Saturday, September 23, 2023

12 Muslim AS saman Jabatan Kehakiman, M'sia bila?

 

Datuk Bandar Prospeck Park, New Jersey, Amerika Syarikat, Mohamed Khairullah. (FOTO: NBC News)

12 Muslim Amerika saman Jabatan Kehakiman

WASHINGTON: Sekumpulan 12 orang Muslim Amerika, termasuk Datuk Bandar New Jersey yang lama, menyaman Jabatan Kehakiman dalam usaha untuk menamatkan penggunaan senarai pantau FBI rahsia yang mereka sifatkan sebagai ‘daftar Muslim de facto’.

Saman itu, yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts pada Isnin (18 Sept), waktu tempatan, mengatakan bahawa dengan meletakkan individu pada Set Data Saringan Pengganas, kerajaan persekutuan telah ‘menghukum’  plaintif  sebagai ‘kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup’.

Tuntutan plantif berkata, perkara itu telah ‘menetapkan mereka sebagai layak untuk kekal disyaki  dan mengenakan akibat yang besar yang mengubah hampir setiap aspek kehidupan’ mereka, lapor Anadolu Agency.

Ia menegaskan bahawa plaintif telah mengalami kemudaratan, termasuk penghinaan awam, pengawasan, gangguan semasa perjalanan, penafian pekerjaan dan ‘diasingkan secara berkesan dari Amerika Syarikat’  dan mengatakan senarai itu sendiri adalah ‘pendaftaran Muslim de facto’ dengan lebih 98 peratus daripada individu yang dikenal pasti secara terbuka adalah Muslim.

Saman itu seterusnya menegaskan bahawa walaupun selepas seseorang individu dikeluarkan daripada senarai, mereka mengalami kesan aib yang memudaratkan seumur hidup.

“Stigma dan kemudaratan peletakan penyenaraian pantau kekal seumur hidup, walaupun defendan akhirnya memutuskan bahawa seseorang individu itu tidak memenuhi piawaian yang samar-samar, merangkumi semua untuk penempatan dan memilih untuk mengeluarkan individu daripada senarai pantauan,” ujar tuntutan berkenaan.

Sehubungan itu, saman tersebut menamakan Peguam Negara, Merrick Garland; Pengarah FBI Christopher Wray; Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS, Kimberly Cheatle; Penolong Peguam Negara bagi Bahagian Keselamatan Negara, Matthew Olsen; Pengarah Perisikan Kebangsaan,  Avril Haines dan lain-lain sebagai defendan bersama.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat kumpulan advokasi Council on American-Islamic Relations (CAIR), Washington, DC, peguam kakitangan, Hannah Mullen berkata plaintif ‘telah dimasukkan ke dalam senarai pantau kerana piawaian untuk kemasukan senarai pantau adalah setem getah yang samar-samar, dan dalam praktiknya digunakan untuk menyasar dan mendiskriminasi orang Islam’.

“Lebih 98% nama pada bahagian senarai pantau yang dibocorkan pada 2019 dikenal pasti beragama Islam. Itu tidak berlaku secara tidak sengaja,”  katanya.

“Kerajaan persekutuan menganggap hakikat sebagai Muslim adalah mencurigakan dan meletakkan orang dalam senarai pemerhatian hasil daripada identiti Muslim mereka, kepercayaan agama Islam, amalan agama Islam, perjalanan ke negara majoriti Islam dan faktor diskriminasi lain. 

Tiada pelanggan kami pernah didakwa atau disabitkan dengan jenayah berkaitan keganasan,” tambahnya.

“Baki nama dalam senarai itu, kira-kira 1% hingga 2%, terdiri daripada orang yang disabitkan dengan serangan pengganas, termasuk pengeboman sarin 1995 di Tokyo, revolusioner Colombia yang dipenjarakan, dan pengebom Tentera Republik Ireland,” dedah CAIR.

Plaintif kes tersebut termasuklah Datuk Bandar Prospeck Park, New Jersey sejak 2005, Mohamed Khairullah, yang tidak dijemput menyertai sambutan Aidilfitri Rumah Putih pada saat-saat pada akhir Mei lalu; Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi; Nidal El-Takach yang merupakan seorang penduduk Michigan, dan sembilan yang lain.

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau tidak dimaklumkan secara rasmi kenapa namanya berada dalam senarai yang dibocorkan, atau secara pasti diberitahu bahawa beliau telah dialih keluar, dan berkata bahawa ‘fakta bahawa kami ditolak akses ke Rumah Putih menunjukkan bahawa senarai pantau ini mempunyai kesan aib’.

“Ia melanggar hak perlembagaan saya sebagai rakyat Amerika Syarikat untuk proses yang sewajarnya, kerana ada orang di luar sana yang menganggap saya seorang yang jahat.

“Ini disebabkan oleh kerajaan AS. Kerajaan AS perlu membersihkan nama saya dan nama orang lain yang diganggu dan diugut,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/9/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 12 Muslim AS saman Jabatan Kehakiman, M'sia bila?

Ikuti juga komen ini..

(i) Sila ambil perhatian: Pew Research 2022 baru-baru ini telah muncul dengan hasil kajian berkenaan pendapat umat Islam di Malaysia mengenai undang-undang Syariah Islam dan hubung kait ulama dengan politik. 


Pusat Penyelidikan Pew yang diasaskan oleh Andrew Kohut pada 2004 ialah kumpulan pemikir Amerika Syarikat yang bukan partisan,  berpangkalan di Washington.

Kini diketuai Presidennya, Michael Dimock, ia memberikan maklumat mengenai isu-isu sosial, pendapat umum, dan trend demografi membentuk AS dan dunia secara amnya. 

Sehubungan itu, penemuan kajian tersebut sangat mengejutkan apabila kira-kira didapati 86 peratus umat Islam di Malaysia yang ditemui mengatakan mereka memihak untuk menjadikan peraturan Syariah sebagai undang-undang rasmi negara ini.

Ini perkara yang penting, dan fakta sepatutnya diketahui dan difahami umat Islam di negara ini apabila menyentuh tentang aspek Syariah sebagai undang-undang.

Jika kita lakukan matematik ringkas di sini adalah seperti berikut:

  • 63.5% daripada rakyat Malaysia mengidentifikasikan diri sebagai Muslim pada 2020 (rujukan: Wikipedia)
  • 86% daripada 63.5% umat Islam yang tersebut (yang ditemui Pew Research) merangkumi 54% daripada rakyat Malaysia.
  • 54% adalah MAJORITI RAKYAT MALAYSIA!

Ini bermaksud, lebih ramai rakyat yang mahukan Syariah Islam di tanah air Malaysia ini daripada yang tidak mahukannya. 

Tidakkah itu perkembangan yang sangat menakjubkan, yang perlu dihargai oleh pejuang-pejuang Islam di negara kita?

Di negara yang mengamalkan demokrasi seperti di Malaysia ini, pasti rakyat negara ini mengetahui betapa pentingnya ‘majoriti’ perlu didapatkan untuk menentukan hala tuju negara ini. Majoriti sangat penting!

Sekiranya rakyat boleh memilih dan mengundi mahkamah dan sistem perundangan yang mereka mahukan, antara mahkamah sivil dan syariah, majoriti rakyat Malaysia akan mengundi sistem perundangan syariah.

Namun, perkara itu begitu idealistik kerana sistem politik sistem membenarkan rakyat mengundi orang yang menggubal undang-undang (ahli parlimen) sahaja, bukannya mengundi undang-undang itu secara langsung.

Namun, adakah ia sesuatu mustahil untuk sistem politik kita diubah suatu hari nanti? Sudah tentu tidak mustahil. Namun, cara yang boleh dilakukan terus pada harini adalah dengan mengundi ‘orang yang tepat’.

Orang yang tepat bagaimana yang dimaksudkan itu? Orang yang tepat adalah individu yang  boleh mendatangkan perubahan beransur-ansur (reformasi) dalam institusi kehakiman, melalui cara yang sepatutnya.

Reformasi yang kita maksudkan bukanlah reformasi yang berada dalam kempen-kempen politik sesetengah parti yang berada di Malaysia ini, yang dikempenkan dengan begitu eksplisit dan lantang. 

Namun, reformasi yang dimaksudkan bergerak secara efektif dan efisien tanpa perlu digembar-gemburkan dengan terlalu terbuka, sehingga menjatuhkan maruah dan kredibiliti institusi tersebut.

Ringkasnya, memetik kata-kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz  Nik Mat dalam buku berjudul, Kepimpinan Ulamak PAS sudah lama dipimpin oleh golongan ulama dan menggabungkan ulama dan profesional. Hanya golongan ulama profesional yang layak menyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam parti PAS pada pemilihan yang akan diadakan.”

Begitu kira-kira, antara suntingan.

(ii) Jom tinjau PRK Pelangai, kerana ‘Riak’ perubahan telah mula kelihatan.


BENARLAH ramalan para penganalisis, suatu hari nanti kawasan Felda tidak lagi selamat sebagai fixed deposit (simpanan tetap) Umno dan Barisan Nasional (BN). Di Pahang sahaja mempunyai 115 tanah rancangan Felda di 12 daripada 14 kawasan parlimen, malangnya BN gagal ‘menyelamatkan’ kawasan-kawasan yang dianggap aset terbesar mereka selama ini pada […]  

Sila log in atau Langgan Harakah untuk membaca berita sepenuhnya.

PRK DUN Pelangai: Siapa pasangan ‘Cik Din dan Cik Kiah’? 


SEMENJAK Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai 24 Ogos lalu, Kampung Simpang Pelangai mula dibanjiri kehadiran gerombolan ‘tentera’ dari luar. Lebuh Raya Kuala Lumpur-Bentong-Karak mula sesak dan lemas dihujani kenderaan keluar masuk membawa petugas dan jentera pilihan raya […]  Sila log in atau Langgan Harakah untuk membaca berita sepenuhnya

Lihat Harakah September 19, 2023 

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

6 comments:

Anonymous said...

Hanya di Malaysia, menteri PH biol, sembab buat content video pasal harga barangan untuk cari publisiti murahan. Bila natizen kritik terus koyak, bila dah tak tahan terus buat report polis. Betul2 sengal punya menteri. Majoriti menteri2 PH semua sengal2 dan biol belaka?

Anonymous said...

Sendiri buat video, sendiri upload, sendiri syok sendiri, sendiri koyak, sendiri buat laporan polis.

Ingat polis dah takde bende lain nak buat ke?

Betul2 sembab dan biol punya menteri madani. Sia2 bayar gaji dan elaun puluhan ribu untuk perkara2 tak berfaedah, hanya bazirkan masa polis.

Anonymous said...

ringgit madani 4.7 = US$1.00

hmmmm.

Anonymous said...

Aduuuuuh. Beras punya harga sudah mahal. Bmx campur tangan sama business pak syed. No monopoly. Tapi monopoli cina okey pulak.

Anonymous said...

Salam reforMATI,
Takala harga barangan dan makanan terus menunjukkan trending momentum meningkat aka bullish tak terkawal.

Ringgit terus merumdum..dumm.dumm.dumm..?

Ingatkan FDI sahaja terus merumdumm...dumm.dumm.dumm.

Apa nak jadi dengan Malaysia? Peace.

Anonymous said...

Salam reforMati,
Saham2 terus menerus bearish...rish..rish..rish..., ringgit terus merundum..dumm.dumm.dumm, FDI juga terus merundumm..dumm.dumm.dumm.

Pergi makan angin luar negara sana sini buat apa? Apa faedah?

Peace.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails