Thursday, December 29, 2022

Sekat pendakwah, & artis pula! ADUN Chenur diarah tangguh kuliah.

 


1. Jangan “tak ada telur” sekat pendakwah dan artis terkenal sokong PN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyeru pihak berkuasa supaya tidak menyekat pendakwah bebas yang menyatakan sokongan terbuka kepada gabungan pembangkang itu.

Muhyiddin berkata, memandangkan pilihan raya telah berakhir, sewajarnya tiada mana-mana pendakwah yang tidak sehaluan kerajaan disekat daripada menyampaikan ceramah.

"Saya tahu ramai pihak berpengaruh termasuk pendakwah bebas dan artis terkenal yang memberikan sokongan terbuka kepada PN dalam PRU-15 yang lalu.

"Ada juga pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi.

"Selepas PRU selesai, seeloknya tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik.

“Baru lah boleh dikatakan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebooknya.

Sebelum ini, penceramah popular Ridhuan Tee Abdullah mendakwa disekat daripada keluar televisyen bagi rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan di TV1.

Ridhuan ketika dihubungi Malaysiakini pada 14 Dis lalu mengesahkan dia digam oleh Radio Television Malaysia (RTM).

Bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bagaimanapun menafikan dia mengeluarkan arahan bagi menyekat pendakwah terkemuka itu.

Muhyiddin juga turut meminta supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang berlainan fahaman politik.

Ini kerana pemilihan pengurusan masjid yang dibuat secara demokratik oleh ahli-ahli kariah tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah Islam menguruskan masjid mereka sendiri.

Katanya, pihak berwajib yang mentadbir urusan agama Islam juga tidak seharusnya mengekang penyebaran dan pengajaran Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) secara ketat sehingga menafikan orang Islam menimba ilmu di tempat perhimpunan orang Islam.

"Saya juga melihat video yang viral berkenaan AJK beberapa masjid di Pulau Pinang yang meletak jawatan kerana mendakwa terdapat campur tangan daripada kerajaan negeri berkenaan kedudukan mereka yang telah dipilih oleh ahli-ahli kariah.

"Saya berharap pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap para pendakwah dan AJK masjid semata-mata kerana berlainan fahaman politik," katanya. (1Media.my).


2. ‘Pihak atasan’ arah Adun Chenor tangguh kuliah 

Ustaz Mujibur Rahman Ishak

KUALA LUMPUR: Kuliah Maghrib oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak di Masjid As Sobirin Jengka 4, pada malam tadi telah diarahkan tangguh oleh ‘pihak atasan.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika dihubungi Harakahdaily untuk mendapatkan maklumat lanjut, hari ini.

“Saya dihubungi oleh al-Fadil Kadi Daerah Jengka, menyatakan mohon ditangguhkan kuliah Maghrib kerana arahan daripada ‘pihak atasan’,” katanya.

Sebelum itu kata beliau, pihak kadi telah menghubunginya melalui WhatsApp dengan menyatakan; “Assalamualaikum YB, mohon jasa baik ditangguh dulu kuliah di masjid Felda Jengka 4 malam ini, nanti lepas program di PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) Maran tengah hari ini, ana call semula.”

ADUN Mujibur merupakan pengkuliah tetap yang menyampaikan kuliah agama di Masjid Jengka 4, Felda Kuala Sentol lebih tiga tahun.

Katanya, jika alasan disebabkan isi kandungan kuliah atau kitabnya tidak sesuai mungkin boleh diadakan perbincangan.

Namun beliau kesal kerana pembatalan kuliah tersebut hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza.

Kata beliau, BN yang membentuk kerajaan Negeri Pahang bersama DAP sepatutnya memberi kefahaman tentang ilmu agama.

“Kefahaman ilmu agama itu perlu ditingkatkan bukan menyekat kuliah dan majlis ilmu.

“Saya nampak lebih kepada tekanan dan dendam setelah Umno kecundang 4-0 di Parlimen Maran,” tegasnya.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut meluahkan mengenai perkara itu.

“Selaku penceramah, insya-Allah saya memilih untuk profesional,” katanya.

Menurutnya, ketika menyampaikan kuliah, tiada disebut PAS atau mana-mana parti lain.

“Kita sebut tentang al-Quran dan Hadis. Kita sebut tentang Islam dan musuh Islam.

“Mengapa ini terjadi? Tepuk dada, tanya iman,” ujarnya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Maran. – HARAKAHDAILY 25/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekat pendakwah, & artis pula!  ADUN Chenur diarah tangguh kuliah.

Sudah kembali ke zaman 'Islam dipenjara' di negara sendiri?

As-taghfirullah!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Tak payah marah kerajaan. Mereka ada kuasa. Mereka ada dasar. Dan kita faham itu semua hukum rimba.

Masa mereka bersendirian dulu pun dah amalkan hukum rimba. Sekarang dah bergabung dengan dap, makin kuat kerimbaan.

Hukum rimba dulu pun tak menambah sokongan. Penyokong makin lari. Sebab rakyat dah bertamadun sedangkan mereka masih di hutan rimba. Mengamal ilmu raja singa.

Anonymous said...

Habis lah Bang Non kalau macam ni

Melalui 'PUISI' teguran Hassan Karim , Ahli Parlimen Pasir Gudang , Johor dari PKR yang juga merupakan sahabat karib Anwar harus diberi perhatian serius kerana walaupun kritikan nya terhadap Anwar itu sinis dan tajam namun ia adalah luahan yang BERASAS

Seorang pemimpin kanan DAP dari Pulau Pinang R Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengecam tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana melantik seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ramesh Rao sebagai pegawai khasnya bagi menjaga hal ehwal masyarakat India di Malaysia baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan apakah dengan pelantikan itu Zahid beranggapan dia akan berbeza kali ini dalam menangani masalah dihadapi masyarakat India.

“Saya tidak pasti sama ada pelantikan sebegitu adalah sesuatu yang pujian atau penghinaan terhadap kaum India di negara ini.

Abdullah Sani orang kuat PKR Tun masih takut terbayangkan sikap tegas Anwar menentang rasuah yang 'tidak berubah' sejak 30 tahun lalu.

Sikap itu didakwa akan merugikan kroni-kroni Tun dan kerajaan BN sebelum ini. Benarkah Anwar menentang rasuah sedangkan Timbalan nya bergelut isu rasuah..

"Seperti mana yang kita maklum, perbuatan beliau (Tun) ini sebab dia takut Datuk Seri Anwar menjadi PM. Segala perbuatannya itu menggambarkan biarlah orang lain (jadi PM) asalkan bukan Anwar.

Tun dah bersuara tatau suara siapa yang demam lepas ni...

Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, dilihat memberi tekanan kepada institusi kehakiman untuk menjalankan tugas secara adil dan tanpa gentar dalam kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO itu.

Mahathir menegaskan Ahmad Zahid sepatutnya meletak jawatan Presiden UMNO dan menolak lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas parti pimpinannya kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails