Thursday, March 30, 2023

Lagi atlet M'sia berpakaian telanjang. Hukum Aurat.

 

Zaidatul Husniah Zulkifli (kanan) memenangi pingat emas dalam acara 100m wanita pada Kejohanan KL All Comers 2023 di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil. NSTP/FATHIL ASRI.

1. Zaidatul tiada tandingan

KUALA LUMPUR: Atlet pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli mendapat tonik terbaik dalam persiapan ke Sukan SEA Kemboja, Mei depan selepas memenangi pingat emas 100 meter (m) wanita di Kejohanan Olahraga Kuala Lumpur All Comers, hari ini.

Pelari berusia 30 tahun itu yang membawa cabaran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mencatatkan masa terpantas pada aksi final di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dengan catatan 11.74 saat (s).

Dia mengatasi atlet Sabah, Nur Aishah Rofina Aling yang mencatat 12.14s manakala S Komalam yang mewakili Perak ketiga dengan catatan 12.22s.

Zaidatul yang memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, berkata kejohanan kali ini dianggap sebagai pemanas badan buat dirinya sebelum beraksi di Terbuka Filipina yang bermula Selasa ini.

"Saya jadikan kejohanan ini sebagai medan untuk dapatkan 'feel' sebelum berlari di Terbuka Filipina.

"Kalau ikutkan keputusan menyertai KL All Comers ini dibuat pada saat akhir atas permintaan jurulatih untuk buat catatan masa sebagai persiapan sebelum ke Filipina," katanya ketika ditemui selepas tamat aksi final.

Sementara itu, saingan 100m lelaki menyaksikan atlet Selangor mendominasi kedudukan podium dengan Adam Hakim muncul juara selepas merakam masa terpantas 10.68s.

Tempat kedua menjadi milik rakan sepasukan Adam, Nabil Alwani yang mencatat masa 10.79s manakala Thaqif Hisham 10.81s. ( Mac 18, 2023 @ 6:26pm) (BH)


2. Aishah Rofina sasar layak ke Sukan SEA Kemboja 

Atlet UMS, Nur Aisyah Rofina Aling (kiri) menjuarai acara 100 meter wanita Kejohanan Olahraga IPT di Bukit Jalil, semalam. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah. 

KUALA LUMPUR: Selepas menutup musim 2022 dengan keputusan positif, pelari pecut dari Sabah, Aishah Rofina Aling kini mahu memberi tumpuan memburu slot kelayakan ke Sukan SEA Kemboja tahun depan.

Aishah menutup kempen 2022 dengan cemerlang apabila meraih gelaran ratu pecut pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 (Grand Final) semalam dan baginya, masih ada ruang untuk membuat penampilan sulung pada temasya peringkat Asia Tenggara itu. 

Beliau berhasrat layak secara automatik ke Kemboja dan untuk itu, dia harus melepasi had kelayakan ditetapkan iaitu 11.66 saat (s). Katanya, ia boleh direalisasikan pada dua kejohanan yang bakal disertainya tahun depan. (2022)

Komen Weblog Ibnu HasyimSukan di M'sia atlet wanita, masih 'berpakaian telanjang'..

Mengapa disebut begitu?

Lihat fatwa ini..

IRSYAD AL-FATWA KE-73: HUKUM PEREMPUAN BERPAKAIAN MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH DAN HUKUM BAGI ORANG YANG SENGAJA MELIHAT AURAT ORANG LAIN

SOALAN

Apakah hukumnya di sisi Islam bagi orang perempuan berpakaian menampakkan bentuk tubuh dan apakah hukumnya bagi orang yang sengaja melihat aurat orang?


JAWAPAN

Dalam menjawap persoalan ini, saya kemukakan beberapa noktah:

            Menampakkan tubuh dengan berpakaian seperti itu tidak dibolehkan dalam Islam kerana melanggar adab berpakaian yang yang sepatutunya longgar bagi perempuan.

            Melihat aurat orang lain secara sengaja hukumnya adalah berdosa dengan nas al-Quran dan hadis. Mengikut pendapat yang rajah dan sahih suara perempuan bukanlah aurat. Ia hanya dikira sebagai aurat jika suara berkenaan digunakan untuk perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.

            Kami menukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam berkenaan dengan ciri pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita, antara lain katanya:

  • Pakaian wanita muslimah hendaklah bersopan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Manakala pakaian ala Islam ialah kesemua pakaian yang terkumpul padanya sifat-sifat ini:
    • Pakaian itu hendaklah menutup aurat semua badan wanita keuali apa yang dibolehkan oleh al-Quran dan anggotanya yang ternampak yang menurut qaul yang diberatkan, iaitu wajah dan kedua tapak tangan sahaja.
    • Pakaian itu bukan dari jenis yang jarang, sehingga dapat menampakkan apa yang dibelakangnya kerana Nabi SAW bersabda:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ، مَائِلاَتٌ رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ المَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا 

Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (seperti perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”

            Ini kerana pakaian wanita itu tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis sehingga ternampak badannya yang berkeadaan seperti dia tidak berpakaian sama sekali.

            Satu peristiwa datang serombongan kaum wanita dari suku Bani Tamim untuk menziarahi Saidatina Aisyah RA dengan berpakaian nipis, maka Saidatina Aisyah RA secara terang-terangan berkata kepada mereka: “Jika kamu sekalian dari wanita mukmin iaitu beriman dengan sebebar-benar iman, maka pakaian-pakaian yang kamu pakai ini bukanlah dari pakaian orang yang beriman.”

            Dalam peristiwa lain, datang beberapa orang wanita membawa seorang pengantin perempuan yang memakai tudung yang nipis, sehingga kelihatan perhiasan kepalanya, maka Saidatina Aisyah RA berkata: “Wanita yang memakai seperti ini, ialah wanita yang tidak beriman.”

  • Pakaian itu tidak terlalu sempit sehingga melekat pada semua anggota badan, dan kerana itu ternampaklah susuk badan wanita itu, meskipun pakaian itu tidak nipis seperti pakaian moden masa kini. Maka pemakai pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini lebih mudah memberifitnah kepada pemakaianya.
  • Pakaian itu bukan dibuat khusus untuk kaum lelaki seperti pakaian pantelon atau seluar ketat dan sebagainya yang sudah terkenal pada masa kini, kerana Rasulullah SAW pernah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki sebagaimana Baginda melaknat lelaki yang menyerupai wanita. Demikian Baginda melarang wanita memakai pakaian lelaki dan lelaki memakai pakaian wanita.
  • Jangan sampai pakaian itu sudah terkenal sebagai pakaian orang-orang kafir dari kaum Yahudi, kaum Nasrani dan kaum Wathani penyembah api dan berhala kerana keinginan hendak meniru atau menyerupai orang-orang ini sangat dilarang oleh Islam yang mahukan lelaki dan wanitanya berlainan dari mereka dan bebas dalam bentuk dan rupa. Kerana itulah Islam memerintahkan kita supaya bersikap berbeza daripada orang-orang kafir itu dalam banyak hal yang mana disimpulkan oleh Rasulullah SAW:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka samalah dia seperti mereka.”

Riwayat Ahamd, Abu Daud (4031) dan al-Tabarani (8/179)

 

  • Wanita muslimah hendaklah bersopan santun dalam perjalanannya dan dalam bicaranya menjauhi minat orang dalam segala gerak geri badannya dan penonjolan wajahnya kerana sikapnya bergaya dan menggoda itu adalah tabiat perempuan lacur dan bukan dari tingkah laku wanita muslimah. Firman Allah SWT:

فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفاً

Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (sentiasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu).

(Surah al-Ahzab: 32)

  • Jangan sekali-kali wanita muslimah itu sengaja menarik perhatian lelaki kepada apa yang disembunyikan dari perhiasan dirinya dengan memakai wangian macam mana sekalipun atau memakai benda-benda yang berbunyi dalam rentak langkah kakinya atau seumpamanya. Allah SWT berfirman:

وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا

Maksudnya: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.

(Surah al-Nur: 31)

            Pada zaman jahiliah, apabila seseorang wanita itu berjalan dengan menghentak-hentak kaki supaya menarik perhatian orang ramai agar mereka memperdengarkan gelang kakinya, maka perbuatan seperti itu boleh menghidupkan khayalan lelaki yang menyimpan gelora nafsu syahwat yang jahat terhadap wanita itu. Perbuatan seperti itu menunjukkan bahawa wanita itu menyimpan niat buruk untuk menarik dan minat golongan lelaki terhadapnya.

            Dalam maksud ini juga, dari segi hukumnya apabila seorang wanita memakai wangian dan bau-bauan yang mengharumkan sesiapa sahaja yang menghidunya untuk membangkitkan nafsu dan menarik perhatian lelaki kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا اسْتَعْطَرَتِ المَرْاةُ فَمَرَّتْ عَلَى الْقَوْمِ لِيَجِدُوا رِيحَهَا فَهِيَ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya:  “Apabila seseorang wanita itu memakai wangian, lalu dia melintas tempat perkumpulan (lelaki), maka dia begini dan begini..”

Riwayat Abu Daud (4713)

Dan riwayat yang lain menyebut:

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ وَالمْرَاْةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا يَعْنِي زَانِيَةً

Maksudnya: “Setiap mata melakukan zina. Apabila wanita memakai wangian, lalu dia melintasi tempat duduk sekumpulan orang lelaki supaya mereka tercium baunya, maka dia samalah seperti wanita pelacur.”

Riwayat al-Tirmizi (2786)          

Kesimpulannya, kita tahu bahawa islam tidak memaksa kaum wanita supaya duduk di dalam rumah sahaja dan tidak keluar dari rumahnya melainkan kubur, sebagaimana yang didakwakan oleh sesetengah orang.

            Bahkan wanita Islam membenarkan wanita keluar untuk menunaikan solat, mencari ilmu serta memenuhi keperluan dirinya serta kepentingan agama dan dunianya dibolehkan. Sebagaimana contoh, yang dilakukan oleh isteri-isteri para sahabat dan generasi yang akan datang selepas mereka dikira dari sebaik-baik zaman. Di antara mereka, ada yang keluar untuk menyertai kaum lelaki dalam peperangan dalam penaklukan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri berterusan kepada zaman para khalifah yang empat dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Rasulullah SAW bersabda kepada isterinya Saudah RA:

قَدْ أَذِنَ الله لَكُنَّ أَنْ تَخْرُجْنَ لَحِوَائِجِكُنَّ

Maksudnya: “Sebenarnya Allah telah membenarkan kamu (kaum wanita) keluar untuk memenuhi urusan-urusan kamu.”

Riwayat al-Bukhari (5237)

Dan sabdanya lagi:

إِذَا اسْتأذَنَتْ اِمْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى المَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعَهَا

Maksudnya: “Apabila salah seorang isteri kamu meminta izin pergi ke masjid, maka janganlah melarangnya.”

Riwayat al-Bukhari (5238)

Dan sabdanya lagi:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah (iaitu kaum wanitanya) dari pergi ke rumah-rumah Allah (masjid).” Riwayat Muslim (442) Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 

Mufti Wilayah Persekutuan. 03 Zulkaedah 1436H bersamaan 18 Ogos 2015

3 comments:

Anonymous said...

Macamana keadaan ekonomi di Kedah, Kelantan dan Terengganu....

Begitulah akan terjadi kepada Negara klau terus ditadbir geng Islam extreme dan penyakau the 2nd.

Anonymous said...

Haha tepokk.. Kongres PKR Stadium Melawati tadi.

Pada orang Melayu' sekelian masa kita tepok tangan dah bermola sesama barua lama dan barua baru DAP@LeeKwanYew dah mula becakaran sesama sendiri dan makin memanas.

Jom kita Kasi tambah minyak dan bara lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan di bawah kepimpinannya, hak dan kedudukan Melayu, Bumiputera serta kaum lain kini lebih selamat berbanding sebelum ini.

“Ada orang sekarang setelah 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham. Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.

Presiden PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 yang bertemakan “Malaysia MADANI, Pelaksanaan Sebuah Idealisme” di Stadium Malawati, di Shah Alam.

Haaa ajoomm kita Kasi tepok sesama barua Melayu' DAP@LeeKwanYew sedang berantakan dan berbunuhan..

Woooii barua ni apa asyik gadoh gadohhh saja.. orang nak tido pun tak sinang..

nang butinang kui butikui sesama barua DAP@LeeKwanYew bergadoh lah sampai mampuiiihh..

#PRNnikasilingkupsakibakibaruaLeeKwanYew

Anonymous said...

Barua DAP@LeeKwanYew yang sudah dibakulsamphkan iaitu Tun Mahathir guna tema Melayu' untuk melawan Brother Anwar Bin Ibrahim barua terbaru DAP@LeeKwanYew sekarang ini.

Pada orange Melayu' sekelian elok jangan campur urusan barua barua DAP@LeeKwanYew ini lagi.

Tun terkenal dengan lidah bercabang nya acah acah power Melayu' Islamik' sambil Pulau Batu Putih diberi percuma pada anak Lee Kwan Yew. Tun cuma nak selamatkan Boboi Dan anak cucu COMANGO nya saja

Melayu' harus rapat kan berisan dan jangan terkinja Kinja dengan permusuhan Dua barua DAP@LeeKwanYee ini..

Orang Cina tunggu masa saja bila kedua barua Melayu' mereka ini bercakaran Maka orang Melayu' akan berpecah dan dilaga lagakan lagi... I adalah stratigi Lee KwanYew@DAP untuk membatu apikan orang Melayu' bercakaran den terus berantakan sesama sendiri..

Biarkan saja barua barua DAP@ LeeKwanYew ini berbunuhan. PRN Jun 2023 ini masa kita lingkupkan saki Baki barua LeeKwanYew@DAP dari tampuk kuasa...

Ingat Kes sekor Cina Jho Low semua orang Melayu' berantakan sesama sendiri. Jho Low sampai sekarang bebas lepas kaya raya. Ada DAP MCA Geraka kutuk dan desak Jho Low ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan.

Malah kaum Cina anggap Jho Low pejuang yang menghancurkan kerajaan Islam dikuasai BN.

PRN Jun 2023 masa terbaik kita lenyapkan saki Baki barua barua DAP@ LeeKwanYew Dari tampuk kuasa Putra Jaya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails