Thursday, July 30, 2020

Pemimpin Warisan mahu DUN Sabah dibubarkan

warisan

SELEPAS dakwaan oleh Tan Sri Musa Aman bahawa beliau kini mempunyai sokongan yang cukup untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pemimpin Warisan Sabah meminta supaya diadakan pilihan raya segera.
Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan supaya rakyat dapat memberikan mandat baharu.
Leiking juga mengkritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan yang dikatakan menyokong gabungan yang dibentuk oleh Musa dan mengatakan mereka semua adalah pengkhianat.
Ahli Parlimen Penampang itu terkejut dengan dakwaan bahawa ADUN terbabit berpaling tadah sedangkan sebelum ini telah menyatakan kesetiaan kepada Mohd Shafie.
“Ini satu pengkhianatan yang dahsyat terhadap mandat yang disokong oleh pendudukan Sabah sejak dua tahun lalu.
“Mereka berulang kali menyatakan kesetiaan dan menandatangani akuan kepada ketua menteri yang sah dan kerajaan negeri dan cukup pelik melihat mereka melakukan pusingan U,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.
Oleh itu katanya, beliau secara peribadi mahu pilihan raya negeri di adakan segera.
Petang tadi, Musa mendakwa telah mendapat cukup sokongan untuk memiliki majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan baharu.
Musa juga berkata, akan menghadap Yang Dipertua Negeri secepat mungkin bagi mengerahkan akuan bersumpah ADUN yang menyokongnya.
Antara ADUN yang hadir pada sidang akhbar di rumah Musa di Luyang petang tadi ialah ADUN PKR Kenny Chua (Inanam), ADUN DAP yang dilantik, Ronnie,  ADUN Warisan,s Osman Jamal (Balung), Hamisa Samat (Tanjung Batu), Musbah Jamli (Tempasuk), Bolkiah Ismail (Pitas), Anita Baranting (Tandek) dan Abidin Madingkir (Paginatan) dari UPKO.
Oleh itu Leiking mendesak supaya dikembalikan kuasa kepada rakyat supaya mereka yang membuat keputusan dalam memilih kerajaan.

Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..


Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

3 comments:

Anonymous said...

Giler betul penangan lafaz sumpah laknat Bossku

Semalam Lafaz Sumpah Hari Ini Sabah Melingkup


Insyallah kesan pada kesan sumpah laknat.. allah bayar cash di donia lagi... banyak yg menyusul insyallah hinggga PRU tiba nnti

Saya ulangggg...!!!!!

Anonymous said...

Atau mungkin warisan yg khianat pengundi yg sokong warisan. Sebab itu setia berubah. Dari yg buruk kepada yg baik.

Anonymous said...

Dulu zaman najib pm, anuar nak tubuh kerajaan pintu belakang, ajak ap umno lompat ke pkr. W/pun tak berjaya, tapi landskap politik baru iaitu politik lompat parti telah dimulakan oleh anuar. Sekarang macam nak tunjuk suci pulak. Walhal anuar yg memulakannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails