Sunday, June 27, 2021

Pelaburan RM42.2 bilion lulus. DAP, kosong?

 

Pelaburan RM42.2 bilion Risen Solar dilulus ke Kedah. 

KUALA LUMPUR: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah membawakan pelaburan sebanyak RM42.2 bilion di mana dalam tempoh 5 tahun akan mewujudkan 3,000 peluang pekerjaan ke Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

Kelulusan lesen pengilang dan galakan insentif melibatkan syarikat China, Risen Energy Co Ltd yang mengeluarkan produk teknologi solar itu telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu, menerusi Risen Solar Technology Sdn Bhd, syarikat itu akan membelanjakan modal dan operasi bagi tempoh 15 tahun.

Terdahulu, kedua pemimpin ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman mengadakan mesyuarat atas talian bersama Pengerusi dan Presiden Risen Energy, Xie Jian.

Syarikat kelima terbesar dunia ini mengeluarkan reka bentuk, pembangunan dan pengilangan sel solar dan modul solar di mana industri ini menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran berintegrasi produk solar.

Ketika ini terdapat juga beberapa syarikat pengeluar global solar beroperasi di negara ini seperti Jinko Solar, Longi Solar, JA Solar, Hanwha Q Cell, First Solar dan Sun Power.

Menurut Muhyiddin, pelaburan dari Risen Energy ketika dunia sedang bergelut dengan cabaran pandemik COVID-19 merupakan kejayaan buat negara, sekali gus menunjukkan keupayaan pengurusan ekonomi Malaysia.

“Alhamdulillah, trend kemasukan berterusan pelaburan asing berimpak tinggi ini tentunya menyuntik lebih keyakinan dalam kalangan komuniti pelabur luar terhadap prospek pemulihan ekonomi Malaysia.

“Ini selari dengan aspirasi Pelan Pemulihan Negara yang pastinya akan membawa manfaat besar kepada masyarakat dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan,” ujar Muhyiddin.

Maklum beliau, Risen Energy juga akan menjalin kerjasama dengan universiti dan institusi tempatan dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk pengambilan pelajar secara ‘internship’.

Mohamed Azmin memberitahu kilang pengeluaran terbaharu Risen Energy ke KHTP itu adalah pelaburan pertamanya di Asia Tenggara untuk mengeluarkan modul fotovoltaik kecekapan tinggi 3GW bagi permintaan global.

Syarikat itu maklum beliau, akan memulakan operasi aktiviti komersialnya pada suku pertama 2022, sekali gus menyumbang kapasiti pengeluaran disasarkan, apabila pembinaan kilangnya dijangka selesai pada hujung tahun ini.

“Projek Risen Energy di Malaysia juga akan memberi manfaat kepada perniagaan tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana serta menyediakan peluang kepada mereka untuk menjadi sebahagian daripada rantaian nilai global.

“Bagi memanfaatkan peluang pekerjaan yang bakal wujud nanti, MIDA telah bekerjasama dengan Risen Energy bagi program pembangunan tenaga kerja khusus untuk melahirkan kumpulan tenaga kerja tempatan yang mampan bagi memenuhi permintaan pemain solar global,” ujarnya.

Beliau menyifatkan pelaburan-pelaburan besar mutakhir ini mencerminkan keyakinan tinggi pelabur terhadap pentadbiran sekarang dan kestabilan politik negara yang penting menyediakan iklim kondusif bagi pertumbuhan dan pengembangan pelaburan serta perniagaan. – HARAKAHDAILY 25/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kedah mula mengorak langkah dengan pelaburan RM42.2 bilion Risen Solar dilulus ke Kedah. Walaupun Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) masih menjunjung kasih di atas titah pandangan Raja-Raja Melayu berkaitan isu Darurat...

Dalam satu kenyataan, majlis itu (PH) berkata, “Malah berdasarkan bukti sains dan data, keadaan pandemik semakin meruncing dan bertambah teruk sejak Darurat diisytihar dengan jumlah kes positif dan kematian harian yang kekal tinggi,” kata kenyataan itu hari ini. 

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat terakhir pada Julai ini, wakil PH akan menegaskan bahawa jawatankuasa perlu:

● Menjunjung titah pandangan Raja-Raja Melayu berhubung isu Darurat;

● Menerima bukti sains dan data bahawa Darurat tidak memberi kesan kepada usaha pengawalan pandemik COVID-19; dan

● Menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk tidak melanjutkan Darurat selepas 1 Ogos 2021.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat juga akan tamat fungsinya dan terbubar selepas 1 Ogos 2021. Lihat Roketkini.com hari ini)


Ertinya, PH masih di peringkat 'cakap kosong' tiada tindakan apa-apa demi kepentingan rakyat tertindas.

PH/DAP patut le hanya mampu perintah Malaysia 22 bulan saja. Porrah!


3 comments:

Anonymous said...

Kita boleh Melayu boleh... masa Melayu terajui ekonomi masa ujudkan billionaire Melayu seramai mungkin juga boleh dilakukan juga.

Elok lah ubah paradigma Melayu boleh berniaga lebih baik dari kaum Cina.

Jangan bagi muka lebih lebih lebih zaman Tun Mahathir dan Daim dulu.

Asal bailout saja Tun akan maki hamun orang Melayu malas, tak tahu niaga suma salah melayu... sedangkan yang dibailout syarikat anak dan kroni nya...

Ucapkan Selamat Tinggal pada Mukhriz Tun Mahathir dan legacy nya..

Masa kamu anak beranak berundur dari kayangan sudah tiba.

Anonymous said...

Makin bernanah puak puak penunggang agama liberal plural bila baca 42.2 prlaburan billion hengget di Kedah...


#lawandenganotakbukandenganpisau

Anonymous said...

Benci sangat bangsa lain.

Dah skrg puja pula? Ha ha

Agak2 pengurusan nanti ramai Melayu ke atau ramai bangsa lain?

Jangan operator pun ramai bangla udah le.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails