Thursday, October 26, 2023

Pecahkan monopoli kartel padi, jangan malu belajar dari T'ganu.

 


PPK perlu pecah monopoli kartel padi

KUALA LUMPUR: Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) mencadangkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) berusaha memecahkan monopoli kartel yang menguasai pertanian padi negara ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, monopoli kartel yang menindas pesawah dalam pelbagai aspek, termasuk bekalan benih, racun, baja, dron, mesin menuai padi, lori dan kilang serta pemasaran.

Sehubungan itu, katanya, PPK mesti menguasai rantaian pertanian padi untuk memecahkan monopoli kartel.

Di Kedah, katanya usaha membantu pesawah sedang dilakukan oleh Jabatan Zakat yang menyediakan bekalan benih hingga rangkaian kilang.

“PPK boleh menyediakan benih yang elok…boleh bincang dengan MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia)…UPM (Universiti Putra Malaysia) yang banyak membuat penyelidikan seperti UPM yang menghasilkan varieti Padi Putra 1 dan Padi Putra 2,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ustaz Idris berkata, mengikut kenyataan Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan Interforce UPM, Profesor Dr Mohd Rafii Yusof, Padi Putra 1 dan Padi Putra 2 yang dikaji selama sembilan tahun mampu menghasilkan antara lapan hingga 12 tan padi bagi setiap satu hektar.

Sehubungan itu, beliau meminta PPK memberi perhatian terhadap usaha itu demi membantu pesawah. – HARAKAHDAILY 13/9/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pecahkan monopoli kartel padi, jangan malu belajar dari T'ganu. 

Lihat komen ini pula..

(i) Bagaimana T'ganu pecahkan monopoli kartel beras? Jangan malu, negeri lain boleh belajar dari PAS/PN. 

Di Terengganu 100% sawah padi milik Melayu Islam. Dari 12,000 ha keluasan, 500 ha adalah sawah padi yang mempunyai Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia, MyGAP.

Padi MyGAP yang dituai diproses di Kilang Padi Konsortium LPP Baruh Masin Jabi, juga milik Melayu Islam.

Beras MyGAP dengan jenama BERAS GANU dibungkus oleh TADC sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu di Kilang Pembungkusan Beras TADC Kampung Telaga Papan Setiu.

BERAS GANU diedarkan oleh Ameen Hallmart Kampung Losong Kuala Terengganu, sebuah pasaraya milik Melayu Islam.

Dah jadi BERAS GANU, silakan siapa-siapa pun nak beli. Ini satu-satunya jenama beras 100 peratus tempatan dalam negara yang mempunyai persijilan MyGAP yang telah diuji selamat dari segi kualiti dan biosekuriti.


(ii) PAS/PN tetap terus membela rakyat dalam keadaan apa sekali pun. PN Pahang akan bertanding di PRK DUN Pelangai.

Datuk Seri Saifuddin Abdullah

Di Kuantan, PERIKATAN NASIONAL (PN) Pahang mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, kata Pengerusinya Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

“PN sedang membincangkan calon yang paling sesuai (bagi PRK Pelangai),” katanya ringkas kepada Bernama di sini hari ini.

T/Pesuruhjaya PAS Pahang Andasura Rabu pula berkata pihaknya telah menyerahkan senarai calon kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan. SPR menetapkan hari pengundian bagi kerusi DUN Pelangai pada 7 Okt ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 23 Sept dan 3 Okt ini.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK DUN Pelangai mengandungi seramai 16,456 orang pemilih yang terdiri daripada 16, 417 pengundi biasa, 36 orang polis dan tiga orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK DUN Pelangai perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas. 

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

1 comment:

Unnamed said...

https://msomelayu.blogspot.com/2023/10/pas-hadi-mentari-belum-naik-di-sebelah.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails