Saturday, November 14, 2020

T/Kasih KPDNHEP S'ngor Kerana Memantau hidangan didakwa mi kari babi..

 

Pemeriksaan dijalankan itu bagaimanapun mendapati restoran berkenaan mempunyai sijil halal JAKIM. -Gambar hiasan/ PEXELS

Serbu restoran terkenal di Subang Jaya didakwa hidang mi kari daging babi, walau ada sijil JAKIM?

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memeriksa dan merampas bahan mentah berupa daging ayam, di sebuah restoran terkenal di Subang Jaya semalam, susulan tular sebuah video mendakwa mi kari yang dijual premis itu mengandungi daging babi.

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pemeriksaan dijalankan lima anggota penguat kuasa itu, bagaimanapun mendapati restoran berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sah sehingga 30 Nov ini.
"Menurut pengurus restoran itu, beliau mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak.
"Pemeriksaan lanjut ke bahagian dapur restoran menemukan bahan mentah yang digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan. Bahan mentah utama iaitu daging disyaki daging ayam disita, bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Muhamad Zikril Azan, turut disita semasa pemeriksaan itu adalah Sijil Halal JAKIM dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.
Katanya, pengurus premis memaklumkan bekalan bahan mentah dipesan oleh pihak ibu pejabat syarikat restoran terbabit.
Muhamad Zikril Azan berkata kes disiasat di bawah kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan jika disabitkan dengan kesalahan, boleh didenda seperti di bawah Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011.
Tambah beliau lagi, KPDNHEP Selangor akan terus memantau serta memeriksa bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal JAKIM sentiasa mematuhi peraturan selain menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini. -- BERNAMA
Hibur Hibur Sikit:

9 comments:

Anonymous said...

Bajet 2021 : Dah 9 lapuran polis dibuat pada Tun mengenai separation of power..

Fiuuyooo kemain atok bentang bajet 2021 mula mula ok lah bole terima pasal kurantine 14 ari org yg mungkin +ve Covit atau masih -ve Covit yg kena kurantine bukan sorang kadang kadang satu keluarga kena kurantine.

Ini mme merugikan ekonomi sesorang dan buisness online... klu buisness online niaga roti rasanya tak perlu bailout pun... kikiki..

Cuma yang meloyakan tekak teman sampai naik kembang ucapan atok durasi minit ke 20 - minit 21. (video kat bawah ni haahh..)

https://youtu.be/gB-KdLq8DRE

Atok mintak org politik dan urusan kuasa executive hendaklah dihentikan/dipisahkan (separation of power .. dengan izin) ni yg tekak teman tetiba kembang semacam rasa nak trus muntah hijoo.

Bila atok tak ada kuasa ke main nak separation of power bagai...!!

Fakta Kat bawah ni dah 9 lapuran polis pasal langgar separation of power masa atok berkuasa.

Pengerusi UMMAH Malaysia, Mohd Zai Mustafa mengesahkan sebanyak 9 laporan polis telah dibuat oleh pihaknya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan Tan Sri Tommy Thomas berhubung surat penarikan balik pembekuan akaun seorang taikun tanah berkaitan kes 1MDB.

Fakta Kronologi Kes dan Arahan:

26.10.2018: Peguam Tan Sri Lim Soon Ping (TSL) menulis kepada KP SPRM (pada waktu itu Dato’ Sri Shukri Abdull) untuk lepaskan pembekuan semua akaun peribadi dan syarikat TSL (salinan surat ditunjuk lagi).
Salinan surat diberi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM).
05.12.2018: TDM minitkan surat dari Lim Guan Eng (LGE), dan berpendapat TSL “tidak boleh dipersalahkan” pembekuan akaun peribadi dan syarikat TSL tidak boleh dikekalkan” (minit TDM dlm surat lagi).

19.02.2019: Surat Peguam TSL diterima oleh LGE dan beliau minitkan Peguam Negara Tommy Thomas (AG TT) arah pelepasan akaun-akaun itu dengan merujuk kepada minit TDM.

31.05.2019: LGE tulis surat rasmi kepada AG TT mengarahkan akaun TSL dilepaskan daripada pembekuan;
14.06.2019: AG TT menulis kepada LGE memaklumkan status kes dan arahan beliau kepada SPRM melepaskan pembekuan akaun2 TSL (ada lampiran surat lagi).

Pada walaun unta sekelian udah udah lah tu jangan dok terkinja kinja sangat pasal 'saparation of power' bagai.

Bila atok cakap separation of power 'gitu gitu' lagi dalam Dewan masa bentang Bajet 2021. Kalau setakat nak acah acah power bila kuasa dah hilang baru terhegeh nak sebut separation of power bagai..! forget it okey..!!

Separation of power konon..udah udah lah tuu atok, geli gelaman badan teman dah naik kembang tekak teman nih...

Klu nak citer separation of power ni memacam benda 22 tahun 22 bolan boleh tulis. Boleh naik lenguh tangan teman nak tulis balik..!!

Atok gorenglah apa pun suma dah tak laku..

sebelom tepokk.. haahh lu fikir la sindri..!!

Anonymous said...

Kene pantau untuk mengelakkan termasuknya seketul daging babi ke dalam sekawah daging lembu & kambing yang sebelum disembelih telah dipuja & dicucuk hidungnya.. Yelah, untuk dijadikan semangkuk hidangan persembahan untuk Puteri Gunung Tahan..

Anonymous said...

Agaknya bila dah mati nanti, Rasul mana yang anda ingin berjumpa..?

Anonymous said...

Lagi satu, kalau rasa bosan sangat nanti tunggu diri sendiri dihisab di Padang Mashyhar, laungkan sekuat hati ungkapan 'mi kari babi' ini, inshaAllah saya akan mendengarnya.. Mungkin saya boleh membantu..

Anonymous said...

Rasul Wahid

Anonymous said...

Yang jelas dan pasti ialah daging babi dalam sekawah sup katak menjadi makanan haram kegemaran puak kafir harbi roket dan RBA.

Sudah tentu puak munafiqun liberal juga suka makan menu yang sama kerana ia menjadi kegemaran sifu roket tak basuh berak.

Mike Selfie Amoi telah berkata bahawa dia lebih suka makan babi dengan sifu roket dari makan ayam.

Anonymous said...

Golongan liberal mereka mungkin tidak berapa mahu ambil kisah berkenaan benda2 berkaitan babi ni? Sebab tu HATI jadi hitam sebab tak jaga makan!

Anonymous said...

Ianya suatu perbuatan yang amat serius, harap pihak mahkamah dapat memutuskan supaya lesen peniaga ini ditarik dan dipenjara 20 tahun!

Anonymous said...

Terimakasih Ibnu Hasyim kerana berkongi artikel yang amat berguna ini. Teruskan membongkar penipuan2 kaum kafir ini walaupun usaha2 murni anda ini sangat dibenci oleh golongan2 Melayu liberal!

Teruskan menegak SYIAR Islam!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails