Monday, December 26, 2022

Kerjasama PH, BN pelik -Tun M.. & Anwar, Ahmad, Ahmad Fadhli taklimat banjir.

 

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama PH dengan BN membentuk Kerajaan Perpaduan sebagai pelik, menjejaskan kepercayaan rakyat kepada janji dan pendirian parti politik. - NSTP/ASWADI ALIAS

1. Tun M sifatkan kerjasama PH, BN pelik, jejas kepercayaan rakyat

PUTRAJAYA: Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada janji dan pendirian parti politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri menyifatkan kerjasama antara dua gabungan utama yang saling bermusuhan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), meremehkan janji yang dibuat kepada rakyat oleh parti politik, khususnya sepanjang kempen pilihan raya.

Katanya, kerjasama PH dan BN juga tidak menghormati undi rakyat yang memilih kedua-dua parti itu dalam PRU15 selepas percaya dengan janji dan pendirian mereka yang sebelumnya bertegas menolak satu sama lain.

"Saya dapati sekarang ini dalam pilihan raya, janji dibuat. Selepas menang pilihan raya, janji diketepikan dan tindakan yang bertentangan dengan janji dilaksanakan.

"Bermakna kerajaan ini tidak hormati janji yang mereka buat dengan rakyat. Rakyat tentu kecewa kerana mereka menyokong atas sikap dan dasar parti atau calon, tetapi apabila menang mereka ketepikan dasar dan janji mereka.

"Ini memberi gambaran seolah-olah pilihan raya tidak berkesan dalam menentukan pihak yang akan jadi kerajaan berdasarkan janji yang baik. Mereka mungkin lakukan benda yang di luar atau bertentangan janji mereka," katanya dalam temu bual eksklusif bersama BH di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibentuk hasil kerjasama luar biasa membabitkan PH dan BN, selain Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti lain.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas tiada mana-mana parti berjaya mendapat majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi Parlimen dalam PRU15, menyebabkan Parlimen tergantung selama lima hari sebelum Istana Negara mengumumkan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Dalam PRU15, PH mendapat jumlah kerusi Parlimen terbanyak dengan 82 kerusi, disusuli Perikatan Nasional (PN) yang menang 74 kerusi, BN (30), GPS (23), GRS (6), serta tujuh lagi diperoleh beberapa parti lain dan dua calon Bebas.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang tewas dalam PRU15 di Parlimen Langkawi, turut menyifatkan kerjasama PH dan UMNO sebagai perkara pelik dan mengetepikan pendirian masing-masing.

"Itu peliklah kerana kita tahu, UMNO dalam mesyuarat agungnya memutuskan tidak sama sekali bersama dengan Anwar atau DAP. Pakatan yang diadakan ini menidakkan dakwaan pendirian mereka. Pendirian mereka ialah tidak akan terima kerjasama dengan Anwar dan DAP.

"Sekarang ini bukan saja mereka kerjasama, bahkan menyokong musuh mereka sebagai Perdana Menteri dan (UMNO) bekerjasama dengan DAP," katanya. (BH)


2. Projek tebatan banjir di Kelantan diterus  

Anwar, Ahmad dan Ahmad Fadhli pada taklimat berkaitan banjir, semalam.

PASIR MAS: Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mempercepatkan projek tebatan banjir bagi fasa seterusnya yang mampu mengurangkan bencana banjir.

Katanya, projek berkenaan akan dibuat secara rundingan terhad dengan pihak terlibat dalam masa yang sama memastikan tiada kos berlebihan berlaku.

“Saya beri jaminan akan menyegera untuk meluluskan peruntukan bagi mempercepatkan projek tebatan banjir bagi fasa pertama dan kedua.

“Dalam masa yang sama kita juga ingin memastikan bahawa tidak ada kos berlebihan berlaku tanpa kawalan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan selepas selesai mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Tengku Panglima Raja, di sini petang semalam.

Oleh itu katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu menyegerakan untuk menghantar laporan berhubung projek terbabit kepada Kementerian Kewangan.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Zaini Husin.

Sebelum ini Anwar pada kenyataan menghentikan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion yang melibatkan kelulusan secara runding terus.

Bagaimanapun bekas Menteri Alam Sekitar dan Air Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan projek tersebut belum lagi dilaksanakan hanya peringkat perancangan kerajaan. – HARAKAHDAILY 22/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerjasama PH, BN pelik -Tun M..  & Anwar, Ahmad, Ahmad Fadhli taklimat banjir.

Itulah politik. Yang penting segala tindakan hendaklah kerana Allah SWT untuk rakyat bangun bersama Islam.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

Bapak menteri mudah jer borak tentang keanjalan permintaan. Dia jutawan. Harta juta juta. Tak beli ayam, boleh beli kambing, lembu, ikan. Ni semua harga yang jauh lebih mahal dari ayam.

Rakyat bukan semua jutawan. Yang cukup cukup makan paling ramai. Tak beli ayam, nak makan apa. Ikan mahal. Lembu lagi mahal. Kambing super mahal.

Pak menteri peduli apa dengan bantah formula. Bukan nak respon komen rakyat, dengar pun dah tolak. As if dia paling perfect.

Yang salah rakyat. Yang kartel bikin duit always right. Formula sama macam kasut hitam.

Anonymous said...

Pak menteri ni juga kuat fitnah. Sekarang dah banjir. Masih nak berpolitik. Tebatan banjir perlu. Rakyat tanggung rugi. Dia kaya. Harta juta juta. Boleh mastautin di rumah agam. Banjir bukan di kawasan rumah agamnya. Tiada simpati langsung dengan kesusahan rakyat. Sebuk jaga hubungan dengan parti chauvanist.

Anonymous said...

Depa ni jenis kuat mohong. Jadi kerajaan pun cara ngecek. Tangguh masa, tipu sd, kemudian buat mou. Licik. Mungkin banyak belajar masa jadi banduan.

Anonymous said...

Battle of Barua is begin..!!

Perlu diketahui 22 bulan Tun@DAP berkuasa menjadi Barua Lee Kwan Yew bila menyerahkan Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew. Sekarang barua baru Lee Kwan Yew melalui DAP@Anwar sedang berkuasa.

'Battle of Barua' Bomi Hangus is begin now. Ini lah kemuncak Melayu dilaga laga dan dibantu api kan barua barua Lee Kwan Yew sebelum kemunculan penguasaan kaum dari timur yang dijanjikan berlaku.

Anonymous said...

Kertas Ekonomi Sijil Tinggi Pelajaran Tingkatan 6 bagi calon STP jadi formula Rafizi Ramai sebagai rujukan bagi mangatasi harga barang.

Kertas Ekonomi calon STPM penawaran dan permintaan jadi rujukan formula yeop Rafizi.

Rafizi Formula guna formula cikai hingat kan canggih bebeno formula nyer.. Haramjadah punya formula..!!

Formula Rafizi 'klu harga ayomm naik jangan makan ayommm...!!

Jika sebelum ini yang dikatakan kalau ayam mahal, jangan makan ayam. Bagi nak jaga air muka yang dah terbarai Rafizi Formula bagi contoh air pula..Tapi kenyataan Rafizi adalah kalau satu kedai mahal, cari kedai lain yang murah.

Rafizi juga berulang kali ulang tentang minuman tak beralkohol sebagai contoh. Tak hado pulok selamo ni air minuman jadi isu.. yg jadi isu makanan keperluan bukan air alkohol atau air soda mau pun toguk air paip...

Kenyataan Rafizi sebagai formula mudah bagi konsep permintaan dan penawaran dalam sebuah pasaran yang rasional.. itu subjek Kertas Ekonomi Sijil Tinggi Pelajaran Tingkatan 6 atas dulu dulu.. Kertas Ekonomi STP dulu tak ada terkuat dengan peranan kartel, kuasa monopoli dan rangkaian kartel mafia..!!

Yang Rafizi Formula bukan mintak kerajaan tekan kartel ayoom tapi mintak pengguna jangan makan ayommm.. hang tangkap, tarik lesen kartel ada jugak helok nyerr... kikiki.. bodo punya formula..

Apa yang sepatutnya kerajaan lakukan adalah menjelaskan pendirian terhadap monopoli, kartel dan kuota serta langkah ke atas pembekal yang menyorokkan stok bekalan..

#tumpoobebenoformulatuyeopooii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails