Wednesday, November 11, 2020

4 Perkara Ini Jelas Kemenangan Cemerlang Azerbaijan. Tahniah!

 

1. Erdogen Ucap Tahniah kepada Kemenangan Cemerlang Azerbaijan

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengucapkan tahniah kepada Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev atas kemenangannya di Nagorno-Karabakh.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Presiden Azerbaijan, dilaporkan bahawa Presiden Erdoğan dan Aliyev membuat panggilan telefon.

Para pemimpin saling mengucapkan tahniah untuk kemenangan Azerbaijan yang cemerlang dalam perang Karabakh.

Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Presiden Turki Erdoğan dan rakyat Turki atas sokongan politik dan moral mereka kepada Azerbaijan semasa perang.

Presiden Erdoğan juga mengucapkan terima kasih kepada Ilham Aliyev yang sangat menghargai sokongan dari negaranya.

Para pemimpin negara menyatakan bahawa Turki dan Azerbaijan yang ramah dan bersaudara akan terus saling menyokong.

Bercakap mengenai pusat pengaman Turki-Rusia yang akan ditubuhkan untuk mengawal gencatan senjata di Nagorno-Karabakh, para pemimpin menyatakan keyakinan mereka bahawa pusat ini akan menyumbang kepada pembentukan perdamaian berkekalan di rantau ini. 

2. Armenia Akui Kekalahan Di Azerbaijan

Armenia mengakui kekalahan menentang Azerbaijan di Nagorno-Karabakh.

"Kami bersetuju dengan Rusia dan Azerbaijan untuk mengakhiri perang (di Nagorno-Karabakh)," kata Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan, dalam satu kenyataan menerusi media sosial.

"Kami menandatangani deklarasi bersama untuk gencatan senjata dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin dan pemimpin Azerbaijan, Ilham Aliyev. Saya tidak mempunyai pilihan lain. Ini sangat menyakitkan bagi saya dan rakyat Armenia," kata dia.

"Keputusan yang saya ambil adalah berdasarkan analisis mendalam dan penilaian orang yang mengetahui keadaan tentera," tambah Perdana Menteri Nikol Pashinyan.

Perdana Menteri Armenia itu juga menyinggung protes rakyat terhadapnya,

"Setiap orang yang memimpin rakyat untuk memberontak, akan diadili." Katanya.

Sementara itu, sementara protes terhadap Nikol Pashinyan berlanjutan di Armenia, terutama di ibu kota Yerevan, para penunjuk perasaan yang sebelumnya menyerbu bangunan kerajaan, kali ini memasuki gedung parlimen dan melaungkan slogan-slogan menentang Perdana Menteri.

Beberapa penunjuk perasaan yang masuk ke podium Parlimen menyeru agar pertempuran di Karabakh diteruskan.

Tentera Azerbaijan telah melakukan operasi di Nagorno-Karabakh sejak 27 September untuk mengakhiri pendudukan Armenia selama 30 tahun.


3. Azerbaijan Bebaskan 48 Lagi Kampung dari Penjajahan Armenia

Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev mengumumkan bahawa tentera Azerbaijan menyelamatkan satu bandar, 48 kampung dan 8 lagi bukit strategik dari penjajahan Armenia.

Dalam operasi yang bermula di Nagorno-Karabakh pada 27 September, tentera Azerbaijan sebelumnya telah membebaskan 5 pusat bandar, 3 bandar, sekitar 240 kampung dan beberapa bukit penting dari penjajahan Armenia.

4''Deklarasi Bersama Ditandatangani antara Azerbaijan, Armenia dan Rusia''

Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev melaporkan bahawa dalam kerangka perjanjian antara negaranya dengan Armenia mengenai konflik Nagorno-Karabakh, gencatan senjata diisytiharkan bemula jam 00.00 (Waktu Turki).

Dalam ucapannya kepada negara, Aliyev menyatakan bahawa deklarasi bersama ditandatangani antara Azerbaijan, Armenia dan Rusia, dan dia membacakan artikel-artikel deklarasi tersebut.

Aliyev menyatakan bahawa menurut perjanjian itu, operasi ketenteraan dihentikan, Azerbaijan dan Armenia akan tetap berada di posisi yang mereka kuasai.

Aliyev mengumumkan bahawa Kelbajar akan dikembalikan ke Azerbaijan sehingga 15 November, wilayah Aghdam sehingga 20 November, dan Lachin sehingga 1 Disember.

"1960 tentera pasukan pengawal keselamatan bersenjata ringan Rusia dan 90 kenderaan perisai akan dikerahkan di talian hubungan Nagorno-Karabakh dan koridor Lachin." Kata Aliyev yang juga menyampaikan bahawa pasukan pengawal keselamatan Rusia akan tinggal di Nagorno-Karabakh selama 5 tahun dan bahawa tempoh ini boleh diperpanjang jika pihak-pihak tidak membantah.

Ilham Aliyev yang menyatakan bahawa pendatang akan kembali ke rumah mereka dan tahanan dan jenazah akan ditukar, juga berkata bahawa semua hubungan ekonomi dan hubungan pengangkutan di wilayah ini akan dibina semula, dan koridor pengangkutan antara provinsi barat Azerbaijan dan Republik Autonomi Nakhchivan akan dibuka.

Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev mengucapkan terima kasih kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan atas sokongannya selama pertempuran,

"Dalam kenyataan hari ini, Rusia dan Turki memiliki misi pengaman bersama. Kami menciptakan format baharu yang berkaitan dengan hubungan serantau." Katanya.

"Pashinyan menandatangani perjanjian itu bukan secara sukarela, tetapi berkat 'penumbuk besi' Azerbaijan. Perjanjian ini adalah kemenangan gemilang kami. Pembebasan 300 penempatan sejak 27 September telah mematahkan tulang tentera Armenia. Pashinyan terpaksa menandatangani perjanjian ini," kata Ilham Aliyev sambil menyatakan bahawa perjanjian itu bermaksud kekalahan Armenia.

Aliyev mengucapkan tahniah kepada penduduk rantau yang dibebaskan dari penjajahan dan kepada semua rakyat Azerbaijan kerana pencapaian tersebut.

Aliyev menekankan bahawa dendam semua para syahid dan mangsa Khojaly telah dibalaskan dan menyatakan bahawa seluruh dunia melihat bahawa orang Azerbaijan tidak terkalahkan dan mempunyai kehendak besi.

Weblog Ibnu Hasyim juga mengucapkan tahniah kepada Azerbaijan atas kemenangan tundukkan Armenia. Al-hamdulillah!

(IH)

8 comments:

Unknown said...

Islam ttp Menang jika benar2 dijln Allah

Anonymous said...

Yg susahnya bila pkr dan pan menyokong dap bantai pas.

Anonymous said...

Senarai Rahsia Azmin Bocor dan dilantik Pengarah PRU 15 Pakatan Nasional

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali dilantik pengarah pilihan raya gabungan parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 15.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 daripada Perikatan Nasional (PN).

Senarai yg bocor di Sgor..

Azmin di Gombak

Zuraida Kamaruddin di Ampang.

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh

Muslimin Yahaya di Parlimen Sungai Besar.

Datuk Seri Rina Harun dari Parlimen Titiwangsa ke Parlimen Sepang.

Dr Afif Bahardin dan Dr Daroyah Alwi bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang diletakkan di Parlimen Shah Alam.

Daroyah di kerusi Parlimen Klang.

UMNO hanya menerima enam kerusi iaitu di Hulu Selangor, Tanjong Karang, Bangi, Puchong, Sungai Buloh dan Kuala Langat.

Tan Sri Noh Omar kekal bertanding di Tanjong Karang

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan UMNO di Kuala Langat.

Nama-nama Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain (Bangi),

Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Hulu Selangor)

Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohamed Satim Diman (Puchong).

MCA memperoleh empat kerusi dan MIC dua kerusi dengan satu kerusi ditandingi presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran di Parlimen Kota Raja.

Pas tiga kerusi iaitu

Kapar (Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi PAS)

Kuala Selangor (Muhammad Rashid Mohd Kassim (PAS)

Parlimen Hulu Langat (PAS) Zurk Ahmad

Pelantikan itu Pengarah PRU 15 itu dimaklumkan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin.Menurut Hamzah, ketetapan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada 9 November 2020.

"Majlis Tertinggi (PN) bersetuju menubuhkan Badan Perhubungan Negeri PN menyelaras kan aktiviti parti di peringkat negeri.

Katanya dah lulus bulan ni 500k setiap seorang MP untuk urusan kawasan masing masing. Ada lagi 500k yang akan lulus bulan depan..!

Agak agak bajet ni lulus ke tidak?

Unknown said...

PAN sedabg ditarbiah o Khalifah Umar Abdul Aziz Utara

Unknown said...

Masalah calon yg dikehendaki rakyat sukar dicari

Anonymous said...

Biasanya ph punya kepintaran putar belit dan fitnah.

Anonymous said...

Malaysia negara yang menentang keras PENJAJAHAN sepatutnya mengucapkan tahniah diatas kemenangan cemerlang negara Islam Azerbaijan! Ianya titik bersejarah untuk kemenangan lebih besar!

Perlu ada kerjasama politik dan ekonomi dengan negara saudara seIslam kita ini!

Unknown said...

Negara Islam bersaudara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails