PERSAINGAN politik hari ini tidak memadai diukur hanya pada warna bendera sahaja. Akan tetapi, ia lebih daripada itu, iaitu sebuah perjuangan yang mendukung ideologi tertentu. Ideologi-ideologi ini lahir daripada teori-teori tokoh Barat yang tidak berpanduankan wahyu.
Amerika yang berkuasa pada hari ini, memasarkan ideologi sekularisme, liberalisme dan kapitalisme mengikut parti yang memerintah. Untuk kekal berkuasa, Amerika perlu memastikan ideologi yang diperjuangkan oleh mereka terus berkuasa.
Sejarah

Antara perkara yang pernah menjadi pengalaman terburuk Amerika ialah ketika berhadapan dengan Soviet dalam Perang Dingin antara 1947 hingga 1992. Pengalaman yang menghantui ini, dirakamkan dalam banyak kajian mereka, antaranya dimuatkan di dalam permulaan Building Moderate Muslim Networks terbitan RAND Corporation.
Amerika melihat bahawa untuk menyaingi Soviet perlulah memberi fokus kepada pemasaran demokrasi. Lantas pada 1983, mereka telah menubuhkan National Endowment For Democracy (NED). Badan ini bertindak untuk menyalurkan dana kepada badan-badan tertentu di seluruh dunia.
Antara lain, Amerika juga menubuhkan International Republican Institute (IRI) dan National Democratic Institute (NDI) sebagai jaringan bersama NED dalam menggerakkan demokrasi di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.
Setelah Soviet kalah pada 1992, Amerika melihat bahawa persaingan sengit yang menghantui mereka selama ini, bakal digantikan oleh Islam. Hal ini telah dicetuskan oleh pemikir Amerika, Samuel P. Huntington dalam satu artikel Majalah Foreign Affairs pada 1993.
Tajuk ini menimbulkan perdebatan yang panas, sehinggalah mencetuskan kepada penerbitan buku yang bertajuk The Clash of Civilazations pada 1996.
Dalam buku ini, Huntington mengemukakan teori bahawa Amerika mesti mengisytiharkan musuh barunya. Beliau menggesa supaya Amerika memberi fokus kepada Islam yang ketika itu dilihat berpotensi mengancam hegemoni Barat.
Bermula saat ini, Amerika mula menjalankan projek-projek propaganda untuk menggambarkan bahawa Islam itu adalah agama yang membawa keganasan. Propaganda Amerika untuk memotretkan Islam sebagai agama yang ganas, bagi mendapatkan sokongan dunia.
Islamophobia

Susulan daripada usaha memotretkan Islam sebagai agama yang membawa keganasan, akhirnya pada 2001 berlakulah peristiwa yang mengejutkan dunia, WTC dan Pentagon dilanggar kapal terbang.
Ia menjadi modal untuk Amerika menuding jari kepada Islam, sambil dikaitkan dengan watak Osama ben Laden yang dipropagandakan sebelum itu. Peristiwa ini menjadi modal besar bagi Amerika untuk mengangkat slogan memerangi terorisme.
Dalam pada itu, RAND Corporation telah menerbitkan kajian Cheryl Benard yang bertajuk Civil Democratic Islam, Partners, Resources and Strategies. Kajian yang diterbitkan pada 2003 ini menyatakan fokus yang perlu diberikan oleh Amerika bagi menentang keganasan Islam ialah pada gerakan-gerakan politiknya.
Beliau juga mencetuskan idea untuk mengendurkan keganasan yang dipotret atas nama Islam melalui gerakan politiknya, ialah dengan menggunakan Islam Tradisionalis.
Fasa ini menggambarkan fokus Amerika untuk dipotretkan dengan wajah ganas dan teroris ialah gerakan-gerakan Islam politik. Apatah lagi gerakan Islam politik dan pemikirannya inilah yang berpotensi untuk menggugat hegemoni Amerika sepertimana yang diingatkan oleh Huntington.
Pada 2004, RAND Corporation menerbitkan pula kajian The World Muslim After 9/11. Angel Rabasa yang mengetuai panel ini, merupakan Penganalisis Dasar Kanan di RAND Corporation. Beliau dikatakan berjaya merangka ‘projek masa depan’ mengenai keganasan global khusus dalam dunia Islam bertajuk: “Beyond Al Qaeda: Countering Terrorist and Other Non-Traditional Threats.”
Laporan ini menyatakan kesukaran Amerika untuk meramalkan kesan perubahan rejim, mungkin disebabkan oleh kegagalan untuk memahami pertumbuhan ideologi yang menentang Amerika. Menurut beliau, penafsiran radikal dan dogmatik terhadap Islam telah menjadi asas dalam banyak pertubuhan Islam.
Menghadapi Islam politik

Islam politik yang dimaksudkan ialah cara fikir umat Islam yang berjuang untuk menegakkan Undang-undang Islam. Cara fikir ini muncul sejak era pertentangan dengan penjajah yang mendoktrin sekularisme. Iaitu ideologi yang melihat Islam itu sekadar agama anutan, dan tidak sepatutnya campur tangan urusan pentadbiran negara.
Sejak gerakan-gerakan Islam terlibat dalam dunia politik Pasca Perang Dunia Kedua, usaha ini menampakkan hasilnya pada 90-an. Di saat Soviet semakin lemah, gerakan-gerakan Islam mula memenangi pilihan raya – pilihan raya secara demokrasi, antaranya di Kelantan.
Bermula era slogan Amerika memerangi teroris pada 2001, gerakan-gerakan Islam yang terlibat dengan politik menjadi sasaran utama Amerika. Gerakan-gerakan ini dikaitkan dengan keganasan, diportretkan sebagai radikal, dan pelbagai lagi propaganda.
Formula Cheryl Benard ialah dengan mempertembungkan dengan Islam Tradisionalis. Manakala Bernard Lewis pula, mengemukakan formula dengan membakar sentimen Wahhabi-Sufi melalui persidangan di Nixon Center pada 2004.
Pada 2008, RAND Corporation menerbitkan pula kajian yang lebih berstrategik, yang bertajuk Building Moderate Muslim Networks. Kajian yang penting ini, secara terang-terangan merangka agenda untuk menghadapi gerakan Islam yang terlibat dengan politik, atas alasan melawan radikal atau keganasan.
Moderate Muslim
Setelah menggambarkan gerakan-gerakan Islam yang terlibat dengan politik sebagai radikal, Amerika memperkenalkan konsep ‘Islam Sederhana’ (Moderate Muslim) selari dengan acuan mereka. Di sinilah munculnya orang-orang Islam yang terkesan dengan propaganda Barat, yang mengambil pendekatan menolak ‘Politik Islam’ atas alasan radikal.
Dalam kajian RAND Corp yang bertajuk Building Moderate Muslim Networks menyatakan;
“The potential partners of the West in the struggle against radical Islamism are moderate, liberal, and secular Muslims with political values congruent to the universal values underlying all modern liberal societies….”
Secara ringkasnya, mereka potretkan keganasan atas nama Islam Politik, kemudian disusuli dengan Islam baru yang diacuankan oleh mereka, iaitu Islam Moderate, atau Islam Sederhana.
‘Muslim Moderate’ ditakrifkan sebagai orang Islam yang sederhana (tidak radikal) yang dipotretkan dengan wajah demokratik. Golongan ini menzahirkan sokongan terhadap demokrasi dan hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Antara hak asasi manusia tersebut termasuklah kesamarataan jantina dan kebebasan beribadat sehingga membawa kepada pluralism, dan dipotretkan sebagai seorang yang menghormati kepelbagaian.
Di dalam Dokumen RAND ini juga menyatakan 3 ciri utama Muslim Moderate;
1) Hanya menerima demokrasi Barat sahaja. Menolak bentuk-bentuk demokrasi yang selari dengan Islam. Contohnya ‘syura’ yang dikatakan ada persamaan dengan demokrasi. Kepercayaan kepada demokrasi mengikut mereka ialah menolak pemikiran Negara Islam kerana negara yang dipengaruhi unsur agama, atau disebut sebagai sekularisme.
2) Menerima sumber-sumber rujukan tanpa taksub dengan sumber-sumber lain bagi penggubalan undang-undang. Manakala sumber daripada syariat Islam ia terkecuali, kerana mereka melihat bahawa penafsiran syariat masih mengikut cara asalnya. Antaranya penafsiran al-Quran hanya layak bagi mereka yang cukup syarat-syaratnya. Justeru, mereka meletakkan bahawa syariat Islam tidak wajar diangkat kerana tidak sesuai dengan prinsip demokrasi serta tidak menghormati hak asasi kemanusiaan.
3) Menghormati hak-hak wanita dan golongan minoriti agama. Ia bermaksud golongan ‘Islam sederhana menurut acuan Amerika’ menolak perbezaan wanita dan golongan minoriti menurut al-Quran’. Bukan sekadar itu, mereka juga turut menggesa supaya hal ini dibuat penilaian semula memandangkan perbezaan suasana semasa berbanding apa yang wujud di zaman Nabi S.A.W.
Dalam kajian RAND Corp ini turut menyatakan mengenai antara projek melahirkan Muslim Sederhana yang mereka inginkan;
“Some Muslim teachers, although of a moderate disposition, lack the ability to link Islamic teachings explicitly with democratic values. In response, the Asia Foundation has developed a program to assist the efforts of moderate ulama to mine Islamic texts and traditions for authoritative teachings that support democratic values. The result is a corpus of writings on fiqh (Islamic jurisprudence) that support democracy, pluralism, and gender equality. These texts are on the cut- ting edge of progressive Muslim thinking and are in great demand internationally”
Kesimpulan
Dahulu kita melihat sekular itu mendoktrin kefahaman bahawa Islam itu hanya sekadar anutan. Tidak boleh mempengaruhi politik atau pemerintahan. Lalu, gerakan-gerakan Islam muncul untuk mengembalikan kefahaman umat Islam bahawa politik itu mesti mengikut sistem Islam.
Gerakan-gerakan Islam ini berkembang, dan bertanding dalam dunia demokrasi. Ada yang menang dan ada yang kalah. Apabila kemenangan itu semakin terzahir, ia merisaukan Barat yang selama ini mendukung prinsip sekularisme.
Sebagai jalan mudah, mereka mengambil pendekatan menakut-nakutkan orang terhadap agenda politik Islam. Mereka memotretkan Islam Politik itu sebagai gerakan agama yang ganas dan radikal. Maka, mereka mengemukakan model Islam sederhana (Muslim Moderate).
Model ini cuba membawa watak seorang Muslim yang demokratik, tetapi menolak sistem Islam (politik), dan menganggap Islam itu cukup sekadar seorang yang menjaga moralnya sahaja. Untuk menaikkan model ini, mereka perlu bertanding dan menang di arena politik tanah air.
Justeru, untuk menjustifikasikan watak Muslim Moderate itu sebagai rasional dan sederhana, mereka perlu mengaitkan gerakan Islam Politik itu sebagai pengganas, radikal, takfiri dan sebagainya. Inilah yang sentiasa dipotretkan.
Sebab itulah kita perlu jelas bahawa persaingan politik itu bukan sekadar warna bendera, ia lebih daripada itu. Persaingan ini hakikatnya adalah persaingan ideologi yang didukungi oleh gerakan masing-masing.
MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak
PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 15/8/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 3 perkara 'moderat muslim' musnah dari dalam, tapi ada ‘giant killer’'..
Sikit komen lagi..
PAS ‘giant killer’ robohkan tembok DAP di Pulau Pinang
Namun Pas tetap ikut Islam.
PULAU Pinang pernah satu ketika dirasa seperti sebuah kota yang sangat kukuh dan kuat berada di bawah penguasaan DAP. Kebal dan kekalnya seolah-olah cukup ampuh hingga mustahil untuk disaingi, apatah lagi ditembusi.
Hal tersebut bahkan menjadi gundah rasa dalam kalangan ahli-ahli PAS di Pulau Pinang yang seperti hilang keyakinan diri. Ditambah pula dengan polarisasi kaum kian membesar, serta cauvinis dan kiasu yang meninggi di bawah DAP.
Lunturnya semangat, lalu ada yang mengungkapkan ‘Kalau DAP’ melakukan demikian itu atau ini; akan berkembang besarlah cengkamannya di negeri itu dan semakin sukarlah pula kepada lawan parti itu termasuk PAS sendiri.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (kini Tan Sri) bagaimanapun sebaliknya menyuntik motivasi atas roh yang pudar itu dengan menyeru supaya bangkit berjuang tanpa punya perasaan ragu-ragu.
Katanya, semua ahli mestilah meyakini bahawa PAS akan dapat menguasai Pulau Pinang suatu hari nanti dan perlu berusaha untuk mendapatkan kerusi-kerusi Melayu yang masih banyak di negeri tersebut.
Tegur beliau, andaian dengan berkalau-kalau boleh membuka kepada kerja syaitan, sebaliknya ahli PAS mesti bersedia berdepan dengan semua parti politik, ucapnya pada Liqa’ Fikri (Tertutup) PAS Pusat di Stadium Tertutup MPSJ, Seri Kembangan, pada 30 Januari 2016 lalu.

Sekian, suntingan secara ringkas.
Penutup:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.
4 comments:
Presiden Bersatu kini suci bersih setelah hakim kata tiada kes. Lepas Bebas. Berbanding seseorang tu yang ada beberapa kes yang telah tercatat dimahkamah yang mana hanya satu daripadanya telah dapat pengampunan?
Dari segi moralnya presiden Bersatu lebih layak memimpin rakyat Malaysia.
zahid dah cuba berusaha untuk selamatkan segala apa yg dia mahu selamatkan tapi kerana ke-bodo-an ph maka terpalit umno pun menjadi kalah, oleh itu pmx hendaklah sedar kelemahan dia dan ph maka sebaiknya dia meletakan jawatan bagi membolehkan zahid menjadi pm11 dan dapat menyelesaikan semua masalah luar dan dalam negara.
ramai orang berpendapat iaitu sekiranya zahid menjadi pm maka parti pn mesti bungkus punya dalam pru16 nanti dan malah kalau parlimen bubar tahun ini pun dan zahid menjadi pm maka akan kalah teruk parti2 pn tu.
ayoh semua desak pmx letak jawatan untuk memberi laluan kepada zahid dengan sokongan dap dan akarumbi pkr.
Bang non tu bermasalah. Dah lah tak dapat concentrate di pejabat ketua segala mentri. Di pejabat perbendaharaan pun selalu kosong. Sebuk berjalan naik helikopter jenama proton. Sebuk ligan dengan jet private. Seronok bersiar siar. Pejabat kosong.
Islam pun dia tak paham sangat. Sebuk angkut 47 kes ke sana ke mari. Sepatutnya 47 kes sebuk ulang alik ke mahkamah. Tapi bang non angkut buat jadi teman berceramah. Habis tu bila malaysia nak maju. Islam larang yg ada 47 kes jadi teman. Tapi bang non lain pulak pahamnya.
Pesawat terhempas di elmina..
selain dari exco pahang, anak allahyarham jamaluddin jarjis yg meninggal akibat jatuh heli dulu tu dengar cerita adalah seorang billionaire.
note: aku tak pernah tgk pesawat kecil jatuh kemudian meletup mcm bom api seperti dalam kes pesawat nih terhempas tadi dimana2 pun platform i-media.
.
Post a Comment