Thursday, November 12, 2020

Rebutlah Peluang Niaga Di Wilayah Bebas Berniaga.

 

PAS Wilayah seru orang awam rebut peluang berniaga   

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP), Azhar Yahya menyeru orang awam memanfaatkan peluang Wilayah Bebas Berniaga yang diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini.

Menurut Azhar, khabar gembira itu dimaklumkan pada waktu yang tepat memandangkan ia bakal membuka ruang dan peluang untuk warga kota mencari atau menambah pendapatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau bagaimanapun menasihatkan para peniaga menyambut peluang dengan berniaga secara jujur, menjaga kebersihan dan tidak menghalang lalu lintas selain menjual dengan harga barangan yang tidak membebankan pengguna.

“Ia selaras dengan perniagaan berasaskan cara dan barangan yang halal dan baik atau Halalan Toyyiba,” ujarnya.

Jelasnya, kelonggaran ini akan merancakkan kitaran ekonomi rakyat terutama golongan B40 sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan yang berdikari mencari pendapatan tanpa mengharapkan makan gaji semata-mata dan digalakkan dengan kepatuhan kepada undang-undang oleh pihak berwajib.

Di samping itu, Azhar turut menyeru orang awam yang kurang terjejas kewangannya memberi sokongan kepada peniaga tempatan dengan membeli produk-produk mereka mampu membantu memulihkan taraf ekonomi para peniaga sekali gus memenuhi keperluan harian.

“Semoga kesempatan berharga ini dapat digunakan sebaiknya oleh rakyat Malaysia ke arah mendapatkan rezeki yang berkat sehingga limpahannya mampu menunaikan zakat, sedekah dan lain-lain untuk manfaat masyarakat,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.

Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, mulai 15 November ini.

Bagaimanapun, peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang ditawarkan secara percuma. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

11 comments:

Anonymous said...

Tengoklah bagaimana MN mentadbir, mereka bersungguh2 membantu rakyat, denyutan rakyat, ianya legasi!

Kalau zaman Pakatan Hancing/DAP memang tak dapat lah macam ni! Depa bagi 30 hinggit suroh main jauh2?

Semua BRIM, BROM, BROT, BRET adalah untuk rakyat, ada database, initiatif kerajaan terdahulu! Pakatan Hancing/DAP hanya meninggalkan legasi TAIK BABI!


Anonymous said...

Jika tidak kencing rakyat, itu bukan puak biaDAP , RBA atau khadam liberal mereka namanya.

Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing hingga hancinggggggg......

Anonymous said...

X susah nk kenal antara org cerdik dan x cerdik. Tgk je komen dia..hehe

Anonymous said...

Pala hotak ko MN. Yg mentadbir sekarang dibawah PN. Ada pelbagai partu pas mca umno bersatu gps.. Mic. Respek sikit tsmy dari bersatu. Kita pas jangan nampak bodoh sangat nanti dapiig kecam.
Jangan bikin malu PN.

Anonymous said...

cakap aja pandai
TAPI gagal tadbir agama dan negara...

siapa?

PAS

Anonymous said...

Buat masa negara dilanda covid ni kami pas lebih selesa mendiamkan diri.
Idea ni asalnya datang dari pimpinan pas dan
Menteri wilayah akhirnya bersetuju dgn idea pas menggalakan rakyat berniaga.

Unknown said...

Rasanya semua udea yg bagus2 drp daripada Parti Rahmatan Kafirin

Unknown said...

Hanya Pakatan Hempedu mampu mentadbir negara menuju fidausi

Anonymous said...

Oleh sebab komponen MN berada dalam PN maka MN juga terlibat dalam pentadbiran menjaga kebajikan rakyat.

Jika RBA 2:45 nak menyamar sebagai ahli pas pun untuk menghina PAS pun agak-agaklah kerana rakyat tahu RBA adalah musang roket berbulu ayam.

Anonymous said...

Cakap pon pan pon pan aja pandai
TETAPI sibuk menghina Islam, menindas umat Islam dan gagal tadbir negara sehingga ekonomi negara merundum, beban rakyat meningkat dan aset kerajaan dan aset tabung umat Islam dijual...

Siapa? Puak kafir harbi roket, RBA dan khadam liberal mereka.

Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing hancing dengan pelbagai janji palsu oleh puak penyamun dan penipu.

Anonymous said...

Selagi dpt DANA drp Kafir harbi slg itu Puak Rahmatan Kafirin atau Rahmatan Dapirin akan menyondol PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails