Wednesday, November 11, 2020

Rogol Berkumpulan, gilir-gilir. Apa solusi..

 

4 remaja ditahan bergilir lakukan seks dengan budak 12 tahun

Kuala Lumpur: Empat remaja lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun serta seorang remaja perempuan berumur 15 tahun secara bergilir-gilir ditahan polis kelmarin.

Pada masa sama, seorang lelaki berusia 20 tahun turut ditahan kerana merakam perbuatan terbabit dengan telefon bimbit.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, terdahulu, kejadian terbabit berlaku jam 8 malam, 4 November lalu.

"Empat remaja lelaki berusia 16 itu melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak dan remaja perempuan terbabit berdekatan loji kumbahan di Taman Malar, Ipoh, Perak.

"Susulan laporan polis diterima, kami mengesan sebelum menahan kesemua suspek kelmarin, bagi membantu siasatan," katanya ditemui di pejabatnya, di Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan terbabit kes rogol berkumpulan.

Menurut Siti Kamsiah, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.


Komen Weblog Ibnu HasyimMengapa dikatakan hanya 'hudud' dan perundangan Islam yang boleh mengajar penjenayah-pennjenayah tersebut? Lihat ini..

Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik 
April 20, 2016 12:17 PM
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.
Demikian Zakir Naik.

Memang PAS satu-satunya parti parti Islam yang memperjuangkan 'hudud' dan perundangan Islam di Malaysia. Bahkan kini PAS diberi peluang sama-sama berkerjasama memerintah Malaysia, al-hamdulillh. 

Tetapi bayang-bayang untuk dapat melaksanakan 'hudud' masih belum nampak jelas, walaupun di negeri-negeri yang PAS kuasai majoriti dan rakyatnya mengundi kerana mahukan 'hudud'.

Jadi, bagaimana solusinya? Rakyat yang mahukan hudud dan perundangan Islam perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan kerusi-kerusi yang ditandingi PAS. Menegakkan negara Islam yang ada 'Hudud' di dalamnya adalah wajib. 

Memang asalnya hukum 'wajib kifayah', kalau sudah tertegak negara Islam (termasuk hudud) seperti yang sepatutnya. Tetapi kalau 'belum tegak' seperti yang ada sekarang ini (tiada hudud dalam perundangannya), maka hukum wajib kifayah bertukar menjadi 'fardhu ain'.

Jadi, akan berdosalah setiap umat Islam yang tinggal di dalam negara yang tiada dilaksanakan 'hudud' di dalamnya. Bahkan ada ulamak Islam dan haraki menyebutkan, "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi negaranya tidak menjadi negara Islam yang sebenarnya."

Sekian, wallahu 'aklam.

Hibur Hibur Sikit:
Album 2

15 comments:

Unknown said...

Ini kena mintak Panduan drp Syeikh Abam n Syeikh Sabu

Anonymous said...

Puak kafir harbi roket dan khadam RBA dan khadam liberal mereka membela industri dosa besar dan aktiviti dosa besar.

Maka tidak hairanlah musuh Islam ini memusuhi ajaran Islam, perjuangan Islam, ulama Islam, umat Islam dan parti Islam.

Unknown said...

Ibnu cari tajuk lainlah asyik rogol jeee...bola ok gok

Anonymous said...

Kadang2 sifat suka merogol, berzina juga mungkin diwarisi dari ibu bapa? Legasi dari DNA keluarga?

Anonymous said...

Bila dikatakan akan lahir seorang anak luar nikah dalam masa setiap 10 minit, puak2 liberal, atau MP2 mereka dikatakan tidak pernah atau mahu ambil kisah?

Mereka berasa amat berat untuk mengutarakan atau membahaskan isu ini kerana bergitu menghormati DAP? Benarkah bergitu?

Unknown said...

Hanya Undang2 Islam blh nembendung isu ini

Unknown said...

ouak PH dok payah nenyalaklah

Anonymous said...

Aku nk tanya lebai2 mangkok! Hudud sm ruu355 apa citer?
Lembu2 Pas sm anjing2 Pas xyah jawap la..bkn ada fakta pun.

Anonymous said...

Skrg PAS ada kuasa buatlah hudud.. jgn bagi byk alasan dan salahkan org lain..
Adun kltan sibuk besarkan tembolok sendiri naikkan gaji dah x fikir pasal hudud kot..
Walaun menyalak ajerlah..

Anonymous said...

Buat masa sekarang hudud bukan keutamaan. Ulama kami dalam pas lebih tumpukan kepada belanjawan utk rakyat bagi melawan covid. Ini semua penting demi rakyat. Lagipun perjuangan hudud mesti ikut selari dgn perlembagaan spt jawapan timbalan menteri pas dalam dewan. Timbalan menteri kami level ulama. Bukan main2. Ingat cikai ke. Kalau dah tak boleh nak buat camna. Takkan nak paksa jugak. Buduh. Kami junjung perlembagaan dinegara demokrasi ini. Sabar.. Masa panjang lagi. Pas akan memerintah sehingga penggal2 seterusnya. Dah reda covid nanti hudud akan tertegak! Takbirrr

Anonymous said...

Bila tnya hudud, nk tggu covid reda.
Bila naik gaji, covid x reda pun jalan jgk. Habuan dunia mesti mau sebat punya..ulamak suk di akhir zaman..

Anonymous said...

Pak Asim....videonya ada tak?

Unknown said...

Puak PANDAP akan sebtiasa mengutuk sbb dana drp Harbi

Anonymous said...

Ini lah akibatnya apabila sebelum diberi amanah mentadbir ditipunya rakyat nak buat hukum hudud. Bila allah beri tgjwb, hudud terus tak dibuat. Maka berleluasa jenayah rogol dibawah pentadbiran parti yg dikatakan islam.. Kesian rakyat

Unknown said...

Nilah akibat giler menroyan 22 bulan. abis org org melayu islam dianjing2 DAP dgn vangga di sokobg PAN. pJR x oerlu ditakwillah mmg dasar parti tsb

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails