Saturday, October 28, 2023

Bajet 2024: Menteri Kewangan apa begini?

 


Ralat Bajet 2024: Menteri Kewangan tidak cermat

RABU lepas ketika berbahas Bajet 2024, saya telah pertikaikan angka hasil 2024 yang sangat rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini iaitu hanya RM307.60 billion iaitu peningkatan hanya RM4.4 billion berbanding anggaran disemak RM303.20 tahun 2023.

Untuk rekod, anggaran hasil 2023 ini mengalami penambahan RM8.84 billion berbanding jumlah hasil 2022 sebanyak RM294.36. Manakala jumlah hasil 2022 bertambah RM60.61 billion berbanding 2021 sebanyak RM233.75. Bahkan tahun 2021 dalam tempoh COVID-19 pun bertambah RM8.67 billion berbanding 2020 sebanyak RM225.08 billion. 

Rupa-rupanya ada ralat. Ada pembetulan pada angka jumlah anggaran hasil 2024. Anggaran sebenarnya ialah 312,159,005,000.00 atau pertambahan sebanyak RM8.959billion berbanding tahun 2023. Oklah, not bad.

Isunya, kenapa perlu ada ralat? Dokumen bajet ni sudah tentu mempunyai pasukannya yang akan bertungkus lumus beberapa bulan. Bahkan Menteri yang membentangkannya ialah Menteri Kewangan terbaik di Asia Tenggara (kalaupun tidak di dunia!).

Angka jumlah hasil ialah angka yang sangat penting dan di situlah dirujuk hampir semua perkara berkait bajet ini. Takkanlah terlalu fokus kepada perkataan-perkataan baru (yang diimport dari Indonesia) sehingga melupakan perkara asas dalam Bajet untuk disemak sebelum dicetak?

Aduuh.. Menteri Kewangan kita!

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas – HARAKAHDAILY 23/10/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bajet 2024: Menteri Kewangan apa begini?

Lihat komen ini..

(i) Memang wajar, 'Anwar perlu lepas jawatan Menteri Kewangan' - Razali  06 Oktober 2023 (Sinar Harian)


KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup yang menghimpit rakyat ketika ini.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris mendakwa sehingga kini tiada usaha dan arah tuju yang jelas dilakukan kerajaan untuk mengatasi masalah berkenaan.

"Tak nampak ada usaha dilakukan ke arah untuk menstabilkan harga barang atau redakan keresahan rakyat sebab barang (keperluan asas) tak ada (dalam pasaran).

"Kalau MCA rakan sekutu pun beri desakan kepada dia (Anwar) letak jawatan sebagai Menteri Kewangan, kita sebagai pembangkang lebih dari itu (letak jawatan Perdana Menteri)," katanya kepada pemberita di sini.


(ii) Kami setuju dengan T/Presiden PAS Tuan Ibrahim, pada himpunan solidariti Palestin di Jalan Tun Razak hari ini.-HARAKAHDAILY 28/10/2023

Antara seruan beliau mengenai keganasan Israel bangsat di Palestin, ‘Kalah kamu bermakna kami di sini juga kalah’.

T/Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Menang kamu (Palestin) bermakna menang kami di sini juga menang, begitu juga kalau kamu kalah, kami di sini juga kalah,” kata Timbalan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada himpunan solidariti Palestin di Jalan Tun Razak hari ini.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails