Monday, October 26, 2009

Bajet Kelantan 2010 'Memacu Dalam Hemat' -Husam Musa


KOTA BHARU, 25 Okt: Kerajaan negeri Kelantan memberikan tumpuan untuk kebajikan dalam bajetnya tahun ini yang bertema "Memaju dalam hemat'.

Ia telah dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa di pembentangan Bajet 2010 pada sidang Dun hari ini.

Menurut Husam, kemelesetan ekonomi global dan negara ini yang bermula tahun 2007 yang dianggap oleh penganalisa ekonomi sebagai krisis kewangan terburuk sejak zaman The Great Depression yang bermula tahun 1929 dulu.

Ia diikuti kejatuhan dalam bursa saham di seluruh dunia yang kemudiannya menjunam pada September 2008 apabila beberapa gergasi kewangan di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit ekonomi.

Namun demikian walaupun keadaan yang tidak menentu dalam pasaran ekonomi hari ini, Kelantan telah mengambil beberapa langkah terbaik bagi bajet 2010 iaitu dengan menekankan kepada tiga perkara utama iaitu penjanaan ekonomi, pembinaan insan kamil dan membantu golongan yang memerlukan melalui program kebajikan.

Penjanaan ekonomi untuk semua rakyat akan diberikan tumpuan khusus terutamanya galakan usahawan.

Pembinaan Insan Kamil yang berteraskan taqwa akan dibuat memalui pembangunan modal insan dan perkongsian penderitaan melalui pembelaan golongan daif, miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas.

Berasaskan kepada tema Bajet Memacu Dalam Hemat, Bajet 2010 akan terus berpaksikan kepada strategi seperti mengajak semua pihak melaksanakan dasar berjimat cermat dalam seluruh aspek pengurusan kewangan.

Kerajaan juga akan memantapkan jentera kutipan hasil, mewujudkan urustadbir yang baik berlandaskan ubudiyyah, masulliyyah dan itqan dan mengimbangi di antara pembangunan fizikal dan ruhani bagi pelbagai lapisan rakyat melalui pendekatan pembangunan bersepadu berteraskan iman dan akhlak yang tinggi, kata Husam.

Husam juga berkata penjanaan ekonomi untuk rakyat adalah meliputi pembangunan usahawan, infrastruktur asas, memajukan sektor pertanian, penternakan, perikanan dan pelancongan.

Pembinaan insan kamil yang berteraskan taqwa berterusan pula ialah dengan mengadakan program memartabatkan Islam seperti meneruskan program ke arah membudayakan Al-quran sebagai satu prinsip yang seiring dalam pembangunan fizikal dan rohani.

Sementara itu bagi strategi ketiga yang diambil oleh kerajaan ialah memacu pembelaan kepada golongan daif, miskin, orang kurang upaya, armalah dan warga emas dengan memperuntukkan sejumlah wang yang besar diantaranya ialah mengekalkan RM2 juta bagi golongan armalah, RM2juta untuk anak yatim, RM5 juta bagi Skim perlindungan Sosial Tengku Anis-KIFALAH dan RM4.7 juta bagi program membaiki rumah uzur melalui skim bantuan Rumah Dhuafa�.

Hasil 2010 meningkat

Kerajaan negeri Kelantan sekali lagi mengalami defisit dalam bajet tahun 2010 dimana perolehan hasil yang dianggarkan bakal diperolehi ialah RM 387.38 juta manakala perbelanjaan mengurus dianggatkan berjumlah RM416.88 juta dengan anggaran defisit berjumlah RM29.50 juta.

Menurut Husam, anggaran hasil tahunan 2010 meningkat sebanyak RM387.38juta jika dibandingkan dengan tahun 2009, namun ia masih tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan mengurus.

Hasil yang meliputi Cukai iaitu RM 77.33 juta, manakala Bukan Cukai pula ialah RM208.28juta dan Terimaan bukan hasil sebanyak RM101.77 juta.

Peningkatan hasil bagi tahun 2010 adalah berpunca daripada kenaikan beberapa sumber hasil tertentu akibat penyemakan semula yang dibuat oleh jabatan-jabatan setelah mengambilkira pungutan sebenar hasil yang diperolehi bagi tahun 2009.

Hasil Tanah merupakan penyumbang terbesar iaitu RM 110.59 juta atau 28.55 peratus daripada keseluruhan hasil,manakala perhutanan menyumbang RM107.48 juta atau 27.74 peratus.

Husam juga berkata peningkatan dalam perbelanjaan mengurus bagi tahun 2010 sebanyak 13.58 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2009 iaitu sejumlah RM56.62 juta.

"Kerajaan juga berharap agar agensi-agensi negeri seperti Pihak Kerajaan Tempatan, YAKIN, Yayasan Islam Kelantan, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan PKINK akan terus berusaha untuk mempertingkatkan hasil atau mencari punca hasil baru, mereka perlu proaktif dalam usaha ini supaya dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sumber bantuan kerajaan negeri,"ujar beliau. (Sumber: Harakah/2ma)

M/Khas PAS: Selesaikan Secara Terbuka & Profesional -DrMujahid


MENEGNAI Mesyuarat Khas PAS cadangan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abul Aziz Nik Mat, AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusof berpandangan, PAS perlu menyelesaikan isu ini secara berorganisasi.

"Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik," katanya.

Beliau mencadangkan, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus. "Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu," katanya.

Mujahid yang mempunyai ijzah PhD dalam pengurusan organisasi dan telah menjadikan PAS sebagai rujukan tesisnya berkata, isu ini tidak boleh dibiarkan. "Organisasi yang perlu bertindak segera bukannya individu. Barulah kita akan dilihat terbuka dan bertanggungjawab," katanya.

Menurut beliau, PAS perlu mengambil teguran Nik Aziz ini sebagai satu yang serius dan perlu dilihat menyelesaikan segala teguran dengan terbuka dan profesional. Beliau bersetuju bahawa persepsi umum khasnya di kalangan bukan Islam terhadap PAS kurang baik sejak kebelakangan ini berikutan isu di Selangor. Kekalahan PAS di Bagan Pinang pula telah dianggap sebagai pengesahan kepada persepsi negatif itu. (Sumber: Harakah/2MA)

Muktamar Khas PAS: Jangan Bincang Secara Terbuka -Ketua Penerangan.

KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas "dalam tempoh terdekat ini."

Pendirian ini dinyatakan melalui satu kenyataan ringkas lima perenggan dikeluarkan Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad. Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat.

PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada Mursyidul Am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas."Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris ketika dihubungi Harakahdaily.

Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelakkan isu ini dimanipulasi. "Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi.

Nik Abdul Aziz dalam blog peribadinya menimbulkan cadangan untuk diadakan satu muktamar khas luar biasa bertujuan menolak beberapa orang pemimpin yang didakwa bermasalah. Cadangan itu menerima respons pelbagai daripada banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin Umno peringkat pusat.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mengadakan sidang media khas esok bagi menjelaskan sikap PAS dalam menghadapi serangan dari Mursyidul Amnya ini. Menurut satu kenyataan, sidang media itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut mulai jam 11 pagi esok.

Harakahdaily difahamkan, sidang media ini dibuat untuk menjelaskan sikap dan pendirian pimpinan utama PAS ekoran cadangan Nik Aziz agar diadakan muktamar khas untuk memilih semula pimpinan parti Islam itu. Ini adalah untuk kesekian kalinya Nik Aziz membuat kenyataan yang mempertikaikan kenyataan dan tindakan para pimpinan PAS. Ia dibuat dalam blognya 22 Oktober dan dipetik oleh kebanyakan media.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS telah menemui Nik Aziz di Kota Bharu semalam untuk mendengar sendiri pandangan beliau mengenai perkara ini selepas tulisan beliau keluar dalam blognya. Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden, Salahudin Ayub telah bertemu beliau semalam.(Sumber Harakah/2MA)

Sunday, October 25, 2009

Tok Guru Nik Aziz Gelenyar, Kata 'Pelacur Murahan'

Oleh WFAUZDIN NS

“TIDAK PERLU ADAKAN MUKTAMAR”, Itulah tajuk posting dari MSO (Mohd Sayuti Omar) di dalam detikdaily yang boleh dibaca di sini.

Apabila terlihat saja tajuk posting dari MSO, saya sudah menjangkakan bahawa penulis murahan ini tentunya akan mengambil kesempatan untuk membelasah Mursyidul Am Pas.

Maklumlah, hati mana yang tidak sakit bila teringat kisah silam. Semenjak bila pula MSO ini berkenan dengan Tuan Guru Nik Aziz?

Semenjak dari kisah Kerajaan Perpaduan bersama Umno lagi MSO begitu bersungguh-sungguh mengkritik Tuan Guru Nik Aziz yang terang-terang menolak Kerajaan Perpaduan (UG).

Ini bermaksud MSO begitu mengidam kepada UG dan selagi Tuan Guru Nik Aziz tidak berselera dengan Umno selagi itulah MSO akan terus mencari ruang untuk menyerang Mursyidul Am Pas tersebut. Saya tidak pasti berapa persen yang kita boleh dapat jika kita berusaha siang malam untuk membawa Pas ke pangkuan parti yang menolak Islam itu. Jika MSO tahu mungkin beliau maklumkan kepada kita semua.Justify Full
Kata-kata MSO kepada Tuan Guru Nik Aziz yang dianggap `gelenyar’ (gatal) itu sebenarnya memang sesuai lahir dari mulut MSO kerana semua orang tahu latar belakang MSO. Tuan Guru dianggap `gelenyar’ oleh MSO semata-mata Tuan Guru Nik Aziz mencadangkan agar diadakan Muktamar Khas untuk membersihkan kepimpinan Pas dari penyakit yang dijangkiti dari Umno itu.

Tuan Guru tidak sekali-kali berkata untuk mencadangkan agar Presiden Pas dilucutkan atau sesiapa pun yang sedang berada dibangku kepimpinan Pas sekarang. Beliau hanya mahu serahkan kepada ahli PAS untuk menentukan siapakah yang difikirkan oleh mereka sebagai parasit yang memusnahkan PAS selama ini untuk digugurkan dari pimpinan PAS. MSO terus menuduh Mursyidul Am PAS mahukan Presiden PAS ditukar beserta dengan Us Nasha, Mustafa Ali dan juga Hassan Ali. Keramat sungguh MSO yang tahu niat sebenar Mursyidul Am Pas tersebut.

Benarkah Mursyidul Am PAS mendapat ilham terus dari Allah sebagaimana yang difikirkan oleh MSO itu?

Atau betulkah Mursyidul Am PAS sekarang hanya bertindak seperti robot mengikut arahan seseorang? Tetapi, itulah yang ada pada tempurung otak MSO yang mungkin berada dilututnya sekarang.

Kenapa susah sangat hati MSO jika Muktamar Khas ini boleh diterima dan diadakan? Mungkin beliau bimbang jika Muktamar Khas ini dapat diadakan, maka hancurlah segunung harapannya untuk melihat PAS dan Umno berpelukan dan tidor sekelambu. Jika dahulu sekadar berbincang dalam kelambu Umno di Selangor dan di Perak, kini harapan nampaknya mungkin pudar jika Muktamar Khas ini diadakan.

Bukan Mursyidul Am PAS sahaja yang boleh merasakan sesuatu yang tidak kena dalam PAS. Ramai yang telah mula merasainya cuma dipendamkan sahaja kerana dikatakan pintu Kerajaan Perpaduan telah ditutup rapat. Benarkah ia telah ditutup rapat?

Seperti juga apa yang telah dirasakan oleh Mursyidul Am PAS iaitu sesuatu yang pelik dan ganjil telah melanda beberapa orang pemimpin PAS terutamanya di Selangor juga telah kita rasakan dan telah kita lihat. Amat sukar PR bekerjasama dengan PAS di Selangor kerana adanya golongan-golongan parasit ini. Golongan inilah yang didewakan oleh MSO.

Kenapa perlu takut untuk adakan Muktamar Khas dan kenapa masih kelu untuk menyatakan bahawa PAS kini sememangnya ada puak yang berselera dengan UG? Jika Muktamar Khas membuat keputusan di mana ahli-ahli PAS mahukan UG, Mursyidul Am PAS tidak boleh menentangnya. Itulah yang dikatakan oleh Mursyidul Am PAS di dalam blognya.

Mungkin ada yang berfikir lebih baik bersama Umno untuk tegakkan keadilan Islam daripada bersama rakan di dalam PR sekarang. Jika begitu, apa susahnya hendak adakan Muktamar Khas dan mungkin harapan untuk bersama Umno boleh direalisasikan. Jadi, mengapa MSO dan Roslan SMS bimbang sangat jika diadakan Muktamar?

Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada Tuan Guru Nik Aziz yang walaupun berat dihati tetapi berani untuk bersuara demi untuk memelihara perjuangan PAS dari diresapi oleh parasit-parasit ini. Samada cadangan Tuan Guru diterima atau tidak, itu bukan soal beliau lagi kerana selaku Mursyidul Am PAS beliau wajib mengeluarkan nasihat dan pandangannya walaupun dikatakan `gelenyar’. Pada saya `gelenyar’ lebih baik dari terus menjadi `pelacur murahan’ atau penulis upahan.

(
Tulisan ini diangkat dari web Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pahang.)

England: Burga, Pelajar Dilarang, Kadet Polis Boleh..

JENDELA GLOBAL

Pelajar dilarang pakai burka

BURNLEY (England): Pengurusan Kolej Burnley melarang seorang remaja mendaftar di kolej itu kerana beliau enggan menanggalkan burkanya.

Permohonan Shawana Bilqes, 18, ditolak selepas beliau enggan memenuhi permintaan kakitangan kolej untuk menanggalkan penutup mukanya bagi menghalang penipuan identiti berlaku.

“Saya tinggal berhampiran kolej, di kawasan didiami ramai orang Islam.

“Saya cuba bertolak ansur tapi pengurusan kolej enggan berbuat demikian dan menghantar surat menyatakan, saya hanya boleh menyambung pelajaran jika menanggalkan burka.“Saya tidak pernah berdepan masalah sebelum ini, meskipun ketika menjalani latihan kadet polis,” katanya. - Agensi

Misai Kucing: Berita Gembira Kepada Pengidap Kanser

PERUBATAN
Tanaman misai kucing
Oleh Sri Diah

Hubungan mesra lidah mak mentua, misai kucing

SATU khabar gembira telah kita ketahui semalam. Perkhabaran ini semestinya telah memberikan senyuman yang amat bererti kepada berjuta penghidap kanser di Malaysia dan di seluruh dunia. Kajian yang dibangunkan oleh penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) bahawa ekstrak herba piawai yang dihasilkan daripada tumbuhan misai kucing mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser adalah satu khabar gembira yang ditunggu-tunggu selama ini.

Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus yang dikenali sebagai Canssufive banyak terdapat di kampung-kampung. Sejak turun temurun khasiatnya sudah diketahui dari mulut ke mulut, namun kesahihannya telah terjawab semalam dengan laporan sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Farmasi yang diketuai pensyarahnya, Dr Amin Malik Shah Abdul Majid.

Nampaknya selepas ini aktiviti menanam tumbuhan dengan nama glamornya misai kucing semakin menjadi-jadi. Misai Kucing mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi dan boleh menghindar serta menghalang pertumbuhan sel kanser dan terbukti mampu merencat penumbuhan pembuluh darah. Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor. Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benign (bukan kanser).

Sebaliknya, jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser). Sesuatu yang menggembirakan, Cansufive itu juga menunjukkan kesan yang memberangsangkan terutama terhadap penyakit yang amat digeruni kaum wanita iaitu kanser payu dara.

Sememangnya kita mengucap syukur dengan penemuan terbaru ini memandangkan selain kanser rahim, kanser payu dara merupakan antara penyebab kematian wanita. Menurut para penyelidik berkenaan, kaedah kimoterapi pada penghidap kanser telah dipraktikkan pada hari ini, namun kos untuk mendapatkannya amat tinggi sehingga mencecah RM4,000 bagi satu dos. Tetapi dengan adanya ekstrak misai kucing kos yang diperlukan hanya sekitar RM50. Bayangkan murahnya.

Oleh itu janganlah menidakkan penemuan pakar ini. Jika ada tanah, tanamlah tumbuhan misai kucing. Atau jika ada ladang, usahakan supaya ia menjadi lebih komersil. Di samping itu, tanaman herba lain yang sudah dikenal pasti berkhasiat juga jangan dilupakan contohnya seperti mas chotek, tongkat Ali dan kacip Fatimah.

Rasanya selain ditanam atas tanah, tumbuhan misai kucing ini juga boleh ditanam dalam pasu sahaja kerana jenis tumbuhannya yang tidak besar. Kebanyakan suri rumah di bandar-bandar kini sememangnya telah mengambil inisiatif bertanam secara kecil-kecilan sebagai hobi dan tidak dinafikan juga mampu menampung kos belanja pasar.

Contohnya saya sendiri menanam pokok pandan, serai, halia, kunyit, daun bawang, cili padi, kesum, kangkung, peria, daun kari, tomato, bendi dan pokok limau kasturi hanya di dalam pasu sahaja! Pasu-pasu itu disusun berderet di belakang rumah dan bercampur-aduk dengan pokok-pokok bunga. Boleh, pun!

Pokok-pokok sayuran itu mampu hidup tanpa kos yang mahal. Juga tanpa peluh merecik-recik memangkasnya tiap hujung minggu. Namun apa yang paling penting, hasil tanaman itu puas digunakan untuk memasak hidangan sekeluarga. Ada masanya juga diberikan kepada jiran-jiran pada setiap musim menuainya.

Malahan kalaulah pokok pisang boleh ditanam dalam pasu Baba yang sebesar pemeluk itu, saya juga pasti akan menanamnya. Sekurangnya selamatlah wang RM1 setiap kali mahu menggunakan daun pisang untuk membakar ikan. Kepada mereka yang gemar menanam bunga, apa kata tambah satu lagi minat anda dengan menanam pokok-pokok untuk dimakan pula. Tanah, baja dan benih yang murah di pasaran memungkin anda untuk berjimat belanja dapur hampir sepuluh ringgit seminggu untuk membeli sayur-sayuran. Memang tidak rugi berbudi dengan tanah.

Memang patut pun pokok bunga akar dani, bunga sepit ketam, bunga kerak nasi, bunga lidah mak mentua, ati-ati, ros, orkid dan pelbagai jenis bunga hiasan lagi diselang-selikan dengan spesis tanaman jenis sayuran pula. Berilah peluang bunga-bunga ini hidup subur bersama tanaman sayuran anda. Supaya tidaklah bunga lidah mak mentua itu terus tegak sombong mendongak ke awan, semestinya ia serasi pula dengan lemah gemalai pokok misai kucing. (Sumber: Sinar Harian/AK)

10 W/Rakyat Pembangkang Hilang Jika Rakyat Tak Bantah -BERSIH

KL Okto25 2009. LAPAN ahli parlimen dan dua ADUN Pakatan Rakyat mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya, menurut Bersih, iaitu gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007, tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama. Mereka ialah ahli parlimen PKR, Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih lagi. Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen. "Dua DUN DAP (Selangor), Ronnie Liu dan Lau Weng San juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails