Thursday, October 26, 2023

Pelakon ini ditangkap kerana siar gambar jentolak..

 

Maisa Abdel Hadi. (FOTO: The National)

Sokong Gaza: Pelakon Maisa Abdel Hadi ditangkap

NAZARETH: Di tengah-tengah tindakan keras terhadap individu yang menyokong Gaza, pihak berkuasa Israel telah menangkap pelakon berketurunan Arab-Israel, Maisa Abdel Hadi.

Maisa, 37, yang menetap di bandar Nazareth di utara Israel ditangkap pada Isnin (23 Okt) dan diletakkan dalam tahanan sehingga esok, Khamis (26 Okt), lapor Wion merujuk kepada kenyataan polis Israel. 

Penahanan pelakon yang pernah membintangi filem berjudul, Tel Aviv On Fire (2018)  menambahkan lagi jumlah warga Arab Israel yang ditahan kerana siaran media sosial membincangkan tentang perang Hamas-Israel.

Terdahulu, melalui catatan media sosialnya, Maisa didakwa telah menyiarkan gambar jentolak melanggar pagar di sempadan antara Semenanjung Gaza dan Israel ketika serangan 7 Oktober lalu oleh kumpulan pejuang Hamas dengan kapsyen “Mari pergi ala Berlin”, merujuk kepada kejatuhan Tembok Berlin yang membahagikan Jerman sehingga tahun 1989.

Menurut pejuang hak asasi dan polis Israel, sudah ramai penduduk minoriti Arab-Israel dan rakyat Palestin di Israel sama ada telah dipecat, dihalau dari kolej dan ditangkap kerana komen menyatakan solidariti masing-masing terhadap penduduk Gaza. – HARAKAHDAILY 25/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Pelakon ini ditangkap kerana siar gambar jentolak..

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, di M'sia masih ada PN yang akan bertindak pertahankan kedaulatan Islam.

Gambar Jabatan Penerangan

Di KL, PERIKATAN NASIONAL (PN) memberi amaran bahawa gabungan parti itu akan bertindak jika kerajaan membenarkan tindakan segelintir individu mencabar sistem perundangan Islam di negara ini. 

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berkata, ini kerana keputusan tersebut bakal mengundang kemarahan umat Islam.

Menurutnya, PN akan menjadi wadah bagi menggerakkan sokongan rakyat terhadap usaha mempertahankan keutuhan undang-undang syariah, sekali gus mempertahankan kedaulatan agama Islam di negara ini.

“Saya beri amaran kepada kerajaan, oleh kerana ini menyentuh umat Islam, Allah Taala dan Raja-Raja Melayu, kalau kerajaan sekarang tidak mahu bertindak, kami akan bertindak.

“Bagaimana kami bertindak…tunggu dan lihat, keadaan yang munasabah, kalau nak bawa ke mahkamah kita pergi, nak ke mana kita pergi, Insya-Allah sehingga kita berjaya mempertahankan kedaulatan Islam,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Demikian sedikit sedutan, sila rujuk HARAKAHDAILY 24/10/2023.

(ii) Al-hamdulillah lagi, ini 'Himpunan 10K Solidariti Palestin', Ayuh para pencinta kedamaian!


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) dengan ini menjemput semua pencinta kedamaian dari seluruh negara tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyertai Himpunan 10K Solidariti Palestin yang akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Tempat: Perkarangan Masjid KLCC, Kuala Lumpur
Masa: 2 petang

Himpunan ini akan disertai oleh pelbagai NGO dan parti politik bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Israel yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. 

Sila bawa bendera Palestin dan sepanduk yang menandakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh : 24 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 24/10/2023

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails