Wednesday, March 29, 2023

Telur, MCA simpati puasa/raya.. Politik sukan & Saudi.

 

Lawrence turut menggesa semua ahli Parlimen agar bersolidariti dengan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang berdepan tindakan guaman ekoran kelantangan Presiden MCA itu menyuarakan isu bekalan telur dalam sidang Dewan Rakyat.

1. Harga telur dijangka naik lagi sepanjang Ramadan, Aidilfitri – MCA

KUALA LUMPUR – Pengguna mungkin terpaksa membeli telur pada harga yang lebih tinggi sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri sekiranya masalah bekalan bahan makanan itu tidak diatasi segera.

Timbalan Bendahari Agung MCA, Datuk Ir. Lawrence Low berkata, masalah kekurangan telur telah melanda beberapa bahagian dunia sehingga menyebabkan harganya meningkat secara mendadak.

Menurut beliau, di Amerika Syarikat dan Jepun sahaja, harga telur telah melonjak lebih daripada 70 peratus.

“Kerajaan kita telah cuba menyelesaikan isu bekalan telur melalui mengimport telur. Oleh itu, boleh diramalkan bahawa isu yang sama akan timbul semula pada masa hadapan kerana faktor lain perlu dipertimbangkan seperti selesema burung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lawrence juga bimbang isu bekalan telur mungkin tidak dapat diselesaikan sehingga Jun ini walaupun telah diberi jaminan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau menambah, kerajaan mesti bersedia untuk sebarang gangguan yang tidak dijangka dalam rantaian bekalan sambil mencari kaedah untuk penambahbaikan.

“Kerajaan perlu mengambil kira kebimbangan penternak dan pengusaha ayam dan memulakan sesi dialog dengan mereka. Ini bagi membantu penternak ayam domestik dalam pengeluaran telur pada harga yang berpatutan, sekali gus mengurangkan kos sara hidup pengguna,” jelasnya.

Lawrence berkata, Mohamad seharusnya memulakan dialog dua hala dengan pihak berkepentingan dalam industri dan bukan menangani masalah kekurangan telur secara sehala sahaja.

Beliau memberitahu, kerajaan juga harus memberi tumpuan untuk membantu penternak ayam tempatan dan bukan bergantung kepada import telur asing kerana punca masalah masih belum ditangani.

Dalam pada itu, Lawrence turut menggesa semua ahli Parlimen agar bersolidariti dengan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang berdepan tindakan guaman ekoran kelantangan Presiden MCA itu menyuarakan isu bekalan telur dalam sidang Dewan Rakyat.

“Pertahankanlah hak Perlembagaan ahli-ahli Parlimen untuk bersuara demi kepentingan rakyat di Parlimen dengan kekebalan selagi topik tersebut tidak bercanggah dengan Akta Hasutan mahu pun menghina Yang Di-pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette


2. Tempias perang... Pakai baju Spartak Moscow, pemain dikecam sokong Russia 

TINDAKAN TIDAK WAJAR: Pemain tenis Russia, Anastasia Potapova, diberikan amaran rasmi oleh WTAa kerana memakai baju kelab bola sepak Spartak Moscowa. Tindakannya itu dianggap tidak wajar di tengah-tengah pencerobohan Russia atas Ukraine. - Foto EPA-EFE

CALIFORNIA: Pemain tenis Russia, Anastasia Potapova, tidak sepatutnya menyokong negaranya secara terbuka di tengah-tengah pencerobohannya ke atas Ukraine, kata pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek.

Potapova memakai baju kelab bola sepak Spartak Moscow pada perlawanannya di kejohanan Indian Wells sebelum tewas tiga set kepada pemain Amerika Syarikat, Jessica Pegula, pada Ahad.

Persatuan Tenis Wanita (WTA) telah pun mengeluarkan amaran rasmi kepada Potapova atas tindakannya.

Pemain Russia berusia 21 tahun itu berkata beliau telah menyokong kelab itu sejak beliau berusia 13 tahun dan berasa tindakannya tidak menghasilkan sebarang provokasi.

"Sejujurnya, saya terkejut," kata Swiatek, 21 tahun.

"Walaupun beliau peminat pasukan itu, saya fikir beliau sedar bahawa beliau tidak sepatutnya menunjukkan pandangannya dengan cara ini."

Swiatek, yang telah menewaskan Bianca Andreescu untuk mara ke pusingan 16 terakhir, sebelum ini mengkritik pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Pemain Russia dan Belarus telah dibenarkan bertanding dalam jelajah WTA, tetapi bukan di bawah bendera nasional mereka.Swiatek, yang berasal dari Poland, telah berbincang dengan WTA mengenai tindakan Potapova.

"Saya telah bercakap dengan WTA dan saya fikir keadaan seperti itu akan kurang berlaku kerana mereka akan menerangkan kepada pemain lain bahawa mereka tidak boleh mempromosikan mana-mana pasukan Russia pada tempoh ini dan ini sedikit sebanyak meyakinkan saya," katanya.

"Malangnya situasi sebegini terjadi kerana pengumuman ini sepatutnya berlaku lebih awal. Terdapat banyak kekecohan di bilik persalinan pada awal peperangan berlaku.

"Tidak jelas bagaimana untuk menangani segala-galanya, yang mencetuskan keadaan yang tidak menyenangkan seperti itu.

"Saya fikir jika ada kepimpinan yang lebih baik dari awal, mungkin kita akan mampu mengelak daripada  situasi sedemikian berlaku." - Agensi berita.


3. Lawatan PMX ke Arab Saudi, berjaya atau gagal? 


SECARA umumnya, terdapat tiga bentuk lawatan ke luar negara, iaitu lawatan rasmi (official visit), lawatan perniagaan (business trip), dan lawatan umrah (umrah visit); yang mempunyai objektif, sambutan dan aturan tersendiri.

Bagi sesebuah lawatan rasmi, objektifnya adalah untuk mengeratkan hubungan diplomatik yang sedia terjalin, sambutannya penuh protokol, kemuncaknya kunjungan hormat ketua negara atau rakan sejawat, dan disambut di istana atau pusat pentadbiran negara.

Memetik laporan Bernama bertarikh 22 Mac 2023, “Sepanjang lawatan rasmi itu, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, di Istana Al-Salam”.

Namun kunjungan hormat di Istana Al-Salam yang dikatakan telah dijadualkan, tidak berlangsung seperti yang telah ditetapkan.

Bagi sesebuah lawatan perniagaan pula, objektifnya adalah untuk meningkatkan hubungan dagang antara dua negara.

Laporan menyatakan pertemuan dengan komuniti perniagaan berjaya diaturkan di Jeddah, dan beberapa MoU telah ditandatangani, walaupun tidak disaksikan bersama oleh Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, ataupun Menteri Kewangan Arab Saudi.

Manakala bagi sesebuah lawatan umrah, objektifnya adalah untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah dan ziarah di Madinah.

Alhamdulillah, PMX berjaya menunaikan umrah dengan sebaiknya, diiringi isteri, Menteri Luar dan Menteri Komunikasi Malaysia. Semoga beroleh umrah yang mabrur.

Persoalannya, adakah lawatan PMX ke Arab Saudi boleh dianggap sebagai suatu ‘kesipuan diplomatik’ dalam sejarah hubungan akrab antara dua negara, malah timbul persoalan tentang keupayaan dan ‘kebijakan diplomasi’ di pihak PMX dan Menteri Luar.

Ini pastinya menuntut kepada suatu penjelasan yang tuntas daripada PMO bagi mencerakinkan apakah objektif, persiapan, penyusunan, dan keseluruhan kos lawatan PMX ke Arab Saudi kali ini, dan terpenting apakah pencapaian yang terhasil daripada lawatan bersejarah ini.

#MalaysiaMadani
#diplomasi

SYAHIR SULAIMAN
Bachok
4 Ramadhan 1444 – HARAKAHDAILY 26/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Telur, MCA simpati puasa/raya.. Politik sukan & Saudi.

(i) Terima kasih kepada Lawrence dari MCA, yang juga bimbang isu bekalan telur mungkin tidak dapat diselesaikan sehingga Jun ini. Amat sedih bagi umat Islam yang sedang menyambut puasa Ramadan dan hari Raya, walaupun telah diberi jaminan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

(ii) Kisah tempias perang...Pakai baju Spartak Moscow, pemain dikecam sokong Russia. Apakah AS tidak pernah mempolitikkan sukan untuk kepentingan politiknya?

(iii) Lawatan PMX ke Arab Saudi, berjaya atau gagal? Ini juga politik?

Sekian. 

15 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah

Ajak le mca join geng Islam extreme.

Ntah2 ada pengikut cina kartel telur ikut sama. X perlu harap duit dr bilik tidur lagi.

Kah kah kah

Anonymous said...

tak dibenarkan melawat mekah dan madinah adakah berjaya atau gagal syahir. kemas mung jadi pakar angkat beg presiden.. baik baik takut terjangkit dilarang pergi mekah nanti. tempat kita ore isley nok gi tapi takleh gi guano..takpe la dok leh gi mekah boleh gi serambi mekah pun ok. dengo kabo di bachok ada stor simpan geng plastik ite, betul ke. jange maroh sajo tanyo..

Anonymous said...

Tak gapo syahir. Janji bukan angkat beg ex criminal. Angkat beg presiden ada pekdahnya. Nanti suruh ex criminal gi balik mekah dua hari lagi.

Raja kemboja jer sesuai dengan bm lewat. Lgbt banyak kat sana. Iktiraf.

Anonymous said...

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.

e="text-align: justify;">Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.


Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.

Anonymous said...

Tak dapat jumpa Erdodan, dapat jumpa anak Erdogan pun merupakan suatu kepuasan tak terhingga? Kah..kah..kah..

Anonymous said...

Betul ke kalau tak dapat jumpa raja arab, dikira takde kelas?

Tanye je... kah..kah..

Anonymous said...

Jumpa raja kemboja baru ada kelas.

Anonymous said...

Betul ke kepimpinan tertinggi negara ini tidak dapat berjumpa dengan kepimpinan tertinggi kondom of saudi arabia? Ada 2 orang raja yang sangat berpengaruh, dua2 tak mahu jumpa? Kalau betul ianya suatu kemaluan yang amat sangat! Kah..kah..kah..

Anonymous said...

Jom semua rakyat Malaysia yang budiman, kerajaan madani, dibulan mulia penuh barakah ini sama2 kita santuni menyambut kepulangan Dr Zakir kenegaranya Malaysia. Jom sama2 kita dengar ceramah2 ilmu ilmiah dari beliau, jom sama2 kita raikan cendikiwan tersebut.

Anonymous said...

Yesss yahooooo ...

Barua LeeKwanYew@DAp yg dibakul sampahkan lawan Barua DAP@LeeKwanYew yang diperbaharui...

Dr M beri Anwar 7 hari tarik balik dakwaan atau berdepan saman. “Saya telah ambil tindakan menuntut Anwar sebagai perdana menteri menjelaskan tentang tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap saya dalam kenyataannya beberapa kali tetapi khususunya dalam mesyuarat partinya, PKR.

“Saya beri masa tujuh hari untuk dia tarik balik

Battle of Barua DAP@LeeKwanYew bermula sudahhh...!!

Baru lah Tun nampak ada telo sket walaun dah labuh Kali ni tak goyang... Yangg ..yanggg..!! Kikikiki ..

Kaum Melayu' sklian opera Cina barua barua sudah bermola... Jangan nak terkinja Kinja sama naik dng barua barua DAP@LeeKwanYew plak udah leer yeopp ooii..!!

Ajommm pop corn tambah kena cukup.. kenapa 7 Hari kan baguih 3 Hari baru nnpk telo labuh tak goyang nampak mantap dan kuat.. kikikiki

Haaaahhhh tepokkkkkk


Kikikikiki..

#steadytoklawantetaplawanhaatepok

Anonymous said...

Geng2 umdap.phanceng kata yg mereka telah siapkan lebih 10,000 pelbagai pertuduhan jenayah terhadap TunM, dan sekarang cuma menunggu masa sahaja untuk dibawa ke court,
mereka cakap sekarang dah ada terkumpul 10 (sepuluh) kontena penuh berisi dokumen kesalahan dan pertuduhan yg dikatakan bersabit kesalahan pelbagai jenayah yg telah dilakukan oleh TunM, dan yg menariknya mereka berkata yang setiap dokumen itu telah di review satu persatu helai per helai baris per baris oleh setiap presiden empat parti utama dalam kerajaan per-gerombolan sekarang.

entah ler.

Unknown said...

Dalam pada itu ditanya mengenai Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang disokong kerajaan Arab Saudi tetapi ditutup pada 2018, Dr Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memaklumkan tidak mengetahui.

"Saya tidak tahu mengenai penutupan Pusat ini.. yang saya tahu baru ini dilapor bahawa pusat ini telah ditutup, siapa yang tutup saya tidak tahu," katanya.

KSCIP ditutup pada 2018, lebih setahun selepas ia dilancarkan oleh Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ketika lawatan baginda ke Malaysia pada Mac 2017.

Read more: https://www.cinca.news/2023/03/tidak-ada-satu-negara-pun-yang-tidak.html#ixzz7xGLrEOgo

Anonymous said...

agak2nya siapa yang tutup?

Anonymous said...

PADA SEMUA BARUA BARUA LEE KWAN YEW @ DAP
SELAMAT BERANTAKAN BERBUNUHAN SESAMA SINDRI
KAMI MELAYU NAK TEPOK TANGAN BERKECUALI
MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU BERAMBOS PERGI..


SILE LA JAWABBB


KIKIKIKI

Anonymous said...


Keadilan di luar tabii
March 28, 2023

BARU bulan lepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan menolak permohonan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal.

Kata Hakim Mahkamah Tinggi, “Tiada mana-mana individu atau golongan yang boleh melangkaui undang-undang. Oleh itu permohonan pemohon untuk mendapatkan pasportnya secara kekal adalah ditolak.”

Disangka cerah hingga ke petang rupanya hujan di siang hari.

Hari ini, Mahkamah Rayuan telah membenarkan Zahid Hamidi mendapatkan pasport secara kekal.

Yang lebih mengecewakan apabila Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan untuk tidak membantah permohonan yang dikemukakan oleh Zahid Hamidi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails