Friday, August 13, 2010

Bertemu Prof Dr Tariq Ramadan

Ceramah Tariq Ramadhan malam itu di KL.

BARU berkesempatan membuat review wacana Prof Tariq Ramadan baru-baru ini. Sebelum ini saya belum pernah mendengar dan melihat secara 'live' ucapan beliau. Hanya pernah membaca buku nya yang bertajuk 'The Western and The Future of Islam In The West' . Huraian tentang Towards Reform of Islamic Education in the West' memuatkan kupasan menarik beliau. Huraian tentang 'Education of Heart dan 'Education of Mind' cukup menarik minat saya.

Cukup teruja mendengar ucapan menghurai sekitar nilai kebebasan dalam kerangka Islam. Tambahan pula cucu Hassan al-Banna ini merupakan seorang tokoh baru dunia Islam dan intelektual Islam yang giat membuka ruang interaksi antara Islam dan Barat.

Pertama kali juga saya teruja tatkala sampai ke ISTAC (International Institute of Islamic Thought, di Jalan Duta KL). Bangunan ala-ala Andalusia, Granada mengingatkan saya seakan-akan berada di zaman emas Islam Andalusia. Rekaan bangunan dihiasi lukisan-lukisan menarik era kegemilangan Sultan Muhammad al-Fateh sungguh menghidupkan suasana.

Memabaca dan melihat gambar ISTAC sebelum ini sungguh tidak jauh dari realiti. Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas memang benar seorang tokoh Falsafah Islam yang hebat merangka sebuah bangunan yang cukup indah.

Tajuk wacana di ISTAC pada malam itu bertajuk Is Liberty An Islamic Value? Persoalan yang timbul ialah bagaimana kita berinteraksi dengan kebebasan? Boleh dikatakan ramai yang hadir terdiri dari pelajar ISTAC ( pelajar M.A dan PHD ), Profesor, ahli akademik, golongan 'middle-upper class' yang agak moden dan golongan mahasiswa seperti saya.

Muqaddimah wacana Prof Tariq meningatkan para pendengar agar tidak menepuk tangan atau ber'takbir' apabila beliau memberi ucapan. Inginkan suasana yang tenang. Kata beliau 'Takbir' is beyond of what you say in louder. Takbir sepatutnya lahir dari perasaan yang meresap dihati. Tidak perlu melaungkannya. Kritikan pertama beliau. Kritikan kedua 'dont only to repeat what the Quran, Hadith, ulama say, but to think". Jangan hanya pandai 'quote' ayat-ayat al-Quran dan Hadith atau kata ulama tanpa memahami maksud , tanpa berfikir dan mengkaji.

Kebebasan Intipati Kehidupan

Kemudian sekitar ucapan beliau yang sempat diambil ialah nilai kebebasan dalam Islam sudah lama dihuraikan. Kalimah "Laa Ilaha Illalah is to liberate yourself from any evil". Kebebasan merupakan intipati kehidupan manusia Islam, 'freedom of being is the essence'. Tidak berlawanan dengan fitrah. Semua inginkan kebebasan. Tetapi setiap dari manusia perlu bertanggungjawab terhadap kebebasan yang diterima dari Tuhan. "If you are free you will have responsibity'. Bertanggungjawab untuk diri , sesama manusia (termasuk non-muslim) , agama dan Tuhannya.

Mengingatkan saya tentang apa yang disebut oleh Syeikh Yusof al-Qardawi. Kebebasan boleh diibaratkan seperti pisau. Boleh digunakan untuk keburukan dan kebaikan.

Kebebasan Sebenar Melepaskan Diri Dari Ego

"True liberty is freedom yourself from ego, liberate yourself from ego, evil and etc". Kebebasan yang sebenar ialah membebaskan diri kita dari perasaan ego, kejahatan, dosa, maksiat dan perbuatan buruk lain. Kerana semua manusia secara fitrah tidak suka kepada keburukan dan sukakan kebaikan.

Kebebasan dalam Kerangka Maqasid Syariah

Walau pun kebebasan merupakan 'natural needs'. Tetapi keperluan azali manusia perlu dipandu dengan objektif. Maqasid Syariah ( objektif pengaplikasian syariah) memandu kebebasan manusia. Kebebasan perlu dilihat dari kaca mata berasaskan maqasid. Termasuk darinya ialah perkara Darurah seperti agama , nyawa, maruah, keturunan, aqal. Katanya kebebasan tidak bermaksud semua manusia boleh melakukan sesuka hati sehingga menggadaikan maruah. Kebebasan dipandu maqasid 'protect the dignity'. Menyelamatkan maruah manusia. "The diginity is to try protect your best, good with what you know".

"Put rules (obejctives) to protect the freedom".

Akhir

Saat akhir sesi pertanyaan timbul satu suasana intelektual yang cukup teruja. Begitu ramai berrtanya dan berhujjah. Sehingga wujud satu provokasi dari seorang pemuda yang mengkritik Prof Tariq Ramadhan mengatakan apa yang dikatakannya tentang kebebasan tidak ada dalam dalil dan jauh menyimpang dari pemikiran datuknya Hassan al-Banna. Agak tegang tetapi beliau penuh profesional menjawab.

Tamat pengalaman menghadiri wacana yang penuh ibrah dan meluaskan pandang alam kehidupan.

Tok Guru, Husam, Dinar, M'sia, S'pura, Australia & Italy


UTUSAN MALAYSIA 13 OGOS 2010

1,000 peniaga di Kelantan terima dinar, dirham

Kakitangan Permodalan Kelantan Berhad, Siti Sarah Yusof menunjukkan mata wang syariah dinar (kiri) dan dirham pada majlis pelancarannya di Kota Bharu, semalam

KOTA BHARU 12 Ogos - Kerajaan Pas Kelantan hari ini melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan yang digunakan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mata wang syariah tersebut boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran di sekitar bandar ini untuk transaksi perniagaan.

Beliau berkata, penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan peraturan yang disediakan oleh Bank Negara.

"Mata wang syariah ini hanya pilihan kepada orang ramai untuk menggunakannya, tetapi ia juga untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam mempunyai mata wang sendiri untuk perdagangan.

"Sejarah juga membuktikan bahawa dinar emas dan dirham perak tidak akan terjejas dengan inflasi sehingga menjejaskan ekonomi negara.

"Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah SAW, harga seekor ayam kira-kira RM13, lebih kurang harga seekor ayam pada masa sekarang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan mata wang syariah, dinar dan dirham di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd., Prof. Dr. Umar Ibrahim Vadillo; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Nik Abdul Aziz berkata, sebagai simbolik pelancaran mata wang syariah itu, gaji CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akan dibayar dengan menggunakan emas dinar.

"Buat masa sekarang kita belum ada perancangan untuk membayar gaji kakitangan awam dengan mata wang syariah tetapi saya amat bersetuju sekiranya usaha ke arah itu dibuat sekarang.

"Bermula tahun ini, orang ramai boleh membayar zakat dengan dinar emas dan dirham perak, sebelum ini kita tidak ada kesempatan kerana ia belum dilaksanakan lagi," katanya.

Sementara itu, Husam berkata, pengeluaran dinar dan dirham Kelantan mengikut standard piawai yang ditetapkan oleh Pengeluar Syiling Dunia Islam (Wolrd Islamic Mint).

"Dalam Islam standard telah dibuat oleh Saidina Umar iaitu satu dinar emas 22 karat iaitu 4.5 gram kenapa 22 karat bukannya 24 karat sebab ia wang yang digunakan setiap hari untuk tahan lasak dia akan tambah logam lain tetapi berat masih 4.5 gram, bagi dirham pula tujuh dirham bersamaan dengan satu dinar.

"Pengeluaran kita sebanyak RM2 juta sebelum ini telah habis dan kita akan mencetak setiap hari bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat," katanya.

The Straits Times S'pore: Aug 12, 2010

Islamic currency for Kelantan

'We have over 1,000 shops that have signed up to our campaign and agreed to accept the dinar and dirham for the purchase of goods,' state cabinet minister Husam Musa said. -- PHOTO: ZAO BAO

KUALA LUMPUR - A MALAYSIAN state on Thursday launched the Islamic dinar and dirham as an alternative currency, allowing the golden and silver coins to be used as legal tender alongside conventional banknotes.

Authorities in northern Kelantan state, which is ruled by the Islamic opposition party PAS, said the Islamic currencies would be used in many shops in the state in addition to the national currency, the ringgit.

'We have over 1,000 shops that have signed up to our campaign and agreed to accept the dinar and dirham for the purchase of goods,' state cabinet minister Husam Musa told AFP. He said signboards have been erected in the main market in the state capital Kota Bharu to show the conversion table between the dinar and ringgit, and participating shops will display stickers to encourage people to use the coins.

'The response has been very positive and all the coins which were worth a total of 2.0 million ringgit (S$857,900) have been sold out at the launch today,' said Mr Husam, who is in charge of economic and finance planning.

According to Islamic law, the dinar measures 4.25 grams of gold, while the dirham is 3.0 grams of pure silver. A golden coin is equivalent to about 582 ringgit (183 dollars) while the silver coin is worth around 13 ringgit but their values fluctuate according to market prices.

Mr Husam said the dinar and dirham currencies can also be used dealings with state goverment agencies, such as paying 'zakat', or alms for the poor. -- AFP


Australia Neteork News:

Malaysian state launches Islamic currency

The northern Malaysian state of Kelantan has launched the Islamic dinar and dirham as an alternative to the national currency, the ringgit

Kelantan state which is ruled by the Islamic opposition party PAS, says the response to the Islamic currencies has been very positive.

State cabinet minister Husam Musa says the first batch of gold and silver coins, worth 2 million ringgit have been sold out at its launch.

He says over a thousand shops have agreed to accept the dinar and dirham for the purchase of goods.

Mr Husam says the dinar and dirham can also be used when dealing with state goverment agencies.

Attempts to introduce the coins as legal tender nationally have been shot down by the federal government.

ITALY

LA ROVINA DEL DOLLARO: IL DINARO D’ORO E IL DIRHAM D’ARGENTO

Economia FONTE: IRAQWAR.MIRROR-WORD.RU

Leggete prima cosa dice il Guardian: può il dinaro d’oro islamico della Malesia ostacolare il capitalismo?
19 luglio 2010, 08:22

Immaginatevi un mondo in cui si commerciasse unicamente con monete d’oro e d’argento. Immaginatevi quanto grande sarebbe il vostro portafoglio.

E tuttavia è proprio questo il mondo che hanno in mente alcuni degli attivisti della Malesia che puntano al dinaro d’oro islamico e al dirham d’argento come nuova valuta legale in sostituzione del denaro cartaceo – un’utopia che potrebbe venire alla luce già a partire dalla metà del mese prossimo.

Ossia quando uno di questi gruppi, il Muamalah Council, ha in programma di attuare il sistema del dinaro nello stato settentrionale della Malesia di Kelantan. Se si può credere alle informazioni sul suo sito internet, il council avrebbe il benestare del governo islamico dello stato, Parti Islam SeMalaysia (Pas), per introdurre il dinaro in tre mosse.

Per prima cosa, lo stato pagherà un quarto dei suoi dipendenti statali usando il dinaro. In secondo luogo, tutte le società statali accetteranno i pagamenti in dinari. Infine, anche circa 600 imprese commerciali adotteranno questa valuta.

Ispirato da selettive fonti religiose e sostenuto dai precedenti storici all’interno degli annali della storia islamica, il sistema del dinaro d’oro è indicato da alcuni estremamente orgogliosi Musulmani come la risposta islamica per combattere le calamità del capitalismo.
L’idea è stata inizialmente discussa dall’ex primo ministro della Malesia, Mahathir Mohamad, dopo la crisi finanziaria asiatica del 1997. Ha sostenuto che le monete non avrebbero mai messo il loro possessore nei guai nella stessa maniera in cui l’avevano fatto le banconote. Come metalli preziosi con un valore intrinseco, l’oro e l’argento sono più resistenti alle fluttuazioni del mercato e alla svalutazione in confronto al dollaro americano – un argomento che [Mahathir Mohamad] ha portato all’Organizzazione della Conferenza Islamica come strumento per combattere l’egemonia occidentale.

Oggi, i sostenitori del dinaro d’oro islamico additerebbero la recente crisi del credito come prova. Certamente, l’aumento vertiginoso del prezzo dell’oro – che potrebbe possibilmente trascendere il record di $2000 dollari l’oncia - altro non potrà fare che rafforzare il loro tono.

E se il grande piano di Mahathir di implementare il sistema del dinaro in Malesia a partire dal 2003 può essere stato abbandonato poco cerimoniosamente dal suo successore, Abdullah Badawi, l’idea ha in seguito guadagnato consensi fuori dalla Malesia.

Nella vicina Indonesia, ad esempio, un’organizzazione conosciuta come Wakala Induk Nusantara (WIN) ha iniziato a coniare monete d’oro da usare in Australia, in Malesia e a Singapore. Il suo presidente, Riki Rokhman Azis, sostiene che il numero di dinari usati nella nazione musulmana più popolosa è più che raddoppiato nel 2009 fino ad [arrivare ai] 25 000 pezzi.

Quello che colpisce forse maggiormente è la connessione del Regno Unito con il sempre più globalizzato movimento del dinaro d’oro islamico. Il raggruppamento indonesiano aderisce ad una fatwa promulgata dal religioso basato in Sudafrica Sheikh Abdalqadir as-Sufi, un convertito all’Islam di Cape Town conosciuto prima come Ian Dallas di Scozia.

Poi c’è il Dinar Exchange, l’equivalente britannico della WIN indonesiana. Come il “fornitore ufficiale certificato di dinari d’oro e di dirham d’argento nel Regno Unito”, la società ha appena concluso una serie di roadshow della durata di un mese il maggio scorso, che l’ha vista promuovere il dinaro d’oro ai Musulmani in città chiave del Regno Unito quali Londra, Birmingham ed Edimburgo. Il gruppo sta invitando altri a divulgare questa visione islamica come agenti del dinaro. Ad un costo, naturalmente.

Mentre il movimento del dinaro guadagna terreno, i suoi promulgatori – che comprendono alcune delle figure più polemiche del mondo musulmano come il religioso nato a Trinidad Imran Hosein – senza dubbio ignorerebbero il recente suggerimento di Anthony Lerman nel Guardian che oggi non esiste alcuna dottrina anticapitalistica. Per loro, il dinaro d’oro islamico è forse la risposta meglio formulata dal genere umano per battere gli eccessi del capitalismo.

Leggi di più qui (in inglese)

Questa storia è arrivata alla mia attenzione grazie a ZeroHedge www.zerohedge.com/article/morning, -19-2010 “Morning Gold Fix: July 19, 2010”

Ora leggete quello che dice il Muamala Council:

IL KELANTAN LANCIA IL DINARO E IL DIRHAM IL 12 AGOSTO 2010
Ultimo aggiornamento (giovedì 15 luglio 2010 06:07)

Alhamdulillah, siamo lieti di annunciare la notizia che tutti noi stavamo aspettando – l’introduzione ufficiale del dinaro e del dirham nello stato del Kelantan si terrà nella sua capitale, Kota Bharu, il 12 agosto 2010. L’imminente evento nel Kelantan sta per cambiare il corso della storia, dato che segna l’inizio sia dell’ascesa dell’Islam, sia della morte del capitalismo, poiché le due cose non possono coesistere: quando arriva la luce scompare il buio.

Questa è la prima volta negli ultimi 100 anni dalla caduta del califfato ottomano, che un governo musulmano introduce valuta della Shariah. Indubbiamente ci sono state quattro generazioni di musulmani che non hanno mai visto il dinaro d’oro né il dirham d’argento; quattro generazioni di musulmani che sono state divise in piccole riserve nazionali e condannate alla rapina permanente prima ad opera di capi locali, e poi internazionali, dell’usura; quattro generazioni di musulmani che non hanno saputo cosa fosse il loro “Deen”, o codice di vita. L’introduzione del dinaro d’oro e del dirham d’argento nello stato del Kelantan non è una nuova idea, né un nuovo esperimento, è il ritorno al mezzo di scambio che è stato conosciuto per 1400 anni in tutto il mondo islamico (Dar al-Islam) come il denaro della Shariah che prende la sua legislazione dalla rivelazione di Allah e la Sunnah di Rasul.

Il 12 agosto il popolo del Kentalan dirà “NO” al mondo malato creato dai banchieri dopo la seconda guerra mondiale: non facendo saltare in aria gli uffici o le ambasciate, né decifrando le genealogie e gli ordini del giorno delle società occulte, ma piuttosto mettendosi in tasca denaro Halal.

Il 12 agosto il popolo del Kentalan dirà: “un dinaro – un Ummah”.

Il 12 agosto il popolo del Kentalan innalzerà la dignità malese non attraverso politiche nazionalistiche del tipo dell’ UMNO [United Malays National Organisation] di privilegi dei Bumiputra, ma attraverso la ristorazione della Muamalat.

Il 12 agosto il governo del Kentalan inizierà a muoversi con la corrente, la Divina Corrente, e ogni mossa nel senso della corrente porterà il Kentalan 10 volte più avanti di una mossa contro di essa; il primo passo sarà il pagamento del 25% degli stipendi dei dipendenti pubblici in dinari e dirham; tutte le società statali accetteranno pagamenti in dinari e in dirham e questo sarà un altro passo; 600 esercizi riceveranno adesivi con su scritto “Accettiamo Dinari e Dirham” – ancora un altro passo. Tuttavia il 12 agosto non è il momento di festeggiare, ma piuttosto il momento del Tauba, Tauba per tutti noi senza eccezioni, perché tutti noi abbiamo permesso al Deen dell’Islam, il dono più prezioso che ci è stato dato, di uscire dalle nostre vite sostituendolo con un monoteismo puritano primitivo incentrato sulla sessualità, sul codice di abbigliamento femminile e sul pollo halal, una religione che Umar Pasha Vadillo chiama Protestantesimo islamico.

Sì, prima del 12 agosto e specialmente il 12 agosto dobbiamo piegare la testa sul tappeto di preghiera con un lungo sajdah e chiedere perdono ad Allah Subhanatu per aver lasciato che l’usura, il crimine più abominevole, diventasse parte della nostra esistenza quotidiana, perché i nostri grandi Ulemi in passato non avrebbero mai tollerato nemmeno una banca nelle loro terre, per non parlare di dichiararla halal, perché realmente credevano che il “dirham dell’usura è 36 volte peggio dell’adulterio”. E ci sono tuttora Ulemi che non accettano compromessi con il Deen, l’anno scorso Umar Pasha Vadillo ha detto in una delle sue lezioni nel Kazakhstan: “una banca sulla tua strada è peggio che la prostituzione nella tua stessa famiglia!”.

Quindi è il momento di comprendere quanto ci siamo discostati dal Deen e quanto urgentemente dobbiamo tornare indietro.

Il 12 agosto non è la fine, ma l’inizio del nostro affare poiché la valuta della Shariah è il primo elemento da sistemare, subito seguito dal secondo elemento, il Souq (mercato islamico) che a sua volta richiederà che tutti gli altri elementi della Muamalat islamica entrino in gioco, portando quindi ad un intero cambiamento paradigmatico su ciò che è il denaro, il commercio, la ricchezza, l’investimento - e su ciò che non lo è.

Alla cerimonia saranno presenti molti ospiti: accanto ai ministri capo di svariati stati malesi, ci saranno ufficiali del governo del sultanato di Sulu, dell’Indonesia, del Pakistan, della Turchia, oltre ai leader di varie jama’as ed organizzazioni dalla Germania, dalla Spagna, dal Kazakhstan ed altri paesi. L’evento vedrà senza dubbio l’emergenza del nuovo centro del mondo islamico del ventunesimo secolo: NUSANTARA.

I leader musulmani, gli attivisti e specialmente i media sono tra i più benvenuti a Kota Bharu, nel Kelantan, per testimoniare il principale evento islamico degli ultimi 100 anni.

Con l’avvicinarsi del giorno storico del 12 agosto il Muamalah Council e il suo presidente, Hajj Umar Azmon, desiderano esprimere gratitudine per Datuk Nik Abdul Azi e per Datuk Husam Musa del governo statale del Kelentan; possa Allah concedere a Datuk Nik Abdul Azi e a Datuk Husam Musa, alle loro famiglie e alla loro gente il successo totale in questo mondo e, più importantemente, nel prossimo. Amin.

Dinar Exchange Rates

Fonte: www.iraqwar.mirror-world.ru
Link: http://www.iraqwar.mirror-world.ru/article/229819
19.07.2010

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita tunggu lagi, apa kata media lain di dunia..

Ibnu Hasyim bersama Prof Dr Omar Vadillo CEO Kelantan Golden Trade semasa memberi penerangan mengenai Dinar Kelantan di Aceh.

Jika Pakatan Kuasai Putrajaya, RM1000 Untuk W/Emas



KL OGOG 13 10: DAP hari ini mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang. Pada sidang media, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Katanya, jika menguasai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka. "Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia,” kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya, Pakatan menjangkakan keputusan itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun tetapi ia bagi membuktikan “penghargaan dan pengiktirafan sumbangan warga emas kepada negara”.

Ditanya, bagaimana Pakatan akan mendapatkan wang itu, Lim berkata jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah. “Diramalkan Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun. Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya,” katanya pada sidang akbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP di Kuala Lumpur.

Lim menolak persepsi tindakannya itu sebagai percubaan membeli undi. “Sekarang ini bukan pilihan raya, macam mana nak beli undi? Lagipun tak salah beri wang kepada rakyat,” katanya.

Beliaujuga menafikan tindakan itu bersifat 'populist' kerana ia juga sudah dilaksanakan di kebanyakan negara, seperti Thailand, katanya sambil menunjukkan majalah mingguan perniagaan The Economist. “Kita juga tidak mahu fokus terlalu banyak terhadap kesilapan Barisan Nasional, tetapi kita mahu ketengahkan apa yang mampu kita tawarkan,” kata Lim.

Menurut beliau lagi, persetujuan juga sudah didapatkan dari parti Pakatan yang lain seperti PKR dan PAS berhubung tindakan berkenaan dan mereka tudak mempunyai sebarang bantahan. “Saya bercakap kepadanya (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan beliau berkata OK lah,” kata Lim.

“Kita mahu membuktikan bahawa DAP bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis. Kita tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China,” katanya.

Umno baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Parti Komunis China bagi pertukaran pemimpin belia agar “kedua-dua negara lebih memahami pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dan China”. (AK)

Sokong Hukuman Lebih Berat Kes Buang Bayi -Nik Aziz

KOTA BARU, 13 OGOS 10: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh cadangan kerajaan mengenakan hukuman lebih berat terhadap kes buang bayi bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa di negara ini.

Mursyidul Am PAS itu berkata hukuman lebih berat itu adalah menepati ajaran Islam supaya dapat memberi pengajaran kepada pelaku dan bakal pelaku.

Beliau juga bersetuju sekiranya hukuman bunuh dikenakan ke atas kes membabitkan kes buang bayi yang menyebabkan bayi itu mati, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian buang bayi masih berleluaasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif untuk menanganinya.

Menteri Besar Kelantan itu berpendapat undang-undang sekarang lebih “bersimpati” kepada penjenayah buang bayi yang menyebabkan gejala itu masih berleluasa. — Bernama

Kawal Harga Ayam: Menteri Tak Pandai Tadbir Negara.


KL OGOS 13 10: Bernama melaporkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata, ketika diminta mengulas mengenai harga ayam yang naik mendadak di beberapa buah negeri dengan bermulanya bulan Ramadan ini. Antaranya katanya....

Satu:

(i) 'kenaikan harga ayam di sesetengah tempat bukan disebabkan faktor kekurangan bekalan'.

'kerana daripada mesyuarat yang saya hadiri pagi tadi dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bekalan lebih daripada mencukupi iaitu 10.5 juta ekor ayam untuk seminggu walhal permintaan ayam sehari hanya satu juta ekor.'

(ii) 'tetapi sikap pembekal yang sengaja menaikkan harga sesuka hati berikutan permintaan tinggi terhadap barang itu ketika ini.'

'Ini semua taktik mereka..'

(iii) 'Keadaan ini disebabkan kuasa pasaran iaitu apabila permintaan lebih tinggi dan ayam pula bukan barang kawalan, mereka telah naikkan harga di peringkat runcit.'

Kedua: Saranan Menteri itu...

(i) 'Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dengan harga ayam yang naik mendadak ketika ini kerana ia hanya bersifat sementara'

(ii) 'pengguna juga berupaya mengelakkan diri mereka daripada terus ditindas dengan memainkan 'kuasa pembelian' sepenuhnya.'

(iii) 'Sementara harga ayam tengah naik, pengguna boleh tukar kepada makanan lain dan ini akan menyebabkan permintaan menurun dan akhirnya harga ayam pun akan turun juga kerana ayam bukan gula yang boleh disimpan. Apatah lagi orang sentiasa nak yang segar..'

Ketiga: Apa tinmdakan kementerian?

(i) 'kementerian itu sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga barang tidak dinaikkan sesuka hati'

(ii) 'menjelang Aidilfitri ayam akan dijadikan barang kawalan dan harganya akan terkawal'

Keempat: Untuk maklumat lanjut sila lihat...

Kelima: Antara komen terbaru pembaca fasal kenaikan harga ayam..

mr edz said...

pemimpim hampeh jer semua tu.. tak pandai mentadbir negara..

JBS said...

Hapuskan sahaja jawatan menteri pengguna tu dan gantikan dengan jawatan menteri jaga peniaga dan pembekal. itu sahajalah yang sesuai bagi pemimpin-pemimpin melayu yang tak habis-habis mengkhianati bangsanya dari dulu kini dan selamanya....melayu bodoh!, lagi ditindas, lagi kuat menyokong UBN. Takut sangat kepada pembangkang, macamlah boleh hidup 1000 tahun lagi!

Keenam: Penyelesaiannya? Menurut Blog Ibnu Hasyim, Tolak BN dalam PRU13 akan datang.

(Sumber: Bernama/AK)

Sambut Ramadhan Dengan Lepak... -Asyraf Imam Muda

Imam Muda Asyraf (gambar) mengajak para remaja melepak dan menghabiskan masa masjid atau surau.

KL OGOG13 10: Memandangkan bulan Ramadan ini menuntut umat Islam mengerjakan solat terawih, bagi Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, tidak salah sekiranya remaja melepak di masjid atau surau berbanding di tempat lain.

Sekurang-kurangnya dengan mengajak remaja walaupun hanya duduk di tepi masjid atau surau, mampu meninggalkan kesan yang baik kepada mereka pada masa akan datang. Mungkin dengan cara tersebut, para remaja akan terbuka hati untuk sama-sama melakukan solat dan mengimarahkan rumah ibadat.

Selepas memenangi program realiti kelolaan Astro Oasis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu, Asyraf kembali menjalankan tugasnya sebagai imam di Masjid Desa Petaling, Kuala Lumpur. Untuk bulan Ramadan ini, tugas imam muda yang berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu tidak hanya terikat di Masjid Desa Petaling sahaja sebaliknya dia akan ke beberapa masjid di dalam dan luar Kuala Lumpur.

Dia bukan sahaja dijemput untuk mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan terawih malah ada juga sesetengah masjid yang menjemputnya berbuka puasa, menyampaikan tazkirah, qiamulail, serta kuliah Subuh dan Zohor. Asyraf yang berpengalaman menjadi imam di Masjid Desa Petaling sejak Januari tahun ini akui tanggungjawabnya semakin mencabar namun dia akan cuba melakukan yang terbaik demi menggalas tugas sebagai imam.

“Insya-Allah, saya akan cuba menarik lebih ramai golongan muda ke masjid kerana kebiasaannya mereka hanya akan datang atas faktor tertentu.

“Saya rasa mulai sekarang, kita sepatutnya memberi peluang kepada golongan muda untuk melaksanakan tugas-tugas di masjid. Jangan membuat persepsi awal yang mereka tidak mampu melakukannya kerana dengan cara itu mereka akan rasa layak untuk menjadi orang masjid,” katanya yang mempunyai kontrak dengan Astro selama tiga bulan lagi.

Buat masa ini, dia akan terikat dengan beberapa aktiviti yang diatur oleh Astro. Barangkali selepas ini, dia bakal bergelar peniaga yang setakat ini sudah ada dalam perancangannya disamping menjawat jawatan imam dan guru tuisyen mengaji al-Quran dari rumah ke rumah.

Biar apa pun, sebelum berniaga, anak kedua dari lima beradik kepada pasangan Mohd Ridzuan Yusoff, 55, dan Robiah Bakar, 55, itu akan menamatkan pengajian peringkat Sarjananya di Universiti Malaya terlebih dahulu.

“Selepas selesai dengan Imam Muda, saya rasa kehidupan saya tidak terlalu berubah dengan drastik sebaliknya biasa-biasa sahaja. Tetapi apabila ke masjid, ada juga yang memberikan ucapan tahniah atas kemenangan saya dan menegur sapa.

“Bagaimanapun, apa yang lebih penting kepada saya selepas ini adalah untuk menjaga diri-sendiri kerana ramai ulama dan tokoh Islam yang memerhati serta memberikan nasihat kepada saya. Sekarang, pandangan orang terhadap saya terbahagi kepada dua iaitu bertanggungjawab sebagai imam dan imam muda,” beritahunya yang sudah berkahwin dengan Nurhusna Yusof, 23.

Sempena bulan Ramadan, Asyraf sempat berpesan kepada semua umat Islam agar menganggap bulan ini sebagai Ramadan yang terakhir dalam hidup kita. (mStar Online/AK)

Ceti Islam Pinjaman Ramadhan? Pihak Berwajib Kena Pantau..

Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan promosi pinjaman peribadi bagi mengelak terbeban pada kemudian hari

Kosmo! Online: Promosi pinjaman Ramadan menakutkan

KL OGOS 13 10: Syarikat-syarikat pinjaman wang berlesen serta koperasi kini dilihat ligat mempromosikan pinjaman peribadi mereka kepada orang ramai sempena bulan Ramadan dan jualan mega yang berlangsung ketika ini.

Slogan seperti 'Jangan ketinggalan, promosi pinjaman peribadi kami - Ramadan Special' yang menawarkan kadar faedah rendah disebar menerusi pelbagai cara termasuk di Internet. Promosi serupa turut disertai sektor perbankan yang menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan media massa untuk memberitahu pelanggan tentang pinjaman kecil mereka.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, ramai yang telah terpikat akhirnya terperangkap dengan hutang setiap kali musim perayaan. "Daripada apa yang kita perhatikan memang ramai penjawat awam terlibat dengan hutang, tambahan pula pada musim perayaan. Bila ditolak segala hutang, wang gaji yang tinggal tidak sampai 40 peratus," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai penjawat awam akan bertindak serupa tahun ini memandangkan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 10 September iaitu hampir dua minggu sebelum gaji yang seterusnya.

Blog Ibnu Hasyim: Perangkap ceti guna nama Islam dan Ramadhan, pihak berwajib kena pantau segera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails