Friday, July 02, 2021

Masih lagi mulut lebar, sistem parit P/Pinang pun gagal..

 

Dua penghuni sedang mengharungi air akibat banjir.

Banjir kilat: Sistem perparitan Pulau Pinang gagal

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat gagal mewujudkan sistem perparitan Rancangan Tebatan Banjir yang kemas hingga menyebabkan acap kali berlaku banjir kilat.

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang, Saiful Lizan berkata, dakwaan itu dibuat berikutan sebahagian kawasan di negeri itu dilanda banjir kilat hanya dalam masa 2 jam selepas hujan turun.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan kerajaan negeri yang membenarkan aktiviti penggondolan, penarahan dan binaan di cerun bukit bagi pelaksanaan projek pembangunan mewah yang dipercayai menjadi punca kepada banjir kilat.

Katanya, situasi pembangunan projek-projek mewah itu telah menyebabkan tiada tumbuhan penampan yang bertindak memperlahankan pergerakan air turun ke kawasan yang lebih rendah.

Malah tambahnya, lebih menyakitkan pandangan kini apabila kawasan pantai juga turut dipenuhi lumpur.

Air mengalir deras di kawasan lereng akibat penggondolan bukit.

Terdahulu, hujan lebat sepanjang hari pada Isnin lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di negeri Pulau Pinang dilanda banjir kilat seperti di Tanjung Bungah, Tanjung Tokong dan Batu Feringghi.

Sesetengah tempat turut dilaporkan mengalami banjir berlumpur dan selut.

Bencana itu juga telah menyebabkan kerosakan harta benda dan kediaman penduduk dengan anggaran kos kerugian kira-kira RM 5,000 bagi setiap rumah yang terjejas.

Selain itu kata beliau, banjir di Batu Ferringhi dilaporkan telah menjejaskan kira-kira 33 buah rumah di perkampungan berhampiran Kampung Mutiara dan Kampung Kubur.

Jenis kerosakan yang dihadapi dipercayai merupakan kerosakan barangan elektrik, peralatan keperluan harian penduduk dan lain-lain lagi, ujarnya.

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang, Saiful Lizan

Dalam perkembangan lainnya, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari mendakwa bahawa jumlah hujan sehingga 150 milimeter (mm) dalam masa dua jam itu adalah luar biasa dan menjadi antara punca banjir kilat di kawasan Batu Feringghi,Tanjung Bunga dan Tanjung Tokong.

Untuk rekod, Pulau Pinang pernah mengalami bencana banjir besar pada tahun 2017 yang turut melibatkan beberapa kawasan di sekitar Seberang Perai dan Pulau. – HARAKAHDAILY 2/7/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemimpin PH/DAP bermulut lebar, biasalah!

Begitulah carafikir kepala-otak DAP. Ertinya, PH masih di peringkat 'cakap kosong' tiada tindakan apa-apa demi kepentingan rakyat tertindas. Memperkenalkan tradisi lapok di bawah tempurung PH 'cakap besar' babi pun boleh terbang. Nak selesaikan masalah babi Pulau Pinang, terowong, nelayan dan kambus laut pun bertahun-tahun tak selesai lagi.

Waktu berkuasa 22 bulan, kokoknya saja berderai-derai menjajakan hutang, cari derma dan pinjaman sana-sini. Bahkan sampai guna bapok/wanita jaja tabung derma. Mungkin guna tabung tin milo lagi mulia. Sekarang apa jadi duit itu? Duit pinjaman luar negara, tapak peniaga Jalan Masjid India contoh kecilnya, mana? Dan banyak lagi.

Kita tunggu, yang kokoknya berderai, apakah ekornya akan berulat bergelumang tahi? Itulah tradisi DAP/PH..

Lihat siri Thaikini:

9 comments:

Anonymous said...

Politik pkr adalah politik yg kucar kacirkan rakyat. Bikin cerita buruk2an kerajaan. Rakyat tunggu apa cerita kebaikan ttg parti liberal dan avengalist. Tiada rupanya. Mereka hanya tuding jari sana sini. Sedangkan mereka tak dapat tunjulkan kejayaan mereka. Bekas menteri kesihatan mereka gagal cegah covid di negeri tertinggi covid kat malaysia. Dap gagal bendung pencemaran babi, dan nak tambah ternak babi kat kg selamat. Bikin rakyat menyampah dan meluat kat ph. Tak habis2 nak mengencing. La ni bendera putih pulak. Nak normalkan ngaku kalah. Gunalah warna lain, mengapa putih.

Anonymous said...

Sistem perparitan ada yg disenggara local authority(state) dan ada yg di bawah federal(JPS).

Banyak sistem bawah local authority( state) diupgrade tapi x berguna kerana parit/sungai utama bawah federal x fungsi dgn baik.

Masalah banjir juga masalah negara. Ikut nasib. Kat mana2 jika jumlah hujan tinggi dgn cuaca dunia(dah tua) banjirlah.

Masalah pengurusan parit federal seluruh negara ada yg ok, banyak pula separuh ok(mcm smart tunnel tak bleh selesai masalah banjir kl) dan bermasalah.

Projek tebatan banjir Perlis katanya ada masalah(kes rasuah tak ingat tahn brapa). Di Kedah aďa projek dr Jitra sampai skrg tak siap dah berapa tahun. Kat Kelantan ntah apa yg dibuatnya?????

Masalah utama tiada kesungguhan, kejujuran, faktor kebocoran dan politik. Katanya ada projek dapat kat geng JPS juga. Klau dah geng sama juga maksudnya pemikiran pun sama ikut zaman dulu.... tiada kaedah pembaharuan.

Ambil contoh kerja pembersihan sungai. Sungai dicuci dan dikorek. Kebiasaan apa dilihat. Sampah dan tanah diletak di atas tebing sungai. Datang hujan turunlah srmua sampah dan tanah jatuh semula ke dalam sungai menyebabkan ia kembali cetek. Kerja gila.

Sistem perparitan sepatutnya dinaiktaraf dgn baik tanpa penipuan dan rasuah dr dlu. Baru skarng tak banyak kerja dan kos upgrade perlu dibuat.

Lihat sj Kelantan. SEJAK DARI MERDEKA. Adakah pakar atau jurutera bodoh sangat tak tahu nak selesai atau KURANGKAN masalah banjir? Tidak. Tetapi faktor perlaksanaan diluar kuasa mereka. Federal bgtau dah berbillion di belanja. Apa hasilnya.

Betul2 frust lihat org Kelantan yg masih sokong geng B End yg rakus dan penipu. Skrng parti Islam extreme plak bergeng dgn mereka yg menipu rakyat Kelantan.

Kat Kelantan tu beratus ribu rakyat Melayu Islam kena hadap banjir TIAP-TIAP tahun.

Fikirkanlah. Jangan asyik salahkan DAP.

Poor Indon said...

Penang mana ada musim Banjir setiap tahun macam Kelantan oooii mangkuk!! Ini baru hujan sejam dua dah terus Banjir Kilat kat Penang Darul Gondol DAPigs!! Cuba kena hujan satu bukan macam Kelantan, mahu tenggelam terus Pulau Pinang!!! Bengap punya Penjilat DAPigs nii

Anonymous said...

Kalau jadi pada kelantan bukan main lagi kamu menyalahkan pas. Dasar liberal, semua org salah, dap jer betul.

Anonymous said...

Kelantan banjir kerana Kelantan menerima hujan dalam kuantiti yang sangat banyak dari bulan Nov hingga March setiap tahun kerana hujan lebat dibawa oleh angin monsun Timur Laut dari China ke Kelantan.

Pelbagai projek telah dilaksanakan untuk mencegah banjir di Kelantan dan kejayaannya boleh dibuktikan dengan kejadian banjir di Kelantan semakin berkurangan setiap tahun.

Sebaliknya , apabila parti kafir harbi roket menang PRU di PP, rakyat PP berenang dalam banjir kerana kerakusan nafsu serakah dan sikap tidak peduli puak roket sendiri.

Kera jaan roket telah meluluskan pelbagai projek perumahan di lereng-lereng bukit yang tidak terkawal terutama di lereng bukit tanpa mempedulikan kesan buruknya ke atas alam sekitar telah menyebabkan banjir kilat berlaku berulang-kali di PP.

Sebaliknya kera jaan roket PP cuba kencing rakyat dengan memberi alasan bahawa kejadian banjir yang berlaku ini berpunca daripada fenomena bulan purnama.


Jika PP menerima kuantiti hujan yang sangat banyak seperti Kelantan, sudah pasti PP akan menjadi akan tenggelam dalam banjir besar setiap tahun kwrana kerakusan kera jaan roket sendiri.

Malangnya puak RBA ternakan abang besar roket suka sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak semata-mata untuk menfitnah Kelantan sedangkan PP sendiri mengalami banjir kilat berulang-kali kerana kerakusan dan sikap tidak peduli kera jaan roket sendiri. Inilah akibatnya apabila puak RBA berpura-pura tidak nampak gajah di hadapan mata sendiri kerana sibuk meneropong kuman di seberang laut walaupun kuman itu tidak wujud di Kelantan.

Anonymous said...

Pembetulan:

Jika PP menerima kuantiti hujan yang sangat banyak seperti Kelantan, sudah pasti PP akan tenggelam dalam banjir besar setiap tahun kerana kerakusan kera jaan roket sendiri.

Anonymous said...

Banjir bukan kjra nusim sekarang cik woii.

Cuaca dunia dah x betul. Bila2 masa turun JUMLAH HUJAN TINGGI, akan banjir kilat. Kecuali saiz parit dah betul2 cukup tampung hujan.

Masalah kat Kelantan diburukkan lagi dgn sistem parit tak up to date disebabkan ketirisan kos projek.

Klau geng Melayu bodoh mungkin x berapa faham.

Anonymous said...

Alasan kuantiti hujan banyak bukan alasan tepat. Dlm kajian perparitan, jumlah hujan dah dikira/anggarkan 5 tahun hingga 100 tahun akan datang.

X tahu jangan nyampuk


Maksudnya 10 tahun atau 50 tahun dlu dah anggar JUMLAH TABURAN AKAN TINGGI skrg.

Kesimpulannya juritera dlu dah tahu/anggar skrng hujan akan berbeza skrg.

Terletak kpd pemimpin(perancangan kos)dahulu yg nak buat parit saiz mana atau nak masukkan duit peruntukan dlm poket.

Tuhan bagi ilmu utk merancang. Manusia klau dah penipu dan bergeng dgnnya akan hancuss.

Dan untuk.makluman lagi jurutera skrg dah tahu 10 50 tahun akan datang JUMLAH HUJAN akan lebih tinggi dr hr ni..... Ada nampak projek pembesaran parit skrg???? Klau ada, Tak kira lagi ada kebocoran atau tidak.

Nasib klau ko hidup 10 tahun lagi tunggu tengok kesannya.

Banyak benda dlm dunia ni dah boleh predict apa nak berlaku dan kesannya. Tapi pemimpin bodoh dan penipu takkan hairan.

Tambah2 lagi geng parti Islam extreme yg double tak cerdiknya.

Anonymous said...

Semakin puak RBA mahu menunjukkan kepandaian mereka, semakin banyak kebodohan dan kencing puak RBA terdedah. Jika puak RBA nak berpura-pura pandai pun, agak-agaklah sebab rakyat tidak bodoh.

Fakta:

(1) Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama negara kita. Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama-sama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di negeri-negeri pantai timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak di Malaysia Timur. (Sumber:
Jabatan Meteorologi Malaysia)

(2) Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering bagi seluruh negara kecuali negeri Sabah di Malaysia Timur. Pada musim ini, kebanyakan negeri mengalami hujan bulanan minimum, biasanya di antara 100 - 150mm. Keadaan ini menunjukkan keadaan atmosfera yang stabil di kawasan khatulistiwa. Keadaan kering di Semenanjung Malaysia terutamanya disebabkan oleh kesan lindung hujan oleh banjaran gunung di Sumatera. (Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia)

Kesimpulan:

Banjir kilat yang kerap berlaku di negeri yang diperintah oleh kera jaan roket adalah disebabkan oleh kerakusan kera jaan roket memberi kebenaran kepada pihak kapitalis (kroni roket ? ) untuk melaksanakan projek-projek perumahan dll di lereng bukit tanpa mempedulikan kesan buruk ke atas alam sekitar dan rakyat.

Banjir kilat yang berlaku berulang kali ini telah membuktikan kera jaan roket telah gagal dalam perancangan pembangunan dan gagal menyediakan kemudahan saliran air seperti perparitan dll.

Akibatnya rakyat yang menanggung banyak kerugian di bawah pemerintahan kera jaan roket.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails