Tuesday, November 24, 2009

Apa sudah Jadi Yusuf Islam Sekarang?

HALAMAN HIBURAN

Yusuf Islam berwajah baru?
JIKA sudah merasa Islam sebagai satu nikmat keyakinan dan memperoleh kemanisan iman, maka yang ditunjukkan dan dilahirkan tentulah Islam. Kebetulan, itu yang terjadi pada Yusuf Islam, superstar top asal British yang dulunya bernama Cat Steven.

Masa itu, Cat Steven sangat terkenal. Lagu-lagu seperti “Wild World” dan “Father and Son” menjadi hit dan hot, dimainkan dimana-mana. Ahad lalu Nov 22 2009, Yusuf Islam ikutserta dalam konsert muzik yang besar untuk pertama kalinya dalam 30 tahun di Cardiff. Dia malah mendapatkan cemoohan, umpatan, dan caci-maki dari para penggemarnya. Sebabnya? Yusuf Islam enggan membawa lagu-lagu jahiliyah karyanya dulu. Yusuf memilih untuk memainkan muzik instrumental selama 40 menit.

Peminatnya kecewa dan cuba bertindak kasar. Sehingga seorang dari mereka terpaksa dikawal polis. “Nyanyikan lagu Peace Train....." Minta seorang peminatnya. Peace Train adalah salah satu lagu Yusuf yang terkenal dulunya.

“Sekarang saya tahu apa yang dirasakan oleh Bob Dylan…” Jelas Yusuf dengan selamba dan tenang.

“Kami membayar untuk mendengar Cat Stevens bernyanyi Father & Son dan Wild World.” sungut seorang peminat lagi. "Kami menunggu selama 30 tahun!”

Yusuf, 61 tahun, yang memeluk Islam sejak tahun 1976 di Malibu, terus minta maaf. Salah satu komennya adalah masalah guna minuman keras masa itu. Malangnya mereka tidak tahu, sekarang Cat Steven sudah lama tidak ada. Yusuf Islam tidak mahu lagi menyanyi lagu yang hanya menjauhkan manusia dari Allah SWT. Alhamdulillah. Dia sudah dapat kemanisan iman... (Rujukan: EraMuslim/2MA)

Tahniah YB Balik Pulau..


"Saya menyokong keazaman Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk memperjuangkan saranan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR) supaya diasingkan hasil kutipan judi yang dah tentu haram dan tidak dimasukkan dalam Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan.

Saya menunggu Dr Awang Adek menunaikan janjinya dan jika beliau memperjuangkannya, saya berdoa agar perjuangannya mencipta kejayaan. Saya juga berharap agar diperjuangkan supaya perjudian dikurangkan seperti yang disarankan oleh Ahli Parlimen Rasah (DAP), Loke Siew Fook (untuk keterangan lanjut, sila baca petikan hansard Dewan Rakyat 18/11/09 di bawah)" Kata Penarik Beca...

Ini perangkaan judi di Malaysia.. Sila layari

Amah Jadi GRO: Bersihkan Jln Raja Chulan Dari Pusat Maksiat!

Antara GRO warga Filipina yang ditahan dalam operasi di Jalan Raja Chulan, malam semalam.

KUALA LUMPUR: Kesempatan cuti hujung minggu yang diberikan majikan digunakan 14 pembantu rumah warga Filipina untuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) merangkap pelacur secara sambilan terutama di kalangan pelancong asing dan lelaki ‘hidung belang’ bagi mencari pendapatan lebih.

Difahamkan, mereka mampu meraih pendapatan antara RM500 hingga RM1,000 semalam hanya menemani pelanggan, termasuk pelancong asing yang bercuti ke negara ini yang ingin berhibur dan mendapatkan khidmat seks.

Bagaimanapun, kegiatan mereka ini terbongkar apabila sepasukan 50 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya menyerbu sebuah pusat hiburan di jalan Raja Chulan, malam kelmarin.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 7.30 malam itu, seramai 14 wanita Filipina berusia 30 hingga 40-an yang bekerja sebagai pembantu rumah ditahan termasuk seorang daripada mereka mendakwa bekerja di rumah seorang orang kenamaan (VIP) ditahan kerana menyalahgunakan pas kerja mereka dengan menjadi GRO.

Timbalan Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad, berkata operasi dilakukan berdasarkan risikan hampir sebulan terhadap premis berkenaan selain maklumat awam.

“Pusat hiburan berkenaan dipercayai menjadi antara lokasi kegemaran pembantu rumah warga Filipina berkumpul dan menggunakan pelepasan cuti hujung minggu oleh majikan mereka untuk mencari pendapatan tambahan sebagai GRO.

“Hasil pemeriksaan, kebanyakan wanita ini memasuki negara ini secara sah, malah masing-masing mempunyai permit kerja sebagai pembantu rumah yang sah, namun didapati menyalah gunakan permit sedia ada dengan menjadi GRO,” katanya.

Malah, ketika pemeriksaan, suasana kecoh seketika apabila seorang daripada GRO yang layak dipanggil ‘nenek’ kerana berusia bertindak kasar dan cuba menyerang pegawai penguat kuasa bertugas.

Bagaimanapun, keadaan kembali reda selepas ditenangkan pegawai bertugas dan wanita terbabit terpaksa digari bagi mengelak kembali bertindak agresif.

“Biasanya, pembantu rumah ini akan memberitahu majikan mahu keluar makan atau berhibur bersama rakan mereka. Padahal, majikan tidak mengetahui mereka sebenarnya bekerja separuh masa sebagai GRO, hanya pada malam minggu untuk mencari pendapatan tambahan.

“Selalunya mereka akan berkumpul di kelab malam sekitar Bukit Bintang kerana kawasan itu menjadi tumpuan pelancong atau warga asing yang bekerja di negara ini untuk berhibur pada malam minggu dan mereka ini sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan teman sosial atau GRO,” katanya.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Seksyen 51 (5) (B) Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit kerja dikeluarkan dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sarang-sarang nyamuk maksiat penyebar penyakit jenayah perlu dihapuskan. Kelab-kelab maksiat bertopengkan pusat hiburan, menjadi markas jenayah perlu dihapuskan ke akar-umbi. Contohnya seperti yang berlaku dijalan Raja Chulan ini. Begitu juga di Bukit Bintang, Chow Kit Belakang Mati dan banyak lagi. Nampaknya kerajaan masih sayangkan maksiat, tidak mahu bersihkan.. Jabatan agama buat apa? Tak diberi kuasa? Ulama kerajaan jadi kuda tunggangan pemerintah sekular? (Sumber: MyMetro/2MA)

Propaganda Zionis Dalam Wikipedia -CAMERA


CAMERA adalah propaganda Zionis. CAMERA kini sedang merekrut sejumlah sukarelawan, akan ditugaskan untuk mengubah atau memutarbalikkan informasi-informasi di internet yang dianggap merugikan kepentingan Israel.

Salah satu sasaran dari kelompok itu adalah laman Wikipedia, sebuah ensiklopedia online yang memberi kebebasan kepada siapa saja untuk memasukkan data atau input maklumat ke laman tersebut. "Idea dari Wikipedia ini menyebabkan semakin banyak sukarelawan berminat memasukkan data dan informasi kelaman itu, maka informasinya makin tepat, selalu up-to-date dan inklusif dibandingkan ensiklopedia yang dibuat dalam bentuk buku." demikian kenyataan CAMERA.

CAMERA menyebut kelompoknya sebagai sebuah komite di Amerika yang menjadi akurasi laporan-laporan tentang Timur Tengah. Base kelompok ini berada di Amerika Utara dan sudah memiliki pasukan di mana ahlinya terdiri dari puluhan Yahudi yang dibayar untuk melakukan propaganda Israel. Mereka mengubah isi atau data berbagai informasi. Biasanya yang berkait dengan tindakan apartheid rejim Zionis Israel terhadap warga Palestin, tentang Zionisme dan ideologi-ideologi Israel yang diidentikan dengan ideologi Nazi. Atau keganasan dan kekejaman yang dilakukan Israel di Palestin serta isu-isu yang terkait dengan konflik Israel-Palestina.

Baru-baru ini, CAMERA pula menyebarkan surat edaran mengajak siapa saja yang berpotensi untuk menjadi juru propaganda Zionis, membantu Israel menginput data dan informasi yang pro-Israel. Dalam surat edaran tersebut tertulis,"CAMERA mencari 10 sukarelawan untuk membantu kami menjaga entri yang berkait dengan Israel di Wikipedia agar tidak 'tercemar' oleh mereka yang anti-Israel dan akan mengedit entri-entri itu. Mereka yang boleh menjadi sukarelawan, mesti mengetahui ilmu komputer."

Mereka yang berminat boleh telefon atau kirim email ke CAMERA dan nanti akan dilatih bagaimana caranya menjadi editor sukarelawan untuk mempropagandakan Israel di Wikipedia. Selama ini CAMERA aktif melakukan propaganda, membiasakan kejahatan perang dan kejahatan kemanusiaan yang dilakukan terhadap warga awam Palestin, terutama di Jalur Gaza. Dalam propagandanya, CAMERA mendakwa mengutip kenyataan militer Israel dan mengemukakan argumen di manaIsrael melakukannya dengan tidak sengaja terhadap warga tak berdosa Palestin dan untuk meminimalkan korban awam.

Sebuah argumen yang menyesatkan bagi mereka yang tidak begitu memahami konflik Israel-Palestin. Orang-orang yang terlibat dalam CAMERA bukan orang sembarangan. Banyak diantaranya mantan agen intelejen dalam negeri Israel, Shin Beth. Kebelakangan ini, CAMERA sibuk membuat propaganda untuk melawan laporan Richard Goldstone tentang jenayah perang Israel di Gaza dengan menyebut laporan itu, tidak benar. (AK)

Sarang Jenayah, Pondan, & Pelacuran, Mengapa Masih Biarkan?

Pondan begini boleh, dalam negara Islam Najib Tun Razak?

Komplot pondan

KUALA LUMPUR: Taktik raba dan curi diguna pakai kumpulan ‘pondan’ untuk merompak mangsa mereka cukup menarik apabila mangsa lelaki sengaja disajikan dengan tayangan filem lucah percuma terlebih dulu bagi mengkhayalkan mangsa sebelum disamun di dalam bilik gelap.

Golongan pencuri licik dikalangan pelacur ini semakin menjadi-jadi apabila mereka turut meraba dan mencium mangsa bagi membuat mangsa leka tanpa menyedari seorang lagi rakan suspek melarikan dompet atau telefon bimbit mangsa.

Dalam kejadian jam 10.30 malam baru-baru ini , mangsa seorang tukang masak berusia 33 tahun menjadi mangsa komplot pelacur pondan apabila dirompak oleh kumpulan pelacur terbabit yang tampil tidak ubah seperti artis dan model terkenal.

Mangsa yang ditemui mendakwa pergi bersendirian ke sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini, untuk mencari ‘pondan’ bagi memuaskan nafsunya. Difahamkan mangsa yang berasal dari Kepong, terpikat dengan lenggok manja dan kecantikan seorang ‘wanita’ berpakaian seksi yang menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM40 untuk sekali perkhidmatan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ping, 33, berkata, dia dibawa ‘wanita’ terbabit ke tingkat atas sebuah bangunan berhampiran sebelum diajak masuk ke dalam bilik.

“Ketika itu masuk seorang lagi rakan pelacur berkenaan sebelum kedua-dua pelacur berbual beberapa ketika sebelum seorang beredar dari bilik berkenaan.

“Ketika itu tinggal saya berdua dengan pelacur yang mendakwa warga Indonesia berkenaan yang mengajak saya berbual-bual sambil bertanya asal usul saya,” katanya.

Menurutnya, ‘gadis’ yang dilanggani itu meminta dia berbaring santai di atas katil sebelum dia memilih cakera padat digital (DVD) lucah untuk ditayangkan secara percuma dengan alasan sebagai pemanas badan.

“Gadis terbabit mengarahkan supaya seluarnya dibuka sebelum saya akur dengan arahan berkenaan. Seluar itu diletakkan gadis terbabit di atas kerusi tidak jauh,” katanya.

Dia yang enggan menceritakan perkara selanjutnya mendakwa mencapai semula seluarnya itu selepas mendengar bunyi bising seolah-olah berlaku pergaduhan di luar bilik berkenaan.

“Saya segera mencapai seluar saya sebelum terkejut sejurus mendapati telefon bimbit saya jenis Sony Ericcson hilang dari dalam poket seluar berkenaan.

“Malah, saya lebih terkejut apabila dompet saya dalam poket seluar boleh berpindah ke atas peti televisyen berhampiran. Selain itu wang RM400 di dalamnya turut lesap,” katanya.

Menurutnya, dia bertanya kepada ‘gadis’ terbabit di mana wang dan telefon bimbitnya itu, namun suspek enggan mengaku mencuri barang berharga mangsa dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Bagaimanapun, selepas diugut dan didesak berulang kali, gadis terbabit akhirnya bersetuju mencari dan memulangkan barang berharga milik saya itu yang didakwa dicuri rakannya.

“Dia meminta saya supaya duduk menunggu seketika di dalam bilik berkenaan sebelum gadis itu keluar untuk mencari rakannya,” katanya.

Dia yang menunggu hampir dua jam percaya menjadi mangsa taktik licik kumpulan pelacur pondan berkenaan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran. (Sumber MyMetro)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nak bunuh nyamuk, musnahkan sarang pembiakan nyamuk. Nak halang jenayah, kejahatan dan maksiat, musnahkan sarang maksiat. Mengapa masih sayangkan tempat pelacuran, pondan dan segala macam maksiat? Mengaku negara Islam konon..

JKM: Siti Hasnah DiIslamkan Bapanya Sendiri


NOV23 2009 JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini menjelaskan bahawa S Banggarma, atau nama lainnya Siti Hasnah Vangarama Abdullah, telah menganut agama Islam sebelum dimasukkan ke sebuah rumah kebajikan kira-kira dua dekad lalu.

Oleh itu, ketua pengarah kebajikan masyarakat menjelaskan, dakwaan bahawa wanita itu diislamkan semasa berada di bawah jagaan JKM adalah "tidak benar".

Datuk Meme Zainal Rashid berkata, semua dokumen yang masih disimpan menunjukkan wanita itu telahpun menganut agama Islam sebelum memasuki institusi kebajikan tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, JKM telah menjalankan siasatan berhubung kenyataan surirumah tersebut yang mendakwa telah diislamkan semasa ditempatkan di rumah kebajikan di Kepala Batas kira-kira 20 tahun lalu.

Daripada rekod yang ditemui, katanya, Siti Hasnah telah diislamkan oleh bapanya sendiri, yang tidak dinamakan, bersama adik-beradiknya yang lain pada 30 November 1983, berdasarkan tarikh yang terdapat di dalam surat akuan pengislaman ibu dan bapanya di Pejabat Agama Islam Rompin, Pahang.

"Tetapi beliau ditempatkan di rumah kanak-kanak pada Mac 1990 melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 bagi mendapat perlindungan setelah didapati merayau di pekan Sungai Petani tanpa arah tujuan," kata Meme.

Mengenai status agama wanita itu, tambahnya, ia kini dalam tindakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.JKM mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran siasatannya terhadap dakwaan Banggarma bahawa jabatan agama negeri telah menukar agamanya kepada Islam sewaktu masih kanak-kanak ketika ditempatkan di rumah kebajikan berkenaan.

Wanita itu mendakwa, dia menyedari mengenai perkara itu ketika hendak mendaftarkan perkahwinannya pada 200 (Malaysiakini/AK)

Lihat sebelum ini..
Saya bukan Islam, kata 'Siti Hasnah. Penyelesaian?...

Husam Jawab: Demi Maruah BN...

Oh..., Mingguan Malaysia!

Apa beda antara 2 gambar di atas? Tengok betul-betul dan baca tulisan di bawah hingga habis..

Oleh Husam Musa

Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan. Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS. Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir.

Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta. Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit.

Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz. Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain. Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?

Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor. "Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."

Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu?

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini? Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami? Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.

Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan. Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?

Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?

Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian. Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;

(Diangkat dari Blog: http://cetusan-hati.blogspot.com/Nov 22 2009 /2MA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails