Sunday, September 17, 2023

K'jaan Rugi RM500 juta kerana ini.. Muka PM letak mana?

 


Percepatkan nyahklasifikasi projek tukar tanah MINDEF

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa kerajaan mempercepatkan proses menyahklasifikasi Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung Projek Tukar Tanah Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kesan projek tukar tanah itu boleh menyebabkan kerajaan kerugian lebih RM500 juta selain menjejaskan kedudukan strategik pertahanan negara.

Katanya, JKSSTUPKK telah membentangkan laporan berkenaan kepada PAC Parlimen ke-14 pada 2 April 2019 dan 16 November 2020.

Jika proses menyahklasifikasi laporan itu dipercepatkan, katanya PAC akan dapat meneliti semula laporan itu memandangkan kerajaan sudah kerugian lebih RM500 juta selain kedudukan strategik pertahanan terjejas.

“Selepas laporan JKSTUPKK Tukar Tanah ini dinyahklasifikasi, PAC akan memulakan prosiding berhubung isu ini bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Turut hadir anggota PAC lain, termasuk Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali; Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Dato’ Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, PAC telah menuntut jawapan daripada pihak kerajaan, terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung penyahklasifikasi JKSTUPKK pada 13 Jun lalu.

Katanya, PAC menerima surat maklum balas daripada Azalina pada 27 Jun lalu yang memaklumkan perkara itu akan diteliti dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara sebelum apa-apa keputusan dibuat oleh kerajaan.

Namun selepas hampir tiga bulan, katanya kerajaan masih belum memaklumkan kepada PAC sebarang keputusan berhubung perkara itu. – HARAKAHDAILY 14/9/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: K'jaan Rugi RM500 juta kerana ini.. Muka PM letak mana?

Lihat juga komen ini..

(i) Peringatan kepada semua pencinta-pencinta Islam di negara ini. Sila hayati pertahan kemenangan, supaya Islam boleh menang di semua negeri..


Di Kota Bharu, tanggungjawab besar bagi ahli adalah untuk mempertahankan kemenangan yang menyaksikan kejayaan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sehubungan itu Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, penyelaras antara cawangan dan kawasan perlu dilakukan untuk pastikan kemenangan itu dipertahankan.

Beliau berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa usaha itu perlu digalas oleh wakil rakyat yang dilantik selepas kedua-dua pilihan raya parlimen dan negeri baru-baru ini tidak betul.

“Sekarang ini kena pertahankan kemenangan yang ada ini dengan betul-betul, pertahan kemenangan ini bukan atas tanggungjawab wakil rakyat seorang sahaja, tetapi semua ahli parti kita ini.

“Kena sedar ramai kalangan kita menganggap benda ini begitulah, tidak boleh, jadi semua cawangan dan kawasan kena buat penyelarasan buat kerja untuk bina kekuatan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja ‘Istiqamah Mengekalkan Kemenangan’ pada Liqa Fikri PAS Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini semalam.

(ii) Daulat Tuanku! 

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

MERAFAK sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 17 September 2023.

Patik mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan keberkatan, serta hidayah dan afiah kepada Tuanku untuk terus menaungi negeri Pahang Darul Makmur.

Dirgahayu Tuanku

Sembah takzim daripada:
YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS ADN Cheka 

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails