu pekerja melompat.

Namun hal itu tidak terjadi. Bencana triangle ini membawa perang nasional terhadap keselamatan di tempat kerja.

13. Nagasaki (1945)
INI bukan gambar awan jamur yang pernah terlihat. Namun ini sebenarnya gambar atas kekuasaan yang tidak terbatas.

Pada 6 Ogos bom atom pertama mengorbankan kira-kira 80,000 orang dikota Hiroshima, Jepun. Tidak ada orang yang menyerah dengan cepat, dan tiga hari kemudian bom kedua meledak 500 meter diatas tanah di Nagasaki.

Angin bertiup,sinar yang panas mencapai beberapa ribu darjah dan radiasi menghancurkan segalanya, bahkan di tempat yang jauh. Menewaskan dan melukai sebanyak 150,000 orang pada masa itu dan lebih banyak lagi berikutnya.

14. South of the DMZ (1966)
KORESPONDEN dan fotografer di Vietnam seperti Walter Cronkite yang menulis di LIFE,selalu mengikuti pasukan kemanapun mereka pergi. Ia melaporkan berita tanpa sensor, masalah-masalah perajurit Amerika serta latar belakang kepahlawanannya diinformasikan dengan baik pada publik.

Reaching out merupakan salah satu contoh penting penceritaan yang kuat, muncul dari Vietnam. Foto berwarna, penduduk desa Vietnam yang diseksa, luka orang Amerika, di mana Larry Burrows mengambilnya.  LIFE menerbitnya bermula pada tahun 1962, secara pasti membentengi tangisan terhadap keberadaan Amerika di Vietnam..

Susan Sontag menulis di essai nya 'Menatap Perang' pada 9 Desember 2002. New Yorker. Burrows menjadi fotografer penting pertama yang melakukannya sepanjang perang secara berwarna. Kemudian Burrows terkorban semasa helikopter yang ditumpangnya ditembak jatuh di Laos pada tahun 1971.

15. Kematian Di Pantai (1943)
KETIKA LIFE memunculkan foto mengerikan dan kejam sekali di sebuah pantai di Papua Nugini pada 20 september 1943, majalah ini langsung menimbulkan banyak pertanyaan, "Mengapa mencetak gambar ini, bagaimanapun tiga anak lelaki Amerika mati di sebuah pantai yang asing"?

Di antara alasannya, "Kata-kata tak pernah cukup, kata-kata takkan dapat membuat kita melihat atau mengetahui dan merasakan seperti apa-apa yang sebenarnya terjadi"..

LIFE sebenarnya menerbitkan atas kebijaksanan pemerintah. Presiden Franklik D. Roosevelt, diyakinkan bahawa orang Amerika tumbuh dan berkembang terlalu puas dengan perang, hingga dia mengangkat  larangan gambar yang mendedahkan kes-kes Amerika Syarikat.

Gambar strock dan lain-lainnya ada di LIFE dan dimanapun ada pengaruh.publik dikejutkan atas realiti serangan, dimasukkan dengan resolusi untuk memenangkan perang yang lebih besar.

16. Birmingham (1963)
SELAMA bertahun-tahun,Birmingham di Alabama dipertimbangkan menjadi 'kota paling kuat kukuh dibahagian selatan'. Iaitu tempat populasi kulit hitam yang besar dan kelas kulit putih dominan yang sering bertemu dan membuka kerentanan.

Birmingham pada 1963 sudah menjadi Celebre asal usul gerakan hak-hak sivil kulit hitam. Iaitu semasa demonstran tanpa kekerasan yang dipimpin oleh Rev. Martin Luther King Jr mengulangi masuk penjara, dengan tanpa letihlelah meminta segregasi. Gambar orang-orang ini didorong oleh aliran tumpah ruah perjalanan dan menyokong perjuangan kaum kulit hitam.

17. Perang Crimean (1855)
PENYUMBANG dana dengan gaya artistik, Roger Fenton mengambil kuasa cat dan kemudian, mengambil foto pada display di pameran besar di Hyde Park pada 1851, dengan kameranya.Fenton menunjukkan lanskap dan potret serta foto anak Ratu Victoria di Kastl Windsor pada 1854.tahun berikutnya.

Dia ditugaskan oleh dealer cetak untuk membuat liputan perang Crimean,digaji oleh Inggris dan Perancis melawan Rusia. Jadi perang menjadi konflik pertama dengan semua rakaman foto yang substansial. Pertarungan kolera dan rusuk yang patah, menyelimuti laboratorium.dengan kereta kudanya Fenton menghasilkan 350 gambar.

Fenton pun dinobatkan sebagai fotografer perang, kerana bukan saja sponsor Fenton yang menginginkan melihat pembantaian atas semua bukti perang yang sedang berlangsung, tetapi juga Ratu.

18. Breaker boys (1910)
APA yang Charles Dickens kerjakan dengan kata-kata untuk menggambarkan London, Lewis Hine mengerjakan dengan foto atas laboran muda di Amerika Syarikat pada 1908. Komite buruh anak Nasional sudah berkempen menempatkan dua juta pekerja muda kembali ke sekolah ketika kelompok mengangkat Hine.

Orang asli Wisconsin berkelana separuh negara, mengambil gambar anak-anak yang sedang bekerja di lombong, perkebunan dan di jalan-jalan. Di sini dia memotret 'breaker boys' yang pekerjaannya memisahkan arang batu dari Slate,di South Pittson, Panderosa.

Suatu ketika gambar terarah ke publik dengan cara yang dingin dan negara memperlakukak hukum melarang buruh kanak-kanak.

19. Penerbangan (1903)
Pada 17 Desember 1903, dua mekanik basikal dari Ohio menunjukkan salah satu dari impian paling liar dari manusia.selama 12 detik mereka dapat terbang bebas.

Sebelum siang berakhir,Orville dan Willbur Wright dapat menjaga pesawat dari kain kabel dan kayu selama 59 detik. Warga yang ingin tahu melihat bagaikan sayap burung untuk terbang ke udara, dekat Kitty Hawk NC. Beberapa orang dapat percayai kisah Wright ini.

Meski menggunakan zaman manusia untuk boleh terbang, suatu ketika dua bersaudara ini membuat lompatan, pembelajaran mencapai syurga. Dalam 15 tahun momen penting ini, hampir seluruh elemen pesawat moden sudah dibayangkan meski belum dikembangkan waktu itu.

20. Oromontory Point (1869)
UPACAR ini dimulai pada 10 Mei 1869 sebagai Lokomotif Central Pacific di timur dan Lokomotif Union Pacific di sebelah barat, bertemu di Promontory Point, Utah, menandai selesainya jalur keretapi tran kontinental yang pertama.

Orang-orang yang menunggang kuda siap mengucapkan selamat pada kendaraan di zaman keemasan ini. Hasil karya ini menjadi brutal, pada suatu tahapan, di mana usaha guna terowong melalui tulangan marmer di pegunungan Sierra Nevada memerlukan waktu sepanjang tahun, hanya lapan inchi sehari kemajuan yang dicapai.

Pekerjaan ini amat menakjubkan. Tetapi ini juga merupakan contoh awal sebuah foto, pemanfaatan sebuah gambar sebagai alat hingga akhir. Folks Back East dapat melihat dataran pada siang hari, dimana sebuah kereta dapat membawanya di sepanjang jalur ke California. Dan para businesman cemas menunggu perdagangannya.
(IH)


 Lihat sebelum ini..
Bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails