Saturday, August 01, 2020

Isu Bintang YouTuber, S Pavithr: Semuanya, Mabuk Punya Hal..

PAVITHRA bersama Sugu. FOTO Bernama
Keluarga, wang, media punca masalah - Pavithra

BINTANG YouTuber, S Pavithra memuat naik sebuah lagi video selepas kemunculan semula baru-baru ini, namun kali ini bukan video masakan tetapi mengenai kontroversi di sebalik penangkapan suaminya.


Video YouTube lima minit bertajuk 'Inilah sebab menjadi masalah', menyaksikan wanita berusia 28 tahun ini mendakwa masalah keluarga, wang dan media sebagai punca yang akhirnya menyebabkan penangkapan suaminya, M Sugu.
"Sebab Sugu pergi hospital hari itu ialah keluarga saya sendiri, keluarga saya menjadi masalah sebab duit.
"Keluarga saya yang tak pernah tolong saya selama ini sejak saya kahwin Sugu tujuh tahun. Selepas saya ada duit dan berjaya macam sekarang ini diorang muncul-muncul dan mula pinjam duit dengan suami saya, buat masalah dalam keluarga," katanya dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube beliau.



Beliau tidak menafikan bahawa Sugu juga bersalah kerana mabuk ketika kejadian tetapi menegaskan bahawa suaminya bukan seorang pemabuk.
Ibu kepada dua anak itu mendakwa media juga menyebabkan gangguan terhadap kehidupan peribadi mereka sejak tiga bulan lalu.
"Selepas media masuk dalam keluarga kami, kami tak ada masa untuk masak dan bagi makan untuk anak-anak kami dan masa itu amat sukar untuk kami," katanya.
Beliau turut meminta maaf kerana memadam semua video di saluran YouTube dan berjanji akan memuat naiknya secepat mungkin.
Pavithra berkata, suaminya berperanan dalam pencapaiannya sebagai antara bintang YouTube paling berjaya di Malaysia dan menambah bahawa tanpa Sugu, salurannya tidak akan memperoleh 786,000 pelanggan dan videonya ditonton hampir 35 juta kali.
"Dari awal kawan-kawan tahu, kami masak sama-sama… saya harap kawan-kawan sokong saya dan Sugu seperti biasa," katanya.
Pada 20 Julai, bekas pekerja ladang, Sugu, 29, ditangkap dan kemudiannya didakwa atas pertuduhan memiliki sabit dan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya. Beliau mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu. BERNAMA
Alam Semesta blog
Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Beliau tidak menafikan bahawa Sugu juga bersalah kerana mabuk ketika kejadian tetapi menegaskan bahawa suaminya bukan seorang pemabuk."
Ertinya, dalam kes isu Bintang YouTuber, mereka mengakui bahayanya arak. 

Pernah seorang isteri penagih arak bersungut tentang suaminya, "Awal bulan laki aku pinjamkan duit RM600. Tapi bila hujung bulan dia minta bayar balik RM900.. Mengapa?
Kerana dia sudah mabuk. Semua nampak terbalik, angka '6' nampak '9'. Itu mabuk punya hal.."

Berita , Cerita, Panduan dan Tips Terkini: SERAM! Penemuan Bahaya Arak
SERAM! Penemuan Bahaya Arak
Arak ialah alkohol dalam bentuk  “ethyl alcohol “ dan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau “yeast cells”  yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan dan biji-bijian.

Hukum Minum Arak
Arak adalah haram dalam Islam. Dalam surah al- Maidah Allah telah menjelaskan, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya. ( Al-Maidah (5):90)



Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 04 -Nasheed Pakistan

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   


5 comments:

Anonymous said...

Malangnya puak Melayu liberal @ puak munafiqun yang sesat lagi menyesatkan menyokong puak kafir harbi roket pimpinan gonna end berjuang menegakkan industri dosa besar seperti arak dan judi dan pesta arak terbuka dll yang bertujuan untuk melalaikan dan menjauhkan umat Islam dari agama Islam.

Puak kafir sengaja minum arak dan memandu kereta dalam keadaan mabuk walaupun mereka tahu akibat buruk dari perbuatan mereka.

Kita tidak peduli jika puak kafir mahu minum arak satu lori tangki sehingga mabuk dan melanggar pokok atau terjun gaung dll tetapi mereka tidak berhak melanggar orang Melayu Islam.

Anonymous said...

satu lagi syeikh ibnu hashim KERA JAAN yg membenarkan penjualan arak....jika tak benar dah hapus arak tiada isu disini….bila komen mula kata sokong DAP nak tutup isu….ALLAH AKAN TANYA APA KAMU BUAT BILA KAMU ADA KUASA.....

Anonymous said...

Ya ALLAH AKAN TANYA pemimpim-pemimpin Melayu liberal yang menyokong parti kafir harbi 'Dogs And Pigs' APA KAMU BUAT BILA KAMU ADA KUASA selama 22 bulan.... Mengapa kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu ? Mengapa sokong industri dosa besar seperti arak dan Judi ? Mengapa hina Islam ? Mengapa menafikan hak umat Islam ? ......

Malanglah puak munafik liberal di dunia dan akhirat kecuali mereka bertaubat.

Anonymous said...

Mengapa khadam MCA bodoh bertingkat2?

Anonymous said...

Khadam dap tiada negetif apa yg dap kata, positif belaka. Jika dap kata putih itu merah, khadam dap pun ikut kata putih itu merah. Jati diri khadam dap sentiasa taat. Barulah dikatakan malaysia baru. Liberal dan janji setia dengan dap dan eng guan. Bingung bagaikan rumah pangsa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails