Tuesday, March 28, 2023

Hakim pertama berhijab di New Jersey AS. & Lapor jahat di S'gor.

 

Nadia Kahf. - Foto Facebook/Josh PR

1. Nadia Kahf hakim pertama berhijab angkat sumpah sertai Mahkamah AS di New Jersey

ANKARA: Peguam Amerika Syarikat (AS), Nadia Kahf dilantik ke Mahkamah Tinggi New Jersey, menjadi hakim berhijab yang pertama di negara itu, menurut laporan media tempatan, seperti yang dipetik oleh Agensi Anadolu.

Kahf, yang berasal dari Syria dan seorang peguam undang-undang keluarga dan imigresen di bandar Wayne, mengangkat sumpah Khamis lalu, dengan tangannya di atas senaskhah al-Quran, menurut laman berita tempatan North Jersey.

Beliau akan bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Passaic County selepas Gabenor New Jersey Phil Murphy mencalonkannya tahun lalu, menurut media tempatan.

Walaupun Kahf bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai hijab.

Sejak 2003, beliau sudah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey, sebuah pertubuhan hak sivil Islam di mana Cik Kahf kini berkhidmat sebagai pengerusi.

Beliau juga adalah penasihat undang-undang kepada Wafa House, sebuah agensi keganasan rumah tangga dan perkhidmatan sosial bukan untuk untung yang berpangkalan di bandar Clifton, dan juga seorang pengerusi Pusat Islam Passaic County. - AGENSI


2. PAS hormati pembinaan rumah ibadat bukan-Islam yang teratur 

PAS Selangor kesal dengan laporan portal  Malaysiakini di bawah tajuk ‘Quit politicising religion – politicians told‘ oleh Isbelle Long dan Nabila Shila. 

Ia mahu menggambarkan seolah PAS bermain isu perbezaan agama kononnya untuk memperolehi sokongan politik dan mengaitkan ucapan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor di Parlimen baru-baru ini.

Ia mendakwa gesaan Dr Ahmad Yunus agar pihak kerajaan tidak membina rumah ibadat bukan-Islam berhampiran masjid sebagai bukti PAS memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

PAS Selangor menganggap laporan ini cukup jahat dan malah ialah yang sesungguhnya cuba mempolitikkan kenyataan jujur seorang wakil rakyat yang dalam perbahasannya mahu melihat keharmonian kaum dikekalkan dan sebarang konflik dan ketegangan sesama rakyat berbilang agama dapat dielakkan.

Dr Ahmad Yunus merujuk kepada cadangan pembinaan baru, yang melibatkan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pihak perancang bandar di PBT, Jabatan Perancangan Negeri dan di Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dengan gesaan agar sensitiviti masyarakat setempat sentiasa diambil kira.

Beliau dalam ucapannya pada 16 Mac 2023 di Parlimen membawa contoh sebuah tapak di sempadan kawasan beliau iaitu di Canary Garden, Bandar Bestari Klang, di bawah Majlis Perbandaran Klang di mana sebuah rumah ibadat bukan-Islam sedang dibina tanpa kelulusan di tapak yang dikelilingi kampung Melayu Islam di Sijangkang, Kuala Langat.

Penduduk di perkampungan ini telah membuat bantahan ke PBT dan beliau sendiri selaku wakil rakyat, kerana itu isu ini dibangkitkan di Parlimen untuk penyelesaian.

Untuk pengetahuan Malaysiakini dan pihak yang tidak bertanggungjawab menyerang PAS dalam isu ini, Manual Garispanduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor menetapkan bahawa sebarang tapak rumah ibadat perlu diwartakan di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara dan memperolehi Kebenaran Merancang dari PBT berkaitan, dalam kes ini tiada pewartawaan mahupun kelulusan diperolehi. 

Manual yang sama juga menyebut, pembinaan rumah ibadat bukan Islam di Selangor hendaklah di kawasan taburan penduduk 5,000 penduduk  untuk 1 tapak atau 2,600 penganut bagi 1 tapak. Di kawasan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Langat ini, tidak ada penduduk bukan-Islam pun berhampiran kawasan berkenaan.

Memutarbelitkan kenyataan seorang wakil rakyat di Parlimen dengan niat jahat ini cukup dikesali.

PAS tidak pernah ada masalah dengan rumah-rumah ibadat pelbagai agama termasuklah di Selangor yang ada sedia terbina sekian lama dan dapat diterima masyarakat setempat sejak awal lagi.

Isu ini berbeza kerana ia melibatkan rumah ibadat bukan-Islam yang baru, dan yang tidak mendapat kelulusan. Ia pula dibina di kawasan perkampungan Melayu Islam yang mendapat bantahan masyarakat setempat.

Secara amnya mana-mana masyarakat tidak akan menyokong pembinaan rumah ibadat mana-mana agama sekalipun yang tidak memperolehi kebenaran pihak berkuasa tempatan dan negeri. 

PAS Selangor berharap sebagai portal berita yang bertanggungjawab, Malaysiakini tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat yang tidak membantu dalam pembinaan sebuah negara yang bersatu-padu dan masyarakatnya patuh serta taat pada undang-undang dan peraturan negeri dan negara.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan
PAS Negeri Selangor
26 Mac 2023/ 4 Ramadhan 1444 – HARAKAHDAILY 26/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hakim pertama berhijab di New Jersey AS. & Lapor jahat di S'gor.

Mengenai rumah ibadat di Malaysia, puak-puak pelampau ganas anti Islam menyerang Islam secara terbuka.. 

"PAS Selangor menganggap laporan ini cukup jahat dan malah ialah yang sesungguhnya cuba mempolitikkan kenyataan jujur seorang wakil rakyat yang dalam perbahasannya mahu melihat keharmonian kaum dikekalkan dan sebarang konflik dan ketegangan sesama rakyat berbilang agama dapat dielakkan." Begitu biadapnya.


6 comments:

Anonymous said...

Mana boleh tempat takda orang, tapi bina rumah ibadat. Apa nyanyuk ke kerajaan selanggor.

Anonymous said...

Perpaduan pebende. Tempat takda orang bina tokong.

Anonymous said...

Saudi tak layan ex criminal. Lagi pun ex criminal terima dana zionist. Mana mungkin nak promote islam. Seiring dengan komunis dapig.

Anonymous said...

Aku cadangkan supaya pmx rekomen secara paksa pada mahkamah supaya dsnajib dibenarkan membuat satu ruang penjara dirumahnya supaya dia dibolehkan dipindahkan disana dengan seberapa segera, dan juga bagi menjimatkan duit kerajaan maka segala kos pembiyaan cel tersebut termasuk pengawal2 serta penyelian diurus sendiri oleh keluarga dsnajib.
Juga hendaklah juga ada kenderaan khas penjara biayaan beliau sendiri untuk tujuan kemana2 seperti kehospital dan lain2nya disediakan oleh beliau sendiri dengan pemandu serta pengawal biayaan sendiri.
Dan kalau boleh kerajaan hanya perlu menyediakan raider khas mengikut citarasa beliau.

Kalau boleh pmx boleh juga merekomen private jet untuk kegunaan beliau untuk tujuan rawatan di luar negara dan dsnajib diberikan pasport khas diplomatik untuk tujuan tersebut.

sekian terima kasih.

Anonymous said...

BM liberal memalukan rakyat negara ini. Bila kunjungannya tidak diraikan. Hanya gavenor jeddah jer yang sambutnya. Kira kira taraf dato bandar jer kat msia. Seorang ketua negara disambut oleh dato bandar mewakili negara saudi.

Sungguh memalukan.

Yang walaun liberal spin kononnya kunjungan bm ke saudi berjaya. Yang penting pelaburan bukan kaabah.

Sebenarnya bm tidak mewakili orang melayu Islam. Bm mewakili komunis dapig logiknya. Sebab kerajaan perpaduan bm dimajoritikan oleh komunis dapig. Jadi raja saudi menyedari hakikat ini. Selain daripada itu kerajaan perpaduan disokong oleh kluster hoi hoi ya hoi.

Anonymous said...

Yang pelik bin ajaib ialah bila kluster mahkamah diberikan passport. Sedangkan kes masih berjalan dan dia masih dalam pertuduhan.

Alasan dipulangkan, untuk memudahkan bertugas di luar negara. Sedangkan orang lain yang dalam pertuduhan, passportnya kekal ditahan. Walaupun punya tugas kat luar negara. Yang tak lunas ptptn pun ditahan passport nya.

Ngapa ada double standard kat sini. Jerong boleh. Bilis tak boleh.

Nampaknya hukum rimba masih kekal di bawah kerajaan perpaduan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails