Friday, July 02, 2021

Teroka peluang perniagaan sektor tenaga hijau -Tuan Ibrahim Tuan Man

 

IGEM: Platform ideal teroka peluang perniagaan sektor tenaga hijau

-“Saya menyeru agar semua organisasi dan usahawan hijau untuk mendaftar diplatform IGEM 2021 dalam usaha membina semula ekonomi pasca pandemik yang lebih berdaya tahan dan lebih hijau,”

KL: Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Product Eko Antarabangsa Malaysia atau International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) merupakan platform yang ideal untuk menerokai peluang perniagaan sektor tenaga hijau.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, IGEM 2021 dijangka memanfaatkan pasaran ASEAN yang sedang berkembang pesat dengan penyertaan meluas daripada sektor industri, agensi kerajaan serta pelabur dalam mempamerkan inovasi teknologi hijau terkini mereka.

Katanya, platform IGEM yang dibuat melalui virtual akan turut melibatkan pemegang taruh lain seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO), pakar-pakar dan lain-lain pihak untuk membincang isu-isu terkini berkaitan teknologi hijau, perubahan iklim dan alam sekitar.

“IGEM Virtual 2021 akan mempunyai pengisian yang menarik dengan setiap bulan mempunyai tema masing-masig seperti perubahan iklim, pembangunan mampan dan sebagainya.

“Selain daripada pameran virtual, akan juga terdapat webinar dan video menarik, pocket talks, dan peluang untuk networking yang akan merancakkan agenda mengarusperdanakan dan merakyatkan pembangunan hijau,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pra-perasmian IGEM, yang dijalankan secara maya, hari ini.

Sementara itu, beliau mewakili Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) turut menjangkakan impak yang lebih besar untuk IGEM pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Katanya, dalam masa 6 bulan ini, platform maya akan dapat menawarkan lebih banyak cadangan nilai dan peluang kepada semua peserta termasuk memupuk lebih banyak kesedaran terhadap pertumbuhan mampan.

Malah,Virtual IGEM 2021 juga akan menjadi pertemuan pemikir dari seluruh dunia untuk membincangkan inovasi baharu demi pembangunan semula sektor ekonomi dengan lebih baik ketika kita mengharungi wabak ini, ujarnya.

Tambahnya, tema Redefining Sustainability Virtual IGEM 2021 platform maya ini turut menawarkan pendekatan yang unik dan inovatif untuk membolehkan komuniti global bertemu mengikut keselesaan di lokasi masing-masing untuk mengambil bahagian dalam pameran, sesi ceramah serta mengatur pertemuan business to business (B2B).

Program anjuran agensi KASA, Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) itu akan berlangsung selama 6 bulan akan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2021 secara maya di www.igem.my.

Ia dijangka menampilkan hampir 300 pempamer dari 50 buah negara, menarik kunjungan 30,000 pelawat berdaftar dan menjana lebih RM5 bilion potensi pelaburan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor berkata IGEM telah memainkan peranan penting sepanjang 11 tahun penganjurannya dalam membangunkan ekonomi hijau yang berkembang pesat di Malaysia dan luar negara.

Beliau juga yakin bahawa IGEM 2021 akan memainkan peranan yang sama seperti tahun sebelumnya selain memberikan lebih banyak peluang untuk sesi perkongsian idea dan inovasi’.

“Dalam usaha kami untuk mentakrifkan semula kelestarian, platform maya IGEM 2021 telah disusun semula dengan ciri-ciri baharu untuk interaksi yang lebih dinamik dan mudah.

“Saya menyeru agar semua organisasi dan usahawan hijau untuk mendaftar diplatform IGEM 2021 dalam usaha membina semula ekonomi pasca pandemik yang lebih berdaya tahan dan lebih hijau,” katanya.

Setelah lebih sedekad penganjurannya, IGEM telah berjaya mencapai lebih daripada RM30 bilion potensi pelaburan dan kunjungan daripada 500,000 pelawat termasuk orang-orang kenamaan, pihak-pihak berkepentingan dan syarikat dari lebih 79 buah negara. – HARAKAHDAILY 25/6/2021

Lihat siri Thaikini:

6 comments:

Anonymous said...

Ditulis CEO MGTC bahawa "Beliau juga yakin bahawa IGEM 2021 akan memainkan peranan yang SAMA seperti tahun sebelumnya selain memberikan lebih banyak peluang untuk sesi perkongsian idea dan inovasi’."

Tuan Admin.

Benda ni dah sama dr B eNd dan kemudian PH(x sempat laksana btul2).

Skrang mentri ni plak nak ambil credit.


Green Tecnology ni MAHAL, tuan!


Klau harap Be eNd dan P eNd. Confirm gagal. Duit akan banyak bocor sbb dr keturunan penipu yg sama. Kerajaan di maju walaupun kafir tapi ada yg JUJUR(Mungkin bagi mereka perkataan JUJUR tak timbul, tapi mereka anggap buat kerja PROfessional) buat kerja. Sbb tu mereka maju

Green technology dan green environment punad kaitan. Mana Kelantan dan Pahang nak dapat duit klau balak kena LEBIH control penebangannya


Mentrri ni faham ke atau buat x faham sbb terpaksa wakil kementrian.

Atau.mcm mentri komositi juga... asyik riuh sawit harga tinggi! Melayu Islam kat mana?

Anonymous said...

Jangan pilih ph jadi kerajaan. Belum jadi kerajaan pun dah hancur bahasanya. Susah nak jadi baik jika sudah diasuh jahat.

Anonymous said...

Dolu menteri UMNO cipta banyak billionaire Bangsa Jho Low Billionaire Melayu ada ekor ajer Syed Bukhari dan Azman Hasyim...

Bila PAS jadi kerajaan harap menteri PAS kuasai menteri MITI dan MoF... insyallah oleh cipta 500 billionaire Islam Melayu dan billionaire converted juga spt billionaire Ebit Liew..

Insyallah....

Anonymous said...

Dalam2 banyak2 parti org melayu, yg paling bersih sehingga kini adalah pas. Masih bersih sejak merdeka. Hanya yg iri hati seperti parti liberal yg selalu melontar fitnah kpd pas.

Anonymous said...

Subhanallah... kenapa nak ikut amano cipta billionaire?

Tahu tak bila seorang jadi billionaire. Berapa ribu orang akan jadi susah. Billionaire ni ciptaan kapitalis. Yg AMAT kaya di sesuatu tempat. Banyak yg terhasil oleh penipuan, kroni kerajaan, manipulasi dll. Dlu2 Firaun tu kira lebih billionaire la..

Kek kat negara ni bukan besar pun. Klau dah 500 billionaire. Kek tinggal kat rakyat lain utk share tinggal berapa?


Itulah B eNd dah didik geng parti Islam extreme negara ni jadi nampak duit baru jadi kerja.

Manusia plak klau dah nampak duit, banyak yang gelap mata. Tengoklah, negeri susah, boss2 pakai Mercedes.

Lagipun banyak yg tahap millionaire Melayu Islam sblm2 ni pun dah senyap bawa duit mereka. Patut mereka yg aktif zaman susah skrg.

Tak perlulah billionaire. Tambahan geng2 parti Islam extreme yg x pernah pegang duit banyak, takut terbalik.

Kaya biasa2 sj dah cukup. Janji bantu orang dan keluar zakat.

Ebit Liew dapat banyk sumbangan.Bukan P eNd buat dia. Jgn buat crita dua billionaire. Jap gi lembaga hasil cari dia plak.

Anonymous said...

Jangan samakan billionaire kapitalis yg dicipta oleh Tun Mahathir dan Daim Zainuddin. Itu pemimin acah acah nnpk Melayu islamik ajer.

Lagi satu billionaire yg dilahirkan oleh Tun Mahathir Daim dan UMNO dolu dolu lebihkan Bangsa Jho Low dari bangsanya sendiri. Hanya 2eko saja billionaire yg dilahirkan Tun dan Daim yg kekal skg selain dari anak nya sendiri.

Dengan Jho Low sekor saja semua pemimpin melayu dan orang berantakan. Billionaire bangsa Jho Low yg di cipta oleh Tun Mahathir dan Daim skg sama naik tepok tangan sama Jho Low tengok pemimpin Melayu dan orang Melayu berantakan kena bangang bangangkan.

Billionaire Bangsa Jho Low dlm masa pendemik bukan saja tepok tangan tengok pemimpin ultra kena bodoh bangang dengan Jho Low malah harga barang, harga minyak sawit pulak sengaja di naik kan harga.

Kalau Lahir nya beratus billionaire Melayu Islam dan billionaire converted Islam spt Ebiet Liew nanti perkara seperti ambil kesempatan oleh billionaire bangsa Jho Low tidak berlaku lagi. Sbb tu bukak minda luas luas bukan nak jadi billionaire Arab dsb nya.

Yang penting bukak minda luas luas dan kalau nak perang atau lawan musuh bawak otak bukan pisau.

Dah abis tulis dengan bahasa bermutu dah ni. Klu tak paham jugak mme walaun jenis ni mme suka terkinja kinja dibodoh bangang dengan bangsa Jho Low.

Tak paham paham lagi ke...!?


#bawaotakbukanpisau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails