Saturday, April 29, 2023

2 perkara mengenai ekonomi, & awasi DAP..

 


1. Petani tempatan gulung tikar kerajaan utama sayur import

KOTA BHARU: Ekoran persaingan sayur-sayuran yang diimport dari Thailand dan China menyebabkan pengusaha pertanian di Tanah Tinggi Lojing dan Cameron Highlands terpaksa membuang kira-kira 50 tan hasil pertanian setiap hari.

Malah mereka turut berhadapan kejatuhan mendadak harga hasil pertanian sejak tiga bulan lepas. Ia memberi kesan terhadap kos operasi, selain kenaikan harga input pertanian termasuk baja.

Bendahari Persatuan Pengusaha Sayur dan Bunga Bumiputera Lojing, Mohd Rahimi Ibrahim berkata, lebih kurang 1,000 pengusaha pertanian di kawasan itu termasuk Cameron Highlands terjejas dengan kejatuhan harga sayur-sayuran.

Katanya, jika kerajaan tidak membendung gejala kemasukan sayur import ramai pengusaha tempatan bakal menutup operasi.

Menurutnya agensi kerajaan terutamanya Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta datang meninjau situasi di kawasan pertanian beriklim sederhana sejuk itu.

“Harga timun hijau atau timun Jepun sekarang 30 sen satu kilogram dan tomato gred A pun jatuh RM1 bagi setiap kilogram.

“Dalam tempoh dua tiga bulan akan datang sekiranya kerajaan tidak menghentikan kemasukan sayur-sayuran import, petani di sini akan gulung tikar,” katanya di sini.

Kira-kira tiga tahun lalu mereka terpaksa membuang hasil pertanian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Dan sekarang berulang lagi kejadian serupa kerana lambakan kemasukan sayur-sayuran import dari Thailand dan China.

Seorang pekerja kebun sayur, Karti Muniandy turut meminta kerajaan mengutamakan produk pertanian tempatan kerana lebih terkawal bahan kimia.

Beliau berkata kejatuhan harga sayur-sayuran tempatan berlaku kebelakangan ini kerana kerajaan tidak serius untuk membendung kemasukan produk pertanian yang diimport.

“Kerajaan nampaknya lebih penting utamakan produk dari Thailand dan China, sedangkan hasil pertanian import dipercayai ada bahan kimia tinggi.

“Sedangkan sayur dari Lojing dan Cameron Highlands lebih terkawal penggunaan bahan kimia sehingga boleh dieksport ke Singapura,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/4/2023


2. Kelantan mohon kerajaan pusat kawal permit import 

Tuan Mohd Saripudin mengagihkan duit raya kepada pengunjung kanak-kanak sempena majlis Gema Aidilfitri PAS Dewan Undangan Negeri Selising di Padang Awam Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 24 April 2023.

PASIR PUTEH: Kelantan memohon kerajaan pusat mengawal pengeluaran permit import (AP) pertanian bagi memastikan lambakan hasil pertanian dalam negara tidak berulang.

Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, jika usaha tersebut tidak dilakukan dijangka lebih ramai petani dan pekebun terjejas.
Beliau yakin kerajaan mempunyai mekanisme untuk menyelesaikan masalah tersebut, memandangkan masalah sama pernah berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu.

“Kita minta kerajaan pusat melalui kementerian-kementerian terbabit supaya mengenalpasti punca lambakan ini supaya tidak menjejaskan sektor pertanian tempatan.

“Salah satu usaha yang boleh dilakukan agar AP import ini yang dibuat oleh beberapa kementerian, dapat buat kawalan ini, negeri tiada kuasa sekat benda ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Gema Aidilfitri PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising yang diadakan di Padang Awam Selising malam tadi di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan, Ustaz Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah.

Menurut Tuan Mohd Saripudin lagi, masalah lambakan hasil pertanian tempatan seperti tomato, kubis, timun batang dan sebagainya dari tanah tinggi Lojing dan Cameron Highland kembali berlaku.

“Hal itu kerana kemasukan hasil pertanian import khususnya dari Thailand dan China yang keterlaluan menjejaskan hasil pengeluaran dan pendapatan petani tempatan,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/4/2023


3. DAP menyanggah Islam 

“Kit Siang mahu Umno lebih kuat dari Bersatu, PAS.

Lim Kit Siang berkata kenyataan yang dibuatnya mengenai isu pembebasan Najib Razak bertujuan untuk melihat UMNO menjadi lebih kuat berbanding PAS dan Bersatu.

Veteran DAP itu berkata satu-satunya cara untuk UMNO kembali gemilang seperti dahulu ialah dengan parti tersebut kembali berpegang kepada dasar dan prinsip asas pembinaan negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan Rukun Negara.” (Malaysiakini, 17 April 2023)

Kenyataan yang tidak seharusnya dibaca yang tersurat sahaja tanpa memahami yang tersirat, kenyataan yang dibuat tidak menyembunyikan perjuangan dan hala tuju parti DAP.

Tidak menghairankan apabila DAP yang berprinsip dan berkonsepkan sosialisme, sekularisme dan Malaysian Malaysia mengikut undang-undang tubuhnya, mengambil pendekatan pragmatik.

Justeru, perlu dilakukan muhasabah terhadap parti yang menjadi salah satu mazhab kepada asal usul falsafah Karl Marx, yang diubah suai mengikut realiti dan situasi yang berbeza dalam masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

Sebelum ini, DAP telah menyertai gabungan 55 buah parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia, sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI) dalam sebuah persidangan di Zurich, Switzerland.

Adapun di Malaysia semua kumpulan kiri bersekongkol bersama DAP, termasuk kumpulan komunis yang paling ekstrem sehingga diharamkan. Setelah tidak ada tempat dalam hutan rimba, maka bersembunyilah mereka dalam DAP.

Dulu PAS bertahaluf dengan DAP dan bersama parti-parti lain dalam gagasan pembangkang berkonsepkan titik persamaan kemanusiaan yang tidak menyentuh dasar parti dan tidak terpesong hala tujunya.

Apabila PAS mencapai sedikit kejayaan dalam kerjasama itu, sehingga berjaya memerintah Kelantan dan  Terengganu, terkini memimpin Kedah pula, serta menambah kerusi di Parlimen, maka dianggapnya bahaya gelombang hijau kerana PAS mendapat kerusi terbanyak. Tafsiran yang ekstrem terhadap PAS, bukan kerana salahnya, tetapi kerana sikap menolak kebenaran secara tidak adil.

Begitulah ketidakselesaan DAP ketika PAS pernah mengatasi parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Maka, menjadi kewajipan PAS melaksanakan Islam melalui proses demokrasi berparlimen dan konsep federalisme melalui negeri-negeri yang berada di bawah kerajaan PAS dan bersuara di Parlimen berkonsepkan amar ma‘ruf dan nahi munkar.

Begitu juga beberapa dialog diadakan dengan semua pihak, khususnya kalangan bukan Islam daripada parti politik, termasuk DAP dan badan bukan kerajaan (NGO) daripada pelbagai agama. Tujuannya bagi memberi penjelasan dan menolak kekeliruan terhadap Islam secara ilmiah dan harmoni, berpandukan firman Allah SWT:

﴿ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ١٢٥﴾

“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Nahl: 125)

Firman Allah SWT:

﴿وَلَا تُجَٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡۖ وَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَأُنزِلَ إِلَيۡكُمۡ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمۡ وَٰحِدٞ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ٤٦﴾

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka), ‘Kami beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepada-Nya sahaja, kami patuh dengan berserah diri.’” (Surah al-‘Ankabut: 46)

PAS dapat membuktikan sedikit kejayaan dalam pelaksanaan Islam yang sangat terbatas. Hal ini disebabkan banyaknya sekatan-sekatan yang tidak bermoral politik demokrasi yang sebenar sehingga menyanggah prinsip federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan seperti menafikan perjanjian royalti dan lain-lain kepada Kelantan dan Terengganu.

Namun begitu, PAS berjaya mencapai banyak perkara yang positif. Antaranya menunjukkan contoh kerajaan negeri yang berintegriti, dan melaksanakan konsep adil kepada semua, sehingga dapat menembusi masyarakat bukan Islam dan berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Tiba-tiba DAP mengeluarkan kenyataan terbuka menentang pelaksanaan Islam di negeri di bawah pentadbiran PAS seperti pengharaman arak, judi dan hiburan yang berunsur maksiat kepada penganut Islam sahaja. Malah, DAP juga menentang pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 secara terbuka bersama rakan-rakannya.

Dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan bahawa undang-undang Islam hanya dikuatkuasakan kepada penganut Islam sahaja, tanpa gangguan terhadap hak beragama bukan Islam. PAS mengambil al-Quran menjadi rujukannya iaitu firman Allah SWT:

﴿…فَإِن جَآءُوكَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُمۡ أَوۡ أَعۡرِضۡ عَنۡهُمۡۖ وَإِن تُعۡرِضۡ عَنۡهُمۡ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيۡ‍ٔٗاۖ وَإِنۡ حَكَمۡتَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِٱلۡقِسۡطِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٤٢﴾

“…Oleh itu, jika mereka (orang bukan Islam) datang kepadamu, maka hukumlah antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah daripada mereka; dan jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun; dan jika kamu menghukum, maka hukumlah antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Ma’idah: 42)

PAS berpegang kepada konsep Maqasid al-Syari‘ah dan Siyasah Syar‘iyyah dalam menanggapi realiti dan situasi masyarakat majmuk yang tidak memisahkan pentadbiran negara daripada agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Tanpa terhad kepada penganut agama Yahudi pada zaman Rasulullah SAW sahaja, apabila mereka menerima Sahifah Madinah yang terkenal menjadi rujukan.

DAP secara terbuka mempertahankan tafsiran sekularisme dalam perlembagaan yang tidak disebutkan dengan nyata. Sebaliknya, PAS tetap mempertahankan Islam yang nyata dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa negara ini mestilah mengikut tafsiran ajaran Islam berpandukan perkataan ‘al-din’ yang terkandung dalam al-Quran.

Sekularisme mentafsirkan agama mengikut teori dan ideologi yang dibawa oleh penjajah dahulu. Tafsiran ini perlu dihapuskan setelah kita dikatakan telah mencapai kemerdekaan, termasuk kemerdekaan dari sudut kefahaman dan aqidah.

PAS berpegang kepada syarat-syarat tahaluf (persefahaman dengan pihak lain) yang dibenarkan selagi tidak melanggar dasar yang menjadi aqidah sebuah Parti Islam.

Tiba-tiba pihak DAP secara terbuka dan agresif, menyanggah perkara yang menjadi prinsip kepada perjuangan PAS, walaupun PAS tetap memilih pendekatan demokrasi melalui Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menjadi hak kepada semua pihak untuk memberikan pandangan yang berbeza, tetapi DAP bertindak lebih dahulu dan beberapa kali mengeluarkan dirinya daripada persefahaman dengan hujah demi kepentingan perjuangan politiknya untuk menguasai negara. Bahkan, mereka mahu memaksa PAS mengubah dasar dan hala tujunya.

Akan tetapi, PAS dan pendukungnya teguh bersama prinsipnya tanpa mengira pasang dan surut, menang dan kalah. PAS terus beristiqamah atas prinsip demokrasi dan damai, pada masa yang sama menolak pendekatan ekstrem tanpa bermuka-muka dan berlakon dalam perjalanan politiknya.

DAP juga tidak dapat menutup pendirian politiknya yang sebenar. Hal ini demikian kerana PAS bukannya Melayu Islam yang mudah lupa terhadap Deklarasi Setapak yang memperkukuhkan pandangan DAP bahawa kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting dalam proses membina negara, dan di atas prinsip ini DAP berpegang bahawa pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ hendaklah ditentang.

PAS juga tidak lupa terhadap peristiwa pendedahan sikap DAP apabila mereka menyertai himpunan kumpulan kiri di Kajang beberapa tahun yang lalu. Himpunan yang bertujuan memperingati perjuangan kumpulan Komunis menentang Jepun bersama British kerana bersama dalam Perang Dunia Kedua, dan selepasnya menentang British supaya disenaraikan dalam perjuangan kemerdekaan negara. Hakikatnya, mereka hanya mahu menukar penjajah kepada blok Timur daripada blok Barat.

Pada masa yang sama, mereka memejam mata terhadap perjuangan awal kemerdekaan oleh raja-raja dan para ulama’ menentang penjajah sejak Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511 sebelum kedatangan pendatang yang menyokong DAP. Adapun perjuangan dahulu terus bersambung bertali arus menentang semua penjajah yang datang silih berganti beberapa abad, termasuk penjajah komunis, bukannya bermula dengan Perang Dunia Kedua.

PAS tidak lupa sikap DAP yang menyanjung abu mayat Chin Peng, ketua pemberontak komunis yang membunuh ramai anggota tentera dan polis walaupun berperang pada zaman penjajah British yang mengharamkannya. Hal ini demikian kerana, menentang Komunis itu lebih utama disebabkan lebih sesat dan bahaya daripada British.

Indonesia yang tidak mengharamkan parti komunisnya pada zaman Sukarno, maka dibunuhnya ulama’ dan raja-raja. Kini, hanya tinggal Sultan Jogja dan Raja Acheh sahaja. Ini mendedahkan agenda komunis yang sebenar.  

Malah, PAS juga tidak lupa sejarah ketika penjajah melakukan tipu helahnya, ketika raja-raja ditawan dan dicabut kuasa yang berdaulat, rakyatnya pula ditipu dan dibuli. PAS juga tidak lupa ketika raja-raja dijadikan perisai manusia oleh penjajah dengan hujah menentang raja apabila melawan penjajah.

Kini, DAP dan rakan-rakannya menggunakan pendekatan yang sama seperti penjajah dahulu, mempertahankan kerajaan yang diberi nama perpaduan walaupun tiada perpaduannya, dan raja-raja dijadikan perisai manusia dengan meninggalkan konsep Raja Berperlembagaan dan dipertanggungjawab menjaga agama Islam.

PAS menarik diri daripada tindakan agresif melalui BERSIH bersama DAP dan rakan-rakannya yang tidak menunjukkan kebersihannya dalam amalan demokrasi yang sebenar. Sehinggakan, boleh mengundang campur tangan asing dalam urusan tanah air kita.

Kini, DAP mendedahkan penipuan yang tidak dapat disembunyikan lagi apabila bekerjasama dengan UMNO dengan tujuan mendapat undi Melayu Islam bagi menampung kegagalan PKR dan PAN yang kehilangan undi Melayu Islam.

Langkah yang menguji rakan-rakan UMNO, sama ada perjuangan politik kerana cari makan dan jawatan atau kerana syarat menunaikan amanah perjuangan agama, bangsa dan tanah air dengan kuasa politik.

PAS tidak boleh ditipu dan diheret keluar daripada dasarnya dan hala tuju Islamnya. Maka, PAS tidak boleh dimasukkan ke dalam dapur masakan DAP yang ada bersamanya makanan yang tidak halal, walaupun bertukar tukang masaknya atau diambil tukang masak beragama Islam.

PAS mempunyai pendekatan Islam dalam masyarakat majmuk yang tidak menghalang kalangan bukan Islam menganut agama masing-masing. Bahkan, perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam dibenarkan kepada mereka secara bertasamuh mengikut sempadan masing-masing dan bersatu dalam titik persamaan dari segi kemanusiaan sejagat.

Al-Quran tetap menjadi petunjuk kepada PAS bagi mengenal kawan dan lawan. Firman Allah SWT:

﴿هَٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ١١٩ إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٞ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٞ يَفۡرَحُواْ بِهَاۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيۡ‍ًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ١٢٠﴾

“Beginilah kamu, kamu sahajalah yang menyukai mereka, sedang mereka tidak menyukai kamu. Dan kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata, ‘Kami beriman’, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu). Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.’ Sesungguhnya, Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (119) Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya, Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (120)”  (Surah Ali ‘Imran: 119-120)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 30 Ramadan 1444 / 21 April 2023 – HARAKAHDAILY 21/4/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 2 perkara mengenai ekonomi, & awasi DAP.

Mengapa DAP perlu diawsi? 

DAP berprinsip dan berkonsepkan sosialisme, sekularisme dan Malaysian Malaysia mengikut undang-undang tubuhnya, mengambil pendekatan pragmatik. Parti yang menjadi salah satu mazhab kepada asal usul falsafah Karl Marx, yang diubah suai mengikut realiti dan situasi yang berbeza dalam masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

Sebelum ini, DAP telah menyertai gabungan 55 buah parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia, sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI) dalam sebuah persidangan di Zurich, Switzerland.

Di Malaysia semua kumpulan kiri bersekongkol bersama DAP, termasuk kumpulan komunis yang paling ekstrem sehingga diharamkan. Setelah tidak ada tempat dalam hutan rimba, maka bersembunyilah mereka dalam DAP.

Wajib tolak DAP dalam PRU di Malaysia.

 INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 

(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!  

(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S... 

(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...(iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...

9 comments:

Anonymous said...

Kalau UMNo nak kuat patutkah UMNo menumpang kasih DAP@LeeKwanYew..kikikiki

UMNo bukan tuan...macai saje kata Mat Hassan..!

kah kah kah..!!
Tuan UMNo ialah Lee Kwan Yew melalui proksi DAP... Ingat tu..!!

Bila Zahid Dan Mat Asan jadi jurucakap UMNo.. ini lah bahana yang mendapat Link bawah ni haah.. lu fikir lah sindri..!!

https://suaramelayubaru.blogspot.com/2023/01/penentu-kedudukan-kerajaan-ds-anwar.html?m=1

UMNo/BN kena buli atau kena kencing oleh rakan PH..!? Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata PH dan BN bersetuju parti yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang di enam negeri.

Beliau berkata konsensus itu dipersetujui semasa perbincangan awal mengenai peruntukan kerusi oleh PH dan BN untuk pilihan raya negeri.

Di Selangor, Pakatan Harapan (PH) mempunyai 40 kerusi - 19 disandang PKR, DAP (15) dan Amanah (6)..!!

BN mempunyai lima kerusi di Selangor - Semenyih, Sungai Burong, Hulu Bernam, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar - semuanya dimenangi Umno.

Sampai mampos lah UMNo / BN kena main lagi nih... Bila nak kontrol percaturan atau kena catur kan..!!? Keretakan dalam gabungan antara Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) itu sudah boleh dilihat apabila sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan Umno Johor menegur beberapa pemimpin DAP dan PKR kerana melontarkan komen yang dianggap sebagai menghina parti UMNo (Melayu) itu.

"Umno Hanya Penumpang, Bukan Tuan Rumah, Tuan rumah sebenar ialah Lee Kwan Yew di Singapura melalui proksi nya Parti DAP", Kata Tok Mat..

Bila orang (UMNo) dah lemas tong taik pun orang (UMNo) boleh berpaut..mana ada hala tuju. Hala tuju kita(Umno) adalah untuk hidup menumpang kasih..", kata Mat Hasan lagi

Makna kata UMNo sekarang ini hanya kuli dan macai Lee Kwan Yew@DAP dalam PH.. kah kah kah

Haah tepokkkkk..!!!

Anonymous said...

Yang kata tghh ulamak suk tu bukan ulamak pun. Macam mike sabu dan mahpuz tu, bukan ulamak pun. Tapi bab hina guru guru macam depa tu ulamak hebat. Ada pengikut pun. Turut hina tuan tuan guru. Kencing pun berterabur lagi.

Anonymous said...

Bab sayur ni, depa dok ikut apa kata komunis dapig. Nak pelingkop pertanian melayu. Dolly kan ker komunis dapig punya khadam. Mana pernah dia nak angkat orang melayu. Sentuh komunis dapig tak berani dia. Apa lagi nak jentik telinga eng guan.

Dollylah pemecah belah orang melayu sejak dulu. Kemudian tarik group penyamun masuk sama. Kemudian punahkan derma jadi rasuah. Kan ker tak waras punya filosofi. Luar tabii.

Anonymous said...

Siapa lagi nak guna istilah islam ekstreme. Melainkan komunis dapig. Dolly dan kuncu kuncu nya.

Akan terus berlaku pembohongan. Akan terus berlaku janji janji kosong. Akan terus berlaku memberi harapan.

Berbohong dari muda sampai ke tua. Membawa liberal dari muda sampai ke tua. Anak muda nilai sendiri. Tertubuh kerajaan guna pintu belakang. Cari maklumat supaya tidak terpedaya lidah tidak bertulang.

Ulamak bukan, faqih pun bukan. Hanya sasterawan yang bijak melontar kata. Hari ini jadi kerajaan, esok harga minyak turun.

Anonymous said...

Dapigs mahu parti ameno membantai Melayu lebih kuat dari parti pandapigs dan pigker_err dari sekarang setelah mengalami proses peng-umdap-an yg giat dijalankan oleh dapigs terhadap parti boneka barunya itu, nah itu sebetulnya berlaku mengikut pengamat politik di jeti² nelayan pantai dimerata tempat, itu kata mereka tak tahu pula aku macam mana tu sebab aku cuma tumpang² dengar aje.
Banyak ler logik yg dia orang bagi seperti mereka kata yg sarjen² parti ameno itu tidak lagi bercakap mengenai isu Ketuanan Melayu, isu Kontrak Sosial, isu Memartabatkan Bahasa Melayu, isu memartabatkan Peniaga² Melayu dan berbagai lagi isu utama yg parti ameno telah gagal melaksanakan nya sejak memegang tampuk pemerentahan dalam waktu yg sekian lama.
Macai² dan sarjan² ameno menurut dapigs agaknya la mesti lebih kuat untuk turun padang ke kampung² Melayu pergi bantai orang Melayu dan memberi amaran supaya jangan angkuh seperti yg di war²kan oleh si pmx, dan jugak bawak sekali sarjan² dapigs untuk ikut sama membantai dan memberi amaran keras terhadap orang Melayu.
Aku agak jer la tu sebab banyak pakcik² nelayan kat meja kopi kat jeti² bot nelayan yg kata macam tu.

Oh ya, teringat pula akan kata² p.ramli dalam filem alibaba yg berkata "sarjan! malam ni kita kerja overtime".

Anonymous said...

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menganggap kontroversi seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang wanita sebagai fitnah dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Beliau berkata dalam dunia siber dan serba moden ini, pelbagai bentuk fitnah mudah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

“Saya anggap itu sebagai fitnah walaupun saya tak nak menafikan benda itu betul atau tidak.

(C&P)

Macam biasalah.
Dolly kata kita x kan bekerjasama dengan penyamun.
Wak kata no anwar no dap.
Siva kata bukan geledah tapi lawatan.

Anonymous said...

Derma tukar jadi rasuah. Nanti derma kat masjid negeri pembangkang pun boleh bertukar jadi rasuah.

Derma tin milo pun akan ditangkap. Rasuah runcit kata dolly.

Yang kena dakwa xpm. Yang beri rasuah bersih.

Yang ada 47 kes, dalam proses penyucian.

Tauliah pun boleh batal sebab pembangkang.

Kerajaan madani bukan boleh harap. Serba serbi luar tabii.

KWSP pun boleh dicagar. Senang betul ngurus ekonomi. Sayur import bunuh sayur tempatan. Senang betul ngurus ekonomi.

Rampas royalti. Rampas peruntukan. Senang betul buat duit haram.

Paksa usahawan melayu bantu pesawah. Delegasi berpilih. Komunis dapig tak payah bantu miskin. Bagi zakat lagi kat depa.

Betul betul menyiksakan orang melayu.

Anonymous said...

Tanpa sokongan majoriti Melayu, kera jaan hancing sekarang nampaknya tak move on, tiada idea2 baharu yg diketengahkan utk tolong rakyat dlm kesusahan kos sara hidup tinggi... kah..kah..kah...

Hellen666 said...

Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin tahu orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantu saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 5 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan di lapangan. Tetapi pada suatu hari ketika melayari internet, saya terjumpa posting oleh Ahli Besar Illuminati Lord Felix Morgan dan mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang ahli Illuminati yang hebat, anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk memulakan saya dan saya telah dimulakan ke dalam World Order of the Illuminati. Selepas itu, mereka memberikan saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas permulaan ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai sebanyak $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai jadi cuba Lord Morgan. Ini adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubunginya melalui WhatsApp (+2348056051569) atau e-mel: (Illuminatiofficial565@gmail.com)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails